Rabu, Jun 22, 2011
KENYATAAN PENUH DATUK IBRAHIM ALI
Saya menyambut baik kenyataan ahli parlimen Jelebu, Khairy jamaluddin yang menggesa pihak polis menyiasat saya di bawah Akta Hasutan dan pada masa yang sama saya rasa bangga dengan kecaman Lim Kit Siang.
Saya merasa sungguh hebat. Mereka bedua membuat kenyataan berdasarkan laporan berita dalam portal Malaysian Insider. Mereka tidak peduli semak apa kenyataan sebenar saya sewaktu sidang akhbar, yang penting ada peluang, mereka mahu belasah saya. Pada Lim Kit Siang tidak ada apa nak dihairankan. Saya ibarat dia lembu tua yang kalau direbus pun tidak lembut lagi. Kita tahu siapa Lim Kit Siang sejak Peristiwa 13 Mei 1969.
Manakala Malaysian Insider cari KJ untuk kecam saya sebab kita tahu hubungan Malaysian Insider dengan KJ. Anehnya Pemuda UMNO juga mahu berhimpun walaupun Pemuda MCA tidak sokong. Pemuda Gerakan dan MIC diam. Ketua Pemuda BN pada nama sahaja kerana tak dapat sambutan dari parti komponen BN untuk berhimpun pada 9 Julai. Kalau pemuda berhimpun tanpa permit, ini pun sudah melanggar undang-undang
Sanggup ke KJ turun arau gempar sahaja? Sekarang KJ sudah ambil tugas Ketua Polis Negara. Apa kata KJ arah polis siasat politik wang yang dia didakwa terlibat oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO dan peranannya dalam ECM Libra sebelum ini. Elok juga KJ disiasat sebab dalam tempoh yang begitu singkat, masa bapa mertua jadi PM, beliau sekelip mata jadi hartawan. Bila dia berniaga dan niaga apa? saya rasa nak siasatlah KJ ini atau elok mana-mana pelajar buat kajian tesis. Sungguh hebat KJ sehingga beliau mencadangkan Dialog Langkawi dihentikan. Sebabnya bukan tidak relevan tetapi sebab ia diasaskan oleh Tun Dr Mahathir.
Saya difahamkan KJ salah seorang peserta kapal MV Finch misi Freedom Flotilla ke Gaza. Saya merayu kepada KJ bila balik nanti dari misi Gaza, jangan pula dia buat kenyataan minta Israel siasat kapal Flotilla itu kerana mengancam keselamatan dunia.Mana tahu kalau Malaysian Insider minta komennya.
Saya tidak mengharapkan mana-mana ahli parlimen Melayu yang lain menyokong saya. Seorang saya pun, saya boleh berjuang. Terima kasih.