Rabu, Mei 28, 2014
MANGSA POLITIK ZAMAN AHMAD SAID NAIK PANGKAT DALAM ROMBAKAN TCS
KUALA TERENGGANU: Ekoran perlantikan Menteri Besar baharu pada 12 Mei lalu, seramai 50 orang Pegawai Tadbir Negeri (TCS) akan bertukar ke jawatan baru yang akan berkuatkuasa pada 2 Jun ini.
Setiausaha Kerajaan, Datuk Mazlan Ngah dalam sidang media di pejabatnya hari ini berkata, pertukaran ini dibuat berdasarkan dua pegawai tertinggi negeri iaitu Pegawai Kewangan Datuk Mat Razali Kassim dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Datuk Tuan Mamat Tuan Ngah akan bersara.
Mereka yang menjadi mangsa politik dalam pentadbiran bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said mendapat ganjaran dalam rombakan TCS kali ini.
Bekas Setiausaha Sulit Kanan Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Datuk Osman Muda dilantik Pegawai Kewangan Negeri menggantikan Datuk Mat Razali Kassim dan tempat beliau diisi oleh Pengarah Bekalan Air Negeri, Datuk Wan Zahari Wan Ngah.
Manakala Pegawai Daerah Setiu, Mohamad Nor Ibrahim ke jawatan Pengarah PTG yang baru dan tempat beliau diisi oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Haji Talaha Ali.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Datuk Zulkifli Mohamad dipinjamkan ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC Sdn. Bhd. dan tempat beliau diganti oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail.
Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman ke jawatan Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Jabatan Kerja Raya (JKR), Wan Mohd Rubi Wan Jusoh ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT).
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mustafa Khalid ke jawatan Pegawai Daerah Kemaman manakala Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan, Harun Mohamad ke jawatan Pengarah Bekalan Air Terengganu.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Datuk Mohd Yasim Awang ke jawatan Pengarah Yayasan Islam dan Timbalan Rektor (Jaringan Industri dan Korporat ) TATi Universiti Kolej, Mohd Zulkifli Abu Bakar menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman.
Pengarah Majlis Sukan Negeri, Zainal Abidin Hussin ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan dan Perumahan) dan Pegawai Daerah Marang, A.Rahman Che Ali pula ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Dungun.
Pengarah Yayasan Terengganu, Azmi Razik ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu Samiun Salleh akan menjawat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) sementara Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Ibrahim Mohamad ke jawatan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) JKR negeri.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan,Perumahan dan Tugas-tugas Khas) Wan Mohamad Lotfi Wan Ismail ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman dan Pengarah Urusan Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Zainal Abidin Mohamed ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu.
Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, Shahidan Embok bertukar ke Pendaftar TATi Universiti Kolej dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia), Mohd Zahari Md Azahar ke jawatan Timbalan Pengarah UPEN/Pengurusan Kanan Projek Pembangunan Kuala Nerus.
Ketua Pegawai Eksekutif T-ISSI Terengganu, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia) dan Ketua Pegawai YPUT, Che Razali Adis ke jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut.
Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Zulkifli Ali ke jawatan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jahani Ismail menjadi Setiausaha MBKT.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan) Johan Ibrahim bertukar ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Pendaftar TATi Universiti Kolej, Che Suhaimin Mohamad ke jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun.
Pengurus Besar TESDEC Berhad, Rozali Salleh pula ke jawatan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBKT dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Azhar Jusoh ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan).
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Program Khas Sukan - T-Team), Ab. Rasid Jusoh ke jawatan Pengarah Majlis Sukan Negeri dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Alias Mamat ke jawatan Setiausaha Majlis Daerah Kemaman.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Harta) Jabatan Baitulmal MAIDAM, Ahmad Azizi Zulkifli ke jawatan Pengarah Jabatan Teknikal MAIDAM dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Idham Mustafa ke jawatan Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Terengganu.
Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Zahanapi Sagaf ke jawatan Setiausaha Majlis Daerah Besut manakala Setiausaha Majlis Daerah Besut, Saidi Salleh ke jawatan Ketua Pegawai Operasi T-ISSI Terengganu.
Ketua Pegawai Operasi T-ISSI Terengganu, Lukema Meri Salleh ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Harta) Jabatan Baitulmal MAIDAM dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Projek-projek Khas), Zuwislam Awang ke jawatan Pengurus Unit Transformasi Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Terengganu.
Ketua Penolong Pengarah (Bajet) UPEN, Muhd. Aimin Mohd Tahir ke jawatan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Institut Al-Quran Terengganu dan Pengurus Unit Transformasi, Pengurusan Prestasi dan Pelaksana, Mohd Nasir Kasim ke jawatan Pengurus Projek Pembangunan Kuala Nerus.
Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Maldiana Abd. Fatah ke jawatan Ketua Penolong Pengarah (Bajet) UPEN dan Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Projek-projek Khas) Safura Mad Juhari ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Tadbir Urus dan Pematuhan).
Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Program Khas Khas Sukan) Terengganu/Pengurus Kanan Operasi TPCT, Rosini Sulong ke jawatan Penolong Pentadbir Tanah (Pendaftaran) Hulu Terengganu dan Penolong Pengarah (Pertanian dan Asas Tani) UPEN, Wan Ahmad Firdaus Wan Abdullah ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengukuhan Integriti dan Pengurusan Aduan).
