Khamis, Mac 31, 2011

MCA TERIMA, NGO CINA BANTAH INTERLOK


Yang peliknya presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek boleh terima novel Interlok, NGO Cina pula menolak Interlok sedangkan isu itu sudah selesai di kalangan masyarakat India.

Lepas satu, satu; novel kontroversi karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain Interlok hari ini diasak dengan isu pendatang dan ketuanan Melayu pula.

Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama-sama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.

NONE"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," kata Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean.

Dalam sidang media di pejabat KLSCAH di Kuala Lumpur tengah hari tadi, Cheng mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara.

Bagaimanapun, sebelum inipun NGO Cina pernah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu dalam media berbahasa Cina.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).

Cheng juga mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang didakwa sebagai "pembasuhan minda" dan mempromosi perkauman dan perpecahan.

"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," kata Cheng.



Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.

"Pendirian kami, kami hormat kebebasan bersuara untuk pengarangnya Abdullah Hussain dan kami tidak menentang buku ini dijual di kedai-kedai," kata Cheng yang juga timbalan ketua wanita bahagian wanita dewan itu.

NONE"Tetapi penyelesaiannya, Interlok tidak patut dijadikan buku teks di sekolah."

Ditanya tentang agenda ketuanan Melayu yang dimaksudkan memandangkan novel itu turut mengkritik bangsa itu, Uthayasoorian menjawab memang perkataan itu tidak disebut dalam Interlok.

Bagaimanapun, tambahnya, cerita tentang pendatang dalam buku itu menggambarkan idea itu.

Manakala Kishur pula mendakwa, walaupun terdapat kritikan pada orang Melayu, terdapat novel itu membawa mesej tersirat bahawa mereka mesti bangkit.

"Ini mesej ketuanan Melayu," katanya.

Sementara bagi Tang pula, karya yang ditulis untuk pertandingan sepuluh tahun merdeka lebih 40 tahun lalu itu cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu".

"Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia," tambahnya.

Selasa, Mac 29, 2011

RAFIZI RAMLI CALON PKR KEMAMAN?






Nampaknya pilihanraya umum semakin hampir. Ke mana sahaja kita pergi, orang ramai bercakap tentang pilihanraya umum. Ramai yang berpendapat bahawa jika BN menang cemerlang dalam pilihanraya umum negeri Sarawak pada April ini, parlimen akan dibubar pada bulan Julai ini.

Di sana sini orang yang melobi jadi calon sedang memasang pelbagai strategi untuk dipilih sebagai calon. Saya hari ini berada di Kuala Terengganu menemui beberapa rakan yang mahu jadi calon. Kebetulan saya sempat menemui Setiausaha PKR Terengganu, Fazli Haji Endut yang merupakan orang Bukit Tumboh, Kuala Terengganu.

Dia meramalkan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli akan bertanding di parlimen Kemaman menentang calon BN, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Baru-baru ini Rafizi menunjukkan kemampuannya berhujah di RTM1 dengan ahli parlimen BN Hulu Selangor, Kamalanathan dan ternyata beliau seorang yang hebat mematahkan hujah lawan. Saya tak sangka dia orang Kemaman. Manakala di Dungun pula, ahli parlimen Indera Mahkota, YB Azam yang kini Pengerusi PKR Terengganu akan bertanding di situ.

Oleh kerana PKR sudah menyenaraikan siapa calon yang akan bertanding di Kemaman maka saya ingin fokus sedikit calon BN di empat DUN di Kemaman. Di DUN Kijal sudah tentu Mneteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kekal bertanding di situ. Walaupun ada yang berkata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Sabery Cheek akan bertukar kerusi dengan Ahmad Said, tetapi tidak mungkin akan berlaku. Dari dahulu pernah Tan Sri Wan Mokhtar menawarkan Ahmad Said bertanding kerusi parlimen, tetapi Ahmad lebih selesa bertanding di kerusi DUN Kijal.

Di DUN Chukai, jika Datuk Mohamed Awang Tera tidak bertanding, dia bakal diganti oleh Setiausaha Politik MB, Wan Ahmad Nizam Wan Hamid atau seorang peguam Ahmad Shahul Hamid atau Mat Bawal yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman.

Di DUN Air Putih, jika Wan Hakim Wan Mokhtar yang dikatakan orang Datuk Seri Idris Jusoh digugurkan sebagai calon, maka dua nama amat popular di sini sama ada Setiausaha Bahagian, Rosli Ahmad atau Tuan Kecil Tuan Tengah, seorang ahli jawatankuasa bahagian yang paling lama.

Nama Wan Ahmad Nizam yang pernah jadi ADUN Air Putih turut disebut-sebut sebagai calon. Memang nasib orang Air Putih yang selalu mendapat orang luar menjadi calon kerana semua anak tempatan tak layak sedangkan anak bekas YB Harun Hassan yang merupakan pengurus kanan Amanah Raya Berhad, Khairuddin Harun boleh ditonjolkan sebagai calon di sini.

Di DUN kemasik, nama IR Rosli Othman yang terlibat dengan kes SPRM sudah pasti digugurkan sebagai calon. Dua nama yang popular di sini ialah ahli jawatankuasa bahagian, Haji Mustafa Abdul rahman atau Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mustapha Khalid.


Di parlimen pula, jika Ahmad Shabery yang jarang balik kawasan digugurkan sebagai calon kemungkinan besar Wan Hakim yang akan bertanding di parlimen kemaman. Ramai yang kecewa dengan Shabery yang tidak menolong orang kemaman. Bila orang Kemaman minta tolong dia dengan tender KBS, dia jawab dia tak campur urusan tender sedangkan sebagai menteri dia boleh arah KSU beri tender itu kepada orang kemaman jika harganya bersesuaian. Nampak sangat ada juga menteri yang tak tolong pengundinya.

Dalam perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kemaman tahun lepas, Ahmad said selaku Ketua Bahagian telah menyelar sikap wakil rakyat yang tidak balik kawasan yang hanya nampak muka menjelang pilihanraya. ramai yang menafsirkan ucapan Menteri Besar itu ditujukan kepada Ahmad Shabery Cheek.

