Tanpa sebab tiba-tiba Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kuasa melantik TPM adalah kuasa mutlak Perdana Menteri, Najib Razak maka kita tidak persoal kuasa Najib melantik Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai TPM yang baharu.
Apa dosa Muhyiddin sehingga Najib sanggup memecat timbalannya itu? Kalau kerana 1MDB, beliau akur kerana beliau sendiri tidak faham isu 1MDB. Kalau orang nombor dua dalam negara tidak faham, apatah lagi rakyat biasa lagi tak faham tentang isu 1MDB. Orang kampung tak kesah soal duit 1MDB hilang. Yang mereka risaukan soal GST, nak beli top up RM10 pun kena bayar GST RM0.60 sen. Itu yang lebih menggusarkan hati rakyat daripada isu 1MDB.
Pada tahun 1986, negara terkejut apabila Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai TPM di era Dr Mahathir Mohamad. Setelah dipujuk empat MB, Wan Mokhtar Ahmad, Ramli Ngah Talib, Ajib Ahmad dan seorang lagi lupa namanya, Musa Hitam bersetuju mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Umno.
Negara ganjil apabila Malaysia ada dua timbalan, Ghabar Baba sebagai TPM dan Musa sebagai Timbalan Presiden Umno. Maka perwakilan memilih Ghafar sebagai timbalan presiden Umno yang baharu pada tahun 1987 yang menyaksikan juga Dr Mahathir Mohamad turut ditentang untuk jawatan Presiden Umno oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Kekalahan Ku Li menyebabkan timbulnya parti serpihan Umno yang baharu, Parti Semangat 46. 12 tahun kemudian negara dikejutkan dengan pemecatan TPM, Anwar Ibrahim oleh Dr Mahathir. Bukan sahaja Anwar dipecat dari jawatan TPM, malah dipecat dari Umno. PRU 1999 BN kalah dua negeri Kelantan dan Terengganu gara-gara pemecatan Anwar dari Umno.
Anwar dipenjarakan kerana kes liwat, maka lahirlah parti serpihan Umno yang baharu, PKR yang bersifat parti berbilang kaum. 17 tahun kemudian negara terkejut dengan tindakan Najib memecat Muhyiddin dari jawatan TPM. Sehingga ini Muhyiddin masih kekal sebagai timbalan presiden Umno walaupun ada desas-desus beliau akan dipecat sebagai timbalan presiden Umno pada mesyuarat majlis tertinggi Umno Jumaat ini. Namun demikian mesyuarat majlis tertinggi itu dibatalkan.
Semalam saya sempat menemui Muhyiidin di rumahnya selepas sidang akhbar beliau. Kebetulan beliau baru habis menemui Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Umno Malaysia. Kali terakhir saya menemui Muhyiddin pada tahun 2009 di rumahnya ketika mewawancara beliau untuk akhbar Watan. Ketika itu beliau bertanding jawatan timbalan presiden Umno menentang bekas MB Selangor, Muhammad Md Taib.
Enam tahun kemudian baru saya berpeluang menemui Muhyiddin di rumahnya selepas beliau dipecat dari jawatan TPM. Sebagai TPM, beliau begitu sibuk dan ada protokol, jadi saya tak nak ganggu beliau. Semalam baru saya berpeluang menemui beliau dan bercakap dari hati ke hati.
Kebetulan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan baru sampai. Maka kami sempat berbual dengan beliau. Saya pernah mewawancara Musa ketika saya menjadi editor akhbar Warta Parlimen Kepala Batas pada tahun 2007.
Muhyiddin memberitahu kami kalau isu 1MDB menjadi punca pemecatan beliau, beliau redha kara isu itu dibangkitkan untuk kepentingan rakyat. Ditanya kemungkinan mkt memecat beliau sebagai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin berkata MKT nak pecatnya kerana isu apa. Apa yang beliau cakap di majlis perasmian perwakilan Umno Bahagian Cheras tantang 1MDB merupakan isu yang tepat dicakap di platform Umno untuk kepentingan ahli Umno.
Beliau berikrar akan terus menjalankan tugas sebagai timbalan presiden Umno. Sehingga ini beliau akan memenuhi undangan bahagian yang menjemputnya untuk merasmikan persidangan perwakilan bahagian. Sehingga ini dua bahagian, Raub dan Sik sudah membatalkan jemputan untuk Muhyiddin.