Penolong Pesuruhjaya (Pentadbiran dan Kewangan) MAIDAM, Wan Mohd Firdaus Wan Sembok ke Penolong Pengurus (Pembangunan) Tourism dan Penolong Pengarah (UKOM) Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Muhamad Ridzuan Hashim ke jawatan Penolong Pengarah (Pertanian dan Asas Tani) UPEN Terengganu.
Penolong Pengarah (Media baru) Agensi Pembangunan Masyarakat, Raja Faisal Raja Harun ke jawatan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu Mohd Fadli Jusoh ke Penolong Pengurus Projek Pembangunan Kuala Nerus manakala Pegawai Tadbir Terengganu Incorporated Sdn Bhd., Puan Faten Ummaimah Saidi ke jawatan Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Marang.
Isnin, Mei 26, 2014
JUMLAH ASET PELABURAN KWSP MENINGKAT 11.27 PERATUS
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari
ini mengumumkan caruman bersih daripada ahli dan majikan serta prestasi
pelaburan yang menggalakkan telah meningkatkan jumlah aset pelaburannya kepada
hampir RM600 bilion.
Setakat 31 Mac, 2014, aset pelaburan kumpulan wang persaraan itu berjumlah
RM597.02 bilion, meningkat 11.27 peratus atau RM60.47 bilion daripada RM536.55
bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2013.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata agensi
kerajaan itu kekal fokus dalam objektifnya untuk menjana pulangan pelaburan
stabil yang secara konsisten mengatasi kadar inflasi.
"Berdasarkan pertumbuhan pesat aset pelaburan KWSP, yang secara puratanya di
antara 10 dan 11 peratus setiap tahun, kami akan terus mempelbagaikan aktiviti
pelaburan jangka panjang kami dalam pelbagai pasaran dan sektor selaras dengan
Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shahril Ridza berkata bergantung kepada hala tuju pasaran, KWSP akan terus
mengambil peluang yang wujud bagi mengimbangi portfolionya bagi tujuan risiko
dan pulangan yang optimum.
Bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2014, KWSP melaporkan pendapatan
pelaburan sebanyak RM8.83 bilion berbanding RM5.60 bilion dan suku yang sama
pada 2013.
Peningkatan prestasi pelaburan KWSP yang lebih daripada 50 peratus ini
dipacu terutamanya oleh pulangan daripada pelaburan ekuiti.
Laporan itu juga menunjukkan 52 peratus dana KWSP telah dilaburkan dalam
instrumen berpendapatan tetap yang berisiko rendah; 43 peratus dalam pelaburan
ekuiti dan bakinya dalam instrumen pasaran wang, harta dan prasarana, katanya.
Tentang prospek hingga hujung tahun ini, Shahril Ridza berkata: "KWSP yakin
ekonomi Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik tahun ini
berdasarkan jangkaan pemulihan eksport yang disokong oleh permintaan domestik
yang kukuh. Bagaimanapun, KWSP akan terus berhati-hati terutamanya ketika
ketidaktentuan menyelubungi pergerakan modal kerana penyesuaian kadar faedah
jangka panjang berikutan pemulihan pasaran utama.
"Untuk mengoptimumkan pulangan, KWSP berpegang teguh kepada pendekatan
pelaburan berhemah dan jangka panjangnya dan akan sentiasa memastikan
perlindungan modal manakala meningkatkan nilai simpanan ahli terus menjadi
objektif utama kami," tegas beliau.
-- BERNAMA
NHIZ NHIZ NN KY
Jumaat, Mei 23, 2014
PEGAWAI KHAS MENTERI BESAR KEKAL
KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Bernama) -- Pegawai khas menteri besar yang
dilantik di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika pentadbiran
menteri besar Terengganu yang terdahulu, kekal dalam jawatan mereka, kata
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau berkata garis panduan dan tugasan jawatan bagaimanapun akan dibuat
bagi mengelakkan pertembungan peranan pegawai-pegawai khas itu
dengan pegawai pembangunan Parlimen yang baru dilantik pada Rabu.
"Kami tidak akan melakukan sebarang perubahan bagi pegawai khas menteri
besar dan jawatan mereka akan dikekalkan seperti sebelum ini.
"...(Bagaimanapun) tugasan antara pegawai khas dan pegawai
pembangunan akan dikenal pasti supaya tidak bertembung peranan dan mereka harus
saling membantu. Inilah yang kita kehendaki demi kekuatan kerajaan," katanya.
Pada majlis itu, menteri besar turut menunaikan Solat Maghrib dan Isyak
berjemaah bersama Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd
Sabri Alwi dan anggota jawatankuasa bahagian.
Ini berikutan skop dan tugas pegawai pembangunan Parlimen yang baharu ini
meliputi semua, iaitu memudahkan urusan pentadbiran khususnya di
kawasan-kawasan DUN dan Parlimen yang Barisan Nasional tewas, pada pilihan raya
umum ke-13 (PRU-13) tahun lalu.
Pada majlis itu, menteri besar turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak
berjemaah antaranya bersama Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd
Sabri Alwi serta beberapa anggota AJJKahli jawatankuasa bahagian.
Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah pun meluluskan
peruntukan bantuan am berjumlah RM500,000 setahun bagi hal ehwal pembangunan
untuk setiap kawasan DUN yang kalah kepada pembangkang bagi menyelesaikan
masalah rakyat.
