Selasa, September 07, 2010

IKLAN ATASI SUAMI DINGIN SEKS





http://www.hamidarshat.com

Berikut ialah soal jawap yang dikendalikan oleh Dr Hamid Arshat. Untuk keterangan lanjut sila lawat laman web beliau.

SUAMI SEKS DINGIN
Soalan

Assalamu'alaikum........

Dr (DOKTOR),

Saya sebenarnya sedang mengalami masalah yang tidak dapat ditemui jawapan dan penyelesaiannya sehingga menyebabkan diri saya rasa terlalu
tertekan dan rasa sengsara.

Malu rasanya ingin saya luahkan apa yang terbuku dihati ini untuk menceritakan masalah yang sebenarnya lebih-lebih lagi mengenai masalah "Dalam Selimut". Tapi apakan daya, sebagai manusia biasa saya rasa masalah ini semakin saya pendam, semakin sesak dan menekan seluruh jiwa saya.

Rasanya tidak salah saya luahkan masalah peribadi saya ini pada doktor yang saya anggap sebagai orang yang paling layak yang sudi mendengar luahan saya ini dan sebagai orang yang mempunyai banyak pengalaman.

Biarlah saya berterus terang...... Sebenarnya saya menghadapi masalah di atas ranjang di mana sepanjang perkahwinan saya selama 4 tahun, saya tidak pernah mengalami kepuasan seks yang sebenar.

Terus terang juga saya katakan saya sendiri tidak pernah merasai kemuncak kepada perhubungan seksual. Untuk pengetahuan doktor, hubungan kelamin yang saya lakukan paling lama hanya berlangsung sekitar 30 minit sahaja dan adakalanya saya masih belum terasa rangsangan apa-apa, namun dia sudah tertewas dahulu.

Di sini, bukanlah saya mahu mendedahkan kelemahan suami, tetapi sebaliknya agar penerangan ini dapat doktor ketahui punca sebenar di mana kelemahan kami sebenarnya, sama ada di pihak saya ataupun suami.

Suami saya ini, memang tidak pandai untuk membuat belaian untuk merangsang nafsu saya. Kalau orang lain boleh kata geram denngan buah dada saya, tetapi suami saya tidak.

Dia tidak pandai memainkan peranan di situ melainkan hanya di sekitar telinga. Kalau adapun hanyalah untuk menggigit putingnya sahaja menyebabkan saya terus tiada nafsu untuk "bersama"nya. Tempat-tempat lain, jangan cakaplah.

Puas sudah saya memberikan buku-buku panduan mengenai hubungan suami isteri untuk dia namun hasilnya tetap hampa. Tolong lah saya DOKTOR.... !!!!!!!!!!!!!!

Jika suami lain tidak tahan menunggu masa isterinya bersih selepas haid, berbeza pula dengan suami saya, dia tahan walaupun hampir enam bulan tidak "bersama".

Bayangkanlah. Ini bukanlah cerita rekaan tetapi satu kenyataan yang pernah saya hadapi dan sedang saya hadapi kembali.

Untuk pengetahuan doktor juga, bukanlah nak membanggakan diri, tetapi untuk doktor bayangkan fizikal saya. Saya mempunyai susuk tubuh yang
dikategorikan menarik, dengan saiz pinggang 27cm, punggung 34 , dada 42 dan ketinggian 158cm serta berat badan 52kg adakah ini masih bukan satu tarikan kepada lelaki khasnya suamiKU ?

Adakalanya saya terangsang dan membayang sesuatu indah bersama suami ketika melihat atau membaca cerita-cerita yang mengaitkan seksual. Tetapi apakan daya itu hanyalah khayalan saya semata bukan satu reality.

Dan kini, saya teringin untuk merasai kebahagiaan dan keseronokan serta
kepuasan yang sebenar dalam hubungan seksual ini. Tetapi bagaimana ? Tolong saya DOKTOR! Saya terlalu dahagakan belaian kasih sayang tetapi kenapa suami terlalu dingin ? Berikan nasihat dan bantuan kepada saya........

Untuk pengetahuan DOKTOR juga, saya berumur 29 tahun dan mempunyai
seorang cahaya mata berumur 2 1/2 tahun dan kini sedang mengandung untuk anak yang kedua ( 4 Bulan usia kandungan ) Jasa dan segala nasihat dari doktor amat saya harapkan dan semoga Allah sahaja yang membalas budi dan segala jasa baik doktor ini. Wassalam

Khadijah

Jawapan:

Saya sungguh simpati dengan masalah puan dan ramai wanita yang mengalami penderitaan yang sama sebagaimana puan alami sekarang ini. Tetapi mereka agak segan silu untuk menceritakan masalah mereka. Dari cerita puan jelaslah kelihatan bahawa punca masalah ialah pada pihak suami yang agak dingin, terhadap keperluan seksual puan. Mengikut kajian pakar, biasanya kekerapan hubungan seksual suami-isteri adalah antara dua hingga tiga kali seminggu khususnnya di kalangan pasangan-pasangan yang muda. Kekerapan ini berkurangan apabila mereka menjangkau umur lima-puluhan, ketika mana seorang wanita mengalami "menopause" atau putus haid. Bagi puan yang begitu muda dan saya bayangkan puan seorang wanita yang sungguh menarik tetapi mengapa suami tidak begitu ghairah untuk mengadakan hubungan seksual dengan puan?

Kalau kita kaji punca masalah yang seperti puan alami kebanyakan adalah berpunca daripada gangguan fikiran akibat daripada stress ataupun tekanan jiwa , mungkin tekanan ini berpunca dari tempat kerja ataupun di sekitaran rumah-tangga atau juga akibat masalah kewangan atau lain-lain.