LEO MOGGIE NAFI BELAKANG PAKATAN SULIT


Bekas presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang dibubarkan, Tan Sri Leo Moggie menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau adalah orang di sebalik tabir dalam pakatan sulit antara Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Barisan asional (BN).

Bekas Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia itu mengulangi bahawa beliau tidak terbabit dalam sebarang aktiviti politik sejak berundur dari bidang politik pada 2004.

"Saya keluar sama sekali dari politik sejak beberapa tahun lalu dan tetap bersara dari politik," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri mesyuarat angung tahunan kesembilan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) Sarawak di sini.

Moggie, yang merupakan ikon politik Dayak, berkata demikian ketika ditanya mengenai pendedahan blog Sarawak Report yang mendakwa beliau adalah individu yang ditugaskan mengatur rancangan sulit antara SNAP dan BN.

Pakatan sulit BN-SNAP itu dikatakan kononya untuk menafikan pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini dan memantapkan lagi cengkaman BN di Sarawak selepas pilihan raya itu.

SNAP merupakan parti pembangkang di Sarawak.

Ditanya mengenai jangkaan pertandingan beberapa penjuru di kerusi majoriti kaum Dayak pada pilihan raya negeri itu, Moggie, yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), berkata secara peribadi beliau tidak suka melihat ramai orang Dayak terbabit dalam politik.

Moggie berkata rakyat perlu terbabit dalam usaha mencari nafkah dan sebab itu beliau bersara dari politik beberapa tahun lepas.

Pada 24 Jun 2003, Moggie mengumumkan peletakan jawatan presiden PBDS secara mengejut dan tindakan itu telah menyebabkan parti itu berpecah kepada dua pihak sehingga krisis kepimpinan telah menyebabkan parti itu dibatalkan pendaftaran.

Pembubaran PBDS pada 21 Okt 2004 itu telah melahirkan parti serpihan kaum Dayak yang baru iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang dipimpin oleh oleh bekas Ketua Penerangan PDBS, Datuk Seri Dr James Masing.

-- BERNAMA

Isnin, Mac 28, 2011

SEMAKIN RAMAI KSU BUKAN MELAYU


Konvensyen tranformasi ekonomi bumiputera anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap pelantikan bukan bumiputera sebagai ketua setiausaha (KSU) di enam kementerian.

Menurutnya, kesemua jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh KSU bumiputera.

ibrahim ali pc at pwtcKonvensyen itu bimbang pelantikan tersebut akan menjejaskan agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

Menurutnya, dengan kuasa mutlak yang ada, mereka berupaya secara terang dan berselindung menggagalkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera di kementerian mereka.

Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kementerian Tenaga dan Hijau, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan.

Perkara tersebut merupakan antara 13 resolusi yang diluluskan dalam konvensyen sehari yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Sehubungan itu, konvensyen berkenaan mendesak Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) mengambil tindakan dengan mengarahkan ketua setiausaha negara menukar KSN berkenaan jika mereka terbuka membelakangkan agenda ekonomi bumiputera.

MTAB adalah badan peneraju pembangunan sosio-ekonomi Melayu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan dianggotai lapan menteri kabinet.

Hampir 700 peserta yang terdiri termasuk wakil 76 NGO Melayu dan bumiputera menghadiri konvensyen tersebut.

ibrahim ali pc at pwtcSelain itu, konvensyen itu menyokong penubuhan Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sebagai usaha meletakkan orang Melayu dan bumiputera dalam agihan kek ekonomi negara dalam suasana transformasi ekonomi.

"Konvensyen berpendapat bahawa TERAJU tidak sepatutnya dilihat sebagai sebuah lagi organisasi yang menjaga kepentingan bumiputera, tetapi masih lesu dalam tindakan afirmatif.

"Peranan TERAJU seharusnya seiring dengan agensi-agensi yang lain seperti PEMANDU yang diberikan peranan besar dalam memacu Program Transformasi Ekonomi Negara," resolusi itu dipetik.

Sehubungan itu konvensyen tersebut menggesa supaya TERAJU mesti diberi kuasa penuh mengarah dan memantau menteri, KSU, Ketua-ketua pengarah agensi dan GLC dalam hal berkaitan agenda ekonomi bumiputera.

Selain itu beberapa resolusi yang diluluskan antaranya:

1. Menjadikan pembangunan ekonomi bumiputera sebagai agenda nasional

2. MTAB perlu memastikan ketua pegawai eksukutif syarikat GLC yang hendak dilantik mesti berjiwa Melayu dan bukannya terdiri dari mereka yang golongan Melayu Liberal.

3. Meningkatkan komitmen pengurusan Petronas dalam agenda bumiputera di Petronas.

4. Mewujudkan satu badan khas yang memantau dan menyelia kemajuan tanah rizab Melayu yang boleh dinamakan Perbadanan Kemajuan Tanah Rizab Melayu Greater Kuala Lumpur.

Sementara itu, dalam sidang medianya, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali meminta kerajaan berhati-hati terhadap pakar-pakar luar yang dijemput memberi pandangan tentang ekonomi tetapi "tidak mengetahui latar belakang sejarah dan perkembangan dalam negara ini".

"Mereka menggubal ekonomi tidak berasaskan kepada sosioekonomi Malaysia,"katanya.

Menurutnya, beliau menerima pandangan dan input yang didakwa bahawa pandangan mereka "tidak ada roh" dan "tidak ada latarbelakang sejarah Malaysia".

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas akan menyerahkan resolusi tersebut kepada Najib, timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pihak-pihak lain selepas ini.

Sabtu, Mac 26, 2011

KONSPIRASI ATAU ANWAR YANG BODOH?



UMNO menafikan terlibat dalam video lucah yang dikatakan lakonan Anwar Ibrahim dengan gadis Cina.Menurut Presiden UMNO, video itu tidak kena mengena dengan UMNO.

Memanglah UMNO tidak terlibat tapi Datuk T semuanya orang UMNO. Oleh itu Datuk T kena berhenti jadi ahli UMNO supaya UMNO tidak dipalitkan dalam isu ini.