Pada Rabu, Ahmad Razif mengumumkan pelantikan tiga Ketua Umno Bahagian
iaitu Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi, Ketua Umno
Bahagian Dungun Datuk Din Adam dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus
Datuk Basir Ismail serta Ketua Umno Bahagian Marang A Latif Awang sebagai
pegawai pembangunan Parlimen di kawasan masing-masing.
Keempat-empat kawasan Parlimen berkenaan di Terengganu dikuasai
pembangkang.
-- BERNAMA
AEO RON
Khamis, Mei 22, 2014
MB DIPUJI KERANA KAJI BALIK KENAIKAN CUKAI PINTU DI DAERAH KUALA TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 22 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Bertindak Cukai Pintu
Terengganu menyambut baik keputusan kerajaan negeri Terengganu untuk mengkaji
semula cadangan menaikkan kadar cukai pintu di daerah Kuala Terengganu.
Pengerusinya Ahmad Azmzad Hashim turut mengucapkan tahniah kepada Menteri
Besar yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman kerana bertindak segera dengan
membincangkan isu itu ketika mempengerusikan mesyuarat Exco pertamanya semalam.
"Kami sangat mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar untuk mengkaji balik
kenaikan ini dan ingin menyatakan pendirian bahawa kami tidak dapat menerima
sebarang kenaikan ketika ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jawatankuasa itu juga meminta lebih ramai penduduk di kawawsan Majlis
Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) agar mengemukakan bantahan mengenai cadangan
tersebut sebelum tarikh akhir pada 2 Jun ini.
Jawatankuasa itu disertai 40 badan bukan kerajaan di seluruh Terengganu dan
ditubuhkan bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai cadangan kenaikan
cukai tersebut.
Semalam, Ahmad Razif mengumumkan kerajaan negeri akan mengkaji kadar cukai
pintu berasaskan keperluan dan kebajikan kepada rakyat setelah kadar itu tidak
berubah sejak 1981.
-- BERNAMA
KAK AE NM
KDN BERI AMARAN KEPADA PENERBIT NOVEL LUCAH
SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada penerbit yang menerbitkan novel berunsur lucah di negara ini.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Hashimah Nik Jaafar berkata, pihaknya akan menyiasat dengan teliti novel yang dikatakan dijual secara meluas di pasaran dan menjadikan pelajar sekolah selain remaja sebagai sasaran pembaca.
“Pada kebiasaannya, novel sebegini diterbitkan oleh penerbit yang tiada permit dengan KDN dan pencetak yang tidak ada permit pencetakan.
“Pihak KDN boleh ambil pelbagai tindakan kepada mereka,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali dan Penolong Pegawai Penguatkuasa KDN, Noor Zaman Mohammad.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan memantau lebih serius perkara itu dan mengharapkan agar orang ramai turut memberikan maklumat kepada KDN.
“Masyarakat boleh turut sama membantu dengan menyalurkan aduan dan menyertakan bukti novel-novel tersebut kepada pihak kami," katanya
Sementara itu, beliau turut mengingatkan penerbit dan pencetak yang mempunyai permit sah supaya tidak melanggar akta yang telah ditetapkan.
Menurutnya, jika mereka melanggar peraturan tersebut, mereka bakal berdepan risiko dibatalkan permit penerbitan.
“Bila dah diberi permit, mereka perlu berhati-hati dan pastikan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Jika tidak, kami akan terus batalkan permit mereka.
“Bila dah melanggar batasan-batasan tertentu, kami terus keluarkan surat tunjuk sebab dan mereka kena bagi jawapan kenapa kami tidak boleh batalkan permit mereka," katanya
Tambahnya, setakat ini sebanyak enam akhbar telah dibatalkan permit penerbitan.
Rabu, Mei 21, 2014
KENALI PETANDA AWAL TEKANAN JIWA KATA PAKAR
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Jika individu atau anda sendiri mengalami
kemurungan tahap serius, mudah marah, bersedih dan selalu menyendiri
dinasihatkan supaya segera menjalani pemeriksaan kaunseling.
Beberapa kes sadis yang dilaporkan kebelakangan ini, antaranya
membabitkan penderaan, pembunuhan dan bunuh diri, dikaitkan para pakar
kaunseling dan psikiatri, sebagai mereka yang mengalami tekanan jiwa akibat
kegagalan mengawal kemurungan di peringkat awal.
Pakar Psikiatri Klinikal Hospital Pantai, Datuk Dr Mat Saad Baki berkata
rawatan atau kaunseling awal dilihat dapat membendung kejadian yang tidak
diingini.
"Jika seseorang itu tertekan dan mengalami kemurungan dia perlu merujuk
kepada doktor perubatan bagi mendapatkan khidmat nasihat seorang pakar psikiatri
dan kaunseling serta mendapatkan rawatan perubatan yang bersesuaian
jika ia diperlukan.
"Tahap kemurungan seseorang itu bergantung kepada empunya diri dalam
mengawal emosi dan perasaan, jika kemurungan melampau boleh menyebabkan individu
hilang pertimbangan diri dan akhirnya berlaku sesuatu yang tidak diduga,"
katanya kepada Bernama di sini.
