Isnin, Januari 11, 2016
MAMPUKAH BARU BIAN TUMBANGKAN ADENAN SATEM?
Pilihanraya negeri Sarawak kali ini agak menarik kerana calon Ketua Menteri bukannya pilihan kerajaan pusat. Dahulu Kuala Lumpur yang menghantar Rahman Yaacub dan Taib Mahmud mengetuai kerajaan negeri tetapi pilihan Adenan Satem mengejutkan kerana Kuala Lumpur lebih menyenangi Abang Johari.
Namun demikian untuk survival kerajaan pusat, Kuala Lumpur masih memerlukan Adenan Satem walaupun beliau agak melampau mahu sekolah di Sarawak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang dilihat itu adalah asas dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Adenan mengatakan Kuala Lumpur bodoh tetapi pemimpin pusat berdiam diri kerana kemenangan BN lebih penting di Sarawak daripada menjawab keceluparan mulut Adenan. Rakyat Sarawak melihat Adenan lebih berani dari Taib Mahmud dalam mengembalikan kuasa autonomi Sarawak.
Mampukah calon Ketua Menteri Pakatan Harapan Baru Bian menumbangkan kerajaan BN Sarawak? Bagi rakyat Sarawak isu nasional yang dimainkan oleh pemimpin Pakatan Harapan seperti isu 1MDB dan isu derma RM2.6 bilion tidak ada kena mengena dengan rakyat Sarawak.
Ketegasan Adenan Satem jika Najib Razak bersalah dalam isu 1MDB, Sarawak akan menarik sokongan kepada BN Pusat menunjukkan Adenan lebih popular dari Pakatan Harapan. Rakyat Sarawak lebih suka memenangkan BN Sarawak daripada memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan yang mana DAP, PKR dan Amanah merupakan parti yang berasal dari Semenanjung juga. Sebaliknya mengekalkan BN Sarawak bermakna mengekalkan parti yang bertapak di Sarawak.
Populariti Adenan dalam kalangan rakyat Sarawak dengan gaya bersahajanya, disenangi ramai.
Malah ungkapan Ooo Haa dan You, You yang menjadi trademark beliau, kini menjadi ikutan pelbagai lapisan masyarakat.
Kali terakhir pilihan raya Sarawak diadakan pada 16 April 2011, dengan BN di bawah kepemimpinan Ketua Menteri ketika itu, Abdul Taib Mahmud menguasai majoriti 55 daripada 71 kerusi dipertandingkan - tewas 15 kerusi kepada pakatan pembangkang, masing-masing 13 (DAP), 2 (PKR) dan 1 (Bebas).
Untuk pilihan raya negeri kali ini, 11 kawasan DUN baharu dipertandingkan, menjadikan 82 kerusi DUN, terbanyak berbanding negeri lain.
Sebelas kerusi baharu itu ialah DUN Batu Kitang, Stakan, Serembu, Triboh, Gedong, Kabong, Telian, Selirik, Murum, Samalaju dan Long Lama.
Daripada 11 kerusi baharu itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tonggak kekuatan BN Sarawak dijangka diagihkan sekurang-kurangnya lima kerusi. Jumlah pengundi berdaftar di Sarawak setakat suku tahun ketiga (ST3) 2015 adalah 1,131,956 orang.
Dalam dua pilihan raya negeri lalu, PBB menang semua 35 kerusi yang ditandingi dan dijangka terus mengulangi kecemerlangan itu kali ini.
Andai PBB yang kini diterajui Adenan sekali lagi menyapu bersih semua kerusi DUN ditandingi, bermakna PBB mendapat 40 kerusi, iaitu kurang dua kerusi meraih majoriti mudah, untuk membentuk kerajaan negeri secara bersendirian.
Adenan sebelum ini menyatakan kesediaan BN menghadapi pilihan raya itu tanpa rasa gentar terhadap saingan masing-masing.
“Bukan baru kini kita berpilihan raya, menang juga kita. Mana-mana pun kita menang.“Kita akan menang kalau kita tidak banyak cerita sama sendiri, gaduh sama diri, gaduh itu gaduh ini. Saya ni menyindir, ada parti di Malaya (Semenanjung), tak henti-henti kelahi.
Ikut PBB, tidak ada kelahi (gaduh) banyak,” katanya. PBB bagaimanapun menaruh keyakinan kepada konsep perkongsian kuasa dan sebab itulah ia bertahan kukuh sepanjang masa.
Untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-11 kali ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah memperoleh RM75 juta daripada bajet keseluruhan RM181 juta yang dimohon daripada kerajaan Pusat.
Seramai 21,000 petugas SPR turut dikerahkan untuk melancarkan proses pilihan raya itu nanti dari peringkat pegawai pengurus sehinggalah tukang kebun untuk membersihkan kawasan peti undi.
Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd. Yusof memberitahu, pihaknya sudah `turun naik’ Sarawak sejak tahun lalu lagi.
Kini, cuma menunggu tarikh pembubaran DUN negeri sahaja yang dijangka bila-bila masa dari sekarang.
“Antara keperluan logistik yang ditambah termasuklah 11 helikopter, menjadikan 33 kesemuanya untuk membawa kertas dan peti undi ke kawasan pedalaman dan terpencil.
“Fokus utama SPR adalah kawasan luar bandar, ditambah dengan 11 kerusi baharu sebahagian besar terletak di luar bandar, kami cuma tunggu pengumuman bubar DUN daripada Ketua Menteri, Adenan Satem,” katanya.
Ahad, Januari 10, 2016
ZAHID MAHU HUFFAZ JADI TOKOH PROFESIONAL
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu huffaz di negara ini hanya sekadar menjadi imam masjid atau surau semata-mata, sebaliknya menjadi tokoh profesional yang kaya dengan ayat al-Quran.
"Saya mahu mereka jadi jurutera, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara yang mampu jadi imam, jadi khatib baca khutbah bukan sahaja hari Jumaat tetapi pada Hari Raya," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Program Huffaz Aqso Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab 2015 di Masjid Tanah, Melaka semalam.

Pada majlis itu seramai 76 huffaz diberi sijil dan anugerah setelah berjaya menyelesaikan program hafazan al-Quran dalam tempoh tiga bulan.
Turut hadir isteri timbalan perdana menteri, Datin Seri Hamidah Khamis, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam, dan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Datuk Md Yunos Husin.

Beliau berkata penyeragaman kurikulum itu dapat mengelakkan 'caca marba' dalam sistem pendidikan maahad tahfiz di negara ini dan mewujudkan satu silibus berkesan untuk maahad tahfiz tersebut.
"Saya selaku TPM (Timbalan Perdana Menteri) amat menggalakkan agar banyak maahad tahfiz ditubuhkan di seluruh negara oleh kerajaan negeri, persekutuan, swasta atau orang persendirian.
"Tetapi saya menyeru kepada pengendali sekolah ini mesti mempunyai satu kurikulum khusus seluruh negara. Ada juga pondok buruk, banglo tinggal jadi maahad, bukan kita tidak mahu banyak huffaz tetapi kita mahu ada juga kualiti, ada nilai akademik dan Quranic," katanya.
Ahmad Zahid menyeru kerajaan negeri dan pihak terlibat agar bersepadu dalam membela kebajikan maahad tahfiz serta pelajarnya, supaya pelajar terbabit tidak 'dizalimi' dalam usaha mereka menimba ilmu.
