Isnin, Mei 29, 2023

KPT TAK MINAT KAWAL UNIVERSITI



 GEORGETOWN: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sekali lagi menyatakan pendirian tidak berminat melakukan 'kepolisan pendidikan' atau mengawal pihak universiti, misalnya dalam menetapkan garis panduan berhubung kebenaran kemasukan ahli politik di kampus masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kebenaran itu termasuk membabitkan parti politik pembangkang.

Beliau berkata, perkara itu terpulang kepada budi bicara Naib Canselor selaku 'tuan rumah' dan ia tertakluk di bawah kuasa autonomi pihak universiti.

"Kita nak masuk rumah orang minta izin, saya tidak pernah kawal universiti. Parti politik boleh masuk dengan kebenaran Naib Canselor, mungkin dia nak masuk hari ada majlis di universiti atau ada menteri dia pun nak datang.

"Tanya Naib Canselor universiti masing-masing. Saya sudah beritahu dan tekankan kementerian tidak berminat melakukan educational policing...kita kena faham perkara ini, saya bukan polis mahu menjaga universiti," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Mohamed Khaled turut mengulangi, parti politik tidak boleh menubuhkan cawangan di universiti bagi menumpukan usaha membangunkan kesarjanaan universiti.

"Maka saya kata kalau begitu saya boleh mendapat konsensus semua bersetuju jangan ada parti politik dalam kampus. Jadi jangan timbulkan lagi," katanya.

Beliau berkata, dalam hal ini, KPT bukan sahaja berhasrat melahirkan graduan yang memiliki ilmu pengetahuan malah mempunyai matlamat membangunkan kekuatan pemikiran mereka.

"Kita tidak mahu daripada awal dia menjadi taasub kepada satu pemikiran kerana kita nak bangunkan kesarjanaan universiti.

"Kalau katakanlah di luar sudah toksik...kita bergantung kepada universiti supaya betulkan keadaan di luar," katanya.

Terdahulu, Mohamed menyatakan sokongan terhadap usaha USM menganjurkan Wacana Madani dan menggalakkan program seumpama itu diadakan bagi menjayakan agenda nasional dan ia adalah satu daripada peranan institusi pendidikan dalam negara.

Beliau turut mengalu-alukan keputusan USM untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji agenda Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) yang telah memasuki usia 15 tahun sejak menerima pengiktirafan itu pada 2008.

"Sudah 15 tahun program itu jadi dalam kesempatan saya hadir pada hari ini saya telah minta pihak universiti melihat kembali agenda APEX kerana ia sangat penting dan menjadi fokus USM dalam memberi perhatian kepada empat perkara.

"Pertama, menjadi universiti peneraju dalam mencapai kecemerlangan melalui pendidikan tinggi, kedua melakukan penyelidikan kajian merentasi sempadan supaya dapat melahirkan bakat dan keempat menentukan B40 sentiasa diberi perhatian dan tidak tercicir," katanya.


Isnin, Mac 13, 2023

REEZAL MERICAN ADA POTENSI UNTUK MENANG

 Di kalangan calon-calon naib presiden Umno, selain Mahdzir dan Johari, seorang lagi calon yang ada potensi untuk menang ialah Reezal merican.

Beliau adalah bekas ahli parlimen Kepala Batas yang mengambilalih tempat bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau pernah dilantik sebagai timbalan menteri luar, menteri belia dan sukan dan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Dengan pengalaman yang ada sebagai bekas exco pemuda Umno, ahli majlis tertinggi maka beliau dikatakan sudah layak jadi naib prisiden Umno.

Tempat ketiga naib presiden sekarang menjadi rebutan antara Reezal Merican dengan bekas Menteri Besar Jojor, Hasni Mohamad. Maka Reezal kena kerja kuat supaya dapat mengatasi undi Hasni.

Hasni mungkin dapat undi simpati para perwakilan. Beliau menangkan Johor dalam PRN tetapi tidak dilantik semula menteri besar johor. Tetapi undi simpati sahaja tidak cukup kerana dalam Umno perwakilan  tidak pandang itu semua.

Jika Reezal bekerja keras kerusi naib presiden nombor 3 itu bakal menjadi milik Reezal walaupun Reezal bukan ahli parlimen. Tanpa jawatan dalam kerajaan Reezal lebih bebas bersuara. Oleh itu para perwakilan wajar memberi undi kepada reezal merican.


TAK RUGI PERWAKILAN UNDI JOHARI

 Kumpulan MJR (Mahdzir-Johari-Reezal) amat popular di kalangan para perwakilan Umno berdasarkan perjumpaan yang dianjurkan oleh Badan Badan Perhubungan umno Negeri.

Selain Mahdzir Khalid, Johari Ghani turut popular. Anak Kampung Pandan ini pernah menjadi ahli parlimen Titiwangsa pada tahun 2013. Beliau pernah dilantik Timbalan Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan kedua. Beliau tewas dalam PRU 2018 kepada calon PH, Rina Harun. Tetapi beliau tetap aktif dalam Umno walaupun tidak lagi menjadi ahli parlimen.

Akibat kerja kerasnya beliau akhirnya menang dalam PRU 2023 mengalahkan Khalid Samad calon PH. Beliau tidak dilantik jawatan dalam kerajaan perpaduan. Tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik beliau untuk menyelesaikan masalah 1MDB

Jika beliau ahli parlimen PKR sudah tentu beliau adalah pilihan utama untuk menjadi Menteri Kewangan. Saya yakin Anwar tidak lama menjadi Menteri Kewangan. Beliau akan serahkan jawatan itu kepada Johari Ghani selepas beliau berjaya menyelesaikan kes 1MDB.


Oleh itu para perwakilan jangan lupa undi Johari pada 18 Mac ini. Tak rugi perwakilan undi beliau kerana jika beliau menang Naib Presiden Umno, dia adalah calon utama untuk jawatan Menteri Kewangan selepas Anwar Ibrahim.


MAHDZIR TERUS POPULAR

 Semalam perjumpaan semua calon di Melaka. Sebelum itu di Johor anjuran Badan Perhubungan Umno Johor dan Melaka.



Calon Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar tetap popular di kalangan para perwakilan. Mahdzir tetap pemimpin yang jalan sederap dengan Zahid Hamidi. Oleh itu para perwakilan jangan bimbang. Jika Mahdzir menang beliau boleh berjalan bersama membantu Zahid memulihkan Umno.

