Ahad, Jun 26, 2011

DAFI SELAMATKAN KUMPULAN SEPAH


Ketika Raja Lawak ketiga berlangsung dahulu, saya kurang mengikuti program tersebut. Maka perjalanan kumpulan Sepah saya kurang ikuti. Selepas Maharaja Lawak bersiaran, baru saya tertarik dengan kumpulan Sepah dengan sketsa yang menyentuh masyarakat setiap minggu.

Dari dahulu saya meramalkan Sepah akan menangi Maharaja Lawak tetapi ramai orang tidak percaya. Mereka yakin Jozan akan menang kerana berdasarkan undi popular setiap minggu.
Siapa sangka Jozan akan kalah kerana dari awal hingga akhir mereka mendapat undi yang tertinggi.


Tetapi di malam akhir penyokong Sepah mengejar undi Jozan dan akhirnya Sepah dinobatkan sebagai Maharaja Lawak yang pertama.Hal yang sama berlaku pada malam akhir Raja Lawk. Setiap minggu kumpulan Balas dapat undi yang tinggi tetapi penyokong Man berjaya mengejar undi Balas pada malam terakhir.

Seperti kata Mamat Khalid, sketsa Sepah setiap minggu menyentuh masyarakat seperti merewang, berkhatan dan sebagainya. Apek pula memberi markah penuh kepada persembahan pertama Sepah pada malam akhir kerana terbahak-bahak ketawa melihat telatah Mamat dan shuib mencuri di rumah Ustazah Bahiyah.

Kemunculan Dafi di malam akhir menyebabkan Sepah mendapat undi lebih kerana selama ini Shuib sentiasa meminati Dafi. Dafi sentiasa di bibir Shuib yang mengaku tak pernah jumpa Dafi sebelum ini. Jadi kemunculan Dafi di sketsa akhir Sepah menyebabkan penonton terkejut. Ini menyebabkan undi Sepah meningkat dan mengatasi undi Jozan.

Dari minggu pertama Maharaja Lawak lagi saya meminati Sepah. Saya yakin Sepah akan menang walaupun undi Jozan top setiap minggu kerana di malam akhir biasanya akan berlaku kejutan. Tahniah Sepah!