Semalam saya ambil penulis hebat dari Sabah, Musli Oli di KLIA2 pada jam 1.45 petang dan kami terus ke Sungai Besar dengan kereta sewaan kami Viva.
Saya memandu perlahan kerana Musli kata kita tidak perlu rushing. Dari KLIA terus kami lalu ikut Shah Alam, lebuhraya Guthrie, lebuhraya LATAR,Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sungai Besar.
Di LATAR hujan lebat, maka Musli pula yang memandu. Kami selfie dan saya masukkan gambar itu dalam grup wasap kami. Fakhrul komen kenapa tetamu pula yang memandu. Saya jawab tukar driver kerana mata saya kurang sharp dalam hujan lebat.
Trafik sepanjang jalan dari Ijok ke Sungai Besar tidak sibuk mana. Tiba di Tanjung Karang Musli hairan kenapa pekan itu nampak kosong kerana tiada pokok sepanjang jalan.Musli seorang yang observant. Bila masuk Sekinchan baru nampak bendera parti yang bertanding. Menurut Musli, kalau ikut bilangan bendera yang dipasang sepanjang jalan BN sudah menang.
Jam 5 kami tiba di Sungai Besar. Kami cari pusat daerah mengundi (PDM Parit 1 Timur yg dinaungi oleh Umno Sabah dan Umno Bahagian Selayang.
Kami jumpa cari PDM tersebut.Malam kelmarin ahli grup wasap kami Shahbudin Embun berceramah di situ berapi api menghentam Tun Dr Mahathir. Kami temui wanita yang berbaju merah wanita Umno.
"Dari mana kakak semua,"tegur saya.
"Dari Beaufort Sabah," jawab wanita itu.
"Ini kawan kawan dari Beluran,Libaran dan Sipitang,"tambah wanita tadi.
"Kakak tak kenal kawan saya ini dari Kota Belud," kata saya.
"Tak," jawab wanita Beaufort itu.
"Inilah Musli Oli," kata saya.
"Astaga. Kami selalu baca buku Musli tapi ini kali baru kenal orangnya," katanya terperanjat. Mereka kagum dapat menemui penulis buku politik terkenal.
Petang itu kami berbuka puasa di surau kampung tersebut. Di situ kami terjumpa rakan lama di akhbar Watan, Drs Kamaruzaman Zainal orang Kuantan. Dia bersama NGO bekas kakitangan KEMAS Malaysia berkampung di situ beri bantuan kepada pengundi. Di situ kami terjumpa juga Jaafar orang kuat Umno Selayang yang sering kami temui di Nagas. Tetapi Mohd Nor Rajie tidak ada kerana berada di Kuala Kangsar.
Dalam perbualan kami dengan penduduk kampung BN dijangka menang besar kali ini. Malah PDM tersebut pada PRU 2013 kalah kerana undi orang muda pergi kepada calon PAS. Apabila pembangkang berpecah maka undi orang muda berpecah kepada PAS dan Amanah.
Prk ini memberi rahmat kepada orang kampung yang menyewakan rumah mereka sebanyak RM5,000 sebuah kepada jentera prk Sungai Besar.Malah hotel kami tinggal dalam pekan pun Green Hotel bertaraf hotel bajet RM80.00 satu malam berharga RM148.00. Musli kata pemilik hotel pun ambil kesempatan di musim prk.
Esok hari penentuan siapa yang menang di Sungai Besar. Menurut jentera BN, calon BN akan menang besar kerana Budiman sudah terbukti seorang yang berbudi. Malah undi orang Cina di DUN Sekinchan pun berpecah dua kerana ADUN DAP tidak sokobg calon Amanah. Undi penyokong beliau akan pergi kepada calon PAS.Sama samalah kita tunggu malam esok.
