Selasa, September 20, 2011
LEBIH BAIK SHAMSUL BUAT FILEM KIYAI SALLEH
Pengarah muda, Shamsul Yusof bercadang memilemkan semula Peristiwa Bukit Kepong yang telah diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin pada tahun 1980 dahulu. Pada hemat saya daripada buat remake Peristiwa Bukit Kepong, lebih baik beliau buat filem Kitai Salleh.
Panglima Kiyai Salleh amat terkenal di Batu Pahat pada tahun 50an menentang Bintang Tiga termasuk Mat Indera. Kisah perjuangan Kiyai Salleh telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lama dahulu.
Shamsul boleh merujuk dengan DBP untuk mendapatkan buku Kiyai Salleh itu. Moyang saya, Cikgu Haji Yusof (meninggal dunia pada tahun 1974) pernah merantau ke Batu Pahat dan pernah bersilat dengan Kiyai Salleh. Mereka berdua sama-sama hebat dalam ilmu persilatan.Cikgu Haji Yusof ketika tinggal di Batu Pahat pernah menikahi orang Batu Pahat. Pada tahun 1980, cucunya yang bekerja sebagai polis telah ditukarkan ke Kemaman. Ketika itulah kami menemui cucunya yang berasal dari Batu Pahat.
Oleh kerana ancaman Bintang Tiga menakutkan orang Melayu, maka ilmu kebatinan Kiyai Salleh membantu mereka untuk menentang pengganas komunis.
Jins Shamsuddin sudah terkenal dengan filem Peristiwa Bukit Kepong, maka saya kira sewajarlah Shamsul Yusof memilemkan kisah perjuangan Kiyai Salleh. Penulis buku tersebut boleh dihubungi untuk menulis skrip dan diolah semula supaya nilai komersial diselitkan dalam filem tersebut.