"Di samping mencari pahala, jangan dizalimi dan ketepikan hak anak-anak ini untuk hidup selepas jadi huffaz. Mereka harus ada nilai akademik, nilai ekonomi dan nilai terbaik," katanya.
Mengulas mengenai huffaz yang dilahirkan sekolah tersebut, Ahmad Zahid melahirkan rasa bangga memandangkan sejak penubuhannya pada 2010, sekolah itu mampu melahirkan huffaz yang berkualiti dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran daripada 20 universiti terkemuka dunia.
"Alhamdulillah... berkat komitmen isteri saya dan adik beradik beliau, kita berjaya. Allah uji saya dan isteri, kita tahu ujian demi ujian datang. Tiada perkara yang mudah, tetapi berusaha lebih keras dan bijak, untuk capai kejayaan itu sukar tetapi untuk mempertahankan kejayaan lebih sukar," katanya.
Tapak bagi pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab itu diwakafkan oleh keluarga Hamidah dan Ahmad Zahid serta isterinya masing-masing merupakan pengasas dan timbalan pengasas sekolah berkenaan.
Sementara itu, timbalan perdana menteri berkata masyarakat Islam perlu bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan kalangan bukan Islam dalam usaha menuntut ilmu.
"Saya rasakan untuk berjaya harus ada kerjasama erat tanpa mengira apa sahaja latar belakang agama, bangsa dan keturunan," katanya.
Sabtu, Januari 09, 2016
MENANTI KEJUTAN 2016
Oleh Shahbudin Hj Embun
(sudah keluar dalam Berita Harian)
Tahun 2015 merupakan tahun pembuka jalan kepada hubungan antara Umno dan PAS. Adakah tahun 2016 akan menjadi tahun yang merealisasikan gabungan ini ataupun sekadar menjadi tahun yang terus membincangkan isu ini tanpa terjalinnya sebarang ikatan.
Ini adalah antara isu 2016 yang bakal dinantikan oleh kita semua? Bagaimana pula dengan kedudukan Umno sebagai parti utama di negara kita. Jika tahun 2015 melihat Umno bergolak dengan pelbagai isu yang boleh memecahbelahkan parti itu, adakah 2016 akan menyaksikan pergolakan yang lebih hebat atau menjadi tahun yang menjadi saksi kepada kematangan Umno dalam menyelesaikan isu-isu ini.
2016 baru sahaja bermula dan rakyat Malaysia seolah-olah sudah bersedia dengan pelbagai kejutan politik yang bakal melanda negara kita. Oleh itu apa kata kita berbalik kepada isu pergabungan Pas dan Umno. Pelbagai pihak dari Umno dan juga Pas yang telah memberikan pandangan tentang isu ini. Ada yang bersetuju dan ada juga yang merasakan pergabungan ini tidak perlu dilakukan.
Pas telah membuktikan yang parti ini mampu memainkan peranan penting dalam merubah senario politik di negara kita.Lihat sahaja peranan yang dimainkan oleh parti ini semasa bersama Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum yang lalu.
Penulis merasakan penyokong Pakatan Rakyat pastinya akan berasa lebih yakin dapat menakluki Putrajaya jika momentum gabungan lama dapat diteruskan selepas PRU 13 yang lalu. Namun sebagaimana yang diramalkan oleh kebayakan penganalisis politik, bukanlah sesuatu yang mudah untuk terus tidur sebantal jika mempunyai mimpi yang berbeza.
Tahun 2015 menyaksikan berlakunya pergeseran antara Pas dan DAP yang akhirnya menyebabkan pembubaran Pakatan Rakyat. Dan ini pastinya telah menjejaskan kekuatan pakatan pembangkang yang sebenarnya masih memerlukan Pas jika ingin mengambilalih Putrajaya.
Pakatan Harapan yang baru dibentuk untuk menggantikan Pakatan Rakyat masih belum cukup matang dan kuat untuk menentang Barisan Nasional.Dan walaupun Umno dan Barisan Nasional juga menghadapi masalah dalaman, namun Umno serta parti komponen Barisan Nasional masih kuat dan padu untuk terus membawa cabaran dan memikul tanggungjawab memimpin negara.
Walaupun dalam keadaan senario politik yang sukar diramalkan pada hari ini, Umno dan Barisan Nasional akan terus menjadi pilihan rakyat berdasarkan pada kematangan dan pengalaman yang dimiliki oleh parti yang memerintah ini.Barisan Nasional telah diduga dan diuji dengan pelbagai ujian. Kita lihat akan perbandingan ini.Pakatan Rakyat boleh berpecah disebabkan pergeseran antara DAP dan Pas dan ketidakupayaan Parti Keadilan Nasional yang bertindak sebagai pihak pendamai. Namun dalam Barisan Nasional, walaupun berlakunya ketidaksefahaman dan pergolakan, tetapi semangat solidariti dalam Barisan Nasional menyaksikan gagasan ini terus kuat dan utuh.
Inilah kelebihan yang terdapat pada Barisan Nasional dan tidak dimiliki oleh pakatan pembangkang yang masing-masing mahu menjadi wira dalam perjuangan mereka.Dan jangan lupa akan pendekatan kesederhanaan yang diamalkan oleh Barisan Nasional yang masih mampu mendekati hati rakyat yang sudah mula muak dengan cara pakatan pembangkang yang lebih menjurus kepada pendekatan yang lebih ekstrim.
Namun persoalannya ialah adakah Umno memerlukan Pas? Tidak ada jawapan ya atau tidak dalam persoalan ini.Apa yang lebih penting ialah dua parti besar Melayu ini sudah mula berjinak-jinak untuk bersama-sama duduk satu meja dan membincangkan soal kerjasama politik yang akan memberikan satu dimensi baru dalam senario politik tempatan.
Sebenarnya kerjasama seperti ini bukanlah sesuatu yang mustahil dan boleh dilaksanakan dengan berjaya. Lihat sahaja ketika Pas dan DAP masih bersahabat dahulu.Perbezaan antara kedua-dua parti itu diibaratkan seperti langit dan bumi tetapi masih boleh bekerjasama.Dan tentunya Umno dan Pas boleh merangka satu formula untuk bersama-sama berganding bahu demi perpaduan ugama, bangsa dan masa depan negara kita.
Dalam keghairahan melihat kedua-dua parti ini menjalin hubungan yang lebih baik, perlu diingatkan juga bahawa ianya masih di peringkat awal lagi. Itu sebabnya kita perlu bersabar dan menyerahkan kepada barisan pucuk kepimpinan Umno dan Pas supaya menetapkan agenda dan apakah bentuk persefahaman yang bakal diwujudkan nanti.
Kebijaksanaan yang dimiliki oleh pucuk pimpinan kedua-dua parti pastinya mampu menghasilkan satu gabungan mantap yang akan memberi kelebihan kepada semua pihak yang terbabit termasuk juga parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.
Tahun 2015 juga menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diuji dengan pelbagai cabaran dan adakah tahun 2016 akan menyaksikan senario yang sama akan berulang. Ketenangan beliau menghadapi segala dugaan ini telah membuktikan bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan mampu untuk terus membawa kejayaan untuk Malaysia. Perlu diingatkan juga bahawa secara umumnya Umno dan Barisan Nasional telah berdiri teguh di belakang Najib .
