Rabu, Mei 21, 2014

WAN HAKIM BAKAL EXCO KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN?

KUALA TERENGGANU: Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu 9 hari lalu hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman. Semua Exco hadir termasuk dua orang Exco yang umum keluar dari Umno pada 13 Mei lalu, Ghazali Taib dan Roslee Daud. Dengan gugurnya Datuk Seri Ahmad Said dari jawatan Menteri Besar, Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan kini kosong. Beliau dijangka diisi oleh ADUN dari Kemaman juga, Wan Hakim Wan Mokhtar (Air Putih). Kini Kemaman diwakili oleh Ir Rosli Othman (Kemasik). Dari komposisi Exco berdasarkan Bahagian Umno, Besut ada dua Exco, Hulu Terengganu tiga Exco, Setiu satu Exco, Marang satu Exco, Kuala Nerus satu Exco, Dungun satu Exco, Kemaman satu Exco dan Kuala Terengganu yang mana BN kalah empat kerusi tiada Exco.