Sementara itu, Pakar Perunding Psikiatri dan Pensyarah Kanan di Jabatan
Perubatan Psikologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) Dr Muhammad Muhsin
Ahmad Zahari berkata masalah tekanan jiwa boleh dibendung daripada menjadi lebih
parah, sekiranya orang ramai mampu mengenali petanda awal seseorang individu itu
mengalami tekanan jiwa melalui karakter mereka.
Katanya, rakan-rakan serta ahli keluarga terdekat perlu melihat perubahan
dalam kelakuan mereka.
"Contohnya, sebelum ini seseorang itu bersikap tenang, namun berubah menjadi
pemarah serta pergaulan mereka yang membawa ke arah kemurungan yang
dikategorikan pada tahap yang lebih serius.
"Cara terbaik adalah untuk bertanya individu itu dan menjadi lebih
ingin tahu serta berbincang dengan mereka," katanya.
Beliau berkata masyarakat perlu lebih sensitif dan memujuk mereka untuk
menjelaskan masalah atau tekanan yang tidak dapat diselesaikan (sekiranya
ditangani berseorangan), serta perlu bertanyakan kepada orang lain untuk
mendapatkan bantuan mahupun pandangan.
Katanya, mereka perlu mendapat bantuan dan rawatan awal dan mengelak
daripada memiliki perasaan malu, lemah dan merisaukan persepsi awam sebelum
masalah itu menghantui pemikiran mereka.
"Cuba yakinkan individu itu untuk membantu menyelesaikan masalah yang
dipendam dengan membawa mereka berjumpa dengan pakar yang bersesuaian," katanya.
Beberapa kejadian sadis dikaitan dengan masalah tekanan jiwa, antaranya
pada 30 Jan lepas, seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental,
mengelar mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua
lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.
Pada 28 Mac 2013, seorang lelaki ditemui mati tergantung di
sebuah rumah di Kampung Perting, Bentong dipercayai mengalami tekanan jiwa
selepas kematian ibunya empat tahun lepas.
Pada 2 Feb 2012, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mati
akibat ditekup dengan bantal oleh neneknya berusia 57 tahun dipercayai sakit
mental di pangsapuri mereka di Puchong.
Pada 27 Nov 2011, seorang ibu berusia 75 tahun mati selepas lehernya dikelar
dengan pisau oleh anak perempuannya yang dipercayai mengalami tekanan mental di
rumah mereka di Taman Bukit Serdang.
-- BERNAMA
MAMA MAMY MS NH
WAN HAKIM BAKAL EXCO KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN?
KUALA TERENGGANU: Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu 9 hari lalu hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman.
Semua Exco hadir termasuk dua orang Exco yang umum keluar dari Umno pada 13 Mei lalu, Ghazali Taib dan Roslee Daud.
Dengan gugurnya Datuk Seri Ahmad Said dari jawatan Menteri Besar, Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan kini kosong. Beliau dijangka diisi oleh ADUN dari Kemaman juga, Wan Hakim Wan Mokhtar (Air Putih). Kini Kemaman diwakili oleh Ir Rosli Othman (Kemasik).
Dari komposisi Exco berdasarkan Bahagian Umno, Besut ada dua Exco, Hulu Terengganu tiga Exco, Setiu satu Exco, Marang satu Exco, Kuala Nerus satu Exco, Dungun satu Exco, Kemaman satu Exco dan Kuala Terengganu yang mana BN kalah empat kerusi tiada Exco.
Selasa, Mei 20, 2014
MB YANG PATUT JADI PENGERUSI PERHUBUNGAN KATA AHMAD SHABERY CHEEK
KUALA TERENGGANU, 20 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad
Razif Abdul Rahman sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang bakal dilantik
sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Beliau turut mengakui tidak mempuyai masalah jika jawatan itu diberikan
kepada orang lain dan akan bekerjasama dengan individu yang dilantik demi
memajukan Umno.
"Kita serahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
memutuskan perkara itu kerana apa yang penting ialah kebersamaan dalam
memperjuangkan parti.
"Saya tak ada masalah, kita sebagai ahli parti yang setia, kita pulangkan
keputusan itu secara bijaksana untuk ditentukan oleh Presiden parti dan saya
tidak ada masalah langsung dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas
Majlis Penyerahan Bendera Sukan Malaysia (Sukma) kepada Kontinjen Terengganu
lewat malam tadi.
Menurutnya lebih mustahak semua bersatu untuk memperjuangkan parti dan tidak
timbul siapa yang bakal dipilih menerajui Umno Terengganu.
Beliau berkata perpaduan dalam saat-saat begini amat penting lebih-lebih
lagi dalam keadaan Terengganu sekarang di mana Barisan Nasional menduduki 17
kerusi Dewan Undangan Negeri sementara pembangkang 15.
Ahmad Razif berkata demikian ketika mengulas cadangan sebuah kolum akhbar
tempatan Ahad lepas yang mengaitkan nama Menteri Komunikasi dan Multimedia
yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
sebagai calon yang sesuai untuk jawatan itu.
Namun Ahmad Shabery ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu
berpendapat, jawatan tersebut seharusnya dipegang oleh seorang Menteri Besar
bagi membolehkan pentadbiran negeri dan kerja parti berjalan lancar.
Sementara itu Ahmad Razif berkata buat sementara waktu beliau memangku dua
portfolio iaitu portfolio asalnya iaitu selaku Pengerusi Jawatankuasa Sains,
Teknologi dan Inovasi,Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri.