Seperti kata MB Johor, Khaled Nordin, ahli Umno kena menghormati Muhyiddin kerana beliau masih timbalan presiden Umno. Oleh itu Umno Johor tidak akan menghalang beliau turun ke mana mana bahagian di negeri tersebut.
Jangan bimbang Tan Sri. Ini adalah ujian yang maha hebat buat Tan Sri. Tan Sri solat taubat, solat tahajud dan solat hajat tiap malam, nescaya Allah akan mendengar rintihan Tan Sri. Doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah.
Jangan under estimate Muhyiddin kerana beliau masih timbalan presiden Umno. Anything happens to Najib, Muhyiddin jadi PM yang baharu. Siapa sangka Dr Mahathir dipecat dari Umno pada tahun 1969 tetapi pada tahun 1981 beliau menjadi PM Malaysia yang keempat. Siapa sangka Pak Lah dipecat dari jawatan Menteri Pertahanan pada tahun 1987 tetapi Pak Lah jadi PM Malaysia yang kelima.
Kemungkinan Muhyiddin menjadi PM Malaysia masih ada walaupun Muhyiddin tidak pernah bercita-cita menjadi PM memandangkan beliau lebih tua dari Najib.
Sepanjang bergelumang dalam politik selama 37 tahun sejak tahun 1978, Muhyiddin sudah biasa jatuh bangun dalam politik. Beliau pernah bertanding jawatan naib presiden Umno pada tahun 1987 ketika menjadi menteri besar Johor tetapi tewas. Pada tahun 1993 beliau baru menangi jawatan tersebut bersama Najib dan Muhammad Md Taib.
Pada tahun 1996, beliau gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno tetapi pada tahun 2000, beliau kembali menang walaupun mendapat pencalonan yang kurang berbanding MB Johor, Ghani Othman yang banyak mendapat pencalonan.
Muhyididn sudah buktikan dia seorang fighter. Dia jadi TPM kerana menang jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 2009 mengalahkan Muhammad setelah Ali Rustam dibatalkan dari bertanding. Justru itu beliau menang bertanding timbalan presiden Umno baharu Najib melantiknya TPM. Bukan seperti Najib yang menjadi TPM terlebih dahulu baru menang jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 2004.
Seperti kata Muhyiddin, beliau ada prinsip. Semua dasar Najib disokong kecuali 1MDB yang masih gagal memberi jawapan ke mana hilamgnya duit rakyat sebanyak RM26 billion. Apa langkah Muhyiddin seter8snya? Sama sama kita tunggu dan lihat
Khamis, Julai 30, 2015
Selasa, Julai 28, 2015
PENYELAMAT NAJIB MENJADI MENTERI
Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yasin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak mengejutkan kerana sebagai TPM beliau kena menyokong PM, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB. Sepatutnya beliau yang meletakkan jawatan apabila tidak bersetuju dengan isu 1MDB dan bukannya menunggu dipecat dari kabinet.
Muhyiddin redha dengan pemecatannya jika kerana isu 1MDB jadi punca dia dipecat. Mujur pemilihan Umno tahun hadapan sudah ditangguhkan selepas PRU 2018. Jika tidak sudah tentu Muhyiddin akan mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno pada tahun hadapan.
Sebagai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin kini bebas bergerak ke seluruh negara menjelajah Bahagian Umno. Soalnya tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri, berapa ramai ketua bahagian yang sudi menjemputnya merasmikan persidangan Umno bahagian. Malah Bahagian Raub sudah membatalkan menjemput muhyiddin selepas beliau begitu lantang mengkritik 1MDB pada persidangan perwakilan Umno bahagian Cheras Ahad lalu.
Menurut ahli majlis tertinggi, Datuk puad zakarshi. selepas PRU ke 13 pada tahun 2013, Muhyiddin sudah memberitahu Najib mahu meletakkan jawatan tetapi najib suruh teruskan. Akhirnya Najib tak tahan dengan tindakan Muhyididn dan terpaksa memecatnya kerana beliau tidak sehaluan dengan kabinet.
najib berkata dia boleh menerima perbezaan pendapat tetapi apabila sudah buat keputusan hendaklah diterima sebagai tanggungjawab bersama. Maka Najib tidak ada pilihan terpaksa memecat timbalannya dari kabinet bersama seorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Najib membuat keputusan yang bijak melantik naib presiden no 1, Datuk Seri Dr Ahmad zahid hamidi sebagai TPM yang baharu. Jika beliau melantik sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Husein sebagai TPM, sudah tentu ahli Umno marahi beliau.