Apa yang lebih penting ialah sokongan ini diterjemahkan dalam bentuk yang lebih praktikal dan bukan sekadar retorik sahaja.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga telah beberapa kali menyeru kepada semua pemimpin untuk sama-sama mengharungi kapal yang bergelora bersama nakhoda dan bukan terjun meninggalkan kapal.
Semangat seperti inilah yang perlu ada pada setiap pemimpin Umno dan Barisan Nasional jika mereka mahukan semula kepercayaan yang lebih menyeluruh daripada rakyat terhadap Barisan Nsional. Inilah cabaran sebenar untuk Umno dan Barisan Nasional umumnya pada tahun 2016.
Hari ini kita sering mendengar yang jangkamasa setahun berlalu dengan begitu pantas sekali. Oleh itu, jangan terkejut kerana dalam sekelip mata sahaja dimensi dan senario politik di negara kita boleh berubah apabila berlakunya sesuatu kejutan. Selamat datang 2016.
Jumaat, Januari 08, 2016
DR VIDA SUDAH LAHIRKAN 50 JUTAWAN PAMOGA QU PUTEH
Belum pernah saya hadiri majlis sidang akhbar seperti majlis sidang akhbar Astro petang semalam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Biasanya selepas habis sidang akhbar wartawan bergegas pulang tetapi kali ini mereka menunggu penaja konsert Mega Gegar Vaganza yang akan diadakan di Istana Budaya minggu hadapan sehingga maghrib untuk wawancara eksklusif dengan Datuk Seri Vida.
"QU Puteh, Barulah Putih', satu slogan yang mungkin agak kelakar pada pendengaran, malah sesetengah orang berasa terganggu apatah lagi apabila diulang berkali-kali. Hakikatnya, slogan tersebut telah berjaya melonjak kembali populariti pengasas produk kecantikan terkenal tanah air, Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.
Slogan tersebut dilihat memberi impak besar kepada perniagaannya dan menjadi sebutan ramai tidak kira daripada anak kecil hinggalah dewasa, biarpun pada masa sama tidak kurang yang memperolok dan memperlekeh dengan melempar kata-kata kurang enak. Malah cucu saya yang baru berusia satu tahun setengah sudah pandai meniru aksi Dr Vida yang meletakkan dua jarinya di pipinya (lihat video).
Tidak cukup dengan itu, Vida turut dikritik hebat dengan penampilannya yang sentiasa ‘disinari’ kilauan dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.
Berilah gelaran apa pun, bagi Vida, sedikit pun tidak menjadi ‘kudis’, malah dia amat berbangga kerana sekurang-kurangnya slogan yang dianggap kelakar serta penampilan yang dianggap keterlaluan menjadi sebutan ramai.
Itu sahaja sudah cukup bagus untuk mempopularkan kembali perniagaannya.
Bagaimanapun, ibu kepada empat orang cahaya mata ini mengakui, pada mulanya dia berasa agak tertekan, namun mengambil pendekatan secara positif.
“Tipu kalau saya kata saya tidak terasa hati dengan cakap-cakap orang tetapi demi perniagaan, saya ‘telan’. Hasilnya, sekarang saya cukup bersyukur kerana produk Qu Puteh semakin laris sehingga tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pasaran.
“Mengenai penampilan saya pula, ‘blink-blink’ sudah sinonim dengan diri saya dan biarlah apa orang hendak cakap. Lagipun saya hanya berpenampilan begitu ketika acara formal sahaja, sedangkan pada hari-hari biasa saya seperti individu-individu lain, ringkas dan selesa.
“Yang pasti hari ini biarlah apa orang nak cakap kerana saya tahu apa yang saya lakukan dan saya positif,” katanya. Dr Vida mula dikenali umum selepas menaja Anugerah Juara Lagu terbitan TV3 pada tahun lepas dan fenomena ini berterusan apabila beliau menaja siaran langsung Gegar Vaganza bulan lepas di Astro Ria yang mendapat rating tertinggi.

Menyedari fenomena Gegar Vaganza, maka Astro membawa Mega Gegar Vaganza ke Istana Budaya selama tiga malam berturut turut mulai 15 Januari dengan membawa 13 orang artis yang menyertai final Gegar Vaganza 1 dan 2 seperti Ayai, Nana, Farahdiya, Acong, Ezad, Nasir Wahab, Haleeda, Haiza dan lain-lain.
Bercerita serba sedikit mengenai perniagaan yang diusahakan, jelas wanita kelahiran Machang, Kelantan, ini, dia memang seorang yang minat berniaga, malah mula menjual nasi lemak dan kuih muih seawal usia sembilan tahun.
Tidak terhenti setakat itu, ‘kerjayanya’ diteruskan sehinggalah beliau membuat keputusan untuk menjual barangan kecantikan pada usia 12 tahun dan berterusan sehingga melanjutkan pelajaran ke universiti.
Sememangnya seorang wanita yang tidak boleh duduk diam, Vida berkata, pelbagai jenis pekerjaan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan duit.
“Seawal darjah tiga saya sudah mula berniaga, tetapi waktu itu bukan niat untuk membantu orang tua sebab keluarga saya boleh dikatakan agak senang.
“Apa yang dilakukan waktu itu hanyalah semata-mata untuk dapat duit kerana saya bercita-cita tinggi ingin memiliki segala-galanya apabila dewasa nanti seperti kereta, motosikal, dan rumah sendiri.
“Jadi untuk mendapatkan apa yang dihajati, saya pernah bekerja di kilang, menjual pokok bongsai, dan tidak ketinggalan bekerja di restoran makanan segera,” katanya bersungguh.
Turut mengakui dirinya seorang yang sukakan cabaran, beliau memberitahu, segala yang dilakukan adalah kehendak dirinya sendiri malah bersyukur kerana keluarga sentiasa menyokongnya.
Setelah lama berbual dan bercerita mengenai pengalaman berniaga, dikejutkan pula dengan pengalaman kerjanya sebelum bergelar usahawan kosmetik.
Berkelulusan Ijazah Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM), menurut anak bongsu daripada tiga beradik ini lagi, beliau pernah bergelar cikgu sekolah selama 12 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Pooi Lam. Inilah kelebihan Dr Vida yang boleh bercakap dalam bahasa mandarin.
Sanggup meletak jawatan ‘24 jam’ gara-gara ingin memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan yang diusahakan.
Vida bangga kerana sekurang-kurangnya segala perancangan yang diatur berjalan dengan lancar sehingga ke hari ini.
Setelah berhempas pulas menjual produk orang lain, akhirnya beliau tampil dengan produk jenama Vida Beauty yang terdiri daripada sabun, krim siang, dan krim malam.
Bertitik tolak daripada situ, beliau meneruskan langkah dengan mengeluarkan minuman kesihatan, Pamoga pada tahun 2010 dengan harapan ingin melawan pasaran antarabangsa.
Nasib menyebelahi apabila produk tersebut yang dihasilkan daripada gamat dan buah delima mendapat sambutan dan kekal sehingga hari ini.
Perjalanan Vida tidak terhenti di situ, malah selepas Pamoga dilancarkan beliau membuat perancangan seterusnya dengan mengeluarkan pula minuman untuk pencerahan pada tahun 2013.