Dendam RTC kepada Anwar tidak pernah padam. Oleh itu ini peluang terbaik untuk RTC membalas dendam kepada Anwar yang menjatuhkannya dari kerusi Ketua Menteri Melaka. Buat apa RTC berdendam sedangkan Anwar sudah tersingkir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Anwar sudah dihukum Allah. Dahulu dia jatuhkan RTC akhirnya Anwar dijatuhkan dari jawatan yang hampir menjadi PM.

Pelik juga tak habis dengan isu liwat kedua, kini muncul isu main perempuan pula. Hebat Anwar gay dan perempuan disapunya. Jika benar Anwar yang buat dalam video itu dia memang bodoh. Kalau nak main perempuan apa salahnya dia pergi ke luar negara dan jangan main di Malaysia kerana ke mana dia pergi SB akan ikut dia.Bukan salah SB kalau Anwar kena perangkap dengan Datuk T kali ini.

Datuk Eskay dikatakan kecewa kerana Anwar enggan jadi saksi dalam kes saman syarikat yang dapat projek jambatan bengkok. Dia kehilangan komisennya sebanyak RM20 juta bila jambatan bengkok tak jadi dibina.Oleh itu dia rancang untuk malukan Anwar dengan video lucah menjelang pilihanraya umum negeri Sarawak.

Bukan senang jadi pemimpin pembangkang. Lihat sejarah Ahmad Boestamam yang sering diganggu polis. Oleh itu apa yang dialami oleh Anwar adalah perkara normal.Parti pemeritah akan buat apa sahaja untuk memalukan Anwar. Cuma yang tak normal jika beliau tak berhenti dari tabiatnya main bonton jantan dan main perempuan. Kalau benar dia berzina tentu kecewalah bekas ahli-ahli ABIM yang menyanjung Anwar selama ini. Malah orang PAS tentu pening kepala dengan Anwar yang masih mengekalkan tabiat yang tidak senonoh ini. Atau mungkin Anwar tidak tahan dengan ujian Allah ini yang suka main bontot jantan dan main perempuan. Kalau dia tak ada tabiat ini sudah lama dia jadi PM. Oleh itu jangan salahkan orang lain bila Allah tarik rezeki kita, tanyalah diri sendiri di mana kesilapan kita.

Khamis, Mac 24, 2011

GILIRAN RAHIM KENAKAN ANWAR


Kalau dahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan mengatur konspirasi menjatuhkan Ketua Menteri Melaka,Tan Sri Rahim Thamby Chik dengan membabitkan beliau dengan gadis bawah umur, kini giliran Rahim pula mengenakan Anwar dalam penyebaran video lucah tersebut.

Belum selesai lagi kes liwatnya, Anwart kini berdepan dengan isu video lucah pula. Yang peliknya isu ini timbul menjelang pilihanraya umum negeri Sarawak pada 16 April ini. Apakah rakyat Sarawak dapat menerima Pakatan Rakyat dalam susana penyebaran video ini?

Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

'Tak boleh baca'

“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' katanya.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu “membabitkan polis”.

Malah, ahli perniagaan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri “bukan orang KL” tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.



Di sebalik sifat “patriotiknya” itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar “walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah” atas tuduhan merogol seorang gadis sekolah.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta “kecil” seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau. Sebaliknya tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah (kanan) ketika itu memutuskan “tidak cukup bukti” untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya “dari hujung rambut hingga ke hujung kaki” amat mencurigakan, seperti video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Eskay.

Seperkara lagi, pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada PERKASA serta Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.



Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim didakwa mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum dihantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim.

Rabu, Mac 23, 2011

TAK CUKUP MUKA BARU PBB


Langkah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengemukakan sekurang-kurangnya 12 muka baru sebagai calon parti pada pilihan raya negeri Sarawak merupakan contoh transformasi politik yang baik.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata tindakan PBB itu menunjukkan kesungguhan Barisan Nasional (BN) mengecapi transformasi menyeluruh bagi memenuhi kehendak rakyat.

"Saya mengucapkan tahniah kepada PBB kerana mahu menampilkan muka baru dan mereka adalah pelapis kepada pemimpin lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Kuala Lumpur (PERKOBF-KL) ke-14 di sini, Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Taib semalam yang mengesahkan parti itu akan melakukan perubahan besar-besaran calon parti itu berikutan permintaan wakil rakyat sedia ada yang mahu berundur bagi memberi laluan kepada muka baru.

Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan semalam bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-10 yang dijadualkan bulan depan.

Pada pilihan raya negeri lepas pada 2006, BN menguasai 63 kerusi iaitu 35 daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 12 manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Enam lagi kerusi dikuasai DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.

Ahad, Mac 20, 2011

RAKYAT SARAWAK TIDAK BERANI MACAM RAKYAT SABAH?


Esok Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri yang ke 11. Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan terus mengetuai BN Sarawak dan akan berundur dua tahun lagi.

Adakah BN akan menang cemerlang setetelah Taib menjadi KM selama 30 tahun? Adakah rakyat Sarawak berani seperti rakyat Sabah yang sukar menukar kerajaan? rakyat Sabah tumbangkan kerajaan USNO pada tahun 1976.Mereka juga menumbangkan kerajaan Berjaya pada tahun 1985. Adakah rakyat Sarawak berani menumbangkan kerajaan Taib Mahmud yang dianggap sebagai Hosni Mubarak?

Saya kira rakyat Sarawak merupakan pengundi yang konservatif. Mereka akan terus mngekalkan kerajaan BN walaupun mereka tidak suka Taib Mahmud. BN sarawak akan menandingi 71 kerusi. Ia dianggotai PBB, PRS, SPDP dan SUPP. Pembangkang pula akan meletakkan PKR, SNAP, DAP dan PAS. Adkah DAP yang bertanding di 12 kerusi majoriti Cina akan menambah kerusi dari enam kerusi yang sedia ada?