Perlantikan Zahid tepat kerana dua kali menang no. 1 sebagai naib presiden Umno. Sebagai bekas ketua pemuda, Zahid ada kekuatan untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat kepada Umno dalam tempoh tiga tahun sehingga PRU akan datang. Jika Najib didakwa atas isu 1MDB, maka Muhyidin sebagai timbalan presiden Umno akan memangku jawatan PM.
Hishamuddin meminta semua menteri yang dipecat tidak emosional. jika Muhyiddin dan Shafie terus setia kepada parti, maka Muhyiddin ada peluang jadi PM jika Najib didakwa dalam isu 1MDB. Oleh itu peluang Muhyiddin untuk jadi PM masih ada kerana beliau masih timbalan presiden Umno kecuali majlis tertinggi Umno yang bersidang Jumaat ini memecatnya dari jawatan timbalan presdien Umno.
Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Anwar Ibrahim dari jawatan TPM, BN hilang Kelantan dan Terengganu pada PRU 1999. Sejauh mana pemecatan Muhyiddin memberi kesan kepada PRU 2018. Berapa negeri BN akan hilang kali ini? Isu 1MDB belum selesai, Najib berani memecat timbalannya. Adakah ini tanda-tanda kehancuran Umno sepertimana teori RAHMAN mengatakan najib PM terakhir BN?
Salah seorang penyelamat Najib dalam isu 1MDB yang banyak mempertahankan Najib ialah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Setiap kali beliau buat statementt atau menulis dalam blognya, saya bergurau dengan beliau nanti najib akan lantik Datuk Seri sebagai menteri.
Ternyata hari ini beliau dilantik Menteri Komunikasi dan Multi media kerana banyak mempertahankan Najib. Ahmad Shabery Cheek yang gagal mempertahankan najib ditukar ke kementerian pertanian dan industri asas tani menjaga petani di DUN Air Putih dan nelayan di DUN Chukai.
Rakyat Sabah yang terkejut dengan pengguguran Shafie Apdal sekurang-kurangnya lega apabila bekas Ketua Menteri Sabah dilantik sebagai menteri penuh. Salleh kena lepaskan jawatan Speaker dan dilantik Senator.
Pada tahun 2008 beliau digugurkan sebagai calon parlimen Kota belud diganti oleh Datuk rahman Dahlan calon import dari Tuaran. Pada tahun 2013 beliau dipilih semula sebagai calon DUN Usukan dan dikekalkan sebagai Speaker Dewan Undangan negeri Sabah.
Sebagai timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, salleh disenangi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang memang tidak ngam dengan Shafie Apdal, Justru itu gugurnya Shafie dan terlantiknya Salleh melegakan rakyat Sabah.
Sejauh mana kabinet baru dapat melahirkan imej yang baik buat BN menjelang PRU 2018. Sama samalah kita tunggu sejauh mana keputusan siasatan 1MDB. Jika isu 1MDB tidak selesai, maka agak sukar untuk BN mendapat majoriti dua pertiga seperti yang dibimbangi oleh Muhyiddin.

Jumaat, Julai 24, 2015
RAMADAN PALING MENCABAR
OLEH SHAHBUDIN E
Ramadan
tahun ini merupakan Ramadan yang paling mencabar.Pelbagai kisah,tohmahan,
tuduhan, dan isu panas yang menjadi
tarikan kita semua. Adakah benar negara kita sekarang sedang berada dalam
suasana kegelapan politik yang akan terus gelap tanpa adanya cahaya di hujung
terowong ?
Adakah
sebelum Syawal menjelma kita akan terus dikejutkan lagi dengan pelbagai
isu?Atau adakah kehadiran Syawal nanti akan membuka lembaran baru yang akan
memulihkan semula semangat perpaduan,persaudaraan serta kerjsama yang akan
memulihkan semula segala kemelut yang berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan
ini.
