Ahad, September 30, 2012

BILA PENGARAH FILEM JAHIL

UNTUK Tiga Hari menjadi filem kesebelas arahan Afdlin Shauki yang ditayangkan di pawagam. Kali terakhir ialah filem komedi kerjasama Thailand, Berani Punya Budak pada April lalu. Lazimnya kita dipertontonkan dengan filem-filem ilham Afdlin sendiri, antaranya Buli (2004), Papadom (2009) dan Misteri Jalan Lama (2011). Namun kali ini dia menggalas cabaran yang berbeza apabila mengerjakan naskhah adaptasi novel popular. Astro Shaw dan Tarantella Pictures sekali lagi merintis penghasilan filem-filem dari novel selepas Legenda Budak Setan (2010) tulisan asal Ahadiat Akashah dan Ombak Rindu (2011) nukilan Fauziah Ashari. Untuk Tiga Hari adalah sebuah lagi karya Ahadiat tetapi Afdlin bertindak sebagai penulis lakon layar untuk menyesuaikannya dengan bahasa filem dan durasi dua jam. Justeru, nuansa sentimental dan tragikal seperti dalam novel barangkali berubah apabila diambil alih oleh Afdlin. Affin dan Ujie yang sudah bercinta selama 15 tahun terpaksa berkahwin dengan jodoh pilihan keluarga masing-masing. Lebih-lebih lagi bagi Affin yang mana hidupnya ditentukan ibu sejak kecil. Demi memuaskan hati keluarga, Affin memutuskan agar mengikut apa saja yang dirancang tetapi dengan syarat. Mereka harus bercerai dengan pasangan masing-masing selepas tiga hari bernikah. Affin yakin dapat mengahwini Ujie selepas itu kerana sekurang-kurangnya telah menunaikan hasrat ibu. Menolak kontroversi yang sedang tercetus (pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran diminta rujuk status perkahwinan kerana dialog dalam filem ini), saya berasakan Untuk Tiga Hari mempunyai premis yang menarik. Manusia cuba mempermain-mainkan jodoh milik Tuhan dan menerima implikasinya. Saya tidak berkesempatan membaca novelnya tetapi di tangan Afdlin, Untuk Tiga Hari menjadi sebuah filem yang mempunyai sisi komedi yang kuat meskipun berdepan subjek yang berat. Afdlin mengekalkan ‘ciri-ciri lazimnya’ menerusi style skrip yang bersahaja, mengimbangi antara drama dan humor. Afdlin menjadikan filem ini seperti satu kursus perkahwinan apabila babak pembukaan, penutup dan beberapa babak di pertengahan menampilkan seorang ustaz yang sedang berceramah tentang hukum-hakam berumah tangga. Kerana sifat novel yang tebal, Afdlin meletakkan beberapa adegan imbas kembali untuk menceritakan latar belakang dan sejarah watak-watak penting. Afdlin tahu cara yang sesuai untuk menyusun perjalanan cerita agar setiap plot dirungkai dengan jelas dan penonton tidak akan tertanya-tanya. Filem ini bermula dengan satu keterujaan. Penonton seronok menyaksikan bagaimana Affin dan Ujie bertarung ‘melawan’ ketentuan akibat berpegang pada janji serta bagaimana mereka saling mengelak untuk disentuh pasangan masing-masing dan saling membalas mesej di telefon secara sembunyi. Menginjak ke pertengahan, saya merasakan momentum keseronokan itu mula berkurangan kerana isi yang mendatar. Peristiwa ‘hari kedua’ dirasakan terlalu panjang, ‘ditarik’ semata-mata untuk memenuhi masa. Ketika ini, penonton sudah dapat menangkap idea yang ingin disampaikan dan apa yang ingin diketahui seterusnya ialah jadi atau tidak Affin dan Ujie bercerai dengan pasangan masing-masing. Afdlin cuba memenuhi ruang di tengah-tengah dengan komedi tetapi dirasakan sedikit draggy. Begitupun, graf cerita kembali memuncak menjelang ke penghujung. Affin berdepan tekanan apabila mengetahui rahsia ibunya, tentang Ujie yang berubah fikiran, juga kesilapan Affin apabila menjatuhkan talak tiga terhadap isterinya. Keserasian di antara Vanidah dan Afdlin sebagai suami isteri pernah disaksikan menerusi filem Sepi (2008) arahan Kabir Bhatia. Mempunyai julat emosi tinggi rendah yang sama, keberkesanan lakonan terhasil secara semulajadi. Sebaliknya berlaku pada lakonan Rashidi dan Ayu Raudhah yang dirasakan agak terasing. Saya tidak pasti sama ada ia disengajakan kerana tuntutan karakter atau pasangan pelakon yang tersalah padanan. Menyentuh tentang pemilihan pelakon, saya tidak mahu menidakkan bakat Zizan Nin dan Dira Abu Bakar. Umum tahu mereka berkebolehan. Cuma saya merasakan Zizan terlalu berusia untuk melunaskan watak Affin semasa remaja. Begitu juga dengan Dira yang dilihat matang untuk karakter gadis 17 tahun. Di sebalik kelemahan-kelemahan kecil itu, Untuk Tiga Hari masih mempunyai weight dan kejituan sebagai sebuah filem. Ulasan saya, perkara cerai tak boleh dimain-main. Bila Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegurnya maka Vanida dan Rashidi kena rujuk ke pejabat agama sama ada mereka ada lafaz cerai dalam filem itu. Ini bermakna pengarah filem jahil tentang hukum-hakam. Sebelum buat filem perkara ini hendaklah dirujuk kepada pakar agama supaya filem ini tidak menimbulkan kontroversi.
Biarpun menyelitkan beberapa elemen Hindustan dan Hollywood (contoh jenaka Affin yang mudah sakit pinggang, juga romantika suami Ujie yang tiba-tiba menyanyi secara acapella), filem ini masih sebuah drama serius yang mengajak penonton berfikir tentang takdir dan ketentuan.