Habis sahaja berbicara mengenai perjalanan kerjayanya, Vida tidak ketinggalan menceritakan serba sedikit kisah arwah anak-anaknya yang terkorban dalam kebakaran pada Ogos 2013.
Akibat daripada peristiwa tersebut, beliau menjadi sugul dan menyepikan diri selama setahun lebih kerana terlalu bersedih dan banyak memikirkan apa yang telah berlaku.
“Saya mengalami konflik identiti akibat daripada kematian anak-anak saya kerana berlaku secara tiba-tiba.
“Masa itu tiada apa yang difikirkan melainkan takut mati dan ketika itu jugalah segala-galanya (perniagaan) diuruskan oleh kakitangan saya.
“Saya bukan sahaja tidak mempedulikan perniagaan dan apa yang berlaku di sekeliling, malah saya juga tidak bertenaga untuk bekerja. Alhamdulillah segala-galanya dapat diatasi setelah mendapat nasihat daripada mereka yang berpengaruh dalam bidang agama,” ulasnya lagi yang turut memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Biologi dari Universiti Monash.
Menyentuh pula mengenai rumah tangganya, beritahu Vida, beliau telah melangsungkan perkahwinan terbaharu pada 3 Oktober 2014.
Menyatakan tiada jodoh dengan bekas suami sebelum ini, Vida berkata, hari ini dia cukup bahagia dengan Fairuz Ahmad Zainuddin di samping dua orang anaknya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 10, dan Muhammad Eric Zacquan, 8.
Menyatakan segala yang berlaku ada hikmahnya, Vida hari ini akan meneruskan perancangan yang telah diatur dalam bidang perniagaan dengan mengeluarkan lebih banyak produk kesihatan dan kecantikan.
Sebagai seorang usahawan, beliau telah melahirkan 50 orang jutawan Pamoga daripada 500 orang stokis. Beliau berazam melahirkan lebih ramai jutawan yang mahu berniaga produk beliau.
Sebagai usahawan yang berjaya, beliau menasihati bakal usahawan supaya berniaga sepenuh masa dan komited dengan perniagaan mereka dan jangan cepat putus asa jika gagal.
"Saya sudah tiga kali jatuh tetapi dengan pendekatan baru menaja program tv, perniagaan saya naik semula dan sebelum ini saya banyak tersalah beli iklan di akhbar yang merugikan saya," katanya.
Walaupun ada orang menganggap beliau over, tetapi sebagai usahawan beliau tidak boleh berdiam diri lagi dalam menjayakan perniagaannya.
"Apa guna saya menaja program sampai berjuta juta jika saya tidak dapat promosi produk saya," katanya.
Khamis, Januari 07, 2016
KITA YANG PATUT MALU DENGAN ORANG BUKAN ISLAM
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) tidak perlu untuk mengikut jejak langkah Rayani Air yang memperkenalkan konsep patuh syariah.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, konsep patuh syariah yang diperkenalkan itu hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam.
“Kita dapati pemiliknya bukan orang Islam. Jadi orang bukan Islam yang patuh pada ajaran agama Islam ada juga. Dia dapat keuntungan daripada agama Islam. Sekarang ini, macam-macam benda orang cari keuntungan daripada apa yang ditafsir sebagai kehendak Islam.
“Tidak payah (ambil tindakan yang sama seperti Rayani Air). Saya tengok, syarikat Arab Saudi pun tidak ada konsep patuh syariah. Kenapa kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari orang lain,” katanya sewaktu wawancara eksklusif bersama FMT.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir turut membidas dakwaan bahawa MAB masih menghidangkan arak kepada penumpang-penumpang syarikat penerbangan berkenaan.
“Benda itu sebenarnya tidak patut timbul. Negara Islam yang penduduknya 100 peratus Islam juga tidak suruh buat macam itu (hentikan menghidangkan alkohol sewaktu penerbangan).
“Kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari mereka. Orang yang tidak pakai tudung pun Islam juga. Orang yang buat dosa juga Islam. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya kata orang itu tidak Islam. Adakah melayan penumpang dengan tudung menunjukkan kita lebih Islam?” soalnya.
Rayani Air memperkenalkan imejnya sebagai syarikat penerbangan patuh syariah yang mewajibkan anak kapal kabinnya memakai tudung bagi yang beragama Islam, menyediakan makan minum daripada sumber halal, melarang minuman keras dan mengamalkan bacaan doa sebelum memulakan penerbangan.
Mempunyai 355 kakitangan, lapan juruterbang dan 50 petugas anak kapal kabin, nama Rayani Air merupakan hasil gabungan nama pemilik syarikat penerbangan itu iaitu Ravi Alegandrran dan isterinya Karthiyani Govindan.
Ulasan saya, kita orang Islam yang patut malu dengan Rayani Air yang memperkenalkan syarikat penerbangan patuh syariah kerana pemiliknya bukan Islam.
Oleh itu tidak timbul soal orang bukan Islam cuba menggunakan Islam untuk kepentingan perniagaan mereka. Mereka faham dengan kehendak orang Islam yang mahu melihat peramugari mereka menutup aurat dan tidak menghidangkan arak dalam kapal terbang.
Jadi kenapa Dr Mahathir takut sangat dengan Rayani Air. Sepatutnya MAS yang mewakili negara membenarkan peramugari mereka bertudung dan tidak menghidangkan arak kerana selama ini negara kita dikatakan negara Islam.
Namun demikian seperti kata Wan Ji, MAS patut kreatif dalam soal menghidang arak jika MAS masih nak hidangkan arak kepada bukan Islam dengan menyuruh peramugari bukan Islam menghidangnya. Begitu juga perimugari Hindu tidak dibenarkan menghidangkan daging lembu kepada penumpang Islam.
Ini soal pengurusan maka pekerja Islam atau Hindu tidak tersinggung jika arahan ini dikuatkuasakan oleh MAS. Namun demikian oleh kerana sudah ada Rayani Air maka sudah tentu kerajaan takut MAS tidak ada penumpang lagi.
Bukankah penerbangan patuh syariah ini satu pilihan seperti mana kita bebas menyimpan wang dalam Bank Islam atau bank konvensional? Kenapa harus takut kepada penerbangan yang mengamalkan cara hidup Islam?

Rabu, Januari 06, 2016
SUDAH SAH PERTANDINGAN TIGA PENJURU DI KELANTAN
Pintu perbincangan antara PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) sudah ditutup untuk rundingan mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Beliau berkata perbincangan itu tidak perlu diadakan kerana Amanah pernah membuat perjanjian dengan parti itu untuk tidak bertanding di Kelantan.
"Tapi dia (Amanah) kena ingat janji dia dahulu (untuk tidak bertanding) di Kelantan... orang ingat janji dia tu.
"Kalau dia nak bertanding itu hak dia. Dalam negara demokrasi tak ada orang boleh ganggu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri satu mesyuarat di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.
Mohd Amar mengulas kenyataan Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semalam bahawa Amanah masih membuka pintu rundingan dengan PAS bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum nanti.
Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS tidak akan menghantar wakilnya untuk menghadiri sebarang perbincangan dengan Amanah kerana dari awal lagi PAS "tak ada apa-apa hubungan" dengan parti itu.
