Perdana Menteri, Najib Razak ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian bandar Tun Razak semalam berkata, beliau sedia membentangkan akaun Umno kepada masyarakat umum dengan syarat parti pembangkang juga melakukan perkara yang sama.
Perdana Menteri berkata, masyarakat umum juga perlu memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum membuat persepsi kerana kutipan dana yang dibuat adalah semata-mata untuk kepentingan parti dan banyak tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilakukan setakat ini.
Malah, beliau berkata, pihak pembangkang juga mempunyai punca kewangan yang tidak diketahui daripada mana sumbernya.
Nampaknya Najib tidak menjawab soalan. Rakyat sekarang bertanya dari mana datangnya wang derma sebanyak RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaun peribadinya.
jawab sahajalah soalan itu, Najib. Kenapa nak kaitkan dengan pembangkang pula. Kalau benar duit itu untuk CSR hantar orang ke mekah, baiki rumah rakyat yang usang, bentangkan berapa belanjanya. kenapa takut?
Bukannya duit RM2.6 billion masuk dalam akaun Dr wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR? Kenapa beliau tidak terus terang dengan rakyat duit itu datangnya dari Putera Arab Saudi.
Ada seorang pensyarah mengandaikan jika derma itu datang dari Timur Tengah, tidak semestinya dari Arab saudi, mungkin dari Israel kerana Israel pun terletak di Timur Tengah. Mungkin Yahudi mahu Najib menghapuskan kumpulan I.S di Malaysia.
Kalau ia masuk ke dalam akaun Wan Azizah, kita pun akan tanya beliau siapa yang derma. Jika Muamar ghadafi masih hidup, mungkin Presiden Libya itu yang menderma sebanyak RM2.6 billion kepada PKR.
Sebab itu bekas Setiausaha Agung umno, Sanusi Junid yakin selepas ini akan ada putera Arab yang mengaku bahawa beliaulah yang menderma kepada najib. Kita tunggu siapa yang akan jadi kambing hitam.
Sebab itu bekas Setiausaha Agung umno, Sanusi Junid yakin selepas ini akan ada putera Arab yang mengaku bahawa beliaulah yang menderma kepada najib. Kita tunggu siapa yang akan jadi kambing hitam.
nampaknya Najib berdolak dalik. SPRM sudah sahkan bahawa duit itu bukannya duit 1MDB tetapi duit derma. Kenapa tak nak sebut siapa penderma itu? Dia kata dia tak akan jual negara tetapi apa motif orang Arab itu menderma sebanyak RM2.6 billion.
najib kata tak ada udang di sebalik batu orang yang menderma kepada dana BN? Betul ke? kawan saya pernah tanya Wan Zaki Wan Muda, kenapa AZRB begitu banyak dapat projek. Dia pun berkata kerana banyak derma kepada Umno. Dia tak payah mencari projek, sebaliknya projek mencari dia.Maknanya AZRB melabur dahulu kepada Umno, maka kerajaan menawarkan projek kepada syarikat tersebut.
Saya pun pernah menderma sebanyak RM7,000 kepada Pemuda Umno bahagian kemaman pada tahun 1994 tetapi membatalkannya apabila dinasihati Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dr Tengku Mahmud Mansor bahawa derma itu sepatutnya diberi kepada Badan perhubungan umno negeri dan bukannya kepada Umno bahagian.
Orang tak kesah Umno dapat RM2.6 billion tetapi yang orang persoal kenapa derma itu tidak masuk ke dalam akaun Umno? Kenapa ia dimasukkan ke dalam akaun peribadi najib? Ini yang membuatkan pembangkang lebih cerdik dari najib kerana derma untuk dana parti mereka bukannya masuk ke dalam akaun peribadi Wan Azizah atau Lim guan Eng atau Haji Hadi Awang. Siapa yang bijak di sini? Ahli Umno jawablah sendiri.