Saya
tidak berani membuat ramalam tentang apakah yang akan berlaku. Cuma satu sahaja
yang saya risaukan. Dan mungkin juga ramai di antara para pembaca khasnya ahli
ahli UMNO yang sependapat dengan saya.Adakah kemelut politik ini akan memberi
kesan terhadap solidariti, perpaduan, persaudaraan dan kerjasama yang
membuatkan UMNO terus kukuh sebagai parti paling utama di negara kita?
UMNO
terkenal dengan semangat jatidiri serta perpaduan anak Melayu dan Bumiputra
yang sangat utuh.Sepanjang UMNO ditubuhkan, pelbagai rintangan yang telah
dilalui oleh parti ini dan apa yang pasti, setiap krisis yang dihadapi telah
membantu mematangkan lagi UMNO dalam terus berdepan dengan pelbagai lagi
cabaran masa depan.
UMNO
tidak boleh berpecah dan semangat perpaduan yang telah lama wujud perlu
dikekalkan. Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, ahli-ahli UMNO telahpun
bersuara dan berikrar untuk berdiri teguh di belakang Presiden Datuk Seri Najib
Tun Razak dan itulah yang mesti dibuktikan.
Sememangnya
mudah untuk mengingatkan kepada ahli UMNO akan ikrar tersebut, namun bukanlah sesuatu
yang mudah untuk terus mengharapkan ada ahli UMNO untuk terus setia. Pastinya
ada di antara mereka yang termakan juga dengan racun fitnah yang telah ditabur
oleh mereka yang tidak puas hati dengan kepimpinan hari ini.
Apa yang dikesalkan ialah perpecahan politik
Melayu atau UMNO hari ini nampaknya telah didorong oleh rasa dendam dan
kepentingan peribadi sehingga membawa kepada pelbagai tuduhan, fitnah serta
kata-kata dusta dan keji yang tidak ada hadnya. Konsep berbincang di meja
bulat,yang mengutamakan persaudaraan dan perpaduan dalam UMNO nampaknya tidak
lagi diamalkan.
Hakikatnya,jika
perpecahan berlaku, maka ini akan mengundang sesuatu yang lebih serius.Mungkin
atas alasan inilah, maka penangguhan pemilihan Umno yang diumumkan oleh Najib
merupakan sesuatu yang bijak dilakukan demi menjaga perpaduan dalam parti.
Langkah
ini bukan sahaja memberi ruang untuk memperkukuhkan perpaduan tetapi juga memberi peluang untuk ahli-ahli UMNO kembali
tenang dan menumpukan perhatian pada mengeratkan lagi kerjasama antara
ahli-ahli dan para pemimpin UMNO.
Namun
usaha seperti itu tidak cukup.Selain daripada memberikan sokongan kepada pucuk
kepimpinan UMNO, ahli-ahli UMNO juga perlu bersama-sama meyakinkan masyarakat
dan rakyat Malaysia supaya tidak ada prasangka dan persepsi yang buruk terhadap
usaha yang dilakukan oleh para pemimpin kita.
Kemunculan
individu yang membuat pelbagai tuduhan serta mengapi-apikan lagi sentimen
terhadap isu semasa, telah menyemarakkan lagi suasana panas. Adakah individu
ini mempunyai agendanya yang tersendiri? Atau adakah individu ini lupa bahawa
tidak setiap isu itu mesti dipersetujui, kerana masing-masing mempunyai cara
pemikiran dan pentadbiran yang berbeza. Apa yang penting ialah barisan
kepimpinan hari ini telah melaksanakan tugas dengan penuh kredibiliti untuk
menggalas tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat.
Najib
sedar akan cabaran yang sedang dilalui ini. Dan pujian harus diberikan kepada
Najib yang nampaknya masih tenang dan terus mementingkan agenda untuk
membangunkan negara. Beliau telah membuktikan yang dia seorang pemimpin yang
boleh menerima teguran dan kritikan.Najib tidak perlu membuktikannya lagi.
Ramai
yang masih yakin Najib akan berjaya melalui perjalanan yang penuh dengan ranjau
duri ini. Dalam hal ini, ahli-ahli UMNO perlu diingatkan bahawa perpaduan perlu
diperkasa dan diperkukuhkan dan jangan sekali kali mengambil sikap tidak apa
atau “take things for granted”. Jika usaha untuk memperkasakan perpaduan ini
gagal dilaksanakan, maka jangan terkejut UMNO tidak akan mendapat sokongan
daripada generasi hari ini dan juga generasi masa depan.