Sabtu, September 22, 2012

DAH DAPAT UTAR, NAK KOLEJ UNIVERSITI TAR PULAK

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dan menyokong cadangan agar Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) dinaik taraf menjadi kolej universiti. Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan kerajaan akan terus menyalurkan peruntukan kewangan kepada KTAR walaupun setelah institusi itu dinaik taraf sebagai kolej universiti. "Permohonan agar KTAR dinaik taraf kepada kolej universiti sudah dikemukakan kepada Kabinet dan saya yakin kolej ini mampu memenuhi semua syarat ditetapkan untuk mencapai status itu. "Ini kerana kolej ini adalah lambang kepada akses pendidikan berkualiti apabila seramai 160,000 Alumni KTAR kini muncul sebagai modal insan yang berperanan dalam menyumbang kepada kemajuan negara. "Bagi kerajaan, kita memberi jaminan akan meneruskan bantuan kepada KTAR walaupun sudah dinaik taraf kepada kolej universiti kelak," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Alumni KTAR, di sini malam ini. Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang juga Pengerusi Majlis KTAR dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha. Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan telah menyalurkan bantuan sebanyak RM766 juta kepada KTAR dan ia bukti Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan komited dalam usaha membangunkan bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan atau warna kulit. Katanya, kerajaan sedar untuk menjayakan hasrat muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, akses kepada pendidikan berkualiti perlu dipertingkatkan bagi melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kepada cita-cita tersebut. "Inilah yang kita lakukan sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu kerana melalui pendidikan berkualiti jugalah ia akan menyatukan bangsa Malaysia melalui gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan," katanya. Ulasan saya, dahulu kerajaan dah tunaikan permintaan MCA tubuhkan Universiti Tunku Abduyl Rahman (UIAR). Sekarang minta naik KTAR jadi kolejh universiti pulak> Apa ni MCA? Tak habis-habis tekan Najib. Najib yang takut dengan MCA tunaikan hasrat itu sedangkan orang Cina akan menolak terus MCA pada pilihanraya umum akan datang. Apa nak jadi Najib? Baru ini dah iktiraf semua diploma KTAR, ni nak naik taraf kolej universiti pula KTAR? Di mana suara Perkasa dalam soal ini?

Khamis, September 20, 2012

UMNO KUALA NERUS MAHU PENAMBAHBAIKAN?

