OLEH SHAHBUDIN E
Ramadan
tahun ini merupakan Ramadan yang paling mencabar.Pelbagai kisah,tohmahan,
tuduhan, dan isu panas yang menjadi
tarikan kita semua. Adakah benar negara kita sekarang sedang berada dalam
suasana kegelapan politik yang akan terus gelap tanpa adanya cahaya di hujung
terowong ?
Adakah
sebelum Syawal menjelma kita akan terus dikejutkan lagi dengan pelbagai
isu?Atau adakah kehadiran Syawal nanti akan membuka lembaran baru yang akan
memulihkan semula semangat perpaduan,persaudaraan serta kerjsama yang akan
memulihkan semula segala kemelut yang berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan
ini.
Saya
tidak berani membuat ramalam tentang apakah yang akan berlaku. Cuma satu sahaja
yang saya risaukan. Dan mungkin juga ramai di antara para pembaca khasnya ahli
ahli UMNO yang sependapat dengan saya.Adakah kemelut politik ini akan memberi
kesan terhadap solidariti, perpaduan, persaudaraan dan kerjasama yang
membuatkan UMNO terus kukuh sebagai parti paling utama di negara kita?
UMNO
terkenal dengan semangat jatidiri serta perpaduan anak Melayu dan Bumiputra
yang sangat utuh.Sepanjang UMNO ditubuhkan, pelbagai rintangan yang telah
dilalui oleh parti ini dan apa yang pasti, setiap krisis yang dihadapi telah
membantu mematangkan lagi UMNO dalam terus berdepan dengan pelbagai lagi
cabaran masa depan.
UMNO
tidak boleh berpecah dan semangat perpaduan yang telah lama wujud perlu
dikekalkan. Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, ahli-ahli UMNO telahpun
bersuara dan berikrar untuk berdiri teguh di belakang Presiden Datuk Seri Najib
Tun Razak dan itulah yang mesti dibuktikan.
Sememangnya
mudah untuk mengingatkan kepada ahli UMNO akan ikrar tersebut, namun bukanlah sesuatu
yang mudah untuk terus mengharapkan ada ahli UMNO untuk terus setia. Pastinya
ada di antara mereka yang termakan juga dengan racun fitnah yang telah ditabur
oleh mereka yang tidak puas hati dengan kepimpinan hari ini.
Apa yang dikesalkan ialah perpecahan politik
Melayu atau UMNO hari ini nampaknya telah didorong oleh rasa dendam dan
kepentingan peribadi sehingga membawa kepada pelbagai tuduhan, fitnah serta
kata-kata dusta dan keji yang tidak ada hadnya. Konsep berbincang di meja
bulat,yang mengutamakan persaudaraan dan perpaduan dalam UMNO nampaknya tidak
lagi diamalkan.
Hakikatnya,jika
perpecahan berlaku, maka ini akan mengundang sesuatu yang lebih serius.Mungkin
atas alasan inilah, maka penangguhan pemilihan Umno yang diumumkan oleh Najib
merupakan sesuatu yang bijak dilakukan demi menjaga perpaduan dalam parti.
Langkah
ini bukan sahaja memberi ruang untuk memperkukuhkan perpaduan tetapi juga memberi peluang untuk ahli-ahli UMNO kembali
tenang dan menumpukan perhatian pada mengeratkan lagi kerjasama antara
ahli-ahli dan para pemimpin UMNO.
Namun
usaha seperti itu tidak cukup.Selain daripada memberikan sokongan kepada pucuk
kepimpinan UMNO, ahli-ahli UMNO juga perlu bersama-sama meyakinkan masyarakat
dan rakyat Malaysia supaya tidak ada prasangka dan persepsi yang buruk terhadap
usaha yang dilakukan oleh para pemimpin kita.
Kemunculan
individu yang membuat pelbagai tuduhan serta mengapi-apikan lagi sentimen
terhadap isu semasa, telah menyemarakkan lagi suasana panas. Adakah individu
ini mempunyai agendanya yang tersendiri? Atau adakah individu ini lupa bahawa
tidak setiap isu itu mesti dipersetujui, kerana masing-masing mempunyai cara
pemikiran dan pentadbiran yang berbeza. Apa yang penting ialah barisan
kepimpinan hari ini telah melaksanakan tugas dengan penuh kredibiliti untuk
menggalas tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat.
Najib
sedar akan cabaran yang sedang dilalui ini. Dan pujian harus diberikan kepada
Najib yang nampaknya masih tenang dan terus mementingkan agenda untuk
membangunkan negara. Beliau telah membuktikan yang dia seorang pemimpin yang
boleh menerima teguran dan kritikan.Najib tidak perlu membuktikannya lagi.
Ramai
yang masih yakin Najib akan berjaya melalui perjalanan yang penuh dengan ranjau
duri ini. Dalam hal ini, ahli-ahli UMNO perlu diingatkan bahawa perpaduan perlu
diperkasa dan diperkukuhkan dan jangan sekali kali mengambil sikap tidak apa
atau “take things for granted”. Jika usaha untuk memperkasakan perpaduan ini
gagal dilaksanakan, maka jangan terkejut UMNO tidak akan mendapat sokongan
daripada generasi hari ini dan juga generasi masa depan.
Jangan
memperkecilkan keupayaan generasi hari ini menilai dan membuat analisis mereka
tentang masa depan negara. Mereka adalah penentunya. Apa yang membimbangkan
ialah golongan ini mungin tidak tahu pun akan jasa dan usaha yang dilakukan
oleh para pejuang UMNO yang bertungkus lumus memberikan kita asas menjadi
sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Bagi mereka sejarah tidak penting dan
apa yang lebih diutamakan ialah impian dan cita-cita mereka. UMNO perlu melihat
akan isu ini dengan lebih terperinci.Hanya melalui perpaduan yang kukuh boleh
membantu anak-anak muda terus mendekati UMNO dan percaya akan wadah perjuangan
UMNO terhadap agama , negara dan bangsa.
Perjalanan
UMNO akan berdepan dengan pelbagai lagi duri dan ranjau. Pengkritik UMNO akan
terus bersuara dan kemungkinan besar, laungan itu akan menjadi semakin kuat,
lantang dan bising.
Inilah cabaran dan tanggungjawab yang akan
terus digalas oleh pucuk kepimpinan UMNO.Selagi semua ahli UMNO berdiri teguh
di belakang presiden, selagi itulah apa yang bakal dilalui ini akan ditangani
dengan rasional dan bijaksana demi survival UMNO sebagai parti utama di negara
ini.
Ramadan
adalah bulan mencari kemaafan dan keredhaan.Kita perlu mengambil iktibar untuk
menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul .Marilah kita bersama sama
berdoa dan mengharapkan awan gelap yang berarak di atas kepala kita akan
berlalu tanpa adanya ribut taufan yang akan memcahbelahkan perpaduan sesama
kita.
-end-
Shahbudin
Embun
Ahli
Majlis Perundingan Melayu Malaysia/ Blogger Lawyer Pokok Cherry.
(Penulis
Buku NAJIB PENERAJU TRANSFORMASI)
Mykad:
530916 09 5037
Tel:
019-3687455
Alamat
: No 9.12 Alpha Villa Apartment,Jalan 2/27A, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.