Ini bermakna sudah sah akan berlaku pertandingan tiga penjuru di antara BN dengan PAS dan Amanah dalam PRU 2018 di Kelantan. Sejauh mana kuatnya Amanah di Kelantan akan ditentukan pada PRU akan datang. Sehingga ini Amanah belum terbukti kuat kecuali ada pilihanraya kecil di Kelantan sebelum Mei 2016 Amanah menang.
Adakah selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada April 2015 akan menyebabkan PAS akan hilang pengaruh? Adakah generasi muda Kelantan akan menyokong Amanah terutamanya pengundi baru? Atau adakah BN yang kehilangan Kelantan sejak tahun 1990 akan dapat menawan semula Kelantan gara-gara perpecahan PAS-Amanah ini.
Di kubu kuat PAS, PAS mungkin menang tetapi di kerusi yang PAS menang dengan majoriti kecil mungkin memberi kemenangan kepada BN. Sebaliknya Amanah belum pasti dapat menang di kawasan mana.
Namun demikian jika berlaku kerjasama Umno-PAS sebelum PRU 2018, maka BN akan berdepan dengan Amanah dan PAS akan berdepan dengan Amanah dalam pertandingan dua penjuru juga. Jika kerjasama ini berlaku, maka status quo akan digunakan di mana PAS bertanding di 32 buah kerusi yang mereka menang pada 2013. Begitu juga BN akan bertanding 12 kerusi sahaja.
Soalnya adakah BN dan PAS akan bersetuju dengan pembahagian kerusi ini? Jika mereka tidak capai kata sepakat maka pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan.

Selasa, Januari 05, 2016
MASA ADA KUASA, TAK BUAT APA PUN
Dua hari lepas, Naib Presiden Umno, Shafie Apdal menggesa kerajaan mengatasi segera masalah kos sara hidup rakyat. Lucu juga saya baca Facebook beliau kerana apabila beliau jadi menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna apa yang beliau buat untuk atasi masalah kos sara hidup rakyat.
Ketika itu sudah ada isu kenaikan harga minyak. Apa yang beliau buat. Saya kenali beliau ketika saya bekerja di Sabah sebagai wakil akhbar Watan pada tahun 1989. Ketika itu beliau belum aktif dalam politik kerana beliau masih pegawai kerajaan di kementerian perindustrian dan luar bandar Sabah.
Beliau aktif dalam NGO sebagai timbalan presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) orang nombor dua kepada Dr. Salleh Said Keruak. Tetapi selepas beliau jadi menteri, bukan main sombong beliau. Saya pernah ke rumahnya di Jalan Belammy untuk hantar poposal untuk mengatasi masalah subsidi tetapi beliau suruh jumpa setiausaha sulit kanannya di ofisnya, Karim.
Sampai beliau ditukarkan ke kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan, saya tak dapat tarikh untuk menemuinya. Apabila Shahrir Samad jadi menteri baru, barulah kami dapat temui Shahrir untuk membentangkan proposal ini. Shahrir berminat dengan idea mengurus subsidi tetapi beliau suruh kementerian buat RFP (Request For Proposal) maka banyak yang hantar proposal termasuk Maybank, RHB yang menciplak kertas kerja asal kami yang dihantar kepada Majlis Harga Negara.
Apabila kertas ini dihantar ke kabinet, Pak Lah tak minat dengan pengurusan subsidi yang dapat menyelamatkan duit rakyat RM5 billion setahun. Sebaliknya beliau mengumumkan setiap rakyat Malaysia yang mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka diberi rebat sebanyak RM625. Maka proposal ini tidak dilaksanakan. Jika ia dilaksanakan pada tahun 2007 dahulu, sudah sembilan tahun kerajaan dapat menyelamatkan RM45 billion daripada membayar subsidi.
Oleh itu apabila hendak buat kenyataan tentang kos sara hidup, sepatutnya Shafie berhati hati kerana sepanjang dia jadi menteri yang jaga hal ehwal pengguna beliau tidak buat apa pun. Sebaliknya Shahrir sudah buat sesuatu untuk menguruskan subsidi walaupun Pak Lah tidak bersetuju untuk melaksanakannya.
Isnin, Januari 04, 2016
SIAPA HINA ISLAM, SIS ATAU DR KHAIRUDIN?
Ini yang susahnya apabila orang jahil tentang Islam bercakap tentang Islam. Sudah sampai masanya bagi KDN melalui Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan NGO yang menggunakan nama Islam seperti Sister In Islam (SIS) kerana ia jahil tentang tentang Islam.
Nak bercakap tentang Islam, pakai tudung pun tidak sedangkan perempuan Islam diwajibkan menutup aurat. Nampak sangat SIS memperalatkan nama Islam untuk memperjuangkan hak wanita Islam.
SIS mendakwa Ketua penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menghina Islam dengan cadangannya yang perkahwinan akan menyelesaikan masalah rogol bawah umur yang tinggi di negara ini.
Organisasi bukan kerajaan yang memperjuangkan hak wanita Islam itu berkata, kenyataan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di laman sosial baru-baru ini sangat mengejutkan dan salah.
“Islam tidak membenarkan perkahwinan bawah umur, terutama sekali kepada pemangsa itu sendiri, misalnya perogol gadis bawah umur itu.
“Selaku ahli Parlimen, sangat mengejutkan yang Khairuddin memperlekehkan keseriusan dan trauma emosi yang dialami mangsa dalam kes rogol bawah umur,” kata SIS merujuk kepada posting di Facebook ahli Parlimen Kuala Nerus itu Rabu lalu.
Khairuddin juga berkata di laman sosial itu, "bernikah adalah ubat paling mujarab disediakan Islam dalam aspek membendung gejala sosial ini.”
“Masyarakat khususnya ibu bapa mesti menggalakkan dan memudahkan urusan perkahwinan anak-anak.
“Manakala kerajaan pula mesti membantu menyediakan insentif tertentu bagi meringankan beban pasangan yang bakal berkahwin,” beliau menulis di Facebook pada 30 Disember.
Ahli Parlimen PAS itu mengulas statistik jenayah seksual dikeluarkan Bukit Aman yang menunjukkan 920 daripada 1,794 kes dilaporkan tahun ini melibatkan kes rogol bawah umur.
Khairuddin juga mendakwa kira-kira 90% kes rogol bawah umur adalah di bawah "kategori suka sama suka" manakala 10% sahaja "kategori paksaan".
SIS menyifatkan kenyataan Khairuddin tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.
“Perbuatan rogol tidak boleh jadi suka sama suka walaupun gadis bawah umur terlibat tidak mengatakan ‘tidak’, kerana itulah wujud istilah rogol bawah umur.
"Tiba masanya kita melihat rogol sebagai satu jenayah yang sebenarnya dan pelanggaran hak manusia.
“Rogol ialah perbuataan hina yang berdosa di sisi Islam dan tidak boleh diberikan ganjaran perkahwinan.”
SIS menambah Malaysia, yang menandatangani Konvensyen Menghapuskan semua bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC), bertanggungjawab memastikan gadis bawah umur memperolehi peluang pendidikan tinggi dan mencapai potensi diri mereka, bukannya membenarkan perkahwinan kanak-kanak sebagai penyelesaian kepada masalah rogol bawah umur.
Selain mencadangkan pernikahan sebagai ubat paling mujarab, Khairuddin dalam postingnya turut mencadangkan definisi rogol, kaedah pendakwaan dan perbicaraan serta hukuman ke atas pesalah dan hak mangsa yang digunapakai ketika ini disemak semula dan diselarikan dengan undang-undang jenayah syariah.