Beliau juga memangku portfolio yang dipegang bekas Menteri Besar, Datuk Seri
Ahmad Said iaitu Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah,
Petroleum, Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri.
Ahmad Razif berkata portfolio itu akan dipangkunya sehingga lantikan Exco
baharu dibuat dan ketika ini, pihaknya sedang berbincang mengenai perkara itu
sebelum mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk memohon
perkenan.
--BERNAMA
AZM NFI MK
Ahad, Mei 18, 2014
MB ALU-ALUKAN CADANGAN DARI PENGAMAL MEDIA
KUALA TERENGGANU, 18 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul
Rahman mempelawa pengamal media memberi cadangan dan idea baharu dalam aspek
penambahbaikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat bagi memastikan agenda
pembangunan negeri ini berjalan lancar.
Beliau berkata pengamal media adalah antara golongan yang sering turun
padang dan terawal dalam mengetahui permasalahan dihadapi rakyat dalam pelbagai
urusan harian mereka.
"Justeru marilah bersama-sama kita bekerjasama ke arah pembangunan
Terengganu yang lebih maju dengan keseimbangan menyeluruh dengan kebajikan
rakyat terus diutamakan.
"Saya sangat berharap pengamal media di negeri ini terus membuat laporan
tepat dan berkualiti dan saya sendiri akan berusaha memberi kerjasama yang
diperlukan anda semua," katanya ketika berucap di majlis mesra media anjuran
Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) di sini malam tadi yang dihadiri 300 pengamal
media di negeri ini.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi,
Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Din Adam dan Presiden KAWAT Ayob Mamat.
Ahmad Razif turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang membuat
liputan dengan baik sepanjang krisis politik negeri ini minggu lalu.
"Fokus kita semua selepas ini ialah untuk menang semula di kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) yang kita kalah dan mengekalkan kemenangan di kerusi DUN
sedia ada dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.
"Saya adalah menteri besar ke-14 dan kebetulan akan menghadapi PRU14,
lupakan semua yang berlaku, kita semua rapatkan barisan untuk capai impian
yang satu demi kemenangan yang diimpikan," katanya.
-- BERNAMA
KAK FAU NH
Jumaat, Mei 16, 2014
BERAKHIRNYA REJIM WAN AHMAD
Tarikh 12 Mei 2014 akan tercatat dalam sejarah politik Terengganu sebagai hari jatuhnya rejim Datuk Wan Ahmad Wan Muda, ketua menteri besar terengganu. Selama enam tahun beliau menjadi ketua kepada Datuk Seri Ahmad Said yang menjadi MB pada 23 Mac 2008.
Orang Terengganu tak kata Ahmad Said yang jadi MB sebaliknya Wan Ahmad setiausaha sulit kanannya. Entah kenapa Ahmad Said terlalu percaya kepada Wan Ahmad sehingga apabila kontraktor pergi menemui Wan Ahmad, dia bercakap aku yang berkuasa, bukan Ahmad Said.
Kurang ajar Wan Ahmad yang pernah curi baja FELDA. Rakyat di seluruh Terengganu bersorak apabila Ahmad Said jatuh. Bukan kerana mereka benci Ahmad Said, tetapi mereka benci kepada Wan Ahmad yang banyak menganaiyai orang selama enam tahun.
Malah bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri pernah menyebut isu ketua menteri besar dalam Utusan Malaysia sebelum pilihanraya umum 2013. Orang Malaysia tertanya-tanya siapa ketua menteri besar itu kalau bukan Wan Ahmad.
ADUN Paka, Satiful Bahri mengesahkan Wan Ahmad dan Nik Dir menawarkan wang berjuta-juta untuk mewujudkan kerajaan campuran antara kumpulan Ahmad Said dengan PAS. Tapi PAS bukan pelahap nak tubuh kerajaan secara haram dengan kumpulan Ahmad Said.
Ahmad Said tertipu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada tahun 1998, Anwar begitu yakin semua ketua bahagian yang dapat projek, saham, tender akan menyokongnya bila Anwar bertelagah dengan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Apabila Anwar dipecat dari Umno pada 2 September 201998, berapa orang ketua bahagian yang ikutnya keluar dari Umno? Ini yang patut dipelajari oleh Ahmad Said. Ketika dia jadi MB, dia bela semua Exconya dengan memberi balak tetapi akhirnya dua orang sahaja yang ikut iaitu Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).
Malah dia beri balak kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Rauf Yusoh tetapi Umno pusat tetap buang Ahmad Said. Itulah dalam Umno tiada kesetiaan. Yang setia ialah kepentingan peribadi. Apabila Ahmad bukan lagi menteri besar, siapa yang mahu ikutnya. Ahmad Said tak belajar dari sejarah Anwar Ibrahim.
Wan Ahmad memang hebat atur orang lawan ketua bahagian dalam pemilihan Umno Oktober tahun lepas tapi calonnya di Setiu, Datuk Mamat Ghazali Abdul Rahman gagal menumbangkan Datuk Mat Jidin Shafie.
Calonnya, Datuk Rosli Mat Hassan kalah di Dungun di tangan Datuk Din Adam. Hanya Latif Awang yang menang di Marang mengalahkan Datuk Yahya Khatib tetapi Latif tak keluar dari Umno ikut Ahmad Said.