Kadang-kala berlaku di mana kedinginan suami juga berpunca dari hubungan sulitnya dengan wanita lain, tapi saya tidak mahu menimbulkan syak prasangka ini pada puan. Untuk menangani masalah puan, mungkin ada baiknya puan dan suami berjumpa dengan doktor pakar sakit puan, lebih-lebih lagi sekarang ini puan sedang hamil, untuk membincangkan permasalahan hubungan seksual ini. Mungkin doktor pakar sakit puan boleh memberi sedikit nasihat kepada suami ataupun meneroka punca masalah suami serta mencari jalan bagi mengatasi masalah tersebut sambil puan boleh membuat perbincangan secara peribadi dengan doktor pakar bidan yang sedang merawat puan tetapi masalah puan mesti diutarakan kepada doktor pakar bidan yang sedang merawat puan tanpa pengetahuan suami.

Adakalanya dingin seks di kalangan orang laki bukan saja disebabkan oleh tekanan mental atau jiwa malah ada beberapa penyakit khususnya penyakit-penyakit kencing manis darah tinggi penyakit urat saraf ataupun apa-apa jenis penyakit yang memerlukan pengubatan dalam jangka panjang. Pemeriksaan khusus untuk mengesan penyakit-penyakit ini mungkin perlu dilakukan oleh doktor pakar.

Tentang kepuasan/klimaks pada diri puan walaupun setelah setengah jam melakukan hubungan kelamin ini juga mungkin disebabkan faktor-faktor yang berpunca pada diri puan sendiri kerana pada kebiasaan jangka waktu atau tempoh bagi persetubuhan memanglah lebih kurang setengah jam. Sebenarnya terdapat beberapa jenis ubat yang boleh meningkatkan nikmat persetubuhan. Tetapi ubat-ubat ini sebaiknya digunakan dengan nasihat doktor.

Di klinik, kita menyediakan satu jenis 'intimacy gel' yang mungkin boleh meningkatkan kepuasan dan nikmat seks dikalangan wanita. Ia dipasarkan atas jenama 'Alura' dan perlu disapukan ke permukaan faraj khususnya disekitar kelentit sebelum melakukan persetubbuhan. Apabila digunakan , puan mungkin merasai sedikit kepanasan akibat dari kandungan menthol di dalam gel tersebut tapi ia tidak akan menjejaskan kenikmatan persetubuhan , malah ia akan lebih memuaskan. Mungkin puan boleh cuba gel ini, tapi jangan terlalu mengharap hasil dengan serta merta. Kadang-kala hasil kenikmatan hanya setelah beberapa kali digunakan.

Bagi mengatasi masalah dingin seks suami, cuba juga kaedah seks kaunseling dan terapi yang boleh diberikan oleh pakar saikologi. Kadang-kala kaedah urut traditional pun boleh memberi kesan positif.

Sekian terima kasih

Dr. Hamid Arshat


Sila fahami masalah hasil petikan di atas

Adakalanya dingin seks di kalangan orang laki bukan saja disebabkan oleh tekanan mental atau jiwa malah ada beberapa penyakit khususnya penyakit-penyakit kencing manis darah tinggi penyakit urat saraf ataupun apa-apa jenis penyakit yang memerlukan pengubatan dalam jangka panjang. Pemeriksaan khusus untuk mengesan penyakit-penyakit ini mungkin perlu dilakukan oleh doktor pakar.

Gunakan danshen plus untuk membersihkan urat saraf kita.

dari

shapiee
Kembali ke Muka Utama






Beli Sekarang





Harga Set Ahli

Danshen Plus , Dong Chong Cao dan Herbal S & P










+ +





Belian Online Sahaja!







RM365 .00 sahaja

RM 10.00 (kos penghantaran)





RM 427.00 (harga bukan ahli)

RM 10.00 (kos penghantaran)







(Tawaran Hanya Pada Iklan Ini Sahaja)









Mudah, Murah, Sah & Selamat!


Order Sekarang



Cepat! Cepat! Cepat!

Harga Promosi Ini Akan Berubah Bila-Bila Masa...



Tempah Sekarang

Murah & Mudah Belian Di Internet!











24-JAM tempahan diterima!

Senangnya Membeli Di Internet...

Jimat Masa, Jimat Kos, Jimat Tenaga!









Cara Bayaran

Mudah, Cepat & Selamat!





Cara Pembayaran Kredit Kad

Pembelian Melalui kredit Kad. E-mel atau SMS pada saya dengan segera perkara berikut :



1. Nama penuh

2. No H/P

3. No Kad Kredit

4. Tarikh Tamat Kad

5. Nama Bank

6. Jumlah Belian

7. Jenis Kredit Kad

8. Alamat Penghantaran Pesanan







Cara Pembayaran Tunai





Langkah 1



Buat bayaran ke salah satu bank dibawah:








Nombor akaun Maybank: 012026114426

Nama: Sinar Tax And Management Services







Nombor akaun Public Bank: 4411236704

Nama: Shapiee Bin Abd Karim








Nombor akaun Bank Islam: 12092020111862

Nama: Arpah Bt Omar








Langkah 2:



Hantarkan butiran-butiran dibawah melalui SMS atau email .


- Nama bank , masa , jumlah bayaran dan tarikh transaksi dibuat
- Nama Penuh anda
- Alamat Penuh anda

- No. Telefon anda



No Telefon : 017-6531512 (Arpah) 019-2095164 (Shapiee)

Email : danshenplus@yahoo.com



Atau anda boleh faxkan Slip bank ke No. 03-87346062

bersama butiran diri anda.