SPR akan bermsyuarat pada 23 Mac ini utnuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi. yang jelas kpada kita bila BN menang cemerlang di Sarawak, parlimen akan dibubar pada bulan Julai ini. Sekalilagi rakyat Sarawak keluar mengundi untuk memilih ahli parlimen pula. Lebih baik parlimen dibubar sekarang untuk membolehkan pilihanraya umum diadakan sreentak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Sabtu, Mac 19, 2011

MAN BUAT SURPRISE


Man yang dapat undi sms 18 peratus sebelum final Raja Lawak 5 bermula malam tadi sempat mengejar Kumpulan Balas yang mendapat 48 peratus. Ini yang menyebabkan Man yang popular dengan perkataan surprise betul-betul surprise bila diumumkan sebagai Raja Lawak 5.

Ini yang menyebabkan beliau terkejut kerana dia ingat Kumpulan Balas yang menjadi juara setelah Kumpulan R2 diumumkan sebagai naib juara. Ternyata lawak Man amat bertenaga berbanding dengan lawak Kumpulan Balas. Balas gagal mempersembahkan musical comedy manakala Man yang berpidato mengenai Mat Rempit berjaya membuat persembahan musical comedy. Ketiga-tiga juri, David Teo, santhya dan Shaulin Auki memberi standing ovation kepada Man selepas beliau membuat persembahan kedua.

Setiap minggu undian akhir sms menunjukkan Kumpulan Balas mendapat tempat pertama diikuti oleh Kumpulan R2 dan Man tetapi malam akhir penonton berjaya merubah kedudukan Balas hingga mendapat tempat ketiga.

Tahniah kepada Man. Semoga Astro memberi peluang kepada Man membuat shownya sendiri supaya dia tidak tenggelam seperti Yus dan Kumpulan Kecik.

Jumaat, Mac 18, 2011

BALAS DIJANGKA JADI RAJA LAWAK 5 MALAM INI


Kumpulan Balas dijangka menjadi Raja Lawak 5 malam ini. Siaran langsung 105 Astro itu akan diadakan di Pusat Konvesyen Shah Alam. Walaupun lawak kumpulan R2 lebih bertenaga dari Kumpulan Balas tetapi undi sms nampaknya akan menjulang Kumpulan Balas.

Walaupun kumpulan R2 tidak menjadi Juara Lawak 5, tapi bakat mereka tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh Astro. Bagi pelawak solo, Man, ada potensi tapi undi smsnya jauh ketinggalan di belakang R2.

Oleh itu jangan lupa tonton Raja Lawak 5. Sehingga ini empat Raja Lawak telah dinobatkan iaitu Yus, nabil, Kumpulan Sepah dan Kumpulan Kecik. Di antara empat Raja Lawak ini, Yus dan Kumpulan Kecik tenggelam begitu sahaja. Mereka tidak dapat peluang seperti Nabil dan Kumpulan Sepah tunjuk bakat di Astro. Sebaliknya pemenang kedua dan ketiga Raja Lawak 1, Johan dan Zizan yang lebih menonjol dari Yus.

Isnin, Mac 14, 2011

PERSIMPANGAN BERTINGKAT PERLU DITAMBAH DI JERANGAU BARAT


Sekali-sekali balik ke Terengganu melalui Jerangau-Jabur, saya terlihat Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) yang sedang dibina. Melintasi Bukit Besi ke Ajil, kelihatan pakej MTD dari Bukit Besi ke Kuala Telemong sudah hampir siap. Saya berpeluang melalui pakej sejauh 40 km itu dari Bukit Besi ke Ajil.

Saya nampak terlalu jauh jarak antara Bukit Besi ke Ajil. Ini bermakna orang yang berada di pertengahan antara Bukit Besi dan Ajil tidak ada peluang menggunakan LPT2 itu. Kalau ada pun mereka terpaksa jauh pergi ke bukit Besi sekitar 20 km baru dapat pergi ke Kuala Lumpur.Kalau mahu ke Kuala Terengganu mereka terpaksa naik di persimpangan bertingkat di Ajil.

Oleh itu saya berharap kerajaan dapat menambah satu lagi persimpangan bertingkat di Jerangau Barat yang penuj dengan para peneroka FELDA yang berada di FELDA Jerangau dan FELDA Jerangan Barat. Jika wujud persimpangan bertingkat baru ini, ini bermakna tanah yang berada di sekitar Jerangau Barat akan melambung naik. Ia memberi manafaat kepada penduduk setempat.

Oleh itu saya berharap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dapat mendengar rintihan para peneroka FELDA Jerangau Barat untuk melihat satu lagi persimpangan bertinmgkat dibina di situ. terpulanglah kepada MB untuk mencari peruntukan sekitar RM15 juta itu dari mana sama ada dari kerajaan pusat atau dana khas kerajaan negeri. Demi kepentingan orang ramai apa salahnya kerajaan negeri menanggung kos pembinaan tersebut.

Selepas LPT 1 siap dari Kuantan ke Kuala Lumpur, selepas persimpangan bertingkat Gambang, persimpangan seterusnya ialah di Maran. tetapi bila desakan penduduk Sri Jaya, maka kerajaan negeri memohon MTD membina persimpangan bertingkat baru di Sri Jaya. Justru itu apa salahnya kerajaan negeri memohon diadakan persimpangan bertingkat tambahan di Jerangau Barat demi kepentingan para peneroka FELDA.

Ahad, Mac 13, 2011

MENJELANG PERTANDINGAN AKHIR RAJA LAWAK 5




Jumaat ini Astro akan menobatkan Raja Lawak 5 selepas melahirkan Yus, Nabil, Sepah dan kumpulan dari Sabah yang dah lupa namanya. Nampaknya Nabil dan Kumpulan Sepah yang banyak diberi peluang oleh Astro sedangkan Yus dan kumpulan dari Sabah tidak diberi peluang tunjuk bakat oleh Astro.

Malam Sabtu lalu tiga orang yang diumumkan berjaya masuk ke peringkat akhir ialah Man, Kumpulan R2 dan kumpulan Balas. Mereka bertiga memang berbakat besar. Lebih ketara kumpulan R2 dan Man tetapi pengundi memilih kumpulan Balas.