Jangan
memperkecilkan keupayaan generasi hari ini menilai dan membuat analisis mereka
tentang masa depan negara. Mereka adalah penentunya. Apa yang membimbangkan
ialah golongan ini mungin tidak tahu pun akan jasa dan usaha yang dilakukan
oleh para pejuang UMNO yang bertungkus lumus memberikan kita asas menjadi
sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Bagi mereka sejarah tidak penting dan
apa yang lebih diutamakan ialah impian dan cita-cita mereka. UMNO perlu melihat
akan isu ini dengan lebih terperinci.Hanya melalui perpaduan yang kukuh boleh
membantu anak-anak muda terus mendekati UMNO dan percaya akan wadah perjuangan
UMNO terhadap agama , negara dan bangsa.
Perjalanan
UMNO akan berdepan dengan pelbagai lagi duri dan ranjau. Pengkritik UMNO akan
terus bersuara dan kemungkinan besar, laungan itu akan menjadi semakin kuat,
lantang dan bising.
Inilah cabaran dan tanggungjawab yang akan
terus digalas oleh pucuk kepimpinan UMNO.Selagi semua ahli UMNO berdiri teguh
di belakang presiden, selagi itulah apa yang bakal dilalui ini akan ditangani
dengan rasional dan bijaksana demi survival UMNO sebagai parti utama di negara
ini.
Ramadan
adalah bulan mencari kemaafan dan keredhaan.Kita perlu mengambil iktibar untuk
menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul .Marilah kita bersama sama
berdoa dan mengharapkan awan gelap yang berarak di atas kepala kita akan
berlalu tanpa adanya ribut taufan yang akan memcahbelahkan perpaduan sesama
kita.
-end-
Shahbudin
Embun
Ahli
Majlis Perundingan Melayu Malaysia/ Blogger Lawyer Pokok Cherry.
(Penulis
Buku NAJIB PENERAJU TRANSFORMASI)
Mykad:
530916 09 5037
Tel:
019-3687455
Alamat
: No 9.12 Alpha Villa Apartment,Jalan 2/27A, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Isnin, Julai 13, 2015
CARA ATASI ISU PERKAUMAN
Rusuhan kaum di Low Yat amat memalukan. Negara sudah 58 tahun merdeka bangsa Malaysia yang terdiri dari orang Melayu, China, India, Kadazan, Iban, Bajau, Murut, Melanau, Bisaya sepatutnya sudah matang.
Penjual handpone kata budak Melayu itu curi handphone. Kalau betul dia curi kenapa perlu ajak orang China pukul dia. Tangkap dan serah kepada polis. Biar polis siasat. Tak perlu belasah sehingga timbul isu perkauman orang Cina pukul Melayu.
Versi sebenar Melayu itu beli handphone dan dikatakan beli yang asli.Maka dia balik ke rumah dengan bangga menunjukkan handphone baru kepada kawannya. Kawannya kata handphoe klon bukan asli. Itu yang menimbulkan kemarahannya. Bila nak tukar penjual Cina itu tak beri maka dia bawa lari yang asli itu.
Mujur dia ada resit asal maka polis lepaskannya kerana penjual Cina itu menipu. Saya teringat kepada kata kata kawan saya Kisfi zainal yang mengatakan kalau tidak tipu bukan Cina. Adakah benar orang China sinonim dengan penipu?
Ini yang menjadi isu dicampur pulak dengan Pekida. Maka benda kecil jadi besar. Saya pernah ditipu penjual handphone yang mana saya beli broadband tapi tak boleh pakai. Saya maki China itu di The Mall tapi cina itu tak panggil pulak geng dia pukul saya. Apa yang berlaku Melayu itu bukan sahaja dipukul malah dihina.
Jadi salah siapa isu Low Yat? salah Melayu atau Cina. Jika Cina itu tidak menipu jual handphone asli mungkin pergaduhan tidak berlaku. Kenapa 58 tahun merdeka kita masih gagal mengatasi masalah pergaduhan kaum?
Adakah kerana sistem pendidikan kita yang membenarkan adanya sekolah bukan Melayu yang menyebabkan orang bukan Melayu suka bergaul sesama mereka. kita tidak pernah dengar isu seperti ini di sekolah aliran Inggeris yang terdiri daripada berbilang kaum pelajarnya.
