Isnin, Ogos 10, 2015

PASIR GUDANG MALUKAN NAJIB

Hidung mancung pipi tersorong-sorong. begitulah pepatah Melayu terhadap presiden Umno, Najib Razak yang merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang semalam.

Bukannya Umno bahagian berkenaan menjemput beliau merasmikan persidangan tersebut seperti mana dijelaskan oleh ketua bahagian, Khaled Nordin yang juga MB Johor sebaliknya Najib yang minta merasmikan persidangan itu kerana berdekatan dengan majlis rasminya di Singapura.

Mahu tidak mahu, Khaled terpaksa akur kepada permintaan Najib walaupun beliau tahu ahli Umno Pasir Gudang turut terluka dengan tindakan najib memecat pemimpin dari Johor, Muhyiddin Yasin sebagai TPM.

Namun demikian Umno Johor menyokong tindakan Najib membuat rombakan kabinet kerana ia adalah kuasa prerogatif PM tetapi Umno Johor mahu ahli Umno menghormati Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua dalam Umno.

Perwakilan Umno bahagian pasir gudang telah memalukan najib kerana apabila najib berucap mereka seolah-olah  tidak mendengar dan tidak memberi perhatian kepada ucapan Najib.Sebaliknya apabila Khaled berucap sebelum itu, bukan main mereka bertepuk tangan dan selepas Khaled menghabiskan ucapannya semua perwakilan berdiri memberi standing ovation kepada Khaled.

Sebagai Pengerusi Badan perhubungan Umno Johor, sudah tentu Khaled faham dengan sentimen rakyat Johor yang marahi najib menggugurkan Muhyiddin dari jawatan TPM dan Menteri Pelajaran.

Hal yang sama berlaku pada tahun 1986 apabila Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai TPM. Kedatangan Dr Mahathir Mohamad ke Johor tidak disenangi oleh rakyat Johor. Pada malam sebelum hari penamaan calon pilihanraya kecil parlimen Johor Bharu,  Dr Mahathir turun ke Johor Bahru berkempen untuk calon BN, Mas'od Abdul rahman yang menentang calon Bebas, Shahrir Samad yang mana ucapannya disiarkan secara langsung oleh TV1, tetapi keesokan hari, calon BN kalah teruk di tangan Shahrir yang juga bekas menteri  dan bekas ahli parlimen Johor Bharu.

Majoriti rakyat Johor marahi Dr Mahathir ketika itu. MB Johor, Muhyiddin yasin terpaksa mempertahankan Dr mahathir walaupun sentimen rakyat Johor terhadap Musa Hitam begitu kuat. Nasib yang sama dialami oleh khaled Nordin sekarang yang berketuakan Najib tetapi beiau kena ikut sentimen majoriti rakyat Johor yang simpati dengan nasib Muhyiddin Yasin.

Belum pernah PM Malaysia dihina sebegitu rupa. Ada kain rentang Tangkap najib dipasang di Johor Bharu. Malah setiap hari dalam facebooknya rakyat Malaysia mendesak najib meletakkan jawatan.

Sebelum ini Dr Mahathir Mohamad mendesak najib berundur supaya BN tidak tewas dalam PRU pada tahun 2018. Ada tiga tahun lagi PRU ke 14. Ini masa terbaik kepada najib untuk berundur supaya penggantinya dapat memulihkan imej Umno dan BN dalam masa tiga tahun.

Tetapi Najib masih berdegil kerana kononnya ke mana-mana beliau pergi beliau mendapat sambutan hangat. Sambutan bolehlah diberikan di Kota Melaka, bandar Tun Razak tetapi di pasir Gudang beliau dimalukan.

teringat saya kepada cerpen Mohd Affandi Hassan yang saya sudah lupa tajuknya yang mengisahkan Mat Tepuk yang ditugaskan bertepuktangan ketika YB berucap. Walaupun beliau tidak faham dengan ucapan YB, tugas Mat Tepuk bertepuk tangan. Apabila Mat tepuk bertepuk tangan, maka semua hadirin akan ikut bertepuk tangan. Agaknya najib tidak ada tukang tepuk yang patut dibawa ke setiap majlis ucapannya supaya bertepuk tangan ketika Najib berucap.

Majlis di pasir gudang jadi hambar. perwakilan seolah-olah tidak berminat dengan ucapan PM. Maka Najib patut ambil ikhtibar bahawa sudah sampai masanya beliau berundur dan bersara dari politik.

Belum pernah beliau dimalukan seperti ini. Ia adalah tanda-tanda rakyat tidak mahu beliau menjadi PM dan Presiden Umno lagi. Rakyat marah Peguam negara dipecat, Muhyiddin dan Shafie Apdal dipecat, pegawai SPRM disiasat polis, pegawai SPRM ditukar serta merta ke JPM.

Ketua pemuda Umno, Khairy jamaludin tidak bersetuju dengan pertukaran serta merta pegawai SPRM dan beliau sedia menerima risiko dipecat dari jawatan menteri seperti Muhyiddin yasin dan Shafie Apdal.

Jika Najib turut memecat Khairy, maka gelombang kebangkitan rakyat menurunkan Najib semakin kuat kerana pengaruh Khairy sebagai ketua pemuda Umno tidak wajar diperkecilkan oleh najib..Beranikah najib memecat Khairy?