Terkejut juga membaca laporan Sinar Harian semalam yang menyebut UMNO Bahagian Kuala Nerus tidak menolak kemungkinan untuk tidak mengekalkan senarai segelintir wakil rakyat sedia ada sebagai calon di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Lalu tertanya-tanyalah Ambe, siapa yang tak bagus dan kenapa kalau bagus perlu digugurkan. Apakah tiga ADUN berkenaan tidak boleh menang? Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri menyifatkan kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu berkhidmat dengan cukup baik. Ketika ini Kuala Nerus mempunyai wakil rakyat yang dikira berwibawa apalagi bahagian yang mempunyai dua Exco, selain Kemaman yang mempunyai Menteri Besar dan seorang Exco. Mereka ADUN Seberang Takir, YB Ahmad Razif Ab Rahman yang juga Exco Kerajaan Negeri, ADUN Teluk Pasu, YB Datuk Abdul Rahin Mohd Said, juga Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Tepoh, YB Mohd Ramli Nuh (gambar kanan) yang juga aktif dan banyak membantu parti selain DUN Bukit Tunggal yang merupakan satu-satunya kerusi yang kalah di kawasan itu. Tetapi? Menurut Nasir, UMNO Kuala Nerus mahukan ‘penambahbaikan’. Katanya, UMNO bahagian itu akan menampilkan calon terbaik untuk kepentingan parti bagi memastikan kerajaan BN di Terengganu terus dipertahankan pada pilihan raya akan datang. “Mereka yang berminat (menjadi calon) cukup ramai tetapi kita hanya ada lima kerusi untuk dipertandingkan di Parlimen Kuala Nerus. Kita akan tampil yang terbaik untuk kepentingan parti dan kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri, di Pejabat Parlimen Kuala Nerus. Bagaimanapun kata Nasir yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, gambaran individu tertentu yang difikirkan layak telah ada berdasarkan penilaian pihaknya terhadap prestasi sepanjang tempoh berkhidmat dengan parti, di samping mengambil kira umur dan kesihatan. “Dalam kepala saya mungkin sudah ada (senarai calon) dan saya akan hantar senarai tersebut apabila diminta berbuat demikian oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu,” katanya. Persoalannya kenapa Nasir bercakap begini? Cara Nasir ini sengaja mahu merosakkan UMNO. Mana boleh Ketua Bahagian pandai-pandai mahu tukar orang? Benarlah cakap-cakap mengatakan Nasir ini tidak pandai berpolitik tetapi bercita-cita besar. Dia dikatakan mahu menjadi Menteri Besar sebab itu asyik ganggu Razif di DUN Seberang Takir. Dengar cerita sudah tidak mahu jadi Ahli Parlimen tetapi mahu rebut kerusi Razif dan kerana itu mengatakan ADUN dalam Parlimen itu perlku diganti. Anehnya beliau membuat kenyataan pada ketika mengaku belum menyenaraikan nama calon secara rasmi tetapi tetap meneruskan proses penilaian sehingga kini untuk memastikan calon cadangan kelak boleh memenangkan parti. Nasir sendiri apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding mengatakan menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pucuk pimpinan parti sama ada dicalonkan atau tidak. “Walaupun saya sebagai ketua bahagian tetapi penapisan dan kata putus terserah kepada presiden parti dan mungkin Perdana Menteri juga sudah dapat senarai calon daripada agensi tertentu yang melihat dan menilai calon lain yang boleh memberi kemenangan kepada parti,” katanya. Nasir tidak sebut pun Mad Said boleh menentukan calon tetapi mengatakan Datuk Seri Mohd Najib Razak akan menentukannya. Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah Nasir ini jenis bernafsu besar kerana: 1. Bercita-cita tinggi mahu menjadi Menteri Besar dan tidak peduli nasib wakil rakyat lain khususnya Razif yang kini menjadi ADUN Seberang Takir; 2. Tidak menghormati Datuk Rahin, ADUN Teluk Padu yang juga Exco Kerajaan Negeri; dan 3. Tidak dapat menerima peranan dan sumbangan YB Ramli Nuh yang jelas begitu rapat dengan penduduk. Soalan kepada Nasir ialah apakah beliau berkuasa sangat menentukan calon? Juga apakah ketiga-tiga ADUN sekarang tidak ada rupa, keupayaan dan diri yang mampu membawa kemenangan kepada parti? Yang dibimbangi Nasir membuat kenyataan ini untuk melobi dan melayakkannya bertanding di Seberang Takir, konon akan dilantik menggantikan Mad Said. Bagaimana kalau kelak Nasir pula yang tidak terpilih? (dipetik dari facebvook marzuki muda)
Wallahualam....