Apakah punca sebenarnya?Sepatutnya 58 tahun merdeka kita lebih matang dan tidak mudah menghina bangsa lain. Sepatutnya kita kena saling hormati menghormati di antara satu sama lain.
Adakah kerana kita dibahagi kepada politik perkauman? Kita ada Umno, MCA, MIC. Sepatutnya kita sudah tidak ada lagi parti perkauman. Walaupun DAP menganggap ia parti berbilang kaum ia masih dianggap sebagai parti yang memperjuangkan isu orang Cina. Sebab itu DAP gagal menjadi parti berbilang kaum.
Sudah sampai masanya BN tukar hala tuju sebagai satu parti sahaja tanpa ada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, SUPP, PBS, PBDS, SNAP dan PBB. Saya percaya jika semua parti perkauman dihapuskan politik Malaysia lebih aman.
Kalau kita masih berfikir sempit sebagai orang Melayu atau orang Cina, sampai bila 1Malaysia mahu berjaya? Ini yang patut difikirkan oleh para pemimpin kita. Adakah kita sanggup negara kita yang makmur ini ranap sekelip mata dengan rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969?
Oleh itu sudah sampai masanya kita bubarkan parti perkauman dan wujudkan BN yang berbilangkaum untuk menghadapi PKR, DAP dan PAS dalam PRU akan datang,. Bersediakah kita?
Dahulu apabila Dato Onn Jaafar mencadangkan supaya Umno dibuka kepada semua kaum rakyat marah kerana orang Melayu masih ketinggalan. Kini orang Melayu sudah berjaya dan tidak perlu tongkat lagi. Malah meritokrasi digunakan jadi sudah tiba masanya parti perkauman dibunarkan.

Sabtu, Julai 11, 2015
SELAMAT HARI JADI MAHATHIR
Walaupun tarikh lahir Tun Dr Mahathir Mohamad dicatat dalam surat beranak pada 20 Disember 1925 tapi sebenarnya beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925. Orang zaman dahulu biasa lapor lambat ketika nak buat surat beranak di balai polis.
Syukur kepada Allah kerana Dr Mahathir berusia panjang 90 tahun. Bukan mudah untuk mencapai usia sepanjang itu tetapi dalam keluarga Dr Mahathir semuanya berusia panjang, 80an seperti mana kakak-kakaknya. Oleh itu tidak hairan Dr Mahathir dapat merasa harijadi yang ke 90.
"Saya berdoa semua orang akan dapat merayakan ulangtahun yang ke 90," kata Dr Mahathir ketika diminta oleh Malaysiakini mengucapkan ucapan kepada rakyat Malaysia. Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan sambil mengucapkan selamat hari jadi kepada Dr Mahathir meminta bekas Perdana Menteriitu tidak lagi menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Mahathir tidak pernah mimpi jadi Perdana Menteri kerana dia tahu Umno adalah parti faudal. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah anak raja, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj manakala penggantinya Tun Razak Hussein adalah dari golongan bangsawan.
Ia diikuti oleh biras Razak, Tun Hussein Onn yang juga dari golongan bangsawan. Oleh itu Dr Mahathir terkejut apabila Hussein Onn memilihnya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976 sedangkan beliau bukan dari golongan bangsawan. Ketika itu Hussein mahu melantik Tun Ghazali Shafie sebagai timbalannya tapi ditentang oleh tiga Naib Presiden Umno iaitu Tun Ghafar Baba, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li) dan Dr Mahathir Mohamad.
Kalau nak meneruskan tradisi feudal Umno, Hussein Onn sepatutnya pilih Ku Li sebagai timbalannya tetapi Hussein pilih anak guru besar sekolah sebagai bakal penggantinya. Ketika Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia yang keempat pada 16 Julai 1981, Dr Mahathir berusia 56 tahun. Usia orang dah pencen. Beliau sendiri tidak sangka dapat berkhidmat untuk negara selama 22 tahun sehingga berusia 78 tahun.
Dr Mahathir terhutang budi kepada Razak yang melantiknya sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974 sedangkan beliau tidak pernah menjadi setiausaha parlimen atau timbalan menteri. Dengan jawatan itu beliau memenangi jawatan naib presiden Umno pada tahun 1975 yang mana jawatan itu adalah calon timbalan perdana menteri. Sedangkan pada tahun 1972 beliau tewas dalam pertandingan Naib Presiden Umno tersebut.