Begitulah Ahmad Said tertipu maka dia tiada pilihan terpaksa masuk semula Umno kalau tidak kes SPRMnya akan diteruskan. Seluruh rakyat Terengganu bersorak meraikan kejatuhan rejim Wan Ahmad. Beliau banyak menganaiya TCS di Terengganu. Apabila beliau ditukarkan ke pejabat SUK sebagai pegawai peti sejuk maka semua pegawai TCS gembira.
Malu dengan keadaan itu beliau pun beri notis tiga bulan untuk bersara pilihan pada 12 Ogos 2014. Itulah masa mu ada kuasa, mu sombong sangat. Mu cuba beli PAS nak buat kerajaan campura tapi PAS tidak pelahap dengan duitmu yang berjuta-juta itu.Syabas PAS kerana tidak terpedaya dengan Wan Ahmad.
Khamis, Mei 15, 2014
WAN AHMAD YANG FITNAHKAN SAYA AKHIRNYA DIPETISEJUKKAN
Semalam CEO Terengganu Incorporated, Datuk Wan Ahmad Wan Muda ditukarkan ke pejabat SUK untuk jadi pegawai peti sejuk. Beliaulah yang menghuruharakan pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said sepanjang beliau menjadi MB Terengganu dari 23 Mac 2008 hingga 12 Mei 2014.
Malah beliau dikenali sebagai ketua MB kerana dia yang berkuasa dari Ahmad Said sehingga ramai TCS jadi mangsanya. Apabila Ahmad Said jatuh pada 12 Mei lalu, maka tamatlah pengaruh Wan Ahmad dalam kerajaan negeri Terengganu.
Saya pernah temuinya ketika beliau menjadi SUSK Ahmad Said pada tahun 2010 (kalau tak silap saya). Ketika itu kawan saya minta tanah tambahan untuk buat kilang tanah liat di Bukit Besi. Bila dia tahu saya blogger dari Kemaman dan bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno di zaman Ahmad Said jadi ketua pemuda, terus dia buat surat sokongan kepada kawan saya. Tetapi permohonan kawan saya gagal kerana Wan Ahmad ini manis di hadapn kita, tetapi di belakang dia call Ketengah supaya tolak permohonan kawan saya.
Manusia macam ini pun ada. Ramai yang menjadi mangsa Wan Ahmad ketika Ahmad Said jadi menteri besar. Justru itu menteri besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman perlu belajar dari pengalaman ini. Ahmad Said adalah MB yang baik tetapi orang kelilingnya yang merosakkannya macam Wan Ahmad, Haji Dol.
Saya turut jadi mangsa Wan Ahmad apabila blogger upahan Wan Ahmad, Unspinners babitkan saya dalam kes Ahmad Said. Saya menulis benda yang benar dan dia kata saya sebar berita menjatuhkan Ahmad Said dalam Facebook kawan-kawan saya.
Malah lebih lucu beliau buat akhbar khas FREE ZATUL ALI TODAY yang bubuh gambar Zatul Ali yang saya hentamnya dalam Facebook kerana menipu orang ramai. Tapi Zatul Ali mendakwa saya yang menjadi punca dia jadi begitu sedangkan saya tak kenal siapa Zatul Ali itu. Wan Ahmad upah bloggernya memfitnah saya tapi saya tak boleh ambil tindakan undang-undang kerana saya tak tahu siapa yang menernitkan risalah tersebut.
Saya berani bersumpah dengan nama Allah saya tak kenal Zatul Ali. Saya cabar Wan Ahmad. Beranikah dia bersumpah dengan nama Allah dia tidak terlibat mengupah blogger itu buat risalah memburukkan saya? Pilih mana-mana masjid Wan Ahmad kalau berani bersumpah.
Padan muka semalam Wan Ahmad sudah dipetisejukkan di pejabat SUK. Kalau saya ada maruah, saya letak jawatan. Duit rasuah sudah banyak tunggu apa lagi, letak jawatanlah. Terengganu punah ranah keranamu Wan Ahmad. Syukurlah Datuk Razif MB baru naik pada 12 Mei lalu. Semoga beliau lebih adil daripada Ahmad Said yang mementingkan kroni-kroninya.
Jumaat, Mei 09, 2014
TH PERUNTUK RM130 JUTA UNTUK SUBSIDI JEMAAH HAJI
PETALING JAYA, 9 Mei (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan
RM130 juta untuk menampung subsidi jemaah haji tahun ini bagi memastikan bayaran
menunaikan haji kekal pada RM9,980 seorang.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Paduka Ismee
Ismail berkata peningkatan sebanyak RM10 juta berbanding tahun lepas itu adalah
disebabkan peningkatan kos di Arab Saudi, termasuk kos penginapan.
"Tahun ini sebab kita kekalkan bayaran haji pada jemaah-jemaah haji
Muassasah sebanyak RM9,980. Jadi kerana peningkatan kos terutamanya kos
penginapan di Mekah, subsidi haji turut bertambah," katanya kepada pemberita
selepas majlis pengiktirafan The Malaysia Book of Records di sini, hari ini.
TH menerima pengiktirafan itu apabila kelab TaHa yang disasarkan kepada
penabung muda berumur daripada tujuh hingga 17 tahun mencipta rekod selaku kelab
yang mempunyai jumlah keahlian pelajar sekolah paling ramai dengan 1.12 juta
orang ahli.
