Memaparkan catatan dengan label bila. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bila. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 25, 2016

BILA LAGI MKT NAK PECAT AHMAD SAID?

Pemecatan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin  daripada Umno semalam bersama bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kerana melakukan pelanggaran disiplin tidak mengejutkan.

Malah dalam mesyuarat MKT bulan lepas, ramai yang sudah menjangka pemecatan itu tetapi ia ditangguh kerana PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Semalam Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keahliannya sehingga Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

Keputusan itu dibuat oleh anggota MT secara sebulat suara pada mesyuarat semalam, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di PWTC semalam.


Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan daripada Kabinet pada Julai 2015 manakala Muhkriz melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pada Februari lepas.

Ketiga-tiga mereka lantang mengkritik dan mempersoal kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dalam isu dana politik RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Yang menjadi persoalan, kenapa MKT tidak pecat ADUN Kijal, Ahmad Said dari Umno yang membawa usul tidak percaya kepada MB, Ahmad Razif Abdul Rahman dalam sidang Dewan Undangan Negeri tiga bulan lepas.

Sepatutnya MKT bertindak tegas kepada bekas MB Terengganu itu kerana belum pernah berlaku seorang ADUN BN sendiri mengemukakan usul tidak percaya kepada MB.

Tanpa tindakan tegas MKT ini, penyokong Ahmad Said mempersenda MKT yang mengatakan MKT pengecut kerana  tidak berani ambil tindakan terhadap Ketua Umno Bahagian Kemaman itu. Pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman pada tahun lepas, bahagian tersebut telah menjemput Muhyiddin untuk merasmikan persidangan tersebut.

Ahmad Said turut bersekongkol dengan Dr Mahathir Mohamad ketika bekas PM itu menghadiri majlis "Nothing To Hide" majlis penerangan mengenai 1MDB di PWTC pada tahun lepas.

Isnin, April 25, 2016

SAMPAI BILA NAK TUKAR MB?

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika diminta mengulas spekulasi itu meminta semua pihak bertenang dan tidak beremosi mengenai perkembangan terbaru di Terengganu.

Naib Presiden UMNO itu berkata perkara itu masih belum jelas, namun beliau yakin isu itu dapat diselesaikan.

"Sebagai mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Terengganu, ini bukan perkara yang tidak pernah kita lalui.

"Yang penting sekarang ialah untuk kita pastikan bahawa apa dia perkara yang boleh memecah-belahkan kita, kita kurangkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Latihan Khidmat Negara 2.0 di Esplanade, KLCC di sini semalam.

Hishammuddin berkata fokus terhadap isu itu kini adalah untuk memastikan kepentingan negeri dan badan perhubungan UMNO negeri melebihi daripada kepentingan individu.

Katanya, jika kepentingan negeri dan parti diletakkan mengatasi kepentingan individu seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, perkembangan di Terengganu kali ini bulanlah satu perkara yang membimbangkan.

Ulasan saya, jika benar berlaku apa yang diviralkan di media sosial, maka ia amat menyedihkan kerana masalah istana dengan MB dari dahulu sampai sekarang masih belum selesai.

Kita lihat sudah ramai MB menjadi mangsa istana seperti Datuk Nik Hassan Abdul Rahman (Terengganu), Datuk Rahim Bakar (Pahang), Datuk Seri Idris Jusoh (Terengganu), Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis) dan Tan Sri Ghazali Jawi (Perak). Jika Razif menjadi mangsa seterusnya maka ia amat malang bagi Terengganu yang asyik bertukar MB.

Malah pertukaran Idris pada tahun 2008 dahulu pun kerana tidak diperkenan istana. Istana memilih Datuk Seri Ahmad Said tetapi PM pula tidak berkenan maka diganti denganRazif. Sampai bila  MB Terengganu asyik nak bertukar kerana sehingga PRU akan datang Terengganu mencatat sejarah mempunyai  tiga orang MB.

Melantik MB adalah hak Sultan. Maka pilihlah yang terbaik dan janganlah kerana kesalahan kecil terus ditukar MB itu. Jika tidak rakyat tidak  akan  menghormati lagi institusi beraja.