Jika anda tinggal di kawasan yang berdekatan anda boleh hubungi kami atau datang ke alamat seperti dibawah:



Era Cekap Enterprise

No. 14A Tkt 1, Jalan Tun Abd Aziz

43000 Kajang, Selangor

Tel : 03-87365309 / 03-87371164

H/P : 017-6531512 / 019-2095164



Penghantaran akan dilakukan melalui POS LAJU. Selalunya sampai dalam masa SEHARI - TIGA Hari bekerja.






Cepat,Dijamin Sampai & Selamat!








Yang Benar






.........................................................................
Perunding Kesihatan.
( shapieeabdkarim (at)hotmail.com)
(arpah-- eracekap(at)yahoo.com.







P.S: Wakil Jualan Di Perlukan Segera.

Oleh kerana sambutan yang sungguh menggalakkan, Kami pelawa anda untuk menjadi wakil jualan kami.Sila e-mail kepada danshenplus@yahoo.com atau Tel: 019 -2095164 (Shapiee) atau 017-6531512 (Arpah) atau pejabat kami 03-87365309 untuk mendapatkan keterangan lanjut.



P.PS Anda tidak akan jumpa Danshen Plus ini dimana-mana melainkan melalui laman web ini sahaja. Oleh itu usah bazirkan masa anda mencari disetiap kedai atau farmasi .

P.PS: Tawaran penjimatan dan tawaran "sale letter " ini terhad dan sah untuk pembelian disini sahaja. Tiada jaminan harga ini akan kekal walaupun esok pagi.

LETAK JAWATANLAH DATUK SERI FARID



TV3 memohon maaf kerana menyiarkan iklan yang menyinggung perasaan umat Islam. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Telivisyen Media Prima Berhas, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggunag perasaan mana-mana pihak.

Bagi saya, Farid patut telatk jawatan kerana cuai meluluskan iklan yang dibuat oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng yang menelan belanja RM200,000. Malah Douglas Khoo juga patutletak jawatan juga.

Iklan itu baru lima kali ditayangkan oleh TV3 telah menimbulkan kemarahan umat Islam kerana iklan sempena hari raya itu menggambarkan seorang Pak Haji mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib melintasi bulan seperti watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari natal untuk kanak-kanak.

Iklan itu juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Budhha.

TV3 membazir RM200,000 untuk kilan ini yang tidak boleh ditayangkan. Siapa yang bertanggungjawab membuat kerugian RM200,000 ini? Sudah tentu Farid. Oleh itu sudah sampai masanya Farid meletakkan jawatan. Begitu juga Douglas Khoo yang menyingguang perasaan orang Islam. Ramai lagi yang layak mengisi kedua-dua jawatan tersebut.

Isnin, September 06, 2010

KARIM GHANI MAHU HIDUPKAN SEMULA USNO?


Petang semalam pada jam 2.46 petang saya menerima sms dari nombor yang tidak dikenali, 0168466799 yang berbunyi seperti berikut: "Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Datuk Haji Karim Ghani, bekas Naib Presiden USNO, bekas ADUN Bongawan, bekas Senator, bekas Ketua Penaja UMNO Bahagian Pensiangan dan bekas Ketua Penerangan UMNO Sabah telah kami lantik sebagai ketua umum bagi mengkaji pembelaan nasib bekas pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang dan seluruh penyokong USNO dan semua rakyat Sabah setelah UMNO dikembangkan di Sabah. Datuk Haji Karim akan menyediakan laporan dalam masa satu bulan dari sekarang dan sebarang pendapat boleh terus berhubung dengan beliau melalui handphone 0128679263".

Selepas menerima sms itu, saya hubungi Musli Oli, penulis terkenal di Sabah. Katanya, Datuk Karim buang masa. Dahulu dia dipecat dari USNO kerana mahu UMNO masuk ke Sabah tetapi kini dia pula mahu bangkitkan USNO.

USNO dibubarkan setelah UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1991. Sejak BN menang di Sabah sudah tiga orang bekas pemimpin USNO menjadi Ketua Menteri Sabah iaitu Tan Sri Sakaran Dandai, Datuk Osu Sukam dan Datuk Seri Musa Aman.

Oleh itu jika bekas pemimpin USNO yang menjadi Ketua Menteri Sabah tidak pandai menjaga hati bekas penyokong USNO, maka bukan salah UMNO tetapi salah mereka sendiri. Oleh itu usaha menghidupkan semula USNO bukannya mudah kerana KDN tidak akan meluluskan semula pendaftaran parti politik yang menyaingi UMNO di Sabah.

Kecuali selepas dibuat kajian ini, mereka buat keputusan untuk menyertai PKR beramai-ramai maka PKR akan menjadi saingan sengit kepada UMNO dalam pilihanraya negeri Sabah akan datang.

Datuk Karim dipinggirkan oleh Musa Aman apabila beliau menjadi Ketua Menteri. Dari jawatan Ketua Penerangan, beliau digantikan oleh Musa dengan orang lain. Selepas BN bertapak di Sabah pada tahun 1994, Datuk Karim tidak pernah dapat peluang bertanding sama ada di parlimen atau negeri yang menyebabkan beliau kecewa sedangkan beliau telah dipecat dari USNO kerana mahu UMNO bertapak di Sabah pada tahun 1986.

Beliau mendahului zaman. Di kala pemimpin USNO tidak mahu UMNo, beliau mahu UMNO dikembangkan ke Sabah. Bila UMNO bertapak, beliau pula tidak mendapat tempat dalam UMNO sehingga dikalahkan oleh Datuk Rizalman Abdullah dalam pertandingan Ketua UMNO Bahagian Pensiangan. beliau hanya diberi peluang sebagai ahli Dewan Negara (Senator) selama dua penggal. Kini beliau rasa tersisih dan dipinggirkan maka beliau fikir sudah sampai masanya bagi bekas para penyokong USNO bersatu kembali dalam satu wadah. Mampukah gerakan ini menggugat UMNO Sabah?Terserahlah kepada rakyat Sabah untuk membuat penentuan.