Sebenarnya siapa yang hina Islam? Dr Khairuddin ke atau SIS yang hina Islam. SIS yang jahil sejarah Islam. Berapa umur Siti Aishah kahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w? Bukankah 10 tahun? Umur 10 tahun itu bawah umur ke atau atas umur?
Oleh itu sebelum menuduh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS itu menghina Islam, SIS hendaklah mengkaji sejarah perkahwinan dalam Islam itu sendiri.
Malah pada tahun 50an, 60an, nenek kita umur 15 tahun sudah kahwin. Tetapi bila zaman berubah akibat pendidikan maka umur lelaki dan perempuan kahwin semakin meningkat.
Apa yang dimaksudkan oleh Dr Khairudin ialah bagi pasangan bawah umur yang suka sama suka supaya kahwin kerana mereka tidak minat belajar lagi. Bukannya orang yang dirogol mengahwini lelaki yang merogolnya. Istilah rogol berkanun digunakan untuk pasangan bawah umur berzina walaupun mereka rela hati bersetubuh.
Justru itu pandangan Dr Khairuddin supaya mereka berkahwin adalah pandangan yang baik jika mereka tidak minat belajar lagi.Oleh itu pandangan beliau bukannya menghina Islam.

Ahad, Januari 03, 2016
ASAS AGAMA PERLU DITERAP LEBIH AWAL
KOTA BELUD, 2 Jan (Bernama) -- Pendidikan agama Islam yang menyeluruh perlu diterapkan lebih awal kepada generasi muda bagi memastikan mereka memiliki asas agama kukuh dalam menghadapi cabaran di masa depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata ini termasuk memberikan golongan itu pembelajaran bacaan al-Quran yang tepat selain asas ilmu pengetahuan agama bagi memperkukuh kefahaman mengenai Islam.
"Adalah amat penting setiap penganut agama Islam mengamalkan apa yang disuruh agar penganut-penganut agama lain turut menghormati agama Islam sekali gus masyarakat Islam itu sendiri.
"Perkara asas dan wajib dalam agama (Islam) harus dipelajari kerana asas agama adalah penting sebagai panduan. Tambahan, dunia sekarang banyak cabaran. Jika asas (agama) tidak kukuh dari awal, sudah tentu akan mengalami banyak masalah di kemudian hari," katanya ketika merasmikan Pusat Pembelajaran Al-Quran Al-Baghdadi cawangan Kota Belud di sini Sabtu.
Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan amat mengalu-alukan penubuhan pusat pembelajaran al-Quran yang merupakan cawangan ke-36 di Sabah itu kerana ia mampu menjadi platform memastikan generasi muda di daerah tersebut memiliki ilmu pengetahuan agama dan mahir membaca al-Quran.
Pusat pembelajaran al-Quran Al-Baghdadi yang direkodkan dalam 'The Malaysia Book of Records' sebagai pusat pembelajaran al-Quran terbesar itu kini memiliki 1,168 cawangan seluruh negara selain membuka cawangan di luar negara antaranya di Indonesia, Brunei, New Zealand dan bakal diperluas ke Jepun.
-- BERNAMA

Sabtu, Januari 02, 2016
NIK ABDUH MASUK AMANAH BARU BERITA
Salah seorang anak kepada bekas mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan telah menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH).
Dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu malam tadi, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar Nik Aziz dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah AMANAH Kelantan.
Nik Omar bagaimanapun tidak hadir dalam majlis tersebut yang berlangsung di Petaling Jaya.
Namun ketika ditemui selepas itu, Nordin menafikan beliau ada menyebut penyertaan Nik Omar dalam AMANAH.
Malah, beliau mengatakan mungkin wartawan tersalah dengar berhubung pengumuman tersebut.
"Eh mana ada anak Nik Aziz masuk AMANAH. Kamu salah dengar ni. Mana ada," katanya selepas majlis yang dihadiri kira-kira 1000 penyokong parti itu.
Bagaimanapun, menurut seorang pemimpin AMANAH Kelantan yang ditemui mengesahkan anak lelaki sulung kepada bekas menteri besar Kelantan itu memang telah menyertai parti berkenaan.
Sumber tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata Nik Omar bagaimanapun tidak akan hadir pada majlis-majlis yang melibatkan orang ramai pada ketika ini.
Katanya, ia bagi menghormati permintaan keluarganya serta kematian bapanya yang meninggal dunia pada Februari lalu.
"Sebenarnya dia (Nik Omar) memang dah sertai AMANAH tapi sebab nak menghormati permintaan bondanya serta keluarganya yang lain.
"Tetapi kalau ada mesyuarat dalaman memang dia akan hadir cuma di majlis terbuka seperti ini dia tak mahu menonjol," katanya.
Selain itu, beliau menambah Nik Omar belum bersedia "menunjukkan" dirinya kerana permintaan ibunya sendiri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
"Lagi pun permintaan bonda dia. Iyalah, seorang (anak) PAS, seorang AMANAH.
"Tapi sebenarnya, dialah (Nik Omar) yang betul-betul mewarisi seperti ayahnya dari segala segi," kata sumber itu lagi.
Nik Omar merupakan anak kedua daripada sepuluh adik-beradik. Sebelum ini beliau dikhabarkan akan menyertai AMANAH tetapi menafikannya.
Manakala adiknya, Nik Abduh yang merupakan anak kelima pula merupakan Ketua Pemuda PAS dan anggota parlimen Pasir Mas.
Ulasan saya, apa yang hairannya anak Nik Aziz masuk Amanah. Lagipun Nik Omar tidak pernah aktif dalam politik maka kesannya tidak kuat mana.
Melainkan Nik Abduh yang juga Ketua Pemuda PAS yang masuk Amanah, baru ia adalah berita yang kuat. Soal dua beradik masuk parti yang berlainan bukan soal baru. Lihat Shahrir Samad, Ahli parlimen BN Johor Bharu dengan adiknya Khalid Samad, ahli parlimen Amanah Shah Alam.
Jadi kemasukan Nik Omar ke dalam Ananah bukannya menunjukkan Amanah makin berpengaruh. Sebaliknya jika pemimpin besar PAS menyertai Amanah barulah ia satu pukulan kepada PAS. Amanah belum terbukti ia kuat kecuali ada pilihanraya kecil Amanah menang mengalahkan PAS dan BN. Barulah Amanah boleh mendabik dada menggantikan PAS.
Jumaat, Januari 01, 2016
RATING TERTINGGI BAGI BULAN DISEMBER
Bulan Disember 2015 tidak sehebat rating bulan November yang mendapat rating tertinggi 4,155 hit. Tidak ada posting yang hangat bagi bulan lepas. 10 rating tertinggi adalah seperti berikut:-
1. FMT salah lapor blog saya (27 Disember)
2.Keluarlah dari PAS, masuk Amanah, Idris (23 Disember)
3.Perang dalam didamaikan, perang saraf diperhebatkan (25 Disember)
4.Akhirnya sebuah impian (31 Disember)
5.Mahathir sudah lupa (3 Disember)
6.Shafie kena main (8 Disember)
7.Kekalkan status quo jika Umno-PAS bekerjasama (19 Disember)
8.Muhyiddin wajar dipecat (9 Disember)
9.Umno tiada pilihan jika Muhyiddin terus berdegil (13 Disember)
10. Kenapa filem Hindustan berjaya? (28 Disember)

Khamis, Disember 31, 2015
AKHIRNYA SEBUAH IMPIAN
Malam tadi tepat 8.15 malam saya menerima panggilan dari isteri sahabat saya, Abdullah Ibrahim yang mengatakan Abdullah sudah meninggal dunia. Pada mulanya saya tidak percaya dengan panggilan Puan Suzana itu dan saya menelefonnya semula untuk mendapat pengesahan daripada Puan Suzana.