Jasa Dr Mahathir amat besar kepada negara. KLCC, KLIA, Putrajaya semuanya adalah tinggalan Dr Mahathir yang akan terus diingati oleh rakyat Malaysia. Di zaman Dr Mahathir, kita lihat beliau mempunyai empat orang timbalan.
Bermula dengan Tun Musa Hitam sehingga dilabel oleh media sebagai pemerintahan 2M, sedangkan ia adalah pemerintahan Dr Mahathir, Musa akhirnya yang tidak tahan dengan karenah Dr Mahathir meletakkan jawatan pada tahun 1986. Musa naik di atas sokongan Dr Mahathir yang tidak mahu Umno menjadi parti feudal sekali lagi. Sebab itulah beliau menyokong Musa menentang Ku Li bagi jawatan timbalan presiden Umno sedangkan beliau sudah berjanji kepada Hussein Onn untuk memilih Ku Li sebagai timbalannya. Tetapi Dr Mahathir memberi alasanbahawa perwakilan Umno yang menolak Ku Li sebagai bakal timbalan presiden Umno.
Selepas Musa meletakkan jawatan, Dr Mahathir melantik Ghafar Baba sebagai timbalan perdana menteri yang baru pada 10 Mei 1986. Ghafar tidak tahan lama apabila dicabar oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 1993. Ghafar tarik diri kerana Anwar mendapat pencalonan lebih dari 95 peratus dari seluruh negara.
Maka Anwar dilantik timbalan perdana menteri yang baru oleh Dr Mahathir. Anwar terlalu cepat naik dalam Umno dalam tempoh 11 tahun kerana dinaungi Dr Mahathir. Malah Dr Mahathir melantik Anwar sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1986 untuk mempastikan Anwar terpilih sebagai naib presiden Umno pada tahun 1987. Dr Mahathir melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991 sebagai strategi untuk melonjakkan Anwar sebagai bakal timbalan perdana menteri. Sedangkan apa yang Anwar tahu tentang kewangan kerana Anwar bukannya graduan ekonomi.
Tetapi politik naungan Dr Mahathir berjaya meletakkan Anwar sebagai orang nombor dua dalam masa 11 tahun. Anwar bukan yes man maka Dr Mahathir terpaksa menyingkirkan Anwar dari jawatannya pada tahun 1998. Anwar menuduh kes liwatnya merupakan konspirasi Dr Mahathir untuk menyingkirkannya dari politik. Rakyat Malaysia tidak percaya dengan isu liwat maka BN Kelantan dan Terengganu tumbang pada PRU 1999.
Dr Mahathir bernasib baik kerana orang Cina masih menyokong BN. Maka BN menang dengan majoriti dua pertiga. Dengan pemecatan Anwar dari jawatan timbalan perdana menteri, Dr Mahathir memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) daripada Najib dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai timbalannya yang baru.
Ketika itu Dr Mahathir boleh memilih Ku Li sebagai timbalannya. Desas desus ini tersebar apabila Dr Mahathir berbuka puasa di rumah Ku Li. Tetapi Dr mahathir meneruskan tradisi Umno memilih timbalan perdana menteri daripada tiga orang Naib Presiden Umno. Atau mungkin dendam Dr Mahathir kepada Ku Li tidak pernah padam kerana Ku Li menentangnya dalam pertandingan Presiden Umno pada tahun 1987.
Jika Dr Mahathir melantik Ku Li, orang Umno terima kerana orang Umno adalah yes man kepada pemimpin mereka. Tapi Dr Mahathir tak mahu ambil risiko terpaksa memilih Pak Lah yang lemah sebagai penggantinya.
Dr Mahathir berundur pada tahun 2003 dan memberi laluan kepada nice man Pak Lah menerajui negara. Bila jadi PM, baru pecah tembelang Pak Lah, dia tertidur sewaktu sedang mesyuarat. Pak Lah jadi PM remote control. Beliau dicontrol oleh menantunya Khairy Jamaluddin (KJ) dengan budak budak tingkat empat di JPM.