Memaparkan catatan dengan label besar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label besar. Papar semua catatan
Jumaat, Jun 17, 2016
Sabtu, Disember 05, 2015
NAJIB BERJIWA BESAR
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkan kehadiran ke perhimpunan agung Umno yang bermula Selasa depan, kata Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Tun Mahathir telah memberi jawapan dia bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (isteri) akan datang," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu ketika ditemui media pada program bantuan persekolahan "Ceria Ke Sekolah' dan penyerahan bantuan peringkat Putrajaya hari ini.
Tengku Adnan berkata Umno kini sedang menunggu jawapan daripada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah berhubung jemputan untuk menghadiri perhimpunan itu.
Beliau berkata persiapan untuk perhimpunan berkenaan kini berjalan mengikut jadual.
Perhimpunan agung Umno pada 8 hingga 12 Disember ini akan disertai 5,738 perwakilan yang terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung, 993 persidangan pergerakan wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri).
Taklimat presiden pada perhimpunan agung Umno kali ini akan diadakan pada sebelah malam 8 Disember dan bukannya pada petang seperti kebiasaan.
Ini membuktikan bahawa Presiden Umno, Najib Razak bukanlah seorang yang penakut seperti yang didakwa oleh blogger pro Mahathir. Malah beliau berjiwa besar sanggup menjemput orang yang mahu menjatuhkannya ke perhimpunan agung Umno.
Kalau orang lain belum tentu sanggup menjemput musuh politiknya ke majlis seperti ini. Seperti kata Hishamuddin Hussein, Najib adalah seorang yang tenang.
Kebetulan zaman ini zaman Facebook. Maka rakyat bebas menghentam Najib dalam Facebook Najib. Kalau zaman Dr Mahathir sudah ada Facebook, sudah tentu Dr Mahathir teruk dihentam orang ramai ketika Umno diharamkan pada tahun 1988.
Zaman Dr Mahathir belum ada Facebook, whatsapp, twitter, telegram maka Dr Mahathir tidak nampak tidak disukai rakyat. Sebaliknya di zaman sekarang Najib tak habis habis dihujani fitnah. Yang sedihnya orang Umno sendiri balun Najib sedangkan orang PKR sanggup mempertahankan Anwar Ibrahim walaupun mahkamah mendapati Anwar bersalah. Itulah bezanya sikap penyokong Umno dengan penyokoong PKR.
Bila tidak berkenan dengan calon BN, orang Umno sendiri mengundi pembangkang. Mereka rela lihat BN kalah sedangkan orang yang setia dengan perjuangan Umno tidak patut berbuat demikian.
Selasa, Julai 09, 2013
JANGAN CAKAP BESAR, IDRIS
Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh cakap besar bila berkata BN akan menang dengan majoriti 4,000 undi dalam pilihanraya kecil Kuala Besut kerana beliau adalah Menteri Pelajaran II.
Oleh itu saya rasa lebih baik letak Idris sebagai calon jika BN mahu menang dengan majoriti 4,000 undi. Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya BN mampu mengalahkan calon PAS dengan majoriti 4,000 undi.
Saya harap Idris jangan cakap besar. Dia kena kerja kuat untuk pastikan BN menang dengan majoriti 4,000 undi. Jika BN menang besar peluangnya untuk jadi Naib Presiden UMNO memang cerah. Beliau wajar diketengahkan sebagai pemimpin utama negara kerana beliau adalah seorang yang bijak. Terengganu sudah lama tiada Naib Presiden UMNO setelah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad kalah pada tahun 1990. Beliau pernah menjadi Naib Presiden UMNO selama dua penggal dai tahun 1984 hingga 1990. Sudah 23 tahun Terengganu tiada Naib Presiden UMNO, maka jika BN menang besar, maka Idris mampu mengalahkan Datuk Seri Shafie Afdal.
Sabtu, November 06, 2010
PROVOKASI PAS SEBABKAN BN MENANG BESAR

Provokasi berlebihan oleh penyokong PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas menjadi salah satu faktor kemenangan besar di luar jangkaan kepada calon Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Beliau berkata provokasi itu menyebabkan pengundi di DUN Galas menjadi jemu dan muak dengan tingkah laku penyokong PAS yang sanggup mencederakan penyokong BN pada pilihan raya kecil itu semalam.