JANGAN TUKAR KERAJAAN

Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa negara akan berdepan pelbagai masalah jika rakyat mengambil risiko dengan bereksperimen untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang. Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana pentadbiran pembangkang di beberapa buah negeri telah menampakkan pelbagai masalah, selain tiada kesepakatan di kalangan mereka, khususnya melibatkan pelaksanaan hukum hudud. Jelasnya, hal itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang menampakkan keseimbangan dalam pelbagai perkara. "Dahulu siapa yang nak lelong Putrajaya? Tetapi kini merekalah (pembangkang) berebut nak kuasai Putrajaya. Hubungan pembangkang bukanlah satu bentuk kerjasama. Mereka pun bertelagah dengan isu hudud. Karpal Singh (Pengerusi DAP) dan Nik Abdul Aziz Nik Mat (Musyidul Am Pas) saling bertelagah. "Pastinya, suasana Parlimen nanti akan penuh dengan perbalahan jika pembangkang mengambil alih negara ini. Ini sangat tidak baik untuk masa depan," katanya ketika menyampaikan ucaptama Forum Ketua Pegawai Eksekutif 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam
. Beliau berkata, justeru BN perlu menang pilihan raya umum akan datang dengan majoriti dua per tiga supaya fokus dapat diberikan kepada pelan pembangunan negara. Menurutnya, ini kerana kerajaan yang ada ketika ini tidak begitu kuat dan lebih memfokuskan kepada kesinambungan hidup parti untuk terus meraih sokongan rakyat. Jelasnya, ia menyebabkan perhatian kepada meningkatkan ekonomi, pembangunan industri dan perdagangan berkurangan. "BN masih boleh menang dan mentadbir negara tetapi ia tidak begitu kuat. Ini kerana pembangkang sudah menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan. BN boleh menang jika rasa benci itu dapat diatasi," jelasnya. Mengenai janji-janji pembangkang untuk meraih undi rakyat, tegasnya, ia bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan. "Janji hapuskan cukai dan tol akhirnya akan membebankan negara. Kerajaan perlu kutip cukai sebagai sumber pendapatan. Jika kerajaan tiada sumber pendapatan, ia tidak mampu berfungsi atau menaikkan gaji perkhidmatan awam yang akhirnya mengundang kepada gejala rasuah," tambahnya. Sementara itu, dalam sesi dialog, beliau yang diaju soalan tentang tarikh pilihan raya secara berseloroh berkata, ia mungkin diadakan pada November ini.

Rabu, September 19, 2012

NGEH BIADAB

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham disifatkan sebagai seorang yang biadab dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam apabila mempersoalkan hasrat Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan protes terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims, Jumaat ini. Malah Ketua pergerakan tersebut, Khairy Jamaluddin ketika dihubungi Utusan Malaysia turut menegaskan bahawa Ahli Parlimen Beruas itu menghina Islam apabila sengaja mempersoalkan kewajaran umat Islam membuang banyak masa dan tenaga untuk melakukan protes tersebut. Katanya, Koo Ham telah menunjukkan sikap sebenarnya terhadap Islam meskipun ia diungkap dalam bentuk pertanyaan, justeru Pas yang merupakan rakan sekutu DAP wajar menyatakan pendiriannya mengenai perkara itu. ''Junjungan besar Rasulullah SAW merupakan rasul dan nabi kepada umat Islam. Kedudukan dan makamnya terlalu tinggi kerana baginda merupakan pesuruh Allah SWT. Saya yakin Koo Ham tahu siapakah Rasulullah di kalangan kita semua," kata Khairy lagi.

Selasa, September 18, 2012

TEGANUKU MILIK SIAPA?

Saya tak pasti blog www.teganuku.blogspot.com milik siapa. Kalau tak silap milik Unit Komunikasi (Unikom) kepunyaan kerajaan negeri Terengganu. Tetapi kenapa ia juga memuatkan rencana Utusan Malaysia yang mengkritik MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said? Saya hairan dengan sikap editor blog itu? Kenapa ia kekalkan rencana itu sedangkan isinya mengkritik MB dengan adanya jawatan 'ketua menteri besar' yang diperkatakan oleh ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri. Oleh itu saya mencadangkan supaya rencana yang dipetik dari Utusan malaysia itu ditarik segera. Atau adakah ini kebebasan akhbar yang diamalkan oleh Ahmad Said yang membenarkan isi kandungan blog kerajaan negeri turut menyiarkan bahan yang mengkritiknya. Wallahuklam.