Rabu, Januari 27, 2016

BILA MINDA SUDAH TERTUTUP

Semalam berita paling hangat ialah sidang akhbar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa PM, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang jenayah dalam isu derma RM2.6 billion dan isu  pinjaman SRC International anak syarikat 1MDB dengan KWAP.

Maka kes yang menjadi isu paling hangat pada tahun lepas ditutup. Beliau berpuas hati dengan hasil siasatan SPRM yang menunjukkan bahawa derma RM2.6 billion itu bukannya ada unsur suapan dari keluarga diraja Arab Saudi.

Selama ini PM berdiam diri kerana ia masih dalam siasatan tetapi bila PM disahkan bersih oleh Peguam Negara maka ramai yang tidak puas hati. bekas menteri, Zaid Ibrahim menggesa SPRM menutup kedai keranabeliau  tidak boleh menerima penjelasan Peguam Negara.

Ini yang susahnya bila minda sudah tertutup. Walaupun tidak ada bukti untuk mendakwa PM ke mahkamah, tetapi mereka menuduh Peguam Negara berat sebelah. Bukannya senang mendakwa kes rasuah di mahkamah. Lihat sudah banyak SPRM kalahdi mahkamah  seperti kes Kasitah Gadam, Ramli Yusof kerana tidak cukup bukti. Justru itu beradasrkan keterangan saksi maka Peguam Negara menutup kes ini. Takkan Zaid Ibrahim sebagai seorang peguam yang terkenal tidak faham prosedur ini.

Yang lebih mengejutkan apabila pada tahun 2013 Najib sudah pulangkan derma itu sebanyak RM2,03 billion kepada penderma kerana tidak ada keperluan lagi untuk menggunakan wang derma tersebut. Ini menunjukkan PM berhati mulia terima derma dari Arab Saudi tetapi pulangkannya apabila tidak memerlukan lagi derma itu.

Peguam Negara menjelaskan bukan RM2.6 billion yang diterima Najib tetapi RM2.08 billion tetapi Najib sudah pulangkan sebanyak RM2.03 billion. Ini bermakna PM menggunakan sebanyak RM50 juta wang derma insan budiman tersebut.

Semua parti komponen BN menerima derma tersebut dan semua ketua bahagian menerimanya tetapi tidak disahkan oleh mereka seperti kata Zaharin Mohd Yasin, seorang aktivis Umno kerana wang itu disapu oleh ketua bahagian dan tidak sampai ke bahagian. Hanya Zaharin seorang yang mengaku menerima wang tersebut sebagai Setiausaha Kerja BN Bandar Tun Razak yang pernah menunjukkan cek Ambank ditandatangani Najib kepada saya.

TPM, Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat Malaysia tidak mengungkit lagi isu tersebut kerana sepanjang tahun lepas isu itu banyak menghabiskan masa. Tetapi pembangkang tidak puas hati. mereka berkata jika Gani Patail masih Peguam Negara, mungkin kenyataan Peguam Negara berlainan.

Biarlah mereka nak kata apa, yang penting Najib kena kerja keras untuk rakyat Malaysia untuk pastikan BN menang dalam PRU akan datang. Minda mereka sudah tertutup. Mereka tidak akan bersikap terbuka kerana bila keputusan mahkmah menyebelahi mereka, baru mereka kata mahkamah adil tetapi apabila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, mereka kata hakim sudah dibeli. Oleh itu pedulikanlah pandangan mereka.