Yang peliknya kenapa perlu buat jenaka lucah untuk buat orang ketawa. Kumpulan R2 ketika sedang menemubual seorang nelayan, nelayan itu beri petua. Kalau isteri tidur mengiring ke kiri, nelayan itu kena keluar ke kanan untuk dapat ikan yang banyak. Kalau isteri tidur mengiring ke kanana, nelayan itu kena keluar ke kiri untuk dapat ikan yang banyak. Orang yang menemuduga nelayan itu bertanya kalau isteri tidur terlentang. Nelayan itu jawab tak payah pergi ke laut lah sambil disambut gelak ketawa.

Raja Lawak bukan sahaja ditonton oleh orang tua malah kanak-kanak. oleh itu lawak lucah seperti ini sepatutnya tidak digalakkan oleh Astro apatah lagi ia disiarkan secara langsung. Pada malam yang sama Kumpulan Balas yang menjemput pelawak undangan Bob Kuman turut membuat jenaka lucah. Bob bertanya kepada nakanya kenapa burungnya kecil sedangkan burung anaknya besar. Maka anaknya jawab, sudah menjadi lumrah alam orang yang kecil bendanya besar maka burungnya juga mesti besar, dan sudah menjadi lumrah alam orang yang besar burungnya kecil.

Dengan teguran ikhlas ini semoga pertandingan akhir Raja Lawak 5 di Pusat Konvensyen Shah Alam Jumaat ini tidak lagi menonjolkan jenaka lucah. Di atas kertas Kumpulan Balas yang akan menang Jumaat ini kerana setakat hari ini Kumpulan Balas mendapat undi 54 peratus jauh meninggalkan kumpulan R2 dan Man. Walau bagaimanapun undi mungkin berubah dalam masa lima hari ini.

Sabtu, Mac 12, 2011

FILEM SERIUS TIDAK LAKU DI MALAYSIA?


Pagi tadi saya tonton The Making of Hikayat Merong Mahawangsa di Astro. Memang hebat filem arahan Yusri KRU itu dengan para pelakon handalan seperti Rahman Stephen Hudges, Umi Nazeera, Datuk Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Khir Rahman.

Sudah tentu kos penerbitannya mahal dengan setting dan kostum yang hebat. Adakah para penonton filem Melayu boleh menerima filem serius seperti ini? Selama ini filem komidi, seram, cinta yang menjadi filem box office. Dapatkah Yusri merubah paradigma penonton Melayu?

Di malaysia filem serius seperti ini sukar mendapat sambutan. Malah filem Melayu tidak bebas seperti filem Hollywood, Bollywood atau Kollywood. Petang ini TV2 menyiarkan filem KNOCK OUT lakonan Sanjay Dutt, Irfan Khan. Filem Hindi ini tidak ada lagu. Ia sama sekali sudah lari dari konvesional Hindi yang menyiarkan 6 atau 8 lagu dalam satu filem.

Settingnya di satu tempat sahaja. Irfan Khan terperangkap dalam public phone tertutup dengan pemanggil yang tidak dikenali (Sanjay Dutt). memanglah tidak lojik public phone boleh dihubungi oleh call luar. ketepikan tidak logik itu. Sanjay Dutt seorang penembak jarak jauh berkomunikasi dengan Irfan selama setengah jam sehingga seorang yang mahu menggunakan public phone itu cuba menembak Irfan tetapi ditembak oleh Sanjay dutt.

Kematian pemuda itu mengundang orang ramai mendekati public phone itu. Polis datang kemudiannya. Tidak ketinggalan wartawan dari pelbagai media termasuk Kangana Ranaut. Filem ini mengisahkan Irfan yang diarah oleh bossnya untuk menghantar 500 juta rupees kepada penduduk kawasan tersebut. Wang itu tersimpan dalam keretanya yang tidak jauh dari situ.

Bossnya seorang korporat yang membeli polis dan orang politik. wang di bank di Switzerland sahaja sebanyak 23 bilion rupees yang akhirnya atas arahan Sanjay Dutt, Irfan memindahkan wang rasuah itu kepada akaun Bank negara.

Filem ini mendedahkan rasuah di kalangan orang politik India. Filem Melayu jika dibuat seperti ini sudah tentu kena haram. malah polis yang mengetuai operasi dibunuh kerana enggan menerima 10 juta rupees sebagai upah untuk membunuh Irfan.

Filem ini berakhir dengan Irfan disanjung sebagai hero kerana berjaya memulangkan wang rakyat sebanyak 23 bilion rupees ke dalam akaun Bank Negara. Rakyat bersorak gembira kerana ia disiarkan secara langsung dalam televisyen ke seluruh India.

Filem arahan Mani Shankar ini adalah fiksyen tetapi karyawan India bebas berkarya mengkritik kerajaan. Karyawan Malaysia belum tentu dapat berkarya sebebas ini. Namun demikian ia pernah berlaku di zaman dahulu filem Tan Sri P. Ramlee banyak menyindir golongan atasan.

PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK


Pada suatu hari, ketika sepasang sisuami dan siisteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .


Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.


Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .


Kesimpulan :

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

Jelas Hidup kita seperti putaran roda dan kita tidak selalunya di atas . Ada masa dan ketikanya anda dan saya akan turun dan ke bawah dan naik semula atau sebaliknya

Jumaat, Mac 11, 2011

MENTERI YANG TAK MINAT POLITIK


Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala membayangkan beliau tidak akan menyertai politik selepas menamatkan kontrak perkhidmatan dengan kerajaan.

Malah, beliau juga tidak dapat menentukan apa yang akan dilakukan selepas bersara, sama ada menceburi diri dalam perniagaan, melancong atau sekadar berdiam diri di rumah.

‘’Saya meletakkan semuanya kepada takdir dan masa yang akan menentukan. Buat masa ini, saya tidak dapat memastikan apa yang perlu dilakukan selepas bersara.

