Rabu, September 21, 2011
BERITAHU DARI AWAL KALAU TAK DICALONKAN
Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang tidak dicalonkan semula dalam pilihan raya umum akan datang diminta menerima perkara itu dengan hari terbuka demi masa depan parti, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Menteri Besar Perak itu berkata mereka mesti menghormati ketetapan yang dibuat pucuk pimpinan mengenai kriteria calon yang bertanding adalah yang disukai, boleh menang dan mendapat sokongan pengundi di kawasan itu.
"Saya minta mereka pandang semula ke belakang dan lihat bagaimana orang lain membantu mereka untuk menang sebelum ini dan janganlah ada sikap iri hati.
"Sebelum mereka menang dan menjadi wakil rakyat mereka ini disokong dan dibantu orang lain dan saya harap tidak berlaku perkara sabotaj," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Dr Zambry berkata semua bekas wakil rakyat perlu mengambil pendekatan itu dan bekerjasama membantu calon baru untuk menang pada pilihan raya.
"Kita mahu bekas calon dan calon baru saling bantu membantu demi masa depan parti...Kita sudah kenalpasti beberapa calon di peringkat kawasan dan ada beberapa tempat lain dari segi kesesuaian," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Zambry menolak kenyataan yang disebarkan pembangkang mendakwa pihaknya mempunyai masalah dalam pembahagian kerusi bagi pilihan raya akan datang.
Beliau berkata BN mempunyai formula tersendiri dan pembahagian kerusi adalah melalui musyawarah dan persetujuan semua parti komponen.
"Dalam konteks kita, BN mempunyai persefahaman dari soal kuota dan di mana tempat bertanding...," katanya.
Ulasan saya,calon yang digugurkan tak kesah kalau mereka hendak digugurkan tetapi biarlah mereka diberitahu dari awal supaya minda mereka dapat menerima perubahan mengejut ini.
Maklum sahaja dahulu jadi YB, tiba-tiba tak jadi YB sudah tentu pendapatan sudah tiada. Maka Pengerusi Perhubungan hendaklah maklumkan mereka dari awal supaya mereka dapat bersedia menerima berita pengguguran ini. Jangan dimaklumkan di saat-saat akhir. Itu yang menyebabkan ramai calon mengamuk, enggan bekerjasam dengan calon baru.
Saya masih ingat kata bekas ahli parlimen Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan. Dia tak marahi Datuk Seri Idris Jusoh gugurkan namanya sebagai calon. Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur untuk menyerahkan senarai calon kepada Pak Lah, Idris singgah di Dungun merasmikan program Gelombang Biru Peringkat Parlimen Dungun.
Menurut Pok Li, Idris beritahunya jangan bimbang you (Pok Li) tetapi dicalonkan bertanding kerusi parlimen Dungun.Pok Li lega mendengar jaminan Idris sebaliknya Idris mencadangkan nama Matludi untuk parlimen Dungun. Pok Li rasa dia ditipu oleh Idris.
Sehubungan dengan itu dari sekarang semua pengerusi perhubungan kena panggil mana-mana wakil rakyat yang tidak perform supaya beritahu mereka terus-terang bahawa nama mereka sudah tiada dalam senarai. Tetapi mereka jangan beritahu nama bakal calon kerana last minute nama calon boleh berubah.