Selain dari facebook, satu lagi laman sosial yang popular ialah tagged. Tidak seperti facebook yang memerlukan rakan-rakan mengeluarkan pendapat, tagged lebih menjurus ke arah mencari rakan peribadi.
Bagi mereka yang belum ada tagged, berhati-hatilah bila baru menjadi ahli tagged. Banyak sangat penipuan di kalangan ahli-ahli tagged. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya.
Pada 1 Disember lalu, saya menerima satu mesej dalam tagged saya daripada orang Sudan, Muhammad Abdullah, 48 yang duduk di London, yang bertanya peluang-peluang perniagaan di Malaysia. Katanya, dia minat berniaga buka travel agency, pertanian dan bina beach resort.
Maka saya pun balas mesej itu kepada e mail peribadinya dan mencadangkan dia tanam gaharu. Dia pun membalas e mail saya pada 5 Disember dengan mengatakan melalui internet, dia sudah buat research mengenai tanaman gaharu ini. Maka dia berminat melabur dalam tanaman gaharu ini katanya dia ada USD5.5 juta milik aruah bapanya yang simpan di sebuah finance company di London.
Dua hari kemudian dia hantar e mail lagi mengatakan arrangement sedang dibuat untuk bawa duit itu ke Malaysia melalui kurier servis. Dia kata bila orang tu sampai di Kuala Lumpur bawa duitnya, dia akan hubungi saya.
Dia call saya setiap dua hari sekali. Minggu lepas dia call lagi mengatakan tak jadi hantar duit melalui wakil kurier servis tetapi dia akan datang sendiri ke Kuala Lumpur pada 22 Disember. Maka pada malam 22 Disember saya menunggu callnya tak ada kerana dia sepatutnya sudah sampai di Kuala Lumpur.
Pada malam esok jam 11 malam seorang pegawai kastam di KLIA, Madam Michelle menelefon saya mengatakan kawan saya dari London ditahan kastam kerana membawa satu bag wang cash sebanyak USD 1 juta. Dia kata untuk lepaskan kawan saya, saya kena bayar USD5 ribu. Kebetulan duiot cash di tangan Muhammad sudah ada USD3,500 maka pegawai kastam minta baki USD1,500 yang sama dengan RM5,100.
Saya pun jawab nak cari mana RM5,100 di tengah malam begini. Dia kata kalau tak bayar, kawan saya itu akan dihantar kepada polis. Pada masa yang sama Madam Michelle suruh saya bercakap dengan Muhammad Sudah yang kena tahan itu. Dia menangis dan merayu supaya saya cari duit untuk lepaskannya dari kastam.
Saya pun jawab esok saya cari. Yang peliknya jika betul Mat Sudan bawa USD1 juta kenapa dia tak buka beg itu untuk hulur USD1,500 kepada Michelle. Yang peliknya jika betul dia bawa RM3.4 juta kenapa hanya dikenakan rasuah RM17,000 sahaja sepatutnya dia boleh minta RM300,000 iaitu 10 peratus daripada RM3.4 juta.
Esoknya pada jam 1, Michelle yang menggunakan nombor handphone 0122641707 melefon saya tanya duit. Saya ingatkan Michelle yang call saya rupanya Mat Sudan. Saya tanya ini handphone siapa? Dia jawab handphone Michelle. Dia kata Michelle keluar kejap dan tertinggal handphone. Itu yang tak lojik pegawai kastam beri handphone kepada tahanannya.
Maka di sini sudah timbul keraguan pada saya. Tapi saya sms Michelle dua jam kemudian beritahu saya sudah ada RM5 ribu dalam tangan dan hendak jumpanya untuk serah duit kepadanya. Dia kata dia sibuk tak boleh ditemui hari itu. Katanya masuk saja dalam akaun bank. Saya minta nombor akaun. Dia sms nombor akaun orang Melayu, Hasnah binti Zakaria.
Saya pun call 103 minta nombor kastam KLIA. Ada pegawai bernama Muhammad mengesahkan tiada pegawai kastam bernama Michelle di situ. Dia tanya saya kenapa. Saya jawab ada tak orang Sudah ditahan dua hari lepas oleh kastam KLIA kerana bawa duit lebih. Dia kata tak ada. Penipuan sebegini sudah biasa berlaku. Ini kes yang ke 3000. Sindiket ini melibatkan orang Sudan dan dua perempuan Malaysia, Cina dan Melayu. Cina menyamar jadi pegawai kastam dan Melayu itu diguna untuk akaun banknya. Sudah ramai terkena.
Maka saya pun sms Michelle menghatakan tidak ada pegawai bernama Michelle di KLIA. Saya smsnya lagi beritahunya saya akan buat laporan polis. Sejak itu dia tidak hubungi saya lagi dan simcard nombor handphone itu mungkin sudsah dibuang.
Oleh itu kepada semua yang mahu jadi ahli tagged, berhati-hatilah dengan penipuan dalam tagged. Yang bijaknya dia mengambil masa yang lama hampir sebulan untuk meyakinkan kita niat dia ikhlas untuk buat bisnes di Malaysia. Jadi kita sudah percaya kepadanya kerana setiap hari dia call dari London. Jika orang yang ada duit, sudah tentu kesian tengok kawan yang sanggup datang dari London ditahan di KLIA maka sudah tentu duit RM5,100 sudah dibayar kepada pegawai kastam yang rasuah kononnya. Maka berhati-hatilah dengan penipuan dalam tagged ini.