Ahad, September 30, 2012

BILA PENGARAH FILEM JAHIL

UNTUK Tiga Hari menjadi filem kesebelas arahan Afdlin Shauki yang ditayangkan di pawagam. Kali terakhir ialah filem komedi kerjasama Thailand, Berani Punya Budak pada April lalu. Lazimnya kita dipertontonkan dengan filem-filem ilham Afdlin sendiri, antaranya Buli (2004), Papadom (2009) dan Misteri Jalan Lama (2011). Namun kali ini dia menggalas cabaran yang berbeza apabila mengerjakan naskhah adaptasi novel popular. Astro Shaw dan Tarantella Pictures sekali lagi merintis penghasilan filem-filem dari novel selepas Legenda Budak Setan (2010) tulisan asal Ahadiat Akashah dan Ombak Rindu (2011) nukilan Fauziah Ashari. Untuk Tiga Hari adalah sebuah lagi karya Ahadiat tetapi Afdlin bertindak sebagai penulis lakon layar untuk menyesuaikannya dengan bahasa filem dan durasi dua jam. Justeru, nuansa sentimental dan tragikal seperti dalam novel barangkali berubah apabila diambil alih oleh Afdlin. Affin dan Ujie yang sudah bercinta selama 15 tahun terpaksa berkahwin dengan jodoh pilihan keluarga masing-masing. Lebih-lebih lagi bagi Affin yang mana hidupnya ditentukan ibu sejak kecil. Demi memuaskan hati keluarga, Affin memutuskan agar mengikut apa saja yang dirancang tetapi dengan syarat. Mereka harus bercerai dengan pasangan masing-masing selepas tiga hari bernikah. Affin yakin dapat mengahwini Ujie selepas itu kerana sekurang-kurangnya telah menunaikan hasrat ibu. Menolak kontroversi yang sedang tercetus (pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran diminta rujuk status perkahwinan kerana dialog dalam filem ini), saya berasakan Untuk Tiga Hari mempunyai premis yang menarik. Manusia cuba mempermain-mainkan jodoh milik Tuhan dan menerima implikasinya. Saya tidak berkesempatan membaca novelnya tetapi di tangan Afdlin, Untuk Tiga Hari menjadi sebuah filem yang mempunyai sisi komedi yang kuat meskipun berdepan subjek yang berat. Afdlin mengekalkan ‘ciri-ciri lazimnya’ menerusi style skrip yang bersahaja, mengimbangi antara drama dan humor. Afdlin menjadikan filem ini seperti satu kursus perkahwinan apabila babak pembukaan, penutup dan beberapa babak di pertengahan menampilkan seorang ustaz yang sedang berceramah tentang hukum-hakam berumah tangga. Kerana sifat novel yang tebal, Afdlin meletakkan beberapa adegan imbas kembali untuk menceritakan latar belakang dan sejarah watak-watak penting. Afdlin tahu cara yang sesuai untuk menyusun perjalanan cerita agar setiap plot dirungkai dengan jelas dan penonton tidak akan tertanya-tanya. Filem ini bermula dengan satu keterujaan. Penonton seronok menyaksikan bagaimana Affin dan Ujie bertarung ‘melawan’ ketentuan akibat berpegang pada janji serta bagaimana mereka saling mengelak untuk disentuh pasangan masing-masing dan saling membalas mesej di telefon secara sembunyi. Menginjak ke pertengahan, saya merasakan momentum keseronokan itu mula berkurangan kerana isi yang mendatar. Peristiwa ‘hari kedua’ dirasakan terlalu panjang, ‘ditarik’ semata-mata untuk memenuhi masa. Ketika ini, penonton sudah dapat menangkap idea yang ingin disampaikan dan apa yang ingin diketahui seterusnya ialah jadi atau tidak Affin dan Ujie bercerai dengan pasangan masing-masing. Afdlin cuba memenuhi ruang di tengah-tengah dengan komedi tetapi dirasakan sedikit draggy. Begitupun, graf cerita kembali memuncak menjelang ke penghujung. Affin berdepan tekanan apabila mengetahui rahsia ibunya, tentang Ujie yang berubah fikiran, juga kesilapan Affin apabila menjatuhkan talak tiga terhadap isterinya. Keserasian di antara Vanidah dan Afdlin sebagai suami isteri pernah disaksikan menerusi filem Sepi (2008) arahan Kabir Bhatia. Mempunyai julat emosi tinggi rendah yang sama, keberkesanan lakonan terhasil secara semulajadi. Sebaliknya berlaku pada lakonan Rashidi dan Ayu Raudhah yang dirasakan agak terasing. Saya tidak pasti sama ada ia disengajakan kerana tuntutan karakter atau pasangan pelakon yang tersalah padanan. Menyentuh tentang pemilihan pelakon, saya tidak mahu menidakkan bakat Zizan Nin dan Dira Abu Bakar. Umum tahu mereka berkebolehan. Cuma saya merasakan Zizan terlalu berusia untuk melunaskan watak Affin semasa remaja. Begitu juga dengan Dira yang dilihat matang untuk karakter gadis 17 tahun. Di sebalik kelemahan-kelemahan kecil itu, Untuk Tiga Hari masih mempunyai weight dan kejituan sebagai sebuah filem. Ulasan saya, perkara cerai tak boleh dimain-main. Bila Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegurnya maka Vanida dan Rashidi kena rujuk ke pejabat agama sama ada mereka ada lafaz cerai dalam filem itu. Ini bermakna pengarah filem jahil tentang hukum-hakam. Sebelum buat filem perkara ini hendaklah dirujuk kepada pakar agama supaya filem ini tidak menimbulkan kontroversi.
Biarpun menyelitkan beberapa elemen Hindustan dan Hollywood (contoh jenaka Affin yang mudah sakit pinggang, juga romantika suami Ujie yang tiba-tiba menyanyi secara acapella), filem ini masih sebuah drama serius yang mengajak penonton berfikir tentang takdir dan ketentuan.

Jumaat, Julai 16, 2010

BILA MESEJ TAK SAMPAI KE PM


Hari ini kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak lima sen sebagai menyelaraskan subsidi yang kononnya dapat menjimatkan sebanyak RM750 juta setahun.
Langkah ini walaupun tidak membebankan rakyat tetapi menimbulkan kemarahan rakyat kerana harga minyak dan harga gula tidak dapat dielakkan naik.

Pada hemat saya, langkah ini tidak wajar sedangkan ada proposal yang pernah dihantar kepada MOF dan EPU pada tahun 2007 yang mana melalui sistem mengurus subsidi ini harga minyak tidak perlu dinaikkan dan malah melalui sistem ini ia dapat minjimatkan lebih RM1 bilion setahun lebih banyak dari yang dibuat oleh Datuk Seri Idris Jala.

Usaha untuk menyampaikan mesej ini ke telinga PM,Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menjadi kenyataan. Masalahnya ia hanya sampai ke setiausaha politiknya ketika beliau menjadi TPM tetapi setiausaha politiknya tidak begitu berminat mendengar.

Pelbagai pihak yang berjanji kononnya rapat dengan PM cuba membantu pencipta sistem ini untuk membentangkan proposal kepada PM, tetapi janji tinggal janji kerana tidak ada yang berjaya menyampaikan mesej ini kepada PM.

Malah ada juga usaha untuk mendekati isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor juga tidak berjaya. Kumpulan ini cuba membuat temujanji dengan setiausaha politik PM sampai sekarang tidak pernah menerima panggilan dari pejabat SUP. Oleh itu mesej ini tidak pernah sampai ke PM.

Saya yakin jika PM mendengar proposal ini yang mana kerajaan tidak perlu menaikkan harga minyak, malah harga minyak boleh diturunkan di bawah harga pasaran, sudah tentu BN akan menang besar dalam pilihanraya umum akan datang. Malah formula ini pernah dibawa ke bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan harapan BN akan menang dalam pilihanraya umum 2008 bila melaksanakan sistem ini tetapi mesej itu juga hanya sampai ke telinga Datuk Othman Desa sahaja.

Oleh itu amatlah malang bagi kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak sedangkan melalui proposal ini kerajaan tidak perlu menaikkan harga minyak.Oleh itu siapa yang tidak cerdik? Malah proposal ini turut diberi tangan kepada Idris Jala pada hari pelancaran Hari terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi tetapi Idris Jala tidak pernah panggil untuk membuat pembentangan.Jadi siapakah yang tidak cerdik di sini? Kalau Idris Jala cerdik, dia tidak akan jual bangunan MAS untuk mengatasi masalah kerugian MAS.