Ismee berkata subsidi yang ditanggung TH tahun ini ialah RM6,175 setiap
jemaah berbanding RM5,575 seorang tahun lepas, dan ini hanya untuk jemaah
Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadah haji.
Ismee dalam pada itu menasihatkan jemaah haji tahun ini supaya sentiasa
mendengar nasihat dan arahan daripada Kementerian Kesihatan berhubung
langkah-langkah pencegahan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona
(MERS-CoV).
Beliau berkata buat masa ini kuota jemaah haji Malaysia kekal pada
22,320 orang selepas kerajaan Arab Saudi memutuskan pengurangan 20 peratus
daripada kuota asal ekoran kerja-kerja pembesaran kawasan di sekitar Masjidil
Haram, di Mekah sejak tahun lepas.
Menurut laman web Kementerian Kesihatan Arab Saudi, www.moh.gov.sa, setakat
ini terdapat 126 kematian daripada keseluruhan 463 orang dijangkiti MERS-CoV di
negara itu.
-- BERNAMA
NAAA HK MK
Selasa, Mei 06, 2014
SPEAKER TERENGGANU JAHIL MACAM KARPAL SINGH
PETALING JAYA: Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menolak cadangan PAS untuk melaksanakan hudud dipersoalkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Abdul Latif.
Menurutnya, walaupun pada ketika ini majoriti pemimpin Umno bersetuju untuk bersama PAS bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan, sebaliknya keputusan berbeza pula yang diambil oleh DUN Terengganu yang secara keseluruhannya ditadbir oleh pemimpin Umno.
“Jika ikutkan semangat sesetengah pemimpin Umno, ada yang mahu hudud dilaksanakan segera, dan kadang-kala lebih bersemangat daripada pemimpin PAS. Dalam keadaan Terengganu yang didukung oleh Umno, mereka sepatutnya menangguh dahulu keputusannya, bukan menolak hudud bulat-bulat,” kata beliau ketika menulis dalam kolum mingguannya di Harakah Daily.
Sebelum ini, memang tidak dinafikan iaitu mendiang Karpal Singh yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, secara keras menolak hudud untuk dilaksanakan.
“Karpal memang menegaskan dari dulu lagi tidak akan menerima hudud. Dia boleh berkawan dengan pejuang hudud tetapi tidak akan menerima hudud dan sikap Karpal itu adalah sikap yang dibawa DAP setakat ini.
“Karpal dan DAP adalah musuh Umno yang tiada tolak bandingnya. Semua yang datang dari Karpal dan DAP mesti akan ditolak oleh Umno kecuali dalam isu hudud,” ujarnya.
Tambah Subky yang juga wartawan veteran yang terkenal, apa yang DUN Terengganu lakukan baru-baru ini adalah melaksanakan apa yang Karpal dan DAP mahukan.
“Seandainya Karpal masih bersama kita sekarang, maka dialah orang yang paling gembira dengan sikap dan tindakan yang diambil DUN Terengganu,” katanya.
Maka, siapa yang DUN Terengganu ikut, apabila DUN tersebut menolak perlaksanaan hukum hudud baru-baru ini. Secara logiknya, DUN Terengganu telah mengikut keputusan Karpal, walaupun Karpal tidak berjumpa dengan Umno Terengganu dan meminta mereka menolak cadangan yang dibawa oleh PAS.
“Memang sikap rasmi Umno selama-lamanya adalah bersama Karpal menentang hudud. Tetapi sekarang ini Umno telah menunjukkan tanda-tanda untuk berubah menyokong hudud. Umno juga menyuarakan hasratnya untuk bersiap-sedia berbaik dengan PAS sekiranya PAS tidak lagi bersedia menjadi kuda tungangan DAP,” jelasnya.
Katanya lagi, dalam isu hudud ini, nyata PAS tidak dapat dikawal oleh Karpal, sebaliknya dikatakan Umno tidak mahu masuk perangkap PAS jika menyokong hudud, maka Umno terengganu bersedia bersama DAP dan Karpal menentang hudud.
“Apa pun setakat ini kita belum boleh fikir Umno menjadi kuda tunggangan Karpal
atau DAP, tetapi dalam isu hudud, Umno boleh bersama DAP dan Karpal Singh atau sekurang-kurangnya mengikut Karpal,” katanya.
Menurut Subky lagi, PAS memang dari mula lagi telah tahu berkenaan pendirian Karpal tentang hudud. Jika dia tidak dapat menerima hudud boleh difahami kerana ia tidak termasuk dalam ajaran agamanya.
“Hudud hanya ada pada Islam dan sebahagian daripada akidah syariat Nabi Musa dan ia juga adalah syariat Nabi Isa al-Masih,” ujarnya.
Katanya lagi, orang Yahudi selepas zaman Nabi Musa memang tidak lagi berpegang dengan hukuman mengikut syariat Nabi Musa itu dan demikian juga orang Kristian yang mengaku Jesus adalah ikutan mereka, tetapi mereka juga menolak hukum yang disyariatkan oleh Nabi Isa al-Masih.
“Orang Islam pada masa kini juga sama dengan umat yang terdahulu, tidak berpegang kepada syariat Nabi Muhammad SAW, tetapi sehaluan dengan Karpal, baik Karpal masih ada atau tidak ada,” katanya.
