Isnin, Jun 20, 2011
BN SABAH KENA TUKAR CALON
BN Sabah masih mampu memerintah Sabah jika BN negeri itu membuat pertukaran calon di saat-saat akhir. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman perlu berani buat perubahan walaupun yang digugurkan sebagai calon itu adalah kawan-kawannya sendiri.
Ramai wakil rakyat BN khususnya UMNO terdairi dari orang lama seperti Datuk Hajiji, Datuk Yahya Husin, Datuk Karim Bujang, Datuk Sairin Karno. Oleh itu Musa perlu ganti mereka dengan orang-orang baru seperti Datuk Aliasgar Basri di Sulaman.
Walaupun PKR Sabah sudah melantik Datuk Karim Ghani sebagai Pengarah Strategik PKR tetapi PKR susah menumbangkan BN Sabah kerana PKR tiada tokoh yang kuat. Jangan samakan keadaan Berjaya menumbangkan USNO pada tahun 1976 kerana ketika itu rakyat sudah bosan dengan Tun Mustapha, maka mereka menyokong Tun Fuad Stephen menumbangkan USNO. Begitu juga jangan samakan Pairin Kitingan tumbangkan Berjaya pada tahun 1985.
Walaupun rakyat kini marah kepada BN tetapi tiada pemimpin yang kuat yang mengetuai PKR Sabah. Oleh itu BN tetap menang di Sabah dengan syarat tukar pemimpin lama.