‘’Ia mengingatkan saya seperti mana cita-cita saya yang ingin mengikuti pengajian undang-undang di New Zealand dan menjadi peguam suatu masa dahulu, namun, akhirnya saya mengikuti pengajian di Universiti Sains Malaysia yang menentukan takdir bertemu isteri, mempunyai dua anak lelaki, berkhidmat dengan syarikat minyak Shell, menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Airline System Bhd. (MAS), menjadi menteri dan kini CEO PEMANDU,’’ kata beliau di sini, hari ini.

Idris berkata demikian bagi menjawab soalan peserta seminar Prinsip Transformasi Kepimpinan mengenai tempoh perkhidmatan Idris dalam PEMANDU dan apa yang akan dilakukannya selepas tamat perkhidmatan dengan kerajaan.

Hadir sama pada majlis ialah Pengerusi Audit Bureau of Circulations Malaysia (ABC), Margaret Lim, Presiden Persatuan Ejen Pengiklanan Akredit Malaysia, Datuk Vincent Lee dan Pengerusi Persatuan Penerbit-penerbit Akhbar Malaysia (MNPA), Datuk Nasir Ali.

Mengulas lanjut tentang transformasi, Idris menambah, ia akan berlaku sekiranya enam prinsip dilaksanakan iaitu melakukan perkara yang mustahil, diterajui indeks petunjuk prestasi, disiplin dalam tindakan kepimpinan mengikut situasi, gabungan kemenangan (winning coalition) dan gangguanbaik (divine intervention).

Menurut beliau keenam prinsip itu juga telah digunakan sewaktu beliau berkhidmat dengan Shell, MAS dan PEMANDU.

‘’Keenam-enam prinsip rahsia transformasi ini amat berkesan dalam menentukan perubahan dalam sesebuah pentadbiran,’’ katanya.

Selain itu, Idris turut menyatakan peranan wanita amat penting dalam kerajaan dan sektor swasta di negara ini.

Katanya, hampir 50 peratus wanita menyumbang kepada guna tenaga di dunia dengan memainkan peranan penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi.

‘’Pelajar-pelajar paling cemerlang di negara ini juga dikuasai wanita dan ini menunjukkan betapa negara perlu menggunakan guna tenaga golongan ini dengan sebaiknya,’’ ujarnya.

Selasa, Mac 08, 2011

PM MAHU BANK PERMUDAHKAN PINJAMAN


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar semua institusi kewangan yang terlibat di bawah Skim Rumah Pertamaku mempermudahkan segala urusan pembiayaan bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah pertama mereka.

"Saya amat berharap bahawa segala urusan berhubung dengan skim ini dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukanlah sebaliknya.

"Mungkin skim ini tidak boleh memberi keuntungan yang besar kepada institusi kewangan tapi ini merupakan satu skim yang amat-amat bermakna kepada rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Skim Rumah Pertamaku di sini Selasa.

Najib turut mempelawa bank-bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dengan sepenuhnya.

Beliau berkata sehingga kini skim ini berjaya melibatkan penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam.

"Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan golongan tertentu terutamanya mereka yang baru bekerja dan berpendapatan rendah atau sederhana rendah terlepas peluang memiliki rumah sendiri," kata Najib.

Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lepas sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan rumah mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan rendah terutamanya di kawasan bandar.

Di bawah skim ini, kemudahan diberikan terutamanya kepada golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Melalui skim ini, individu terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 boleh mendapat pinjaman sebanyak 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 30 tahun.

Ini bermakna kerajaan melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut dan permohonan boleh dibuat secara langsung di cawangan-cawangan perbankan di seluruh negara mulai hari ini.

Beliau juga berharap skim ini juga akan menggalakkan pemaju supaya membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat di Malaysia.

"Ini adalah komitmen kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju.

"Kita selalu berpegang kepada prinsip keterangkuman (inklusif). Inklusif bererti bahawa kekayaan negara kita mestilah dibahagikan secara adil dan saksama dan di samping itu menegakkan satu prinsip yang sangat unggul yakni skim keadilan sosial," katanya.

Sementara itu, Najib berkata dalam usaha untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, kerajaan telah mengenalpasti betapa pentingnya peningkatan kualiti hidup rakyat serta kewujudan persekitaran yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi dengan adanya perumahan mampu milik bagi rakyat.

Katanya, keadaan ekonomi yang pesat berkembang serta penghijrahan ke bandar dan peningkatan keseluruhan dalam pendapatan boleh guna akan mengakibatkan peningkatan harga hartanah, terutama di kawasan bandar yang boleh menjangkau lebih daripada 30 peratus.

KES DAPHNE IKING SELESAI


Kes saman peribadi yang dikemukakan oleh bekas suami model dan pengacara TV Daphne Iking terhadap ahli perniagaan Darren Choy Khin Ming selesai hari Isnin, selepas Choy membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap bekas suami Daphne, Ryan Chong Yiing Min.

Choy, bekas pengarah urusan Adidas didakwa memikat Iking (ketika itu masih isteri kepada Chong) untuk melakukan persetubuhan dengan Iking di The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail di sini antara Julai 2007 dan September 2008.

Choy, 46, selaku defendan menghadapi saman peribadi itu yang dikemukakan oleh Chong, 33, mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah berkata mahkamah membuat keputusan selepas peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Chong memberitahu tidak bercadang untuk meneruskan pendakwaan terhadap Choy.

Wong memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya membuat cadangan untuk menarik balik pendakwaan saman itu mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.

Peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Choy, membacakan surat yang ditandatangani Choy yang bertarikh 7 Mac (hari ini), yang mengandungi penafian Choy bahawa dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan Iking, Isobel Daniella Iking Chong, tiga tahun.

Penafian tersebut berhubung dakwaan Chong dalam keterangannya pada 17 Dis lalu, yang memberitahu bahawa Isobel bukan anak kandungnya.

Choy turut meminta maaf kerana hubungan sulitnya dengan Iking telah menyebabkan Chong dan ahli keluarganya berasa malu dan terhina.

Ahli perniagaan barangan alat sukan itu turut memohon maaf kerana hubungannya dengan model tersebut telah mendorong Chong memfailkan saman terhadapnya.