Dr Mahathir menyesal pilih Pak Lah sebagai penggantinya. kalau dia lantik Ku Li sebagai timbalan perdana menteri, perkara seperti ini tidak berlaku. Dr Mahathir marahi Pak Lah kerana enggan membina jambatan bengkok dari Johor ke Singapura. Sebaliknya Pak Lah berlembut dengan pemimpin Singapura yang menambahkan lagi kemarahan Dr Mahathir.
Dr Mahathir mula menyerang Pak Lah. Dia keluar dari Umno kerana tidak dapat menerima kepimpinan Pak Lah yang lemah. Pak Lah berbangga dengan kemenangan besar PRU 2004. Tetapi akibat serangan Dr mahathir kepada Pak Lah, BN gagal mendapat majoriti dua pertiga pada PRU 2008.
Akibat dari kegagalan itu, Pak Lah berundur setelah 6 tahun menjadi PM dan beri laluan kepada Najib sebagai PM keenam. Najib dengan slogan transformasi juga gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU 2013. Tetapi penyokongnya kata prestasi Umno lebih baik mendapat 88 kerusi. Sudah dua kali PRU, 2008 dan 2013, orang Cina sudah tidak mempercayai BN lagi.
Walaupun Najib bersikap liberal menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi lubuk menolong orang Melayu, orang Cina tetap menolak BN pada PRU 2013. Najib persoal tsunami Cina. Namun bantuan kepada sekolah Cina tetap diberikan walaupun orang Cina tidak menyokong BN. Itulah kelemahan Najib yang tidak berani menghukum orang Cina.
Kemuncak dari itu, najib menghapuskan ISA. Dr Mahathir marah kerana ISA adalah senjata akhir untuk menghapuskan politik perkauman. Tetapi najib sudah buang kekebalan itu akibat desakan pembangkang. Malah mereka juga mendesak menghapuskan Akta hasutan tetapi perwakilan Umno tidak bersetuju walaupun Najib sudah berjanji untku menghapuskannya.
Kehilangan RM42 bilion dari 1MDB membuatkan pembangkang mula bising. Dr Mahathir turut campur tangan dan mendesak Najib meletakkan jawatan sekarang supaya BN ada masa tiga tahun untuk mengatasi isu 1MDB sebelum PRU 2018.
Najib enggan meletakkan jawatan kerana bangga dengan darah pahlawan Bugis. Dr Mahathir buat road show untuk menjatuhkan Najib. Maka tersebarlah Wall Street Journal isu wang 1MDB masuk dalam akaun Najib. najib tidak menafikannya sebaliknya berkata dia tidak pernah guna wang untuk tujuan peribadinya.
najib menuduh Dr Mahathir yang memberi maklumat kepada WSJ. Kerana akaun najib itu adalah akaun untuk PRU 2013. Dr mahathir dan Pak Lah ketika menjadi PM pun tentu ada juga akaun pilihanraya seperti itu tetapi Dr Mahathir dan Pak Lah tidak guna akaun peribadinya sebaliknya mungkin atas akaun proksinya.
Tetapi najib tidak cerdik menggunakan akaun peribadinya walaupun akaun itu sudahditutup. Sampai bila Dr Mahathir akan menyerang Najib? Sejauh mana siasatan pasukan khas ini berjaya menyelamatkan najib? Beranikah mereka mendakwa najib?
BN makin lemah dengan serangan Dr Mahathir. Kalau Najib meletakkan jawatan sudah pasti Dr mahathir tidak bising lagi. Maka pilihan yang terbaik bagi Najib meletakkan jawatan secara hormat dan minta maaf kepada rakyat Malaysia seperti kata Dr Mahathir.
jangan tunggu Dr Mahathir keluar dari Umno dan menyerang Najib yang degil meletakkan jawatan. Dr Mahathir mahu menyelamatkan BN dan Umno kerana dia tahu jika Pakatan rakyat berkuasa pada tahun 2018, kes najib tetap akan dibawa ke mahkamah.
Walaupun Najib melantik anak Dr Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah, tetapi Dr Mahathir tetap menegur najib demi kepentingan bangsa, agama dan negara. Jika Pakatan Rakyat menang, apa akan terjadi kepada orang Melayu. Inilah yang membimbangkan Dr Mahathir.
Selamat hari jadi Tun.

Langgan:
Catatan (Atom)