Sabtu, September 04, 2010

WANITA MELAYU LAYAK DI NOMBOR 66


Saya adalah pelanggan tetap majalah FHM (For Him Magazine) yang merupakan sebuah majalah berbahasa Inggeris terbitan sebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur. Dalam edisi September 2010, FHM menyiarkan senarai 100 orang wanita yang paling dikehendaki di dunia yang dijalankan melalui undi para pembaca FHM.

Oleh kerana majalah ini majoriti pembacanya adalah kaum Cina, maka ramai wanita Cina yang menang di mana Hannah Tan mendudukki senarai nombor 1. Dia mengalahkan ramai pelakon Hoolywood seperti Jessica Alba (9), Eva Mendes (11), Scarlet Johansson (23), Emma Watson (29), Britney Spears (44), sekadar menyebut beberapa nama.

Hanya empat selebriti Melayu yang mana iaitu Fazura (66), Nana (84), Sari Yanti (90) dan Nora Danish (96). Fazura mengalahkan Angelina Jolie (70), Lindsay Lohan (80), Jennifor Aniston (81) dan Eva Longoria (95) di antara beberapa pelakon Hollywood.

Oleh kerana majoriti pembaca FHM adalah bukan Melayu maka ramai lagi artis Melayu tidak tersenarai dalam 100 orang wanita yang dikehendaki di dunia anjuran majalah FHM ini. Marion Cauter yang akan bernikah dengan anak Tan Sri Nazimuddin menang di tempat ke 49. Tahniah kepada semua pemenang. Untuk mengetahui siapa 100 orang wanita itu, belilah FHM yang terbaru.

Jumaat, September 03, 2010

DARI FILEM KE SIRI TV: SYURGA CINTA


Saya tidak sempat menonton filem Syurga Cinta di pawagam lakonan Awal Shaari dan Haliza AF. Tapi apabila ditayang ulangkali di Asro, saya rasa seronok juga menonton filem terbitan David Teo itu.

Filem arahan Ahmad Idham itu merupakan satu usaha Ahmad Idham berdakwah kepada para penonton remaja. Setiap petang sebelum berbuka puasa TV3 menayangkan Epilog Syurga Cinta yang merupakan hasil yang sama, bezanya di televisyen ia dinamakan Epilog Syurga Cinta. Bagi siri tv, Epilog dilakoni oleh Azizan Nin dan Rafidah Ibrahim.

Saya tidak mengenali pelakon baru ini, Rafidah yang turut muncul dalam satu lagi siri tv di Astro terbitan David Teo iaitu Cinta Tikar Sejadah yang ditayangkan di Astro Oasis.

Bagi filem Syurga Cinta, Ahmad Idham mengarahkannya tetapi siri tv, Epilog Syurga Cinta, Azhari Zain mengarahkannya. Beliau turut mengarah siri tv, Cinta Tikar Sejadah yang turut menggandingkan pelakon popular, Farid Kamil.

Bagi saya, siri tv ini amat hebat kerana David Teo tetap menggunakan siri tv untuk berdakwah kepada para penonton. Ia mengisahkan bagaimana seorang kaki perempuan yang baru balik dari London boleh terpikat dengan gadis bertudung. Semoga Rafidah Ibrahim yang sudah dua kali muncul di siri tv, Cinta Tikar Sejadah dan Epilog Syurga Cinta tetap bertudung di luar filem.

Senyumannya amat memikat. Saya tidak mengenali siapa Rafidah ini yang menang dalam pertandingan wajah yang mirip seperti Siti Nurhaliza.
Khabarnya dia yang baru berusia 21 tahun ini adalah anak Kampong baru, Kuala Lumpur dan pernah belajr di Kolej Shahputra, Kuantan.

SELAMAT HARI RAYA

PAWAGAM AKHIRNYA KE KEMAMAN


Selepas berdekad lamanya negeri ini tidak mempunyai panggung wayang, akhirnya ia akan diwujudkan di Mesra Mall di sini, Oktober depan.

Cinepleks TGV Cinema itu akan membolehkan para peminat filem di negeri ini menonton dalam suasana cukup selesa tanpa perlu lagi ke Kuantan, Pahang.

Pengurus Besar Pengurusan Pusat Mesra Mall, Michael Vong berkata, ketika ini, kemudahan dan struktur panggung wayang berkenaan sudah siap dan kini menunggu kelulusan lesen yang dijangka diterima dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata, ia akan mempunyai tiga skrin layar dengan setiap ruang mampu memuatkan kira-kira 250 orang pada satu-satu masa tayangan.

"Sebelum ini, penduduk Terengganu dan Kelantan terpaksa pergi ke Kuantan yang mengambil masa perjalanan beberapa jam untuk menonton wayang kegemaran mereka.

"Melalui pembukaan panggung wayang ini, mereka tidak perlu lagi pergi sejauh itu dan hanya ke Mesra Mall," katanya baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Zaini Sulaiman.

Beliau berkata, Mesra Mall menerima kira-kira dua juta pengunjung dalam tempoh setahun sejak ia mula dibuka pada Oktober 2008.

"Kita menyasarkan kira-kira 3.6 juta pengunjung setahun ke Mesra Mall dan untuk itu pihak pengurusan perlu menganjurkan promosi dan acara yang mampu menarik pengunjung," katanya.

Selain menawarkan pelbagai jualan peruncitan berjenama, tambahnya, Mesra Mall turut menawarkan aktiviti rekreasi untuk hiburan sekeluarga seperti gelanggang futsal, permainan video, pusat karaoke dan boling.