Choy juga melahirkan rasa kekesalannya kerana sewaktu pemeriksaan balas yang dilakukan terhadap Chong, pelbagai isu telah dibangkitkan di dalam prosiding itu menyebabkan kesan yang buruk terhadap Chong sekeluarga.

"Secara ikhlas, saya meminta maaf kepada Chong, ibu bapanya dan seluruh ahli keluarganya," kata Jagjit yang mewakili Choy membacakan surat itu.

"Ini yang diharap-harapkan oleh mahkamah kerana ia diselesaikan tanpa ada perbicaraan lanjutan mengenai kes ini. Kesemua pihak yang terlibat mendapatkan cara penyelesaian terbaik dalam kes ini.

"Oleh yang demikian, OKS (Darren Choy) dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan ini mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah," kata Majistret Engku Ahmad Rashdi ketika membuat keputusan itu.

Perbicaraan kes itu yang bermula pada 29 Nov tahun lalu, telah memanggil seramai empat saksi.

Chong dan Choy yang sebelum ini sentiasa menjarakkan kedudukan mereka di dalam mahkamah sepanjang prosiding itu, dilihat bersalaman antara satu sama lain selepas prosiding selesai.

Choy yang ditemui pemberita di luar mahkamah, memberitahu, kes tersebut berjaya diselesaikan dengan situasi menang-menang antara pihaknya dan Chong.

Isnin, Mac 07, 2011

PBB TAK PERLU WARTAWAN


Menjelang pilihanraya umum negeri Sarawak, nampaknya PBB parti utama komponen BN Sarawak tidak memerlukan wartawan sehingga sanggup pegawai Taib mahmud menghalau wartawan.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak mengadakan satu mesyuarat tertutup dengan beberapa pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di tingkat lima Kompleks Dewan Undangan Negeri Baru di Petra Jaya pagi ini.

Antara pemimpin kanan PBB yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang juga Timbalan Presiden I PBB, Menteri Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem (Ketua Penerangan), Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (Timbalan Presiden II), Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (Naib Presiden Kanan I), Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Datuk Seri Michael Manyin Jawing (Naib Presiden) dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah (Timbalan Ketua Wanita).

Turut hadir pada masyarakat tersebut ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dougles Uggah Embas (Naib Presiden Kanan II) dan Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof (Ketua Pemuda).

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Jameson Ahip Nawie ketika ditemui media untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pertemuan tersebut bagaimanapun enggan memberi ulasan dan menjelaskan ia hanya mesyuarat mingguan biasa ketua menteri.

"Siapa bagi arahan kamu datang sini, ini mesyuarat biasa sahaja, kalau ada pengumuman kita akan panggil media," katanya sebelum mengeluarkan arahan kepada beberapa wartawan dan jurugambar media nasional agar segera beredar dari bangunan tersebut.

Sabtu, Mac 05, 2011

FACEBOOK PUNCA CERAI


Asyik melayan 'teman maya' di laman sosial seperti Facebook sehingga lupa kepada tanggungjawab menjadi antara punca ramai pasangan Islam di negara ini bercerai.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) berkata, selain itu tidak serasi, poligami dan bermain 'kayu tiga' khususnya dengan orang gaji turut menyumbang kepada berlakunya perceraian.

Menurut beliau, perkara tersebut merupakan masalah-masalah yang sering diajukan oleh pasangan suami isteri ketika memohon untuk bercerai di Mahkamah Syariah.

''Kebanyakan yang bercerai adalah pasangan yang berkahwin selama lima tahun dan ke bawah.

''Antara punca, pasangan yang asyik melayan 'teman maya' di Facebook sehingga ada isteri yang tidak ambil peduli tentang suaminya dan begitu juga suami.

''Berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009, ada ratusan ribu pasangan Islam yang telah bercerai,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, ketika merasmikan seminar sempena sambutan Maulidur Rasul bertajuk Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di Putrajaya beliau menyatakan bahawa purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.

Ujar beliau, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jakim pada 2009 dengan statistik perceraian terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Mengulas lanjut, Mashitah berkata, kursus praperkahwinan selama sehari yang dijalankan kini juga dirasakan tidak mencukupi untuk memberikan maklumat lengkap mengenai alam perkahwinan kepada pasangan yang mahu berkahwin.

''Dahulu kita buat tiga hari, ada yang marah. Sebab itu kita buat satu hari sahaja. Kursus satu hari saya rasakan tidak cukup untuk mendidik pasangan yang mahu berkahwin dengan pelbagai perkara.

''Ada juga kita terima laporan, yang kursus satu hari pun, ada pasangan yang datang lewat. Itu pun ada juga pengendali kursus yang bagi sijil mengikuti kursus kepada pasangan berkenaan.

''Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kita mahu pengendali kursus ada rasa tanggungjawab dan memastikan setiap pasangan benar-benar mengikuti kursus dengan sebaiknya,'' katanya.

Beliau memberitahu, kursus yang dijalankan sehari itu hanya memberikan maklumat-maklumat asas dalam melayari alam perkahwinan.

Justeru, ujarnya, setiap pasangan yang sudah berkahwin perlu berterusan mencari ilmu berkaitan kerukunan berumah tangga.

''Inilah harapan kita kepada mereka selepas berkahwin. Jangan berhenti mencari ilmu tersebut. Luangkanlah masa pergi ke kuliah-kuliah agama.

''Memanglah semua sibuk dengan urusan harian tapi kalau ada peluang, pergilah cari ilmu dan hayati ajaran agama,'' katanya.

Beliau seterusnya menasihatkan pasangan yang sudah berkahwin agar menjaga hubungan sesama mentua dan ahli keluarga masing-masing.

Rabu, Mac 02, 2011

MALAYSIA RUGI RM10 BILION KERANA RASUAH


Gejala pengambilan rasuah yang berlaku di negara ini menyebabkan Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM10 bilion pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sutan berkata, meskipun kajian daripada Bank Dunia itu tidak dapat disahkan sumbernya, usaha keras perlu dilakukan bagi menangani gejala itu.

"Jika dilihat daripada RM1 bilion sahaja, kita boleh membina 90 buah sekolah rendah atau 500 buah jambatan, 667 kilometer jalan luar bandar atau 6,667 kilometer jalan kampung.

