Isnin, Ogos 10, 2015

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIRI OPEN HOUSE SAYA

Tengahari tadi dari jam 12 hingga 7 petang saya mengadakan majlis open house aidilfitri bersama anak saya, Siti Zuhairatun yang merupakan seorang Public Mutual Consultant. majlis bermula jam 12 tengahari dengan jemputan kawan-kawan anak saya. Manakala jam 2 petang, jemputan untuk kawan-kawan saya pula. Jam 3, jemputan untuk saudara mara pula.

Ramai kawan yang saya jemput tidak dapat hadir kerana maklum sahajalah rumah saya terletak jauh di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih kira-kira 60km dari Kuala Lumpur. namun demikian saya ucapkan terima kasih kepada semua kawan dan saudara mara yang sudi hadir.

Rakan lama di akhbar Watan, Rahim Tahir datang dengan anak isterinya walaupun beliau sudah kehilangan kakinya dipotong akibat kencing manis tiga bulan lepas. Rahim tinggal di Bandar Rinching lebihkurang lima km dari rumah saya. Pemilik majalah Agro Malaysia, Shamsul Hazli Mamat yang merupakan bekas grafik di Kumpulan Karangkraf teruja menemui Rahim yang sudah 25 tahun tidak ditemuinya. Rahim adalah adik arwah  Prof Madya Dr Abdullah Tahir yang merupakan tutor saya di Universiti Malaya (UM). Ketika di akhbar Watan dahulu, Rahim adalah wartawan khusus membuat membuat liputan untuk Parti Semangat 46 yang ketika itu diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Ramai rakan tidak dapat hadiri majlis saya seperti pengerusi NGO, Hidayat Fansuri yang merupakan anak Padang Pak Amat, Pasir Puteh, kelantan yang sekampung dengan arwah ayah saya. Kawan saya, Syed Abdullah yang duduk di kajang turut datang dengan anak isterinya. Kebetulan ayah isteri Syed Dollah pun orang Merkang, padang pak amat. Maka rancaklah isteri Syed Dollah berbual dengan isteri Solehuddin dua pupu saya yang juga orang Merkang.

Ayah mertua Syed Dollah orang kelantan manakala emak mertuanya orang Sarawak. Ayahnya seorang polis yang merantau ke Sarawak dahulu. Walaupun isterinya dilahirkan di sarawak tetapi dia fasih cakap loghat kelantan seperti ayahnya.

Syed Dollah adalah bekas setiausaha Umno bahagian Cheras. Berasal dari Muar, beliau sekelas dengan Ghani Othman, bekas MB Johor.  Solehuddin dua pupu saya lahir di Kg Pandan manakala ayahnya juga orang Padang pak amat, haji mokhtar yang kami panggil Pak Su Tar.\

Pak Su Tar orang pertama Padang Pak Amat berhirah ke Kuala Lumpur pada tahun 60an. Apabila saudara mara dari Padang Pak Amat datang ke Kuala Lumpur, maka rumahnya di Lorong J2, Kg Pandan Dalam yang menjadi tempat transit. Begitu juga saya yang belajar di MRSM Seremban dari tahun 1972-1976, maka sebulan sekali saya datang ke rumah Pak Su Tar.

Begitu juga anak padang pak amat yang terawal masuk universiti, Haji Ahmad Ismail (Datuk) yang belajar di UM seringkali datang menemui Pak Su Tar. haji Ahmad yang sebadge dengan Anwar Ibrahim di UM masuk PTD bermula sebagai pegawai di KDN dan sempat bekerja di bawah TPM dan Menteri Dalam negeri, Tun Dr ismail Abdul Rahman.

haji Ahmad yang kini menetap di Taman Greenwood sudah pencen dan tugas terakhir di KDN sebagai Timbalan KSU. Sebelum itu beliau pernah menjadi SUB di Kementerian pertahanan dan pegawai kewangan Negeri Sembilan.

 Saya masih ingat ketika saya menemui Isa Samad ketika beliau menjadi MB Negeri Sembilan, Isa memuji dua pupu saya itu kerana tidak pernah minta tanah untuk dirinya sepanjang berkhidmat selama sembilan tahun di Seremban sedangkan pegawai lain minta tanah untuk peribadi. Sebagai orang yang aktif dalam ABIM, Haji Ahmad hanya minta tanah untuk buat pejabat ABIM Negeri Sembilan sahaja.

Boss saya, Datin haslina Abdullah yang sudah confirm mahu hadiri majlis open house saya tidak dapat datang kerana rumahnya tidak putus-putus dikunjungi saudara mara dan sahabat handai sejak suaminya, Datuk Bahari Mohd Zain dipindahkan dari SPRM ke JPM petang Jumaat lalu. Jika Datin Haslina yang sekampung dengan saya di Kemaman datang dengan suaminya, sudah tentu banyak cerita panas yang dapat saya dengar.

saya turut simpati dengan nasib yang dialami datuk bahari. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini  Tiga orang adik saya, Haji Mahir, Hajah Noridah dan Saifuddin tidak hadir. Haji Mahir  kendalikan seminar untuk staf marketingnya yang membuat marketing pakej umrah. Namun demikian isteri dan anak-anaknya datang termasuk Toriq yang bekerja di Pasir Gudang,Johor. Hajah Noridah pula buat open house untuk jiran-jirannya manakala untuk kami adik beradik, dia sudah buat open house pada hari Ahad lepas manakala Saifuddin pula tidak dapat hadir kerana tidak sihat.

hanya dua adik saya yang hadir, Noor Hafilah yang datang dengan suaminya, Abu bakar yang datang dari Kuantan serta Dr Noor Laily Shakimah dari Putrajaya yang datang dengan suami, Shihabudin Mokhtar dan anak-anak. Yang paling saya terharu sudah tentu kedatangan Mak Long Hajah Hasanah Abu Bakar dan suaminya Haji Abdullah dari Batu Pahat, Johor ke majlis kami. Orang yang paling jauh datang.

Pada bulan Oktober tahun lepas ketika saya menulis buku AYER MOLEK di Melaka,  saya singgah di rumah Mak Long Nah di Batu Pahat selepas mewawancara Prof. Dr. Zaidi Embong di Universiti Tun Hussein Onn.

 Apabila kami sudah tua, maka kami yang perlu merapatkan hubungan dengan saudara mara tidak kira di mana mereka berada sama ada di Johor, Perak, Pahang, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Jika tidak maka terputuslah hubungan dengan saudara mara apabila anak-anak kami tidak pedulikan saudara mara lagi. Inilah hik


mah adanya open house aidilfitri untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara saudara mara dan kawan-kawan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.