"Pengundi di kawasan itu dapat melihat dan menilai sendiri parti mana yang mereka boleh bergantung untuk membela nasib masa depan mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa lemas Siti Nor Ikma Mohd Rosli, 12, di Kampung Repet pada hari Jumaat.
Dalam pilihan raya kecil itu, calon BN Abdul Aziz Yusof memperoleh majoriti 1,190 undi apabila meraih 5,324 undi berbanding calon PAS Dr Zulkefli Mohamed yang mendapat 4,134 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima pada 27 Sept lalu.
Semalam, berlaku kekecohan yang dikatakan berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah BN untuk meraih undi, kira-kira setengah jam selepas pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sri Wangi, Gua Musang dibuka pukul 8 pagi.
Antara yang cedera dalam insiden itu termasuk Ketua Puteri Umno Kuala Krai, Suzaini Adlina Shukri, 37, yang cedera di dahi dan hidung setelah beliau diserang dengan tiang bendera PAS.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata pada awalnya BN hanya menjangka akan memperoleh kemenangan tipis antara 200 dan 500 undi sahaja berasaskan kepada perkembangan semasa.
Katanya ramalan itu berdasarkan kesukaran BN untuk menang besar berasaskan majoriti yang diperoleh Allahyarham Chek Hashim pada pilihan raya umum 2008 melebihi 600 undi selepas mengalahkan calon BN Saufi Deraman.
Awang Adek juga berkata antara faktor lain yang menyumbang kepada kemenangan BN ialah kesepakatan parti-parti komponen terutama Umno dan MCA yang mengatur strategi kempen yang berhemah.
"Pengundi Cina di kawasan itu berasa selesa di bawah konsep 1Malaysia manakala pengundi Melayu pula berasa yakin dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa hak-hak keistimewaan orang Melayu terus dipelihara dan diperkasakan," katanya.
Sabtu, Januari 02, 2010
TOK MAT: SATU KEHILANGAN BESAR KEPADA NEGARA

Tan Sri Mohamed Rahmat banyak berjasa kepada negara dan pemergiannya ke rahmahtullah hari Jumaat adalah suatu kehilangan besar, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
"Beliau adalah pejuang negara yang akan sentiasa dikenang. Beliau sukar dicari ganti...Umno dan masyarakat terhutang budi padanya," katanya ketika ditemui pemberita semasa menziarahi jenazah bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno itu di kediaman allahyarham di Bukit Damansara di sini.
Allahyarham, yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, meninggal dunia dalam tidur pada kira-kira 8 pagi ini.
Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar.
Rais berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham kerana mereka bertemu di pejabatnya (Rais) dua hari lepas.
"Kami sempat menghabiskan masa bersama...beliau adalah seorang yang ikhlas dan komited pada kerja, sebab itu beliau memegang portfolio Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno serta Barisan Nasional (BN) dalam tempoh yang lama," katanya.
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pula melahirkan rasa sedih di atas pemergian Allahyarham.
Beliau berkata Allahyarham yang lebih dikenali sebagai "Tok Mat" berjaya memainkan peranan penting dalam menyelesaikan krisis dan pergolakan dalam Umno sepanjang menyandang jawatan Setiausaha Agung parti itu.
"Arwah memegang jawatan itu paling lama, banyak jasa beliau pada parti..kesusahan, pergolakan dan krisis yang beliau tempuhi.
"Beliau kendalikan kerja-kerja dan laksanakan tanggungjawab kepada parti dengan begitu baik sekali.. saya masih ingat kempen yang dilaksanakan banyak membawa kebaikan pada parti," katanya kepada Bernama.
Abdullah berkata Allahyarham adalah sebahagian daripada Umno dan beliau telah menyumbangkan banyak jasa untuk membangunkan martabat bangsa dan negara.
Allaryarham pernah menyandang jawatan setiausaha Agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan Setiausaha Agung BN dari 1988 hingga 1999.