"Namun rasuah menyebabkan negara kita mengalami kerugian besar. Atas sebab itu, kita perlu mencegah rasuah dan tidak mahu wang rasuah mengalir keluar," katanya ketika menyampaikan ceramah pada majlis pelancaran Hari Integriti Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2011 di Dewan Resital di Kota Kinabalu semalam.

Turut hadir, Pengarah SPRM negeri, Jalil Jaafar; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Amran Ahmed dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Kasim Mansur.

Menurut Sutinah, berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI), pada tahun lalu negara mengalami kejatuhan mata kepada 4.4 berbanding 4.5 mata pada 2009.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia masih mengekalkan kedudukannya di tempat ke-56 daripada 178 negara dalam CPI 2010.

"Berdasarkan CPI itu, Malaysia boleh dikatakan berada pada tahap tidak berapa bagus namun tidak berapa teruk dari sudut penglibatan dalam jenayah rasuah.

"Bagaimanapun, kita perlu tahu, kejatuhan satu mata dalam tahap rasuah dikaitkan dengan 16 peratus penurunan pelaburan dari luar negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga kini, SPRM menerima kira-kira 10,000 laporan mengenai rasuah setahun.

Namun, katanya, kebanyakan laporan itu tidak mempunyai asas menyebabkan SPRM tidak dapat melakukan tindakan susulan.

Sutinah berkata, berdasarkan kepada statistik pula, penjawat awam didapati menjadi golongan yang paling ramai menerima rasuah di negara ini.

"Pihak swasta pula sama banyak antara pemberi dan penerima rasuah manakala, orang awam banyak direkodkan memberi rasuah," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Selasa, Mac 01, 2011

SUNYINYA ORANG POLITIK


Sunyinya orang politik bila dia tiada kuasa. Begitulah putaran alam. Semasa kita jadi timbalan menteri, orang ramai kerumun kita tidak kira waktu. Bila kita sudah tiada kuasa, tiada orang mahu mengejar kita.

Saya dapat rasa apa yang dialami oleh bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Haji Rahman Bakar ketika saya menziarahinya di wad tanjung, di Hospital Kuala Lumpur sebentar tadi. Beliau sudah sebulan dimasukkan ke wad VIP itu kerana mengalami sakit kaki.

Siapa yang tidak kenali Rahman Bakar yang jadi giant killer pada tahun 1986 dahulu? Beliau mengalahkan Haji Hadi Awang di parlimen Marang pada tahun 1986. Selepas itu beliau dilantik timbalan pengerusi MARA dan pernah menjadi pengerusi LKIM.

Pada tahun 1990, beliau kalah di tangan Haji Hadi. Beliau yang bermula sebagai ketua pemuda UMNO bahagian Marang akhirnya menjadi Exco Pemuda UMNO malaysia yang seangkatan dengan Zubir Embong, bekas ahli parlimen Kuala Terengganu.

Hubungan saya dengan Rahman Bakar amat unik. Pada tahun 1993, saya tulis buku DILEMA YUSOF NOOR dan saya menghentamnya dalam buku tersebut kerana beliau menyokong ketua pemuda negeri, Idris Jusoh memulau konvesyen UMNO Terengganu.

Dia marahi saya ketika saya temuinya di pejabat Dr. Yusof Noor yang menjadi menteri perusahaan awam ketika itu. Dia tanya saya berapa banyak Wan Mokhtar upah saya tulis buku itu. Saya tidak menjawab tuduhan itu kerana ternyata tuduhan itu tidak benar.

Akhirnya kami jadi kawan baik kerana dia tahu sebagai penulis saya menulis kebenaran. Saya bukannya berpihak kepada Wan Mokhtar atau Dr Yusof Noor.Saya berpihak kepada kebenaran. Jika Rahman Bakar berada di pihak yang benar, saya sokongnya. Sebab itu akhirnya kami tetap baik selepas itu kerana dia tahu bahawa saya adalah penulis yang tidak berpihak kepada sesiapa.

Pada tahun 2004, sebagai ketua UMNO Bahagian Marang beliau terpilih sebagai calon BN menentang Haji Hadi sekali lagi di parlimen Marang. Beliau menang dalam pertandingan ketiga itu. Kali pertama dia menang pada tahun 1986, kali kedua kalah pada tahun 1990 dan kali ketiga beliau menang semula pada tahun 2004.

14 tahun meninggalkan Dewan Rakyat, akhirnya Rahman kembali ke situ.Kali ini beliau dilantik sebagai timbalan menteri sumber manusia dan beliau menang dalam pertandingan ahli majlis tertinggi UMNO.

Pada tahun 2008 beliau digugurkan oleh Idris sebagai calon. Selepas itu beliau tewas kepada YB Yahya sebagai ketua UMNO Bahagian Marang kerana beliau bukan lagi ahli parlimen dan bukan lagi timbalan menteri.YB Yahya bukan sahaja ADUN pengkalan berangan malah Exco Kerjaraya. Maka tewaslah Rahman Bakar.

Bila tiada kuasa, makin ramai kawan yang melarikan diri. Bila sakit, Rahman Bakar rasa sunyi kerana tiada kawan yang datang melawatnya seperti dahulu. Adalah diharapkan selepas keluar rencana ini dalam blog ini, semakin ramai yang datang melawat beliau. Sewaktu sakit begini dia perlukan sokongan kita semua. Janganlah berkawan sewaktu sihat sahaja.

Dalam sakit pun, beliau tetap bercerita pengalamannya sewaktu muda dahulu pada tahun 1970an ketika beliau menjadi timber grader. Waktu itu gajinya besar RM12 ribu sebulan. Atas nasihat orang tuanya, akhirnya beliau jadi guru dan akhirnya beliau masuk UKM. Selepas keluar dari UKM dan berkhidmat sebagai guru semula, nasibnya baik bila beliau dipilih bertanding di parlimen Marang pada tahun 1986. Ketika itu beliau sudah menjadi ketua pemuda UMNO Bahagian Marang.