Sebagai peminat menonton wayang, saya menyokong penuh pembukaan pawagam di Mesra Mall, Kemasik ini. Maknanya saya tak perlu pergi ke Kuantan lagi apabila mahu menonton wayang.

Saya minat menonton wayang sejak kecil lagi. Saya masih ingat ketika tinggal di pekan Dungun pada tahun 1966, datuk saya, aruah Penghulu Abdullah Omar yang merupakan Penghulu Mukim Pasir Raja apabila balik ke rumah di pekan Dungun akan mengajak saya tengok wayang di sebuah pawagam di Bukit Chatak. Kini tapak pawagam itu dijadikan padang bola. Malah kami juga menonton filem di pawagam yang terletak di stesen bas Dungun kini.

Ketika belajar di Seremban dari tahun 1972-1976, kegilaan menonton wayang tetap ada. Setiap minggu saya turun ke pekan Seremban menonton wayang tidak kira filem Melayu, Inggeris, China dan Hindustan. Pernah saya tengok tiga filem sekali gus satu hari dari jam 1 tengahari, kemudiannya jam 3 petang dan kemudiannya jam 7 malam di pawagam yang berasingan.

Saya pernah tulis berapa buah filem yang saya tonton setiap tahun dari tahun 1972 hingga 1976 yang mana puratanya sebanyak 50 buah filem setahun. Pada hari minggu saya pernah naik bas ke Kuala Lumpur (ketika itu belum ada lebuhraya Seremban- Kuala Lumpur) menonton wayang Hindustan di Pawagam Central di tepi sungai Jalan Ampang. Kalau nak kira filem Hindustan seperti Bobby, Yaadon Ki Baarat, Deewaar, Sholay akan saya tonton berulang kali kerana memang tak puas menonton filem Hindustan.

Ketika berada dalam tingkatan enam di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan Maktab Adabi Terengganu, saya masih menonton filem di panggung Rex dan Cathay di Kuala terengganu. Akhirnya pawagam di Kuala Terengganu dan seluruh Terengganu berkubur.

Ketika itu orang ramai gila menonton video, cd dan dvd. Bila balik Kemaman pada tahun 1980, sudah tidak dapat lagi menonton wayang di Rex dan Cathay, Chukai, maka kami pergi ke Kuanatn biasanya menonton di Berjaya Megamall. Oleh itu pembukaan semula pawagam di Mesra Mall sudah tentu menarik semua golongan umur untuk menontonnya.

Khamis, September 02, 2010

SATU RENUNGAN

MUSA HASSAN KPN YANG BERJAYA


Tan Sri Musa Hassan mengakui masanya sudah sampai untuk beliau berundur sebagai Ketua Polis Negara atas faktor usia.

Dalam raut wajah ceria tanda puas, kata Musa, beliau tidak sedikitpun berasa kecewa sepanjang 41 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PRDM).

''Saya telah memberikan seluruh jiwa raga saya sepenuhnya kepada pasukan polis dan sampai masanya saya berundur oleh kerana telah cukup umur.

'Di sini, saya juga telah melatih timbalan saya (Tan Sri Ismail Omar) dan saya berharap dia akan meneruskan kesinambungan kepimpinan untuk memperbaiki lagi pasukan polis.

''Mengenai perancangan yang telah kita lakukan termasuklah penyusunan semula pasukan polis, saya telah memberitahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan timbalan saya untuk meneruskan perancangan yang kita lakukan," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Nasihat Musa kepada Ismail yang bakal menggantikannya menerajui kepimpinan PDRM selepas 12 September ini, supaya menerajui pasukan itu dengan baik.

''Pasukan polis kita kena elok untuk menjaga keselamatan negara dan menjalankan tugas dengan baik serta mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat," katanya.

Menurut Musa, memikul tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara merupakan cabaran terbesar namun beliau tidak pernah gentar menghadapi semua cabaran itu.

''Kita perlu kuat untuk menghadapi cabaran dan selagi kita melakukan tugas dengan ikhlas mengikut peruntukan undang-undang, maka kita tidak perlu takut kepada sesiapa dan saya rasa telah menghadapi semua di sini.

''Apa yang penting ikhlas. Kalau kita nak cakap apa pun kita kena cakap ikhlas, jangan selindung nanti orang tidak percaya kepada kita," katanya.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan apa jua cadangan yang diberikan untuk penambahbaikan pasukan polis sepanjang perkhidmatan beliau.

''Itu merupakan satu sokongan kuat kerajaan kepada pasukan polis dan saya ingin menentukan pasukan polis dalam keadaan yang terbaik supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan mendapat kepercayaan daripada masyarakat," katanya.

Sewaktu menjadi editor akhbar Warta Parlimen Kepala Batas, saya pernah menemubual eksklusif dengan Tan Sri Musa Hassan. Pada hemat saya, beliau adalah orang yang cool menjawab soalan-soalan panas dari saya.

Kita tidak akan temui lagi seorang KPN yang warak seperti beliau. Beliau adalah anak sulung kepada Tan Sri Hassan Azahari seorang guru agama yang terkenal di Kuala Lumpur. Nama beliau menonjol setelah menjadi pegawai penyiasat dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999.

Sudah tentu apa yang disiasatnya tidak dipercayai oleh ahli keluarga kerana adiknya, Datuk Fuad Hassan adalah kawan baik Anwar. tetapi demi tugas, Musa telah menjalankan siasatannya sehingga Anwar didakwa di mahkamah dalam kes liwatnya yang pertama.