Ternyata sahabat baik saya sudah pergi dalam usia 62 tahun. Saya menangis kerana setiap hari biasanya dia akan call saya tetapi sudah tiga hari dia tidak call saya. Saya pun sibuk tak sempat callnya untuk bertanya khabar.
Saya mengenali Dollah sejak kembali semula ke Kemaman pada tahun 1992 selepas berhenti kerja dengan akhbar Watan di Kuala Lumpur. Ketika itu beliau bersama isterinya membuka farmasi di hadapan kedai kopi Hai Peng, Chukai, Kemaman.
Pada tahun 2000, beliau rapat dengan saya kerana ketika itu beliau memohon pinjaman untuk perniagaan kilang catnya sebanyak RM1 juta daripada Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Saya ketika itu bekerja sebagai eksekutif di PNS yang berpejabat di PWTC.
Tetapi permohonan beliau tidak diluluskan kerana PNS tidak nampak cat beliau sebagai cat yang berasaskan getah yang pertama di dunia sebagai peluang perniagaan yang baik bagi Bumiputera. Dollah tidak berputus asa. Beliau memohon pinjaman PUNB tetapi PUNB meluluskan pinjaman sebanyak RM300,000 sahaja. Beliau tolak pinjaman itu kerana RM300,000 tidak cukup untuk membuka kilang.
Selepas saya berhenti kerja dengan Free Malaysia Today (FMT) pada Julai 2014, saya terjumpa semula dengan Dollah secara kebetulan selepas 13 tahun tidak bertemu. Saya tanya apa dia buat sekarang, dia kata dia tidak buat apa. Saya tanya bagaimana kilang cat dahulu. Dia kata tak ada modal untuk mulakan kilang tersebut. Sejak itu saya berikrar kepadanya untuk cari pelabur bagi meneruskan kilang cat tersebut. Cat Eptex itu dicipta oleh Dollah dan ia telah diluluskan oleh SIRIM. Malah pakar cat dari Jepun dan German yang datang ke Malaysia pada tahun 2000 kagum dengan formula Dollah itu.
Ramai pelabur yang kami temui termasuk pelabur dari Brunei, Kalimantan tetapi semua tinggal janji sahaja. Pada masa yang sama saya selaku broker jual bangunan dan tanah turut menunggu komisen saya untuk mulakan kilang cat bersama Dollah. Tiga LOI saya sudah dapat untuk jual bangunan dan tanah tetapi LOI itu lambat dicairkan maka cita-cita Dollah untuk melihat kilang cat eptex itu beroperasi tidak menjadi kenyataan.
Sementara menunggu komisen saya tiba, kawan saya yang baru dapat komisen dari projek FELDA pada 4 Disember lalu bersetuju untuk melabur sebanyak RM1 juta dalam kilang cat dan kami bertiga bersetuju untuk miting pada 1 Januari 2016 untuk membincangkan ekuiti kami bertiga di mana saya mencadangkan supaya ekuiti Azlan 50 peratus, Dollah 40 peratus dan saya 10 peratus. Apabila saya terima komisen jual tanah dan bangunan nanti, saya akan beli balik ekuiti Azlan.
Kami sudah bersetuju untuk mulakan operasi kilang cat eptex mulai 4 Januari 2016 dengan pengurusan kanan melaporkan diri terlebih dahulu iaitu CEO, COO, Pengurus Sumber Manusia, Pengurus Kewangan, Pengurus Pengeluaran dan Pengurus Pemasaran.
Kami mengambil 25 orang kakitangan yang berpengalaman luas dalam empat bidang tersebut untuk menggerakkan kilang cat ini. Mereka dijangka melaporkan diri pada 15 Januari depan. Tetapi begitulah kehendak Tuhan, manusia yang merancang, Allah yang menentukannya. Berakhirnya impian Dollah selama 15 tahun untuk melihat kilang cat Eptex beroperasi. Pengedar tunggal di Indonesia sudah sedia mengedarkan cat Eptex ke seluruh Indonesia. Memang itulah hasrat Dollah untuk melihat cat Eptex kalis bunyi dan tahan karat ini memasuki pasaran global.
Jenazah beliau akan dikebumikan pada jam 10 pagi, 31 Disember menutup tirai 2015di tanah perkuburan di USJ. Alfatihah buat Dollah.

Rabu, Disember 30, 2015
KRONOLOGI PERISTIWA POLITIK SEPANJANG TAHUN 2015
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Berikut antara peristiwa yang menjadi tumpuan umum dalam perkembangan politik di Malaysia sepanjang 2015:
FEBRUARI:
10 Feb - Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengubah penghakiman Mahkamah Tinggi dan mensabitkan beliau dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 serta menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya bagi kesalahan berkenaan.
12 Feb - PAS kelihangan seorang tokoh politik berpengaruh berikutan kematian bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka, Kelantan akibat kanser prostat.
APRIL:
1 April - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh selepas Lembaga Pengampunan Diraja menolak petisyen beliau untuk dibebaskan daripada hukuman lima tahun penjara.
4 April - Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Selangor, menyebabkan kerusi Parlimen Rompin yang disandangnya, kosong.
8 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei.
10 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin pada 5 Mei.
MEI:
5 Mei - Bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Datuk Hasan Arifin dari Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Rompin selepas menewaskan calon PAS Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi.
7 Mei - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menewaskan calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin dengan majoriti 8,841 undi.
JUN:
4 Jun - Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan sebagai Presiden PAS bagi penggal 2015-2017 setelah menewaskan pencabarnya bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang pada pemilihan parti PAS manakala Mohamad Sabu gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden apabila tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
5 Jun - Muktamar PAS ke-61 menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan politik dengan DAP, tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat.
17 Jun - Susulan tindakan PAS memutuskan hubungan politik dengan DAP, Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat sudah tidak berfungsi lagi.
25 Jun - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menyatakan menerima surat makluman mengenai pembatalan keanggotaan bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan mengumumkan Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebagai pemangku presiden sementara menunggu Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi MIC diadakan pada November.
JULAI:
28 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.
Turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Datuk Seri G. Palanivel sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, setelah keanggotaan beliau dalam MIC terbatal.
SEPTEMBER:
16 Sept - Mohamad Sabu dan beberapa bekas pemimpin PAS bertindak menjenamakan semula Parti Pekerja-Pekerja Malaysia sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH) dan susulan itu, keanggotaan mereka dalam PAS terbatal secara automatik mengikut Perlembagaan parti.
16 Sept - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberi bayangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 mungkin akan diadakan awal 2016 selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk tarikh pembentangan bajet persekutuan dan negeri serta musim tengkujuh yang mungkin berlaku pada hujung tahun ini.