KITA MASIH AGUNGKAN PENJAJAH

Semua mata pasti tertumpu kepada kehadiran pasangan diraja Britain, Putera William dan pasangan Kate Middleton yang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.50 tengahari baru-baru ini di KLIA. Pasangan ini dalam rangka jelajah sembilan hari ke Asia Tenggara dan Malaysia menjadi destinasi kedua selepas Singapura. Mereka berdua menjadi wakil kepada nenda William, Ratu Elizabeth yang bakal menyambut Jubli Intan pemerintahannya yang ke-60 sebagai Ratu. Duke dan Duchess of Cambridge ini akan menghabiskan masa di bekas negara jajahan British ini selama 4 hari.Selain Kuala Lumpur, pasangan ini juga akan berlepas ke Sabah untuk melawat negeri di bawah bayu itu. Sebaik tiba, kedua mereka telah dibawa untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isteri, di Seri Perdana untuk makan tengahari bersama. Selepas itu mereka dijadual untuk melawat hospital yang menempatkan kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur dimana Kate akan menyampaikan ucapannya. Pada sebelah malamnya mereka akan dirai dengan jamuan makan malam Diraja bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara sebelum berlepas ke Sabah untuk melihat pusat pemuliharaan hutan di Lembah Danum yang popular dengan orang utan pada keesokan harinya. Dilaporkan kehadiran mereka ini telah mengundang kebanjiran lebih kurang 100 wartawan luar seperti United Kingdom, America, Australia, New Zealand, Jepun, Jerman, China, Perancis dan Indonesia yang berada di Malaysia untuk membuat liputan. Mereka dijadualkan akan berlepas ke Kepulauan Solomon pada Ahad untuk meneruskan siri jelajah mereka. Ulasan saya, menjelang sambutan Hari Malaysia yang bermakna kita bebas dari penjajahan Inggeris, kita masih mengagung-agung
kan penjajah dengan memberi liputan besar-besaran kepada cucu Queen Elizabeth di akhbar dan tv. Adakah Yang Dipertuan Agong kita melawat England media dan tv mereka beri liputan besar-besaran kepada Raja kita? Nampaknya kita masih lagi dijajah pemikiran kita walaupun kita sudah 55 tahun merdeka. Alangkah malunya kita.

Selasa, September 11, 2012

NASIR TAK WAJAR UNGKIT PERLANTIKAN MB

Ahli Parlimen Kuala Nerus Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang dikenali sebagai pemimpin yang matang dalam sepak terajang politik tidak wajar mengungkit isu perlantikan Menteri Besar lagi kerana isu lapuk itu telah dilupakan oleh semua rakyat Terengganu. Rakyat Terengganu mahu Menteri Besar sekarang terus menerajui kepimpinan negeri. BN Terengganu menjadi semakin hebat dan yakin mendapat sokongan padu daripada rakyat Terengganu dalam PRU ke-13 nanti. Dalam temubual dengan Utusan Malaysia yang disiarkan pada 6 September 2012, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus itu sepatutnya tidak melayan sikap segelintir individu yang kecewa atau berniat tidak baik kepada kepimpinan sekarang. Selaku peneraju kepimpinan UMNO di Kuala Nerus, tumpuan harus diberikan kepada memperkasakan sokongan rakyat di parlimen itu serta berusaha menyelesaikan masalah dalaman yang mungkin berbangkit dan mengembalikan DUN Bukit Tunggal kepada BN pada PRU ke-13 tidak lama lagi. Pengalaman pahit telah mengajar kita dimana isu berkaitan tuduhan kepada seorang pegawai kerajaan negeri yang difitnah dalam isu SMS yang juga melibatkan beberapa ADUN BN di Terengganu dan akhirnya terbukti pegawai kerajaan berkenaan didapati tidak bersalah, manakala orang yang memfitnah itu telah dijatuhi hukuman penjara setahun. Kita percaya, Dato’ Nasir tidak beranggapan kepimpinan Terengganu sekarang perlu diubah sebagaimana yang berlaku sebelum ini. Kita amat yakin, Dato’ Nasir diambil kesempatan dan dipengaruhi oleh segelintir oleh pegawai kerajaan yang kecewa dengan kehebatan kepimpinan Dato’ Seri Menteri Besar sekarang. Adakah isu SMS tersebut akan berulang kembali? Harapan agar Dato’ Nasir menyemak semula artikel bertajuk Terengganu boleh menang, asalkan… dalam Utusan Malaysia dan membuat kenyataan untuk membetulkannya, melainkan beliau sanggup dipergunakan oleh pegawai kerajaan terbabit ataupun beliau sendiri berniat mahu mengganti kepimpinan negeri yang telah diterima oleh rakyat. Biarlah pentadbiran kerajaan negeri dan politik ada sempadan tertentu supaya masing-masing dapat memberikan tumpuan terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Kita yakin Dato’ Nasir boleh memainkan peranan yang lebih hebat untuk memberi sokongan kepada Menteri Besar dan seterusnya mengukuhkan sokongan pengundi kepada BN di Terengganu khususnya di Parlimen Kuala Nerus. Alangkah malang sekiranya Dato’ Nasir dijadikan kambing hitam oleh pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab, yang tidak mahu melihat hubungan baik beliau dengan Menteri Besar, dan jika ia berlaku tiada pihak yang akan untung kecuali mereka yang berniat jahat seperti kata pepatah “kalah jadi abu, menang jadi arang”. Renunglah dengan mata hati yang ikhlas demi maruah diri dan masa depan rakyat Terengganu. http://dgp-dapgantipas.blogspot.com

