Selasa, September 20, 2011
SIAPA GUNTING DALAM LIPATAN?
Semua pemimpin politik sama ada dari Barisan Nasional (BN) atau pun pembangkang diingatkan agar tidak menentang dalam senyap atau menjadi gunting dalam lipatan berhubung pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua pemimpin politik sepatutnya memberi sokongan kepada Najib dalam merealisasikan perjuangan membawa perubahan kepada negara kerana pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dalam jangka masa panjang.
"Saya yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri dan barisan kepimpinan di bawahnya berfikir secara mendalam dan rasional sebelum mengumumkan pemansuhan ISA dan Enakmen Darurat. Saya juga yakin beliau akan melakukan apa yang dijanjikan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan balas selepas dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan (Pembangunan Modal Insan) sempena Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.
Dalam ucapannya lagi, Abdullah berkata, semasa mengetuai kerajaan, beliau telah menjayakan tiga perundangan yang memberi perubahan kepada undang-undang berkaitan dengan pencegahan rasuah, pelantikan hakim dan integriri agensi penguat kuasa.
Beliau mengakui, mendapat tentangan bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam kerana ada golongan 'hardliners' yang ingin mengekalkan sistem lama yang masih ingin menguasai aliran maklumat serta menggunakan akta-akta dan enakmen untuk membisukan rakyat.
Ulasan saya, saya rasa nak tergelak baca komen Pak Lah yang meminta supaya tidak ada pemimpin BN yang jadi gunting dalam lipatan berhubung dengan isu pemansuhan ISA.
Kenapa perlu ada double standard? Kenapa dalam isu Bersih beliau tidak bersuara? Sebenarnya Pak Lahlah yang menjadi gunting dalam lipatan kerana mengatur temujanji Ambiga dengan Yang Dipertuan Agong.
Najib tak lupa apa yang Pak Lah buat. Ambiga yang mengetuai pertubuhan haram dapat layanan istimewa dapat menghadap Yang Dipertuan Agong kerana campurtangan Pak Lah? Jadi siapa yang menjadi gunting dalam lipatan yang sebenar?
Oleh itu sebelum menuduh orang lain, cerminlah diri sendiri terlebih dahulu.