Sabtu, Disember 05, 2015

NAJIB BERJIWA BESAR

Bekas Perdana Menteri  Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkan kehadiran ke perhimpunan agung Umno yang bermula Selasa depan, kata Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Tun Mahathir telah memberi jawapan dia bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (isteri) akan datang," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu ketika ditemui media pada program bantuan persekolahan "Ceria Ke Sekolah' dan penyerahan bantuan peringkat Putrajaya hari ini.
Tengku Adnan berkata Umno kini sedang menunggu jawapan daripada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah berhubung jemputan untuk menghadiri perhimpunan itu.
Beliau berkata persiapan untuk perhimpunan berkenaan kini berjalan mengikut jadual.
Perhimpunan agung Umno pada 8 hingga 12 Disember ini akan disertai 5,738 perwakilan yang terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung, 993 persidangan pergerakan wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri).
Taklimat presiden pada perhimpunan agung Umno kali ini akan diadakan pada sebelah malam 8 Disember dan bukannya pada petang seperti kebiasaan.
Ini membuktikan bahawa Presiden Umno, Najib Razak bukanlah seorang yang penakut seperti yang didakwa oleh blogger pro Mahathir. Malah beliau berjiwa besar sanggup menjemput orang yang mahu menjatuhkannya ke perhimpunan agung Umno.
Kalau orang lain belum tentu sanggup menjemput musuh politiknya ke majlis seperti ini. Seperti kata Hishamuddin Hussein, Najib adalah seorang yang tenang.
Kebetulan zaman ini zaman Facebook. Maka rakyat bebas menghentam Najib dalam Facebook Najib. Kalau zaman Dr Mahathir sudah ada Facebook, sudah tentu Dr Mahathir teruk dihentam orang ramai ketika Umno diharamkan pada tahun 1988.
Zaman Dr Mahathir belum ada Facebook, whatsapp, twitter, telegram maka Dr Mahathir tidak nampak tidak disukai rakyat. Sebaliknya di zaman sekarang Najib tak habis habis dihujani fitnah. Yang sedihnya orang Umno sendiri balun Najib sedangkan orang PKR sanggup mempertahankan Anwar Ibrahim walaupun mahkamah mendapati Anwar bersalah. Itulah bezanya sikap penyokong Umno dengan penyokoong PKR. 
Bila tidak berkenan dengan calon BN, orang Umno sendiri mengundi pembangkang. Mereka rela lihat BN kalah sedangkan orang yang setia dengan perjuangan Umno tidak patut berbuat demikian.