Sabtu, Julai 30, 2016

PEMANDU GRABCAR AKHIRNYA JADI PENGERUSI PNB

Tan Sri Abdul Wahid Omar menyifatkan pelantikannya sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang besar.

Pelantikan ini juga, katanya, amat bermakna kerana beliau pernah berkhidmat dengan dua buah syarikat di bawah naungan PNB, iaitu Kumpulan Maybank (2008-2013) dan Kumpulan Amanah Capital yang kini menjadi sebahagian daripada Kumpulan MIDF (1994-2001).



"Ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar untuk mengisi tempat yang sebelum ini disandang Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang telah banyak berjasa kepada PNB




Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perlantikan Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi PNB
yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos 2016.

Abdul Wahid, seorang akauntan bertauliah, pernah mengetuai Maybank, selepas menerajui transformasi Telekom Malaysia.

Beliau juga telah mengetuai proses pemulihan UEM Group.

Semasa di Jabatan Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab menyelia agensi-agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perangkaan, Ekuinas, Talent Corporation, TERAJU dan Yayasan Pendidikan Peneraju Bumiputera.

Perdana Menteri dalam kenyataan yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di atas sumbangan besar beliau mengemudi PNB sejak 1996 sehingga menjadi salah sebuah institusi pelaburan terkemuka di negara ini.

"Di bawah kempimpinan beliau, PNB telah mencapai pelbagai kejayaan dalam melaksanakan mandat Kerajaan bagi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya, dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara

"Saya berharap agar Tun Ahmad Sarji akan terus berkongsi pengalaman dan menyumbang kepada pembangunan negara," kata Najib.