Jumaat, Oktober 17, 2008

WAN JASNI DIJANGKA KEKAL PEMERIKSA KIRA-KIRA


Siapa kata jawatan pemeriksa kira-kira tidak penting? Jika tidak penting, masakan jawatan itu jadi rebutan di bahagian UMNO Kemaman. Dua orang penyandang jawatan, Hamzah Yusof,60, dan Wan Jasni Wan Mansor,50, dicabar oleh dua orang calon lain iaitu Mohd. Nor Ibrahim dan Ibrahim Abas.
Yang anehnya, Hamzah dan Wan Jasni adalah datangnya dari Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sama, DUN Kemasik. Adakah monopoli DUN Kemasik kali ini akan berakhir dengan kehadiran dari dua calon ini, Mohd. Nor (DUN Air Putih) dan Ibrahim (DUN Kijal).
Hamzah adalah dari cawangan Felda Kerteh 5 manakala Wan Jasni adalah dari cawangan Felda Kerteh 6. Wan Jasni, seorang guru, adalah bekas AJK Pemuda dilantik dari tahun 1995-1998 ketika Datuk Ahmad Said menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman. Beliau menang dalam pertandingan AJK Pemuda Bahagian dari tahun 1998-2000 ketika Dr. Ramli Taib menjadi Ketua Pemuda bahagian.
Selaku setiausaha UMNO cawangan Felda Kerteh 6, Wan Jasni dipercayai tidak ada masalah untuk mengekalkan jawatannya sebagai pemeriksa kira-kira buat penggal kedua pada hari esok. Selamat berjaya!