Di Johor Bharu Zahid tak kesah siapa yang menang asalkan semua pemimpin dapat berada dalam satu pasukan untuk menghadapi PRN Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

Jika Mahdzir menang besar, tanggungjawabnya amat berat untuk merampas kembali Kedah dari tangan PAS. Semua ketua pemuda bahagian, ketua wanita bahagian dan ketua puteri bahagian perlu bekerja keras merampas Kedah, Kelantan, Terengganu. Tumpuan perlu diberi kepada pengundi baru yang akan mengundi buat kali pertama pada bulan Jun ini.

Siapa yang menang naib presiden, ahli majlis tertinggi tidak penting. Yang penting BN perlu menang dalam PRN akan datang. Kita sudah terkena menang PRN Johor tapi kalah dalam pilihanraya parlimen. Kenapa selera pengundi berubah? Ini adalah kerana Umno gagal jaga pengundi baru. Maka ketua pemuda baru, Dr Akmal perlu bekerja keras untu memenangi hati para pengundi baru.

Sabtu, Mac 11, 2023

MJR DAHULUI SELEPAS PERJUMPAAN DI LIMA NEGERI


 Kumpulan Mahdzir-Johari- Reezal (MJR) dikatakan mendahului grup Presiden Umno, Azalina, Khaled dan Wan Rosdy. Yang peliknya MJR bukan menteri tetapi mereka lebih popular dari menteri yang bertanding naib presiden Umno.


Mahdzir Khalid adalah bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Johari Ghani pula bekas Menteri Kewangan II dan Reezal Marican adalah bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selepas pertemuan di lima negeri MJR amat popular di kalangan para perwakilan. Di belakang Reezal adalah Hasni Mohamad bekas Menteri Besar Johor.


Mereka dikatakan tidak berada dalam grup Presiden Umno. Selepas Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan menang tanpa bertanding sebagai presiden dan timbalan presiden Umno, maka perwakilan Umno mahu naib presiden yang tidak yes man.

Perlu ada check dan balance. Jika tidak ada pembelian undi di saat saat akhir, MJR akan dinobatkan sebagai naib presiden Umno bagi penggal 2023-2026. Insya Allah para perwakilan tidak terpengaruh dengan kempen di saat saat akhir.

Rabu, Mac 08, 2023

ENAM HARI LIMA MALAM DI SANDAKAN

SUDAH 33 tahun saya tak pergi ke Sandakan, Sabah. Apabila anak saudara saya Abdul Latif ajak pergi ke Sandakan pada 2 Mac lalu saya rasa teruja.

Abdul Latif bertunang dengan Siti Khadijah binti Razali, 17 tahun, orang Sungai yang duduk di PPR Taman Murni berhampiran dengan airport Sandakan. Razali, 54 tahun,  yang bekerja di pejabat ukur Sandakan rupa rupanya anak buah Malek Chua seorang pemimpin Berjaya dahulu. 

Hari pertama (2 Mac)

Saya bertemu dengan Latif, 26 tahun, di KLIA2. Latif datang bersama kakaknya, Maghfirah dan suaminya Yusof dan dua orang anak. Flight Airasia kami jam 1.30 petang direct ke Sandakan. Jam 4.30 petang kami sampai di airport sandakan. Latif uruskan sewa kereta Axia untuk empat hari. Senang mereka nak bergerak. Kami terus ke homestay di Batu 8, Taman Permata. 

6.30 petang dah masuk waktu maghrib. Selepas solat maghrib  kami ke restoran Ikhwan Global dekat supermarket Barnabas. Sedap nasi goreng tapi masin. Kami singgah di supermarket itu beli barang keperluan untuk homestay kami.

Hari kedua (3 Mac)

jam 6.30 pagi Maghfirah dan Yusof sudah pergi ke pasar Sandakan beli udang, ketam, ayam. Magfirah masak nasi dengan udang yang besar. Puas hati makan nasi di awal pagi. Mereka pergi ke Sepilok tapi saya minta Yusof hantar saya ke perpustakaan buat kerja.

Besar perpustakaan Sandakan tetapi line internet slow. Sampai ke sudah saya tak dapat buka email saya. Saya balik dengan bas ke Batu 8. Dari perpustakaan ke bandar tambang RM1.50 manakala dari bandar ke Batu 8 tambang RM3.00. Seronok naik bas mini di Sandakan tetapi kalau di Semenanjung bas mini itu seperti van sahaja.

Hari ketiga (4 Mac)

sahabat lama saya Sapari Idal datang menemui saya dari Bukit Garam 80km Bukit Garam Sandakan. Sapari nak pergi ke Kota Kinabalu dengan flight pukul 11 pagi. Kami makan di restoran Pak Mus sahabat kami yang buka cawangan utama di Kota Kinabalu.

Selepas makan dia hantar saya ke perpustakaan buat kerja. Saya balik ke homestay naik bas lagi.

Hari keempat (5 Mac)

hari pertunangan tiba jam 10 pagi di rumah bakal tunang Latif di PPR Taman Murni dekat dengan kem tentera. Saya beritahu tuan rumah saya kenali Datuk Seri Bung Mokhtar, Datuk Johari Janan, Arwah Kepli Abas dan Sapari Idal pemimpin Usno dan SANYA dari tahun 1990 lagi. Apabila mereka datang dari Sandakan, saya yang ambil mereka di airport Kota Kinabalu. Mereka sudah macam saudara rapat. Sampai sekarang tak putus persahabatan kami.

Razali tanya saya kenal tak Majid Lindan pegawai khas Bung Mokhtar. Saya kata kenal sejak 1990. Rupa rupanya Latif bertunang dengan anak buah Majid Lindan. Saya call Majid. Dia ada di Kota Belud. Dia kata kalau Razali beritahu sudah tentu dia datang ke Sandakan. Majid kini duduk di Kota Kinabalu. Tahun depanlah kami berjumpa masa akad nikah nanti.

Oleh kerana Siti Khadijah belum cukup umur 18 tahun, maka mereka bertunang selama satu tahun sehingga April tahun hadapan. Ikut undang undang MUIS tak boleh nikah di bawah umur. Maka majlis nikah ditetapkan pada 1 Julai 2024 dengan hantaran sebanyak RM13,000. Selama 1 tahun bertunang Siti Khadijah dapat elaun bertunang sebanyak RM50 sebulan atau RM600 satu tahun.