"Alhamdulilah, Allahyarham pergi meningalkan dunia ini dalam kedaan tenang, ketika tidur...tanpa kesusahan. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat kepada rohnya dan kita berdoa semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh," katanya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata selain berjasa dalam Umno, Allahyarham banyak membawa perubahan dalam bidang penerangan dan penyiaran.
"Waktu itu kita tahu bahawa saluran yang utama hanyalah Radio Televisyen Malaysia (RTM) sahaja, dan kerana peranan beliaulah, bidang penyiaran mula berkembang.
"Ini terbukti melalui kewujudan TV swasta seperti TV3 dan Astro kerana beliaulah yang bertanggungjawab menggerakkan pengeluaran lesen TV swasta di negara ini," katanya.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Allahyarham banyak memberikan idea-idea baru serta merupakan seorang yang sangat taat kepada pemimpin.
"Namun, apa yang beliau lakukan itu sering disalahtafsirkan oleh pelbagai pihak sama ada dalam atau luar parti. Saya cukup terhutang budi kepada beliau sebagai pendidik kepada karier politik saya," katanya.
Bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Syed Jamil Syed Jaafar berkata arwah merupakan seorang insan yang sangat pemurah dan begitu prihatin terhadap kebajikan kakitangannya.
"Dia seorang yang prihatin , baik hati. Sememangnya negara kehilangan seorang tokoh yang sukar dicari ganti," katanya.
Artis tahun 80-an, Herman Tino pula berkata " Tok Mat seorang menteri yang bagus, banyak bantu artis tempatan semasa terajui Kementerian Penerangan, tahu menyanyi dan faham selok-belok dunia seni."
Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang gigih serta kuat bekerja untuk parti Umno dan kerajaan semasa hayatnya.
"Allahyarham berjaya dalam usahanya memulihkan semula keyakinan rakyat kepada parti dan kerajaan," katanya dan menurutnya jasa Allahyarham akan dikenang sepanjang hayat.
Beliau berkata Allahyarham seorang pemimpin yang banyak memberi pandangan yang ikhlas untuk kebaikan rakyat, parti dan negara.
"Saya selalu berbincang dengan beliau semasa beliau menjadi Setiausaha Agung Umno, beliau sentiasa memberi pandangan yang baik untuk memperbaiki lagi perkhidmatan parti dan kerajaan," katanya.
Di TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Ahmad Said menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar bagi negara.
Menurutnya, Allahyarham terkenal sebagai seorang pejuang Umno yang disegani dan pemimpin negara yang dihormati, juga terkenal sebagai seorang yang tegas tetapi dalam masa yang sama berjiwa rakyat.
"Budi dan jasa beliau akan tetap dikenang dalam lipatan sejarah negara amnya dan Umno khususnya," katanya.
Di JOHOR, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Allahyarham
adalah seorang yang setia kepada parti dan banyak memainkan peranan dalam menggerakkan Umno.
"Pemergian beliau sangat dirasai. Beliau seorang tokoh yang banyak berjasa bukan sahaja kepada parti malah rakyat tempatan.
"Beliau sangat setia dan bekerja kuat walaupun dalam keadaan mencabar di dalam Umno khususnya pada tahun 80-an. Beliaulah orang yang memainkan peranan dalam menggerakkan Umno baru selepas parti itu diharamkam," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, ketika dihubungi.
Di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata bekas Menteri Penerangan itu akan diingati oleh rakyat negeri tersebut sebagai insan yang banyak berbakti dan berjasa semasa menjadi Setiausaha Agung Umno dalam membawa masuk dan memperkukuhkan Umno Sabah sebagai tunjang kerajaan negeri dan BN.
"Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada negara, terutama kepada kami di Sabah.
"Allahyarham bukan sahaja seorang pemimpin, tetapi juga sahabat karib, pejuang yang gigih dan tokoh yang cekal dalam memartabatkan perjuangan parti dan kerajaan, demi agama, bangsa dan negara," katanya dalam kenyataan di sini.
Musa turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Langgan:
Catatan (Atom)