Pada 15 April lalu, Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong telah menolak usul yang dibawa oleh ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.
PEMERGIAN AZIZ SATTAR SATU KEHILANGAN KEPADA DUNIA SENI
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pemergian bintang filem legenda Datuk Abdul
Aziz Sattar merupakan kehilangan besar kepada dunia seni tanah air, kata
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata Allahyarham adalah seniman terakhir yang seiring dengan
seniman agung Tan Sri P. Ramlee.
"Saya mengenali beliau secara peribadi, beliau banyak memberi idea kepada
saya.
"Saya berasa agak sedih kerana tiada di tanah air untuk menziarahi (jenazah
Allahyarham), saya sekarang berada di Jeddah kerana menghadiri Sidang
Kemuncak Media Asia 2014," katanya dalam kenyataan kepada Bernama dari Jeddah
hari ini.
Abdul Aziz, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang awal hari ini setelah
mengalami serangan jantung.
Pelakon protagonis dan pelawak dalam siri filem Melayu Bujang Lapok itu
meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi, menurut anak perempuannya
Sandakiah.
Pada zaman kegemilangannya, Allahyarham berlakon bersama-sama seniman agung
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham S. Shamsuddin, sebagai trio Bujang
Lapok pada tahun 1950-an.
-- BERNAMA
AFY AFY RON
Sabtu, Mei 03, 2014
BLOG OH SEDAPNYA DAKWA PEREMPUAN SIMPANAN MB NAK MENGADU KEPADA ISTANA
Wanita simpanan seorang Menteri Besar yang dipercayai dikaitkan dengan satu negeri di Pantai Timur, dikatakan sanggup ke istana untuk mengadu perilaku Menteri Besar berkenaan yang gagal memenuhi janji kepadanya.
Wanita berkenaan dikatakan sedang menguruskan pertemuannya dengan pihak istana dengan harapan, janji Menteri Besar tersebut ditunaikan kepadanya.
Beliau sudah tidak boleh sabar dan jika perlu akan menghebahkannya ke akhbar.
Dikatakan, wanita itu sudahpun menghubungi seorang pemberita sebuah akhbar tabloid harian di negeri berkenaan untuk mendedahkan perkara berkenaan.
Bagaimanapun, wanita itu dikatakan dinasihatkan oleh pemberita berkenaan supaya bersabar sementara menunggu reaksi selanjutnya daripada Menteri Besar berkenaan.
Pemberita berkenaan dikatakan meminta perempuan berkenaan supaya memujuk Menteri Besar melunaskan janji-janjinya agar perkara ini tidak terdedah dan menjatuhkan reputasi Menteri Besar berkenaan.
Menurut sumber, wanita itu dinasihati jangan melakukan sesuatu yang ‘terdesak’ kerana Menteri Besar berkenaan ada disebut sedang berdepan dengan kemelut pertukaran Menteri Besar gara-gara digembar-gemburkan oleh Awang Selamat melalui Mingguan Malaysia, Ahad minggu lalu.
Baru-baru ini heboh berita seorang wanita dikaitkan dengan seorang Menteri Besar tetapi reda selepas tumpuan diberikan kepada isu pertukaran Menteri Besar yang ‘dicanangkan’ oleh Awang Selamat.
Tidak dikerahui sama ada Menteri Besar yang digembar-gemburkan akan ditukarkan itu turut terpalit dengan isu perempuan simpanan yang dikatakan menjanjikan RM3 juta kepada ‘bekas kesasihnya’ itu.
Free Malaysia Today (FMT) yang membongkar berita ini pada 8 Aril 2014 lalu, menyebut bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.
Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013. Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.
Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata, jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta. Baki RM2.2 juta akan dibayar kemudian.
Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak menerima sebarang wang dijanjikan itu. Selain mematuhi syarat Menteri Besar, iaitu menunggu selepas pilihan raya, bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.
FMT difahamkan ahli perniagaan itu sudah banyak kali menghubungi MB untuk mendapatkan ‘haknya’ seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi panggilan dan sms tiak dilayan.
Dia hanya mahukan 'haknya' bukan dengan niat untuk campur soal politik dan sebagainya. Malah, pendedahan oleh FMT itu lebih awal daripada apa yang disebutkan oleh Aawang Selamat melalui Mingguan Malaysia berkenaan.
Menyedihkan, menurut sumber, MB berkenaan turut memarahi perempuan simpanan berkenaan, termasuk mengatakan perempuan itu sebagai seorang yang ‘tamak’.
Tidak diketahui erti tamak berkenaan, bagaimanapun dikatakan berkaitan pemberian sebelum ini oleh Menteri Besar berkenaan.
Tamak itu juga mungkin boleh dikaitkan dengan pemberian MB sebelum ini yang dianggap ‘sebahagian jumlah daripada jumlah sebenar’ yang diberikan.
Blog ini menerima beberapa gambar yang dikirim oleh pihak tertentu mengenai ‘wajah’ perempuan simpanan berkenaan namun cukup untuk menyiarkan sekeping sahaja sebagai permulaan.
Blog ini tidak pasti apakah itu wajah sebenar perempuan simpanan MB berkenaan atau gambar orang lain yang sengaja disebarkan untuk ‘memanaskan lagi’ berita ini.
Tunggu perkembangan selanjutnya….
Langgan:
Catatan (Atom)