Ahad, September 09, 2012

UTUSAN MALAYSIA ADA AGENDA?

Apabila Utusan Malaysia menyiarkan rencana mengenai ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri minggu lepas, semua orang terkejut kerana Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus itu berani bersuara. Beliau mengungkitkan rasa tidak puas hati pegawai kerajaan (TCS) kerana ada yang lebih berkuasa daripada SUK, Datuk Mazlan Ngah. Malah beliau juga mengungkitkan istilah Ketua Menteri Besar yang seolah-olah menyatakan MB sekarang, Datuk Seri Ahmad Said tidak ada kuasa. Benarkah apa yang dinyatakan Nasir? Katanya, jika perkara ini dapat diselesaikan BN akan menang di Terengganu.Sejauh mana kenyataan Nasir ini benar? sama-samalah kita tunggu. Nasir adalah pilihan Sultan Mizan untuk jadi MB selepas Datuk Seri Idris Jusoh. Apabila PM ketika itu, Pak Lah menghadap Sultan Mizan yang ketika itu Yang Dipertuan Agong, Baginda telah melahirkan hasrat untuk menggantikan Idris dengan Nasie selepas pilihanraya umum 2008. Pak Lah menyampaikan hasrat Sultan Mizan kepada Idris. Apabila Idris mengetahui kedudukannya tidak selamat, maka Idris menukarkan Nasir bertanding di parlimen Kuala Nerus dengan harapan Nasir bukanlah calon MB. Idris cantas semua ketua bahagian.Terengganu ada lapan bahagian sahaja. Idris mengekalkan dirinya bertanding di DUN Jerteh. Datuk Mohd Jidin ditukarkan ke parlimen Setiu. Nasir ditukarkan ke parlimen Kuala Nerus. Datuk Wan Farid yang ketika itu Setiausaha Politik PM tidak dijadikan calon parlimen atau DUN.Datuk Tengku Putera digugurkan di parlimen Hulu Terengganu. Datuk Rahman Bakar digugurkan di parlimen Marang. Datuk Rosli Hassan digugurkan di parlimen Dungun dan Ahmad Said turut digugurkan di DUN Kijal tetapi di saat akhir beliau sempat menemui Pak Lah. oleh kerana ramai ketua bahagian menjadi mangsa cantas Idris, semua ketua bahagian menghapa Sultan Mizan tidak mahu Idris dikekalkan menjadi MB. Maka Sultan Mizan tiada pilihan melantik Ahmad said sebagai MB kerana beliau adalah ADUN paling senior (sejak tahun 1990) dan Ketua Bahagian. Maka rezeki Ahmad Said jadi Mb dan bukan Nasir yang jadi Mb selepas Idris. Apa motif Utusan Malaysia menyiarkan rencana ini? Adakah Utusan mahu menonjolkan Nasir sebagai MB baru? Kononnya Nasir mahu bertanding di DUN Seberang Takir di tempat Exco kanan sekarang, Datuk Razif Abdul Rahman. DUN Bukit Tunggal yang pernah diwakilinya pada tahun 2004 tidak selamat buat Nasir. Pada tahun 2008, PAS berjaya merampas kerusi yang ditinggalkan Nasir itu. Apa nak jadi dengan Terengganu kalau asyik bertukar MB? Idris sepenggal, Ahmad said sepenggal kalau Nasir dilantik MB baru selepas pilihanraya umum akan datang. Tidak ada kesinambungan pembangunan yang telah diasas Ahmad said sekarang jika berlaku pertukaran MB. Oleh itu apa salahnya kekalkan Ahmad Said sebagai MB untuk penggal kedua. Biarlah beliau menjadi MB selama dua penggal. Selepas itu bolehlah lantik orang lain. Apa dosa Ahmad said sehingga ramai orang umno sendiri tidak suka kepadanya? Di sana sini orang mengutuknya seolah-olah Ahmad said salah urus negeri Terengganu. Orang Umno sendiri yang tidak mahu lihat BN menang di Terengganu. Kata mereka, jika BN menang, Ahmad Said kekal MB. Mereka kata lebih baik beri PAS menang supaya Ahmad Said tidak kekal jadi Mb. Inilah yang merosakkan UMNo bila orang Umno sendiri sanggup mengundi PAS kerana hasad dengki semata-mata.