Petang kawan lama di MRSM Seremban datang dari Lahad Datu ke Sandakan mencari saya. Kassim Sulaiman yang saya kenali di MRSM 51 tahun lepas sanggup naik kereta 3 jam untuk menemui saya. Saya sangat terharu. Beliau kini pegawai khas kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Yusof Apdal.

Hampir dua jam kami berbual. Jam 4 dia balik ke Lahad Datu. Kawan kawan MRSM yang berasal dari Sandakan kini ramai yang menetap di Kota Kinabalu.

Hari kelima (6 Mac)

Awal pagi saya ke perpustakaan. Tengahari saya sudah balik ke homestay. Maghfirah dan Yusof balik ke KLIA petang ini. Mereka duduk empat hari sahaja tambang pergi balik RM900. Kami lima hari tambang pergi balik RM500. Jimat RM400.

Hari keenam (7 Mac)

jam 1 pagi saya bangun tidur wasap kepada isteri, Zaitun yang sambut harijadinya yang ke 61. Saya tiada semasa isteri sambut harijadi.

Pagi ini kami tak ke mana mana. Kereta sewa Axia sudah diserah petang semalam di airport masa Maghfirah dan Yusof terbang ke KLIA jam 7.30 petang semalam. Jam 4 petang kami naik grab ke MCDonald di Taman IJM. Kami makan bersama Razali, isterinya dan tunang Latif. Selepas itu Razali hantar kami ke airport naik flight jam 7.30 petang.

jam 10.30 malam kami mendarat di KLIA2 tetapi juruterbang mendarat dengan tidak smooth. Semua penumpang terkejut masa juruterbang touch down. Syukurlah kami selamat tiba di destinasi. Pada 1 Julai 2024 kami datang lagi.









BERMULA DARI BAWAH KUNCI KEJAYAAN MAHDZIR KHALID

 Calon Naib Presiden UMNO nombor 2, Datuk Seri Mahdzir Khalid memulakan karier politiknya di bahagian Padang Terap sebagai naib ketua bahagian, timbalan ketua bahagian dan ketua bahagian dan seterusnya sebagai ahli   majlis tertinggi Umno.

Sudah 20 tahun beliau bersama dengan Umno meniti dari ahli majlis tertinggi Umno dan seterusnya menang Naib Presiden Umno pada tahun 2018 selepas Umno kalah. Mempertahankan jawatan bukannya mudah apatah lagi beliau bukan lagi seorang menteri.

Dahulu beliau pernah jadi Menteri Pendidikan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kalah dalam PRU 2013, beliau tidak dilantik senator sebaliknya mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno tanpa jawatan dalam kerajaan dikatakan sukar.

Tetapi para perwakilan senang dengan beliau yang tidak sombong sejak menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Kedah. Tidak kira di mana beliau berada sama ada di negeri atau di persekutuan Mahdzir Khalid tetap menjadi tarikan kepada para perwakilan.

Seperti Tun Ghafar Baba yang tiada jawatan dalam kerajaan selama 25 tahun, beliau tetap menang naib presiden Umno. Mahdzir Khalid bakal menjejak langkah Ghafar yang akan menang naib presiden Umno buat penggal kedua.


"Bukan mudah menguruskan parti di saat saat parti kalah pada tahun 2018. Kita perlu semangat yang kuat,"kata beliau yang menjadi ahli majlis tertinggi Umno sejak tahun 2005.

Beliau berharap para perwakilan dapat memberi undi kepada beliau walaupun beliau tiada jawatan dalam kerajaan.

"Kebersamaan Demi Perjuangan" ialah gagasan besar beliau untuk parti dan negara.  

"Sama sama kita teguhkan setiakawan, janakan kesatuan dan bulatkan tekad untuk memulihkan semula Umno, katanya. 

Walaupun beliau kalah dalam PRU, beliau tetap setia dengan Umno. Jika beliau menang naib presiden Umno, mudah beliau menguruskan parti kerana beliau ada sepenuh masa untuk menjaga parti.



Isnin, Mac 06, 2023

TANPA JAWATAN BUNG MOKHTAR TETAP PERTAHAN JAWATAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

 Datuk Seri Bung Mokhtar bukan lagi Timbalan Ketua Menteri Sabah dan   Menteri Kerjaraya Sabah tetapi beliau tetap mahu pertahankan jawatan ahli majlis tertinggi Umno.

Ini adalah kali ketiga beliau bertanding. Pada tahun 2013 beliau selaku Pengerusi FELCRA menang ahli majlis tertinggi Umno.  Pada tahun 2018 beliau menang ketika BN sudah jadi pembangkang.

Kali ini beliau mempertahankan jawatan ahli majlis tertinggi Umno tanpa jawatan dalam kerajaan juga. Beliau yakin para perwakilan sudah matang memilih 25 orang ahli majlis tertinggi gabungan yang ada jawatan dalam kerajaan dan yang tiada jawatan dalam kerajaan.

Bung bukan lagi Pengerusi Umno Sabah tetapi ia tidak menghalang beliau untuk menang kerana semua perwakilan sudah lama mengenali Bung. Sebut sahaja Bung Mokhtar semua orang kenali beliau yang kontroversi di parlimen sejak tahun 1999.

Sudah enam penggal beliau di parlimen. PRU 1999,2004,2008,2013,2018 dan 2013, tidak sia sia rakyat Kinabatangan hantar beliau ke parlimen. Dalam parlimen perlu ada orang kaki gaduh macam beliau. Dalam majlis tertinggi pula orang yang bising macam Bung perlu ada.

"Saya tiada projek nak beri kepada perwakilan. Tetapi percayalah saya akan bawa masalah para perwakilan dalam mesyuarat majlis tertinggi UMNO,' katanya.

Katanya beliau berani bersuara demi para perwakilan semua.

'oleh itu jangan lupa undi saya,' tegasnya lagi.





Jumaat, Mac 03, 2023

UNDILAH CALON EXCO WANITA UMNO NO 45, SANIE ABDUL RAHMAN

KEPADA semua perwakilan wanita Umno Malaysia, jangan lupa uni calon nombor 45, Sanie Abdul Rahman@Mel.

Mel juga adalah ahli jawatnkuasa gerakan pengguna wilayah persekutuan dari tahun 2017 hingga sekarang. Penglibatan aktif beliau dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dapat dimanafaatkan dengan memberi idea untuk mengawal kos sara hidup rakyat yang meruncing.

