Isnin, Julai 13, 2015

CARA ATASI ISU PERKAUMAN

Rusuhan kaum di Low Yat amat memalukan. Negara sudah 58 tahun merdeka bangsa Malaysia yang terdiri dari orang Melayu, China, India, Kadazan, Iban, Bajau, Murut, Melanau, Bisaya sepatutnya sudah matang.

Penjual handpone kata budak Melayu itu curi handphone. Kalau betul dia curi kenapa perlu ajak orang China pukul dia. Tangkap dan serah kepada polis. Biar polis siasat. Tak perlu belasah sehingga timbul isu perkauman orang Cina pukul Melayu.

Versi sebenar Melayu itu beli handphone dan dikatakan beli yang asli.Maka dia balik ke rumah dengan bangga menunjukkan handphone baru kepada kawannya. Kawannya kata handphoe klon bukan asli. Itu yang menimbulkan kemarahannya. Bila nak tukar penjual Cina itu tak beri maka dia bawa lari yang asli itu.

Mujur dia ada resit asal maka polis lepaskannya kerana penjual Cina itu menipu. Saya teringat kepada kata kata kawan saya Kisfi zainal yang mengatakan kalau tidak tipu bukan Cina. Adakah benar orang China sinonim dengan penipu?

Ini yang menjadi isu dicampur pulak dengan Pekida. Maka benda kecil jadi besar. Saya pernah ditipu penjual handphone yang mana saya beli broadband tapi tak boleh pakai. Saya maki China itu di The Mall tapi cina itu tak panggil pulak geng dia pukul saya. Apa yang berlaku Melayu itu bukan sahaja dipukul malah dihina.

Jadi salah siapa isu Low Yat? salah Melayu atau Cina. Jika Cina itu tidak menipu jual handphone asli mungkin pergaduhan tidak berlaku. Kenapa 58 tahun merdeka kita masih gagal mengatasi masalah pergaduhan kaum?

Adakah kerana sistem pendidikan kita yang membenarkan adanya sekolah bukan Melayu yang menyebabkan orang bukan Melayu suka bergaul sesama mereka. kita tidak pernah dengar isu seperti ini di sekolah aliran Inggeris yang terdiri daripada berbilang kaum pelajarnya.

Apakah punca sebenarnya?Sepatutnya 58 tahun merdeka kita lebih matang dan tidak mudah menghina bangsa lain. Sepatutnya kita kena saling hormati menghormati di antara satu sama lain.

Adakah kerana kita dibahagi kepada politik perkauman? Kita ada Umno, MCA, MIC. Sepatutnya kita sudah tidak ada lagi parti perkauman. Walaupun DAP menganggap ia parti berbilang kaum ia masih dianggap sebagai parti yang memperjuangkan isu orang Cina. Sebab itu DAP gagal menjadi parti berbilang kaum.

Sudah sampai masanya BN tukar hala tuju sebagai satu parti sahaja tanpa ada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, SUPP, PBS, PBDS, SNAP dan PBB. Saya percaya jika semua parti perkauman dihapuskan politik Malaysia lebih aman.

Kalau kita masih berfikir sempit sebagai orang Melayu atau orang Cina, sampai bila 1Malaysia mahu berjaya? Ini yang patut difikirkan oleh para pemimpin kita. Adakah kita sanggup negara kita yang makmur ini ranap sekelip mata dengan rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969?

Oleh itu sudah sampai masanya kita bubarkan parti perkauman dan wujudkan BN yang berbilangkaum untuk menghadapi PKR, DAP dan PAS dalam PRU akan datang,. Bersediakah kita?

Dahulu apabila Dato Onn Jaafar mencadangkan supaya Umno dibuka kepada semua kaum rakyat marah kerana orang Melayu masih ketinggalan. Kini orang Melayu sudah berjaya dan tidak perlu tongkat lagi. Malah meritokrasi digunakan jadi sudah tiba masanya parti perkauman dibunarkan.