SEMUDAH ITU MOHON MAAF

Selepas 15 jam dalam tahanan polis, gadis yang ditahan kerana memijak gambar perdana menteri memohon maaf secara terbuka. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, Ong Sing Yee, 19, menegaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghasut. Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, yang diterjemahkan peguamnya, Ong berkata beliau menghadiri perhimpunan Janji Bersih kerana perasaan ingin tahu dan terikut-ikut dengan peserta lain yang bertindak demikian. "Dia (Ong) memohon maaf dan menegaskan itu bukan hasratnya. Dia tidak berniat menghasut," kata peguam Eric Tan.

Ahad, September 02, 2012

AMANAH JANGKA AHLINYA BERTAMBAH

Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) menjangkakan keahlian anggotanya di negeri ini bakal bertambah dengan kehadiran Presidennya, Tengku Razaleigh Hamzah ke Kemaman tidak lama lagi, bagi menarik lebih ramai ahli untuk menyertai badan bukan kerajaan itu. Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, setakat ini Amanah Terengganu sudah memiliki seramai 300 ahli biarpun baru sahaja dilancarkan di negeri ini pada bulan lalu. Menurut Raja Kamarul Bahrin, keahlian Amanah tidak terhad dan terbuka kepada setiap lapisan masyarakat kerana objektif utamanya adalah untuk melihat setiap rakyat terutama generasi muda menghayati konsep amanah yang merupakan suatu nilai universal. “Sebagai NGO yang cintakan negara, misi kita adalah untuk menghidupkan semula legasi, janji dan cita-cita Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra dan pengasas negara, supaya semua rakyat Malaysia dapat hidup bersama sebagai anggota masyarakat kebangsaan yang benar-benar adil, saksama, maju, bersatu, sejahtera dan gembira. “Misi kita juga untuk memastikan institusi negara menghormati dan menjunjung peraturan undang-undang, prinsip demokrasi, dan hak-hak universal selain bagi membantu kerajaan dan pihak pentadbiran agar telus dan bertanggungjawab, benar-benar layak dan cekap, bebas dari rasuah dan amalan kronisme, bersih dan jujur serta saksama dan boleh dipercayai. “Kita mahu menyemarakkan rasa kebersamaan dan semangat kekeluargaan yang mendalam dalam kalangan rakyat sepertimana ketika sama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan Amanah yang dihadiri lebih 3,000 tetamu dan diadakan di T Top Kopitiam, Jalan Jakar, dekat sini, kelmarin. Turut hadir memeriahkan majlis, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita Umno Bahagian Kemaman, Senator Rohani Abdullah; Ketua Puteri Umno Bahagian Kemaman, Asfalinda Anuar dan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat. Amanah dilancarkan oleh Tengku Razaleigh di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur pada 22 Julai tahun lalu dan dengan pelancaran itu suatu suara baru, suara solidariti dan perpaduan dilahirkan. Mengulas mengenai kehadiran tetamu yang melebihi sasaran, Raja Kamarul Bahrin menyifatkan ia sebagai kejayaan yang membanggakan apatah lagi program berkenaan adalah pertama diadakan di daerah ini seterusnya mengeratkan hubungan ahli Amanah (dipetik dari SINAR HARIAN, 1 September 2012)
dengan segenap lapisan masyarakat.