Mel yang juga ketua cawangan umno Bukit Bangsar mulai 2023-2026 merupakan satu satunya ketua cawangan wanita dalam bahagian Lembah Pantai dan ini membuktikan wanita berdiri sama tinggi dengan lelaki. Insya Allah apa yang lelaki boleh buat boleh juga dilaksanakan oleh wanita dengan kualiti yang sama.

Mel berharap ahli wanita di Lembah Pantai dapat memberi sokongan yang padu dan menerima beliau sepenuhnya dalam melaksanakan visi dan misinya.

''Saya bertanding bukan untuk merebut jawatan semata-mata tetapi yang lebih penting adalah untuk memanfaatkan pengalaman yang ada dalam NGO untuk membantu wanita bahagian dalam menyelesaikan isu-isu semasa yang mereka hadapi," katanya.

Beliau menambah sudah sampai masanya bagi beliau aktif dalam wanita bahagian dan pusat amnya.

'' Jangan lupa nombor 45 bagi calon EXCO wanita dan jangan lupa calon nombor 1 bagi jawatan naib


ketua wanita bahagian Lembah Pantai,'' katanya lagi.

Khamis, Mac 02, 2023

SANIE ABDUL RAHMAN@MEL TAWAR DIRI TANDING EXCO WANITA UMNO

 


 Seorang ahli perniagaan, Puan Sanie Abdul Rahman@Mel, 47 tahun, menawarkan diri bertanding Exco Wanita Umno Malaysia pada pemilihan kali ini.Beliau Yang bertanding buat kali kedua kalah pada pemilihan 2018. Tetapi kekalahan 2018 tidak mematahkan semangatnya untuk bertanding lagi Kali ini

Mel yg ditemui berkata beliau juga menawarkan diri untuk jawatan naib ketua wanita bahagian Lembah Pantai.Beliau berhasrat untuk memperkasakan sosioekonomi wanita Lembah Pantai menerusi penubuhan koperasi wanita

Melalui pengalaman  Mel dalam NGO sebagai pengerusi kelab wanita bakti, beliau yakin dapat membantu ahli wanita dalam mendapatkan bantuan terutamanya golongan ibu tunggal

 Beliau yang merupakan pengarah urusan Indah Enterprise & Services Sdn BHD berharap penawaran dirinya sebagai naib ketua wanita bahagian dapat diterima oleh wanita Lembah Pantai

 Mel yakin beliau mampu mengangkat martabat wanita Lembah Pantai jika beliau menang naib ketua wanita bahagian

 Di peringkat pusat pula beliau mahu penawaran dirinya sebagai calon exco wanita dapat memberi nilai tambah kepada wanita umno Malaysia.

 Beliau yang juga ahli jawatankuasa gerakan pengguna wilayah persekutuan Dari tahun 2017 hingga Sekarang berharap dapat membantu kementerian perdagangan dalam negeri Dan kos Sara hidup memberi idea untuk mengurangkan kos Sara hidup rakyat Yang semakin meruncing

 Mel yang juga ketua cawangan umno Bukit Bangsar 2023-2026 merupakan satu satunya ketua cawangan wanita Dalam bahagian Lembah Pantai.: Tidak semestinya orang lelaki yang jadi ketua cawangan

"Jika diberi tanggungjawab, wanita pun mampu mengetuai cawangan, " tegas beliau

Mel berharap ahli wanita di Lembah Pantai dapat menerima beliau

 

 "Saya bertanding bukan untuk merebut jawatan tetapi untuk memanfaatkan pengalaman saya dalam NGO dalam wanita bahagian," katanya lagi Beliau menambah sudah sampai masanya bagi beliau aktif dalam wanita bahagian dan wanita pusat

 " Jangan lupa undi saya kepada semua perwakilan wanita di seluruh negara," kata Mel lagi

Sabtu, Disember 10, 2022

SHAHRIL HAMDAN PATUT BUAT POST MORTEM KALAH DI ALOR GAJAH

 Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan hairan UMNO tak buat post mortem kenapa BN menang 30 kerusi sahaja dalam PRU lalu. Sepatutnya beliau yang buat post mortem kenapa dia kalah di parlimen Alor Gajah,  Melaka.


Beliau kalah 890 undi kepada calon PH, Adly Zahari bekas Ketua Menteri Melaka. Kenapa dia tak buat post mortem. Adly dapat 28,178 undi manakala Shahril dapat 27,288 manakala Mohd Redzuan Yusof, PN dapat 17,211 dan calon Pejuang , Mohd Nazriq Abdul Rahman dapat 323 undi.


Antara faktor kekalahan Shahril ialah pertama, sebagai Naib Ketua Pemuda Umno  beliau gagal menarik pengundi umur 18 untuk undi BN. Tidak ada program pemuda UMNO buat untuk mereka.

Faktor kedua,  beliau orang Selangor bukan orang Melaka. UMNO Bahagian Alor Gajah mesti kecil hati seolah olah tidak ada calon tempatan untuk lawan calon PH. Kenapa perlu import orang luar sedangkan dulu dia kalah di Kuala Langat. Orang Selangor dah reject beliau masakan orang Melaka nak terimanya.

Faktor ketiga, bila penamaan calon baru Hamdan muncul di Alor Gajah. Orang kampung tak kenal. Sepatutnya kalau nak tanding di Alor Gajah, tahun lepas dia dah turun padang menemui semua PDM buat program.

Faktor keempat, BN tiada wang maka jentera BN tak dapat mewah macam dahulu.

Faktor kelima, muka Shahril yang sombong tidak mesra pengundi menyebabkan orang Alor Gajah menolaknya.




SHAMSUL ANUAR NAZARAH JANGAN TERIMA JAWATAN TIMBALAN MENTERI

 Malam tadi Perdana Menteri umum barisan timbalan menteri untuk bantu 27 orang menteri kabinet kerajaan perpaduan.  Saya ingin sentuh enam timbalan menteri dari UMNO iaitu abdul Rahman Mohamad, Shamsul Anuar Nazarah, Ahmad Maslan,  Mohamad Alamin, Siti Aminah Aceh dan Arthur Joseph Kurup (PBRS)

Saya rasa Shamsul yang pernah dilantik menteri tak payah terima jawatan timbalan menteri dalam negeri. Jawatan itu boleh diberi kepada ahli parlimen Umno yang lain. Rasa janggal pula dulu menteri kini timbalan menteri. Lebih baik dia terima jawatan Pengerusi GLC.