22 Sept - DAP, PKR dan AMANAH bergabung membentuk Pakatan Harapan dan bekas anggota UMNO Datuk Saifuddin Abdullah dipilih menjadi ketua setiausaha sekretariat gabungan itu.
NOVEMBER:
6 Nov - Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi MIC menyaksikan Datuk Seri Dr S. Subramaniam memegang jawatan presiden secara rasmi manakala Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Seri S.K. Devamany dipilih menjadi timbalan presiden.
DISEMBER:
10 Dis - Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO, menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk mengadakan hubungan kerjasama dengan parti itu bagi membina dan membangunkan negara mengikut syariat Islam.
12 Dis - Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan kesediaan untuk berdamai dengan pihak yang menentang beliau dalam parti bagi mengukuhkan ikatan UMNO. Perkara ini disampaikan beliau semasa menggulung perbahasan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO.

Isnin, Disember 28, 2015
KENAPA FILEM HINDUSTAN BERJAYA?
Malam tadi sekali lagi saya menonton filem Kabhi Kushi Kabhie Gham (K3G) di TV3. Entah berapa kali saya sudah menonton filem hindustan yang diterbitkan pada tahun 2001 itu. Filem kedua arahan Karan Johar itu selepas Kuch Kuch Ho Tai (1998) menelan belanja sebanyak RM24 juta dan memungut kutipan di seluruh dunia sebanyak RM80 juta. Lihatlah betapa untungnya produser filem Hindustan sebanyak RM56 juta.
Filem lakonan Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shah Rukh Khan, Kajol, Hritikh Roshan dan Kareena Kapoor mempunyai cerita yang simple tetapi kenapa penonton di seluruh dunia boleh menerima cerita yang simple ini. Filem ini bukan sahaja membuat penggambaran di India malah di London dan Mesir.
Jumaat lepas setelah setahun tidak menonton wayang di pawagam, akhirnya saya menonton filem hindustan Dilwale lakonan Shah Rukh Khan, Kajol. Varun Dhawan dan Kriti Sanon. Shah Rukh khan bergabung semula dengan Kajol selepas lima tahun tidak berlakon bersama. kali terakhir mereka berlakon bersama dalam filem My Name Is Khan (2010)
arahan Karan Johar.
Kos produksi Dilwale meningkat RM60 juta tetapi kutipan tiket di seluruh dunia sudah mencapai RM128 juta pada minggu pertama sejak ia ditayangkan mulai 18 Disember lalu. Filem Dilwale bukan sahaja mmebuat penggambaran di India malah di Bulgaria dan Iceland.
Filem terbitan isteri Shah Rukh Khan dan Rohir Shetty itu sudah untung RM68 juta pada minggu pertama menunjukkan industri filem Hindustan tetap unggul di negara India. Ini adalah filem kedua Rohir Shetty arah di bawah syarikat Gauri Khan selepas Chennai Express (2013).
Produser filem Malaysia kena belajar dari produser India bagaimana mereka boleh berjaya di peringkat global. Kos produksi filem Malaysia hanya sebanyak RM1.5 juta sahaja. Kutipan tiket untuk tahun ini sehingga Jun 2015 hanya sekitar RM24.2 juta daripada 40 buah filem tempatan yang sudah ditayangkan.
Ini bermakna kita masih jauh tertinggal di belakang dari filem India. Sudah sampai masanya produser seperti Datuk Yusof Haslam dan David Teo meneroka pasaran di Indonesia yang mempunyai penduduk ratusan juta. Kaji selera penonton mereka dan buat filem untuk penonton Indonesia dengan pelakon kedua negara sudah tentu ia boleh meletup di pasaran Malaysia dan Indonesia. barangkali kerajaan Malaysia dan Indonesia boleh berunding supaya filem kita dapat menembusi pasaran di sana.
Kita tak boleh syok sendiri. Jika kita mahu filem kita dapat bertapak di Indonesia, kita kena ikut selera penonton di sana. Pasaran sana luas. Maka produser kita perlu tinggalkan membuat filem yang syok sendiri yang tidak menepati selera penonton.
Kita perlu menembusi pasaran Indonesia jika kita mahu filem Malaysia mengutip RM128 juta seperti filem Dilwale. Di sini pentingnya peranan Finas memberi dana kepada produser kita kerana bila kita mahu menembusi pasaran global maka kos produksinya mestilah sekurang-kurangnya RM30 juta. Kalau produser India berani melabur sebanyak RM60 juta kenapa kita tidak berani jika benar pasaran filem berbahasa Melayu begitu banyak jika diambil kira jumlah rakyat Malaysia dan Indonesia.

Ahad, Disember 27, 2015
FREE MALAYSIA TODAY SALAH LAPOR BLOG SAYA
Dua hari lepas blog ini memuatkan sebuah rencana tulisan kawan saya, Shahbudin Embun berjudul http://www.catatanzabidi.blogspot.my/2015/12/perang-dalam-didamaikan-perang-saraf.html tetapi peliknya Free Malaysia Today (FMT) semalam melaporkan ia ditulis oleh saya. Lihat http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/26/pasukan-siber-umnobn-perlu-bernas-berilmiah/.
FMT adalah berita portal ketiga terbesar di negara ini selepas Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Kenapa wartawan FMT boleh membuat kesilapan ini sedangkan dalam posting tersebut ada byline penulisnya Shahbudin Embun.
Yang lebih melucukan wartawan yang memetik blog saya itu, catatanzabidi.blogspot.com
itu menulis saya sebagai awang zabidi. Saya tak pasti siapa yang menulis berita itu. Dalam blog itu jelas nama saya ialah Zabidi Saidi dan bukannya Awang Zabidi iaitu nama Facebook saya.
Dalam posting itu ada dimuatkan byline Shahbudin Embun jadi kenapa wartawan itu boleh buat silap mengatakan Awang Zabidi yang menulisnya. Dengan penjelasan ini dharapkan wartawan tersebut membuat pembetulan kerana ia jelas melanggar etika penulisan kerana salah lapor. Untuk makluman FMT, blog saya terbuka kepada semua pihak menulis dan tidak semestinya tulisan saya sahaja.
Sabtu, Disember 26, 2015
TSUNAMI SELEPAS 11 TAHUN BERLALU
KOTA KUALA MUDA, 25 Dis (Bernama) -- Baru sahaja melepasi tempoh sedekad, namun tragedi tsunami yang membadai beberapa buah kampung di Kota Kuala Muda, dan mengorbankan lebih 10 nyawa, dilihat seolah-olah semakin dilupakan.
Sebelas tahun berlalu, penduduk sekitar Kota Kuala Muda meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa umpama tiada musibah yang pernah melanda kawasan itu, ditambah lagi dengan keadaan persekitaran yang kelihatan tidak diselenggara dengan baik.
Meskipun dua tahun selepas kejadian, satu Tugu Memorial Tsunami menggunakan 26 buah bot dan Galeri Tsunami diwujudkan untuk mengabadikan sejarah itu, ia seakan tidak membawa banyak perubahan kepada kawasan terbabit.
Bagi penduduk yang menjadi mangsa ombak tsunami 26 Dis 2004, terutamanya yang kehilangan insan tersayang dan harta benda, detik memilukan itu tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila, namun bagi mereka yang hanya 'merasa tempiasnya', tsunami sekadar kisah yang semakin dilupakan.
Apatah lagi kebanyakan generasi tua yