Naib Presiden UMNO itu berkata perkara itu masih belum jelas, namun beliau yakin isu itu dapat diselesaikan.
"Sebagai mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Terengganu, ini bukan perkara yang tidak pernah kita lalui.
"Yang penting sekarang ialah untuk kita pastikan bahawa apa dia perkara yang boleh memecah-belahkan kita, kita kurangkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Latihan Khidmat Negara 2.0 di Esplanade, KLCC di sini semalam.
Hishammuddin berkata fokus terhadap isu itu kini adalah untuk memastikan kepentingan negeri dan badan perhubungan UMNO negeri melebihi daripada kepentingan individu.
Katanya, jika kepentingan negeri dan parti diletakkan mengatasi kepentingan individu seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, perkembangan di Terengganu kali ini bulanlah satu perkara yang membimbangkan.
Ulasan saya, jika benar berlaku apa yang diviralkan di media sosial, maka ia amat menyedihkan kerana masalah istana dengan MB dari dahulu sampai sekarang masih belum selesai.
Kita lihat sudah ramai MB menjadi mangsa istana seperti Datuk Nik Hassan Abdul Rahman (Terengganu), Datuk Rahim Bakar (Pahang), Datuk Seri Idris Jusoh (Terengganu), Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis) dan Tan Sri Ghazali Jawi (Perak). Jika Razif menjadi mangsa seterusnya maka ia amat malang bagi Terengganu yang asyik bertukar MB.
Malah pertukaran Idris pada tahun 2008 dahulu pun kerana tidak diperkenan istana. Istana memilih Datuk Seri Ahmad Said tetapi PM pula tidak berkenan maka diganti denganRazif. Sampai bila MB Terengganu asyik nak bertukar kerana sehingga PRU akan datang Terengganu mencatat sejarah mempunyai tiga orang MB.