Dalam kabinet baru,  bekas ketua menteri Melaka, Adly Zahari terima jawatan timbalan menteri. Dah biasa ketua menteri atau menteri besar yang bertanding parlimen jadi timbalan menteri seperti Kamaruddin bekas menteri besar Perak kecuali Rais Yatim, Tajol Rosli dan Adib Adam.

Semoga enam timbalan menteri ini dapat berkhidmat dengan cemerlang kepada semua rakyat tanpa mengira parti.


Jumaat, Disember 09, 2022

KALAU BAHA MASIH HIDUP

 

Pagi tadi perdana menteri, Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara walaupun pada Hari minggu. Beliau yg baru Naik jadi pm selama tiga Hari amat serious utk menyelesaikan masalah kos Sara hidup yg dihadapi rakyat sekarang

DLM sidang akhbar Anwar mahu subsidi dilaksanakan secara bersasar supaya org Kaya tidak DPT subsidi

 Saya teringat kpd kawan saya arwah Burhanudin( Baha) bin Tan Sri Ibrahim yg buat kertaskerja Subsidy Management System pada tahun 2003 di zaman Pak Lah jadi PM

Melalui sistem ITU semua barang subsidi seperti minyak, gula, beras, minyak masak DPT dibeli dgn HARGA rm1.00. Baha ada formula utk  melaksanakannya

 Pak Lah lantik Dr. Kamal salleh pengerusi Majlis HARGA negara (mhn). Kami temuinya di bangsar village Dan Baha present kertaskerjanya kpd Dr Kamal. Beliau tertarik  dgn proposal Baha Dan beliau jemput Baha present kpd ajk MHN di hotel seri Pacific pada mlm esoknya

 Dr Kamal kata saya tak Kenal Baha tapi proposal ini wajar dipertimbangkan ajk mhn

MHN tak beri kata putus kpd proposal baha tp 1 org ajk mhn hubungi Baha UTK laksanakan proposal itu dgn anak syarikat tabung Haji, lityan berhad. Baha senyap tak Jawab cadangan Dato itu.

Baha tak putus asa. Beliau temui menteri perdagangan Dan hal ehwal pengguna, shahrir samad. Beliau setuju dgn proposal itu Dan panggil request for proposal( rfp) dari Lima syarikat. Baha sertai rfp dgn Antah Group.

 Mereka present proposal kpd EPU tetapi Pak Lah tak setuju. Pak lah umum Semua rakyat yg baharui road tax dapat rm425

 Ketika Najib jadi pm pd 2009, najib umum kerajaan akan laksanakan sistem pengurusan subsidi DLM bajet 2010. Maybank dipanggil utk buat sistem ini yg sertai rfp di zaman Pak lah. Tapi Kami bantah maka Maybank tak jadi buat sistem itu

 Kami Cuba jumpa najib tapi tak berhasil utk bentang proposal ini. Kami jumpa ramai org yg kononnya rapat  dgn Najib tapi Semua nak tol yg Kami tak mampu sediakan

 Di zaman PH sy  wasap menteri perdagangan Dan hal ehwal pengguna, saifudin nasution Ismail utk ketemunya. Esoknya Ptg jumaat   kami DPT jumpa saifuddin tp Baha sampai lambat. Temujanji pukul 2.45 ptg tp Baha dtg jam 3 ptg. Baha tak prepare buat power point. Marah saifudin kerana 10 pegawai kpdnhep sudah bersedia mendengar proposal baha tp baha dtg sehelai sepinggang

 Saifudin pun keluar dari bilik mesyuarat maka presentation tak jadi. Saifudin kata dia slot time utk Baha kerana dia kenal zabidi masa dia wartawan watan

Rugi baha tak serious. Jika arwah Masih hidup sudah tentu baha Akan present kpd Anwar proposal subsidi bersasar ini. Org asing akan Beli minyak ikut HARGA pasaran tetapi rakyat Malaysia yg miskin beli minyak dengan HARGA rm1.00

 Alfatihah utk Baha yg cipta sistem subsidi tapi tak pernah sampai ke telinga perdana menteri.

PENGALAMAN LIMA HARI DALAM LOKAP

 

 Dah Lima Hari sejak Hari rabu 30.11.2022 handphone sy tidak aktif. Ramai kawan yg cari saya.  Hari ini baru hp sy aktif. Sebenarnya sejak ptg rabu lalu sy ditahan polis  kerana Ada report polis bertarikh 17.11.2020 terhadap saya

 Kronologi adalah seperti berikut:

 HARI PERTAMA(30.11.2022)

 Jam 1 tghari no hp tak dikenali call saya. Saya angkat. Dia perkenalkan diri corporal anuar dari IPD Kemaman. DIA Tanya sy Ada Di mana. Sy Jawab Ada Di rumah di semenyih. Dia kata nak jumpa saya. Saya Kata datang ke semenyih

  Jam 4.30 corporal annuar call sy suruh pergi ke balai polis beranang.  SY pun pergi ke sana.corporal annuar Minta ic saya

Selepas cek no ic sy DIA beritahu ada polis report bertarikh 17.11.2020 Dari zawawi sulong yg kononnya sy tipu DIA Dana hsbc,  Dia kata nak bawa saya ke ipd kemaman skrg

 Sy call isteri sy suruh dtg ke balai polis beranAng ambil kereta. Sy ke kemaman skrg

 Jam 5 Kami Naik kereta polis ke balai polis hj eusoff dekat lrt titiwangsa. Jam 7 sampai di situ sy bertukar kereta polis yg lain

 Corporal annuar tak jadi balik kemaman. DIA suruh saya tumpang kereta polis yg balik ke KT. Corporal ppuan yg bawa kereta. Sy duduk sebelah inspector org machang

: Sampai Di shell kg lentang inspector beli roti jAgung Dan air twister epal.alas perut Dan tak mkn nasi mlm tu

 HARI KEDUA(1.12.2022)

 Sampai di iPd kemaman jam 12.30 mlm. 