Sebagai orang yang tegas, Musa digeruni oleh anak-anak buahnya. Apatah lagi beliau begitu serius membenteras rasuah di kalangan anggota polis. Malah beliau begitu serius mahu melihat anggotanya berdisiplin. Mana-mana anggotanya yang engkar diambil tindakan disiplin termasuk buang kerja.

Jasa beliau di Bukit Aman amat besar. Oleh itu beliau tetap dikenang dalam sejarah sebagai salah seorang KPN yang banyak membawa perubahan dalam pasukan polis. Selamat bersara Tan Sri!

Rabu, September 01, 2010

LEGENDA BUDAK SETAN TANPA LISA SURIHANI


Bagi sesiapa yang pernah menonton filem Legenda Budak Setan pada tahun lepas sudah tentu ramai yang terpesona dengan lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani. Filem arahan Sharad Sharan itu kini telah dijadikan siri televisyen di Astro 105 dan malam tadi episod keempat ditayangkan kepada umum.

Siri televisyen itu agak berlainan dengan filemnya walaupun Farid Kamil dikekalkan sebagai Aqasya yang digelar sebagai budak setan. Di filem, heroinnya dimainkan oleh Lisa Surihani manakala di televisyen watak Ayu itu dipegang oleh pelakon baru. Sudah tentu ramai peminat filem itu agak kecewa kenapa pengarahnya, Along Kamarudin tidak mengekalkan pasangan Farid Kamil dan Lisa Surihani.

Di filem, lakonan Farid dan Lisa bertempat di sebuah universiti manakala di siri televisyen pula lakonan Farid dan Ayu bertempat di sebuah sekolah menengah yang mana lokasinya dibuat di Sekolah Menengah King George V di Seremban.

Sebagai peminat Lisa Surihani, saya tidak pernah ketinggalan filem-filem lakonannya Cinta Merah Stiletho, Zoo dan Legenda Budak Setan. Oleh itu bila siri tv Legenda Budak Setan ditayangkan tanpa Lisa Surihani, saya rasa kurang seronok menonton siri tersebut.

Kebetulan petang ini di majlis berbuka puasa di Saloma Bistro, Kuala Lumpur yang diadakan oleh Tan Sri Jojo pemilik Saloma Bistro meraikan seniman dan seniwati legenda, pelakon baru seperti Lisa Surihani, Zahida Rafik, Betty Banafe turut hadir di samping ramai pelakon veteran seperti Mat Sentul, Datuk Mustafa Maarof, Mariani, Sofia Ibrahim, Datuk Yahya Sulong, Datuk Jeffridin. Saya kebetulan sempat menemui buat kali pertama pelakon pujaan saya ini, Lisa Surihani yang kini turut muncul di Astro dengan siri Tudung Ekspress dan siri Mertua-vs-Menantu.

Saya sempat bertanya kepada Lisa kenapa beliau tidak muncul di dalam siri Legenda Budak Setan di Astro. Lisa sempat menjawab, "pada mulanya saya ditawarkan berlakon dalam siri itu tetapi tiba-tiba pengarahnya senyap saja. Jadi saya tidak boleh buat apa".

Lisa turut terkilan kerana melalui filem Legenda Budak Setan penonton sudah boleh menerima pasangan Farid Kamil-Lisa Surihani tiba-tiba dalam siri televisyen itu pasangan skrin ini tidak digandingkan semula.

Biarpun tanpa Lisa, siri itu tetap menarik perhatian penonton di Astro 105 pada setiap malam Selasa jam 10.30 malam. Apatah lagi lagu penutupnya begitu merdu yang mana lagu itu pernah muncul dalam filem yang sama.Bersabarlah sajalah, Lisa. Semoga Lisa menerima banyak lagi tawaran lain.

SATU RENUNGAN

TAHAN NAMEWEE DI BAWAH ISA


Wee Meng Chee atau Namewee malam ini hadir ke Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail di sini, dipercayai untuk memberikan keterangan berhubung video muzik kontroversi terbarunya.

Dia tiba bersama peguamnya, Raveen Singh pada pukul 9.20 malam, sebelum memasuki balai dia sempat menegaskan kepada wartawan bahawa dirinya bukan rasis sebaliknya anti rasis serta menyokong gagasan 1Malaysia.

"Saya seorang pengarah filem, artis dan ahli muzik tetapi tidak semestinya kalau ada sesuatu yang tidak betul berlaku di negara saya, saya akan berdiam diri kerana saya rakyat Malaysia.

"Saya menyokong anti rasis dan 1Malaysia, jadi saya datang untuk memberi kerjasama kepada pihak polis.

"Saya percaya polis akan menyokong saya, begitu juga seluruh negara. Saya cintakan Malaysia," katanya.

Seramai empat pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mengendalikan proses memberi keterangan tersebut.

Sehingga 10.30 malam, dia masih berada di dalam balai untuk memberikan keterangan.Bagi saya, orang seperti Namewee ini yang mencetuskan isu perkauman perlu ditahan di bawah ISA. Kerajaan perlu bertindak tegas kepada sesiapa sahaja yang memainkan isu perkauman.

Isnin, Ogos 30, 2010

SELAMAT HARI MERDEKA


Selamat Hari Merdeka yang ke 53, Malaysia. Sesungguhnya kita rasa bersyukur kerana kita hidup aman dan damai di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia ini. Selepas tragedi 13 Mei 1969, Malaysia berjaya mengekalkan keamanan sampailah hari ini. Syukur kepada Allah.

Oleh itu janganlah kita rosakkan kedamaian yang kita nikmati ini. Menghancurkan apa yang ada pada kita sekarang lebih mudah dari membinanya. Para pemimpin kita dari Tunku Abdul Rahman kepada Tun razak kepada tun hussein kepada Tun Dr. mahathir kepada Tun Abdullah kepada Datuk Seri Najib sekarang bukannya mudah mahu membina dan mengekalkan kedamaian yang kita nikmati sekarang. Oleh itu janganlah kita bermain api dengan isu perkauman dan isu agama yang boleh menghancurkan negara dengan sekelip mata.

Cukuplah tragedi 13 mei 1969 menjadi pengajaran kepada kita semua. Rakyat Malaysia yang lahir selepas merdeka perlulah belajar dari sejarah bahawa kita merdeka tanpa menumpahkan darah tetapi dengan berunding dengan British. Oleh itu kita tidak perlu berdebat bahawa 31 Ogos bukan hari merdeka Malaysia kerana ia adalah hari merdeka Malaya. Malaysia lahir pada 16 september 1963 yang merangkumi Sabah, sarawak dan Singapura.

Kita patut berbangga dengan kebijaksanaan pemimpin kita Malaysia merdeka tanpa menumpahkan darah. Oleh itu marilah kita sama-sama menghargai kemerdekaan ini dan marilah kita sama-sama mempertahankan kemerdekaan ini.

Sabtu, Ogos 28, 2010

SATU RENUNGAN

HADIRI MAJLIS TAK APA, JANGAN TAZKIRAH



Tak salah wakil rakyat bukan Islam mahu berbuka puasa dengan para pengundi Islam di surau. Yang salah ialah apabila wakil rakyat bukan Islam baca tazkirah kepada umat Islam. Oleh itu baguslah kalau ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching sudi berbuka puasa dengan para pengundinya.

Amalan ini pernah dilakukan oleh Presiden SAPP, Datuk Yong teck Lee ketika beliau menjadi ADUN Likas tidak lama dahulu. Saya selalu ikuti program Yong teck lee berbuka dengan para pengundi Islam tetapi Teck Lee tidaklah membaca tazkirah. Oleh itu kita alu-alukan kalau wakil rakyat bukan Islam mahu berbuka puasa dengan para pengundinya tetapi jangnlah baca tazkirah atau berucap di majlis itu sehingga menimbulkan isu politik pula.

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mencetuskan kontroversi apabila lawatannya ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai ‘tazkirah’ di surau, hari ini memohon maaf.

Katanya, beliau menyesal kerana lawatan ikhlasnya itu telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara ini dan lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasikannya untuk kepentingan politik mereka.

“Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut ahli parlimen dari DAP itu, pada Ahad, 22hb Ogos, selaku wakil rakyat kawasan itu beliau telah mengunjungi surau al-Huda dengan tujuan menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri Selangor bagi memperbaiki pagar surau dan juga sumbangan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,” katanya.



Teo menegaskan lawatannya itu adalah “secara ikhlas dan murni serta tidak berniat politik” dan “tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan”.

Beliau yang kesal dengan tindakan pihak yang berkepentingan yang cuba mempolitikkan lawatannya itu berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.

“Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Semalam, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor dilaporkan amat murka dan dukacita terhadap laporan akhbar berhubung ‘tazkirah’ Teo di surau berkenaan.

Sehubungan itu, katanya Mais dititahkan bertindak tegas, termasuk mengambil alih surau itu dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta.

Mohamad Adzib juga berkata, surat amaran akan juga diberikan kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulanginya lagi.

Khamis, Ogos 26, 2010

SATU RENUNGAN

CUKUPLAH TAIB MAHMUD


Pilihanraya umum negeri Sarawak makin hampir. Sekarang ini ada pendapat yang mengatakan Tan Sri Taib Mahmud perlu terus memimpin BN Sarawak pada pilihanraya umum negeri akan datang.

Pada hemat saya, cukuplah beliau menjadi ketua Menteri. Sudah lima dekad beliau mengetuai BN Sarawak. Berilah orang lain menerajui Sarawak. Beliau patut mengambil ikhtibar dari kekalahan BN pada pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini. Selama ini BN tidak pernah kalah di Sibu. Kenapa kali ini kalah? ini adalah kerana orang Cina berkempen cukuplah mengundi si rambut putih (gelaran kepada Taib mahmud).

Sabah dan sarawak adalah fixed deposit BN Malaysia. Jika BN sarawak tidak berubah, maka tidak mustahil Sarawak akan jatuh kepada Pakatan Rakyat. Oleh itu BN Sarawak perlu membuat perubahan. Belajarlah dari sejarah. Dr. Lim Chong Eu menjadi ketua Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun akhirnya beliau tewas pada tahun 1990. Begitu juga Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad terlalu lama (25 tahun) di Terengganu, akhirnya beliau kecundang pada tahun 1999.

Oleh itu Taib Mahmud perlu belajar dari sejarah. Berilah orang lain menerajui Sarawak pada pilihanraya umum akan datang. Beliau bolehlah berehat dari politik atau menjadi Yang Dipertua negeri Sarawak yang baru.

Rabu, Ogos 25, 2010

INI DIA WAJAH KHATIB GILA


Memang sudah sah khatib yang doakan Lim Guang Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang baru-baru ini adalah seorang khatib yang gila. Dia mengaku tidak mendoakan nama Yang Dipertuan Agong dalam khutbah kedua tetapi menyebut nama Lim Guan Eng supaya Allah membuka pintu hatinya untuk memeluk agama Islam. Jangan harap Lim Guan Eng peluk Islam.'Bunuh' orang Islam di Pulau Pinang adalah. Bunuh peluang perniagaan orang Islam dan sebagainya supaya Pulau Pinang merdeka seperti Singapura suatu hari nanti. Nampaknya khatib itu berangan sesuatu yang mustahil.

Khatib itu, Zakaria Ahmad yang berasal dari Perak merupakan khatib jemputan dikatakan adalah adik kepada Mufti Pulau Pinang.Belum pernah nama orang kafir disebut dalam khutbah jumaat. Jadi sudah sah khatib ini gila. Kena cek otak dia di Tanjung Rambutan.Agaknya berapa ribu Lim Guan Eng upah khatib ini untuk sebut namanya dalam khutbah itu. Wallahuaklam.

Selasa, Ogos 24, 2010

TIDAK MUSTAHIL ORANG CINA PERINTAH MALAYSIA KALAU MELAYU TIDAK BERSATU


Sudah tiba masanya semua orang Melayu tanpa mengira ideologi politik kembali bersatu.

Ia kerana perpecahan telah menyebabkan kaum lain berani mempertikaikan setiap keistimewaan yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk berkaitan dengan Islam.

Malah, Presiden Protem Majlis Perundingan Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, orang Melayu harus sedar bahawa perpecahan yang dialami itu juga boleh menjadi penyebab kepada jatuhnya Malaysia ke tangan orang lain.

Beliau berkata, sekiranya itu yang berlaku bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu, bahkan segala institusi Melayu serta Islam termasuk institusi raja akan terhapus.

‘‘Adakah ini yang kita mahukan? Adakah kita mahu melihat Malaysia diperintah oleh kaum selain Melayu. Apa akan jadi kepada agama Islam, raja kita. Bagaimana pula dengan nasib anak cucu kita apabila negara diperintah oleh orang lain.

‘‘Kita harus sedar di sebalik perpecahan orang Melayu, DAP, MCA dan Gerakan pula telah menampakkan penyatuan mereka. Ini yang amat membimbangkan saya kerana tidak mustahil Malaysia akan diperintah oleh mereka,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin masyarakat Cina termasuk daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang berani menyentuh hak keistimewaan orang Melayu.

Terbaru, ucapan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek ketika Kongres Ekonomi Cina Malaysia baru-baru ini yang antara lain meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera.

Kamarudin berkata, atas sebab itu juga pihak majlis telah mengadakan satu persidangan meja bulat semalam dan ia turut dihadiri oleh 136 ahli gabungannya iaitu terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Di dalam persidangan itu katanya, pihak majlis telah mengeluarkan satu resolusi dan antara intipatinya adalah menetapkan orang Melayu sama ada UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau yang tidak berparti supaya kembali bersatu.

‘‘Lupakan segala pertelingkahan dan persengketaan demi survival Islam dan orang Melayu. Kita wajib mempertahankan negara daripada diperintah oleh orang lain.

‘‘Resolusi turut mengutuk orang Melayu yang sanggup diperbodohkan oleh kaum lain khasnya DAP sehingga mencemarkan kesucian agama serta menentang perlembagaan,’’ katanya.

Beliau berkata, resolusi turut mendesak kerajaan melaksanakan satu bahasa, satu budaya dan satu jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan dalam usaha merealisasikan konsep 1Malaysia.

‘‘Kita juga telah menetapkan supaya kadar 30 peratus ekuiti untuk bumiputera dinaikkan kepada 67 peratus dalam semua sektor supaya ia sejajar dengan kadar populasi 67 peratus bumiputera di negara ini,’’ katanya.

Isnin, Ogos 23, 2010

JAMBATAN LANGKAWI-KUALA PERLIS DAN MELAKA-DUMAI JADI KE?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju cadangan projek pembinaan jambatan kerana ia akan menjejaskan kecantikan dan keunikan pulau peranginan itu.

"Pulau Langkawi perlu kekal sebagai pulau, jika pulau hendak dijadikan (sebahagian daripada) daratan tidak sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa wang dan coklat dari Jetty Points kepada 120 anak yatim dan kanak-kanak istimewa di perkarangan Masjid Istiqamah Kuala Teriang di sini malam tadi.

Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis.

Jumaat lepas, Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn. Bhd., Kamarudin Husin berkata, pihaknya mempunyai kemampuan dana yang mencukupi untuk melaksanakan projek itu, termasuk pembinaan jambatan monorel.

Bekas Perdana Menteri itu merupakan perancang utama yang membangunkan Langkawi iaitu dari sebuah pulau yang tidak dikenali menjadi destinasi pelancongan yang unggul di negara ini dengan pelbagai produk pelancongan seperti Kereta Kabel, Galeria Perdana, Kota Mahsuri, Underwater World, Taman Burung dan Kompleks Kraf.

Bercakap tentang jambatan menghubungkan Pulau Langkawi dengan Kuala Perlis, saya teringat kepada kawan saya, Hasbullah yang terlibat dengan pembinaan jambatan antara Melaka (Malaysia) dengan Dumai (Sumatra). Hasbulah atau nama panggilannya, Saidi pernah mendapat liputan akhbar di seluruh negara kerana membantah harga yang terlalu tinggi ketika membeli kepala ikan tongkol di sebuah restoran nasi dagang terkenal di Chendering, Kuala Terengganu tidak lama dahulu.

Menurut Hasbulah, projek ini telah mendapat kelulusan dari kerajaan Indonesia tetapi ramai yang sangsi sama ada projek yang dibiayai oleh dana dari China ini akan menjadi kenyataan.

"Tunggu kenyataan rasmi dari Presiden Indonesia, SBY," kata Hasbulah ketika dihubungi melalui telefon.

Jika benar jambatan dari Melaka ke Dumai akan dibina, ia memudahkan rakyat kedua negara memandu sendiri kereta ke destinasi mereka di Malaysia atau Sumatra.

Kita bukan sahaja mahu jambatan dari Langkawi ke Kuala Perlis dan Melaka ke Dumai menjadi kenyataan, malah suatu hari nanti mungkin jambatan dari Johor Bharu ke Sarawak dapat dibina.