 Sy terus disoal siasat IO sarjan faizul di pejabat jenayah commercial

 DIA beri saya dua pilihan Sama Ada didakwa di bawah seksyen 420 mandatori penjara antara 1 tahun Hingga 10 tahun, denda Dan sebat atau 411 byr denda atau gagal byr denda saya kena  penjara

 Sy pilih 411

 Jam 1.30 pg  IO siapkan kertas siasatan, baru  sy dihantar ke lokap. Seramai 60 org tahanan tidur  bergelimpangan atas simen dan papan

Sy ke bilik air. Geli saya tengok tandas yg kotor dgn bau yg busuk

 Tak ada  Kontraktor kebersihan ke cuci tandas lokap?

 Sy tidur di atas simen beralaskan lengan. Pakai baju oren dgn seluar oren.

 Sy terjaga jam 6 Pg dengar azan subuh dari masjid sultan Ahmad. Kami solat  berjemaah.Abu Hassan yg ditahan proses air ketum  jadi imam setiap kali solat subuh zohor asar maghrib dan isyak

 Pg ini jam 7 Kami breakfast biskut dua keping dan air kopi o.Selepas ITU 30 org bersiap sedia ke mahkamah

Kami pakai baju dan seluar biasa ke mahkamah bergari 10 org.

 Jam 10 mahkamah bermula. Sy giliran ketiga. SY Ada 12 pertuduhan. Siap 6 pertuduhan Hakim teruskan bicara org lain dahulu

 Jam 12 Hakim teruskan perbicaraan saya. saya tengok di luar along, along Han dan Shidah ada di atas kerusi. Rupa rupanya pelanduk dua serupa.

 Setiap pertuduhan sy kena denda rm1 ribu. 12 pertuduhan rm12k. Setelah merayu Hakim beri denda RM10,400 atau 12 Bulan penjara

 Jam 2 kami balik ke lokap mkn nasi lauk ikan Aya dan air sirap

Sy menunggu isteri dtg byr denda tp sampai jam 3.30 ofis mahkamah dah tutup. Sy kena bermlm 3 mlm LAGI kerana Hari AHAd baru DPT byr denda

Sarjan faizul dtg jam 5 petang bawa saya  ke bilik sebelah pakai baju Oren bergari. Polis ambil gambar saya cap 10 jari sy. Sy akan dihantar ke penjara marang isnin ini kalau isteri tak dtg byr denda ahad ini. Sedih sy

 Sy suruh sarjan faizul call Bini sy. Bini sy kata ahad inidia  dtg byr denda. Tadi tak sempat datang pasal ofis mahkamah tutup jam 3.30 ptg

 Seksa nak duduk 3 mlm lagi dlm lokap. Pinggan yg kotor, gelas ygkKotor memang tak ada selera nak makan

 Dahlah jam dinding tak ada. Sy cadangkan pasang jam dinding supaya tahanan tahu masuk waktu subuh zohor asar maghrib Dan isyak

 Supaya tahanan tidak boring papan carrom, dam ular dan Dam Haji boleh disediakan

 Pinggan dan gelas yg kotor boleh diganti. Sy DPT kwn Kwn baru dlm lokap

HARI KETIGA 2.12.2022

 MLM TD pukul 2 pg empat org Dari kl Tiba di lokap. Mereka juga KES 411 scammer seorg melayu cina Dan dua ppuan melayu

Tan baru berumur 30 tahun dah ADA rumah teres rm600k di pelangi semenyih 2. Ini Kali kedua dia ditahan polis. Dulu polis melaka denda dia 6k

 Hari ini Hari jumaat kami tak DPT solat jumaat. Hari ini 2.12 harijadi zizi. Maafkan abah tak DPT bersama zizi sambut harijadi ke 32

 HARI KEEMPAT 3.12.2022

: Boring betul Hari ini tiada aktiviti. Kami sembang dgn tahanan. Ada tahanan Dari lubuk lesung mendapat berita kematian emaknya. Sedih DIA tak DPT balik

Azmi Dari felda neram 1 suka menyanyi lagu Saleem. DIA menghiburkan kami

 DIA penjual kereta terpakai ditangkap kerana dadah. Dlm bagnya ada rm8 ribu tp polis cheneh yg Menangkapnya sapu rm6 ribu

Mlm ini Jam 2 pg tiga beradik dihantar ke lokap kerana memukul Bangla mabuk yg langgar dua buah motorsikal Dan pasu di rumahnya

 HARI KELIMA 4.12.2022

 Sy bangun awal tidur di atas papan. Ada tiga bilik yg ada papan. Penuh org lebih kurang 12 org. Dua bilik dibuka. Satu bilik lagi ditutup kerana ada tahanan bunuh diri. Lebih baik bilik ITU dibuat bilik solat

 Sy Mandi ingatkan pukul 6 pagi Rupa rupanya pukul 2 pagi

 Iskandar Dari gong pauh mencadangkan banduan dibenarkan bekerja dgn pejabat kerajaan. DIA meminta perdana menteri DPT mempertimbangkan cadangan ini

 Iskandar baru berusia 30 tahun berharap DPT bekerja dgn jabatan kerajaan suatu Hari nanti

 Pg ini minum kopi o dan roti gardenia. Jam 10 Pg nama saya  dipanggil.Seronok saya. Saya DPT balik Dan saya Rasa lega selepas berada DLM neraka dunia selama 4 mlm

 DLM lokap Kami Mandi Bogel Tanpa sabun Dan tanpa tuala. Aku tengok hok mu Dan mu tengok hok aku

 Majoriti tahanan KES dadah Dan Ada juga KES Judi online dari kerteh. SY paling Tua berusia 63 tahun Dan majoriti berumur 20 hingga 40 tahun KES dadah. Ada kes rogol budak bawah umur sampai mengandung. Budak kijal iotu kena jamin RM8k.

Suhakam perlu melawat semua lokap di seluruh negara supaya pinggan dan cawan yg Kotor DPT diganti

 Seronok juga 4 mlm berkenalan dgn semua tahanan reman. Semoga Kita  Dpt bertemu lagi

 Pagi ini tinggal 25 org DLM lokap. 20 org dah berangkat ke mahkamah. Sy cadang beli 25 keping apam balik utk kwn kwn lokap tapi polis tak benarkan. Kesian mereka

 Keluar dari lokap jam 10.15 pagi  disambut isteri, zaitun, anak zaim, adik ipar nazri, kawan kawan Halim Nasir Dan hanafi

 Lepas ITU Kami ke Batu Putih kerteh Cari isteri wan Ali yg DLM  tahanan supaya isterinya Bayar Jamin sebanyak rm3k

 Selepas ITU sy balik ke kl. Lima Hari Tanpa handphone amat menyiksakan. Hari ini harijadi acik yg ke36 sy dibebaskan. Syukur Alhamdulilah.


Sabtu, November 26, 2022

ANWAR KENA BELAJAR DARI KERAJAAN 22 BULAN PH

 Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik PM Malaysia yang ke 10 pada 24 November lalu. Beliau yang sepatutnya jadi PM kelima pada tahun 2023 akhirnya dapat jadi PM selepas menunggu selama 24 tahun. Satu penantian yang panjang.

Selepas Pak Lah, Najib, Mahathir, Muhyiddin dan Ismail maka jawatan PM beralih kepada Pengerusi PN, Anwar Ibrahim. PH yang dapat 82 kerusi dalam PRU Sabtu lalu terpaksa berkongsi kuasa dengan BN yang dapat 30 kerusi, Itulah kuasa Allah. BN yang kalah PRU tetapi dapat juga jadi kerajaan bersama dengan PH.

Yang Dipertuan Agong terpaksa mencadangkan kerajaan perpaduan kerana semua parti tidak dapat majoriti mudah 112 undi. Pengerusi PN, Muhyidin Yasin secara angkuh menolak titah tuanku. Maka Pengerusi PH,  Anwar Ibrahim  terpaksa minta tolong BN membentuk kerajaan perpaduan. BN yang berkecuali terpaksa menukar pendirian kerana titah tuanku yang mahu kerajaan perpaduan. Takkan nak menderhaka kepada Agong.

Hishamudin Husin  menjadi broker mencari SD dari 10 MP BN menyokong Muhyidin menjadi PM. Pengerusi BN, Zahid Hamidi kata SD tersebut tidak valid kerana sudah ada keputusan en bloc yang memberi kuasa kepada Pengerusi BN untuk berunding dengan mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan  pusat.

Maka 30 kerusi BN beralih sokongan kepada Anwar untuk menjadi PM. PAS pula bersetuju nak sertai kerajaan perpaduan maka ia dibantah oleh Muhyiddin yang mana PN kekal sebagai pembangkang.

Anwar kena belajar dari kesilapan kerajaan 22 bulan PH kenapa PH tumbang sebegitu cepat. Silap PM PH, Dr Mahathir beri muka kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyebabkan orang Melayu marah dengan tindak tanduknya yang rasis.


Anwar kena kawal DAP. Saya percaya Anthony Loke Setiasaha Agung DAP yang baru tidak rasis seperti Lim Guan Eng. Kalau DAP melampau, kerajaan perpaduan tumbang apabila BN tarik sokongan.

Dahulu pun Muhyiddin jatuh kerana 15 MP BNtarik sokongan kepada Muhyidin. Jika Anwar berlaku adil kepada semua parti beliau tidak akan tumbang sehingga PRU16.

Semoga BN dapat bangkit kembali dari 30 kerusi kepada lebih banyak kerusi kerana BN berlawan dengan Bersatu dan PAS. Dah viral list kabinet baru sedangkan Anwar belum bermesyuarat dengan ketua ketua BN DAP Warisan GPS dan GRS untuk cadangan nama menteri. Mereka lebih tahu dari Anwar. Anwar nak kurangkan saiz kabinet takkan tak gabung kementerian pendidikan dengan kementerian pendidikan tinggi.

Semoga Anwar dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat. Ismail gagal menyelesaikan isu telur ayam maka Anwar kena tengok itu semua kenaikan harga barang yang mahal membebankan rakyat.

Sebagai poster boy BN Ismail perlu juga bertanggungjawab kepada kekalahan BN pada PRU ini. Silap Ismail beri cuti kepada rakyat pada 19 Disember menyebabkan rakyat yang marah kepada BN pangkah PN terutamanya pengundi Melayu.

Ismail juga beri tol percuma kepada rakyat pada !8 dan 19 November lalu menyebabkan rrkyat undi pembangkang, Begitu juga 6  juta pengundi 18 tahun memilih PN kerana mereka diberi wang RM300 manakala BN tiada wang untuk ditabur kepada pengundi.

Semoga Anwar dapat pulihkan ekonomi negara dan index bursa saham kuala lumpur yang naik pada hari perlantikan Anwar sebagai PM menandakan pelabur yakin kepada Anwar. Selamat bertugas Anwar,




Ahad, November 20, 2022

HAJI HADI PATUT JADI PM

 Zahid tidak belajar dari sejarah pru 2018. Najib Razak enggan berundur sebelum pru 2018 maka BN kalah pru buat kali pertama. BN dapat 79 kerusi sahaja. Sepatutnya Zahid yang masih ada kes mahkamah berundur sebelum pru 2022. Oleh kerana beliau enggan berundur maka BN menang 30 kerusi sahaja.

Kesilapan Zahid cantas ramai pemimpin Umno maka BN kalah teruk kali ini buat kali kedua. Perlis ditawan  Perikatan Nasional (PN) setelah ahli parlimen Arau, Shahidan Kassim tidak dipilih menjadi calon BN. Kali pertama PN menang di Perlis dan ADUN PAS akan dilantik Menteri Besar. Oleh itu Zahid perlu letak jawatan dan serah memangku jawatan Presiden Umno  kepada Mohamad Hassan untuk overhaul Umno.

Kenyataan Muhyidin jangan undi PH yang mahu kristianisasi negara ini membuatkan 6 juta pengundi umur 18 tahun ke atas terpengaruh dengan kenyataan ini yang menyebabkan PAS menang besar dengan 49 kerusi. DAP menang40 kerusi. Bersatu menang 24 kerusi. Takkan PAS nak serah jawatan PM kepada Muhyiddin yang dikenali sebagai PM PKP.

Ini peluang terbaik kepada Haji Hadi nak jadi PM Malaysia. Jika PN bergabung dengan BN dan GPS, Haji Hadi mampu jadi PM. Tak perlu beri jawatan itu kepada Muhyiddin.

PRU ini menyaksikan Dr Mahathir dan Ku Li kalah buat kali pertama. Pengasas parti Pejuang dimalukan pengundi Langkawi yang kalah wang pertaruhan. Ku Li kalah tipis tapi SPR enggan kira semula undi. Maka Ku Li boleh buat petisyen dalam masa dua minggu.

Ramai tokoh besar kalah dalam PRU ini seperti KJ, Ku Nan, Nurul Izzah, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa, Tengku Zafrul. KJ kalah bermaruah kerana beliau bertanding di kubu kuat PH. Dulu PH menang besar tapi kini menang dengan majoriti 2,000 undi.


Sabtu, November 12, 2022

ZAHIR HASSAN TERUSKAN KESINAMBUNGAN DI WANGSA MAJU

 Calon PKR bagi  parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan dijangka mengekalkan kerusi PH pada 19 November ini. Zahir adalah Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan. Beliau menyertai PKR pada tahun 1999 dan menyokong reformasi tetapi lambat jadi calon.


Zahir bukan orang asing dalam politik kerana sudah lama beliau bergiat dalam PKR. Walaupun beliau ketua cabang Titiwangsa, tetapi Wangsa Maju bukan asing bagi  beliau. Beliau adalah seorang jurutera yang pernah bekerja di UAE, Pakistan dan Arab Saudi, Mempunyai pengalaman 30 tahun dalam klejuruteraan, pembinaan dan pembangunan hartanah.

Sudah tiga kali PKR menang di Wangsa Maju meletakkan calon cina. INI satu ujian kepada pengundi CIna dan India Wangsa Maju  sama ada mereka boleh terima calon Melayu dari PKR. Insya Allah Zahir dapat meneruskan kesinambungan di Wangsa Maju.

Saya yakin jika PH menang, Zahir Hassan adalah calon menteri dari Wilayah Persekutuan. Kami satu sekolah di MRSM Seremban dan beliau berasal dari Johor Bharu . Kelebihan beliau sebagai jurutera yang selalu menjadi imam di mana mana surau. Selamat bertanding Zahir hassan.

Zahir lebih berwibawa dari calon BN, Shafie Abdullah yang manjadi Setpol Menteri Kewangan. Macam macam kes kita dengar masa beliau menjadi Setpol kepada Datuk Seri Najib. Dah kalah pada tahun 2018, BN nampaknya BN ketandusan calon yang bersih.


BUNG MOKHTAR LEBIH LAYAK JADI TPM DARI SABAH

Semalam bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkempen di Kota Belud berkata calon parlimen Kota Belud, Rahman Dahlan layak jadi TPM dari Sabah jika BN menang nanti.


INi yang rosak UMNO kalau Rahman Dahlan dilantik TPM kerana tak ikut hiraki parti. Rahman bukan Pengerusi BN Sabah. Bung Mokhtar pengerusi BN Sabah yang lebih layak jadi TPM kalau BN memerintah negara,

Bung Mokhtar kini Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerjaraya Sabah . Dia tak sombong seperti Rahman Dahlam. Saya kenal Bung Mokhtar pada tahun 1989. Sampai sekarang Bung Mokhtar ingat kawan kawan lama, merendah diri dan tak sombong.

Orang macam Bung Mokhtar lebih layak jadi TPM dan bukannya Rahman Dahlan. Belum pasti Rahman menang di Kota Belud kerana Isnaraissah Munirah calon parti Warisan lebih popular dari Rahman, Kalau kalah di Kota Belud, macam mana nak jadi TPM.

Oleh itu Umno kena ikut hiraki parti. Jangan lantik sebarang orang jadi TPM.


Jumaat, November 11, 2022

SIAPA YANG KELAKAR, RAMANAN?


 Calon  PH, Ramanan Ramakrishnan  kata kelakar KJ nak jadi PM? apa yang lucu Ramanan. You tak baca akhbar ke KJ pernah lawan Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 2018. Kalau KJ menang hari itu KJ yang jadi PM Malaysia sekarang dan bukannya Ismail Shabery Yaacob.

U dalam PKR tak berani  lawan Anwar Ibrahim bagi jawatan Presiden PKR. KJ bukan sataraf dengan u Ramanan. KJ setaraf dengan Zahid Hamidi. KJ bukan cari kawasan selamat tapi merampas parlimen Sungai Buluh yang dah tiga penggal dimenangi PKR. Pengundi Melayu yang mengundi PKR sebelum ini akan mengundi BN kerana yang bakal menjadi YB mereka bakal PM dalam masa 10 tahun akan datang, Pengundi Melayu yang kena kencing dengan PKR akan berpaling tadah kali ini,

Kalau Ramanan menang pada 19hb ini, mungkin pilihanraya kecil Sungai Buloh akan diadakan kerana Anwar sedang mencari sumber punca asset Ramanan sebanyak RM65 juta. Dulu Ramanan pemimpin MIC, RM65 juta dari mana? Duit rasuah ke?  Rafizi suruh Ramanan tunjuk dokumen RM65 juta tapi Ramanan tak tunjuk. Anwart kata kalau ada bukti rasuah, pencalonan Ramanan akan dibatalkan.

Oleh itu kepada semua pengundi Sungai Buloh jangan undi PKR. Ramanan calon rasuah. Dari MIC takkan dia tak sapu projek. Undilah calon BN, KJ bakal PM anda di masa hadapan.



ISNARAISSAH MUNIRAH MAMPU TEWASKAN RAHMAN DAHLAN

oleh GHANI MIYASSIN


 Calon parti Warisan bagi parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis mampu mengalahkan calon BN, Abdul Rahman Dahlan pada 19 November ini.

Faktor pertama,   Isnaraissah adalah dua pupu bekas ahli parlimen, Datuk Seri Salleh Said Keruak (SSK) . Saudara mara mereka sudah tentu akan mengundi Isnaraissah walaupun mereka berlainan parti.

Faktor kedua, Rahman Dahlan dianggap orang luar dari Tuaran dan bukannya anak jati Kota Belud. Jika SSK yang bertanding adalah diyakini mampu menewaskan Isnaraissah.

Isnaraissah menjadi giant killer mengalahkan Menteri Komunikasi dan Multi Media pada pru 2018. Beliau mendapat 23,429 undi, SSK mendapat 19,167 undi,  dengan majoriti 4,262 undi.Ketika itu rakyat marah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak maka SSK menjadi mangsa.

Isnaraisah kali kedua berdepan dengan Rahman. Pada tahun 2013, beliau tewas kepada Rahman Dahlan sebagai calon PKR. Pada PRU 2018 beliau menang sebagai calon parti Warisan.

kali ini beliau berdepan semula dengan Rahman bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. ramai yang berpendapat bahawa Isnaraissah mampu menewaskan Rahman walaupun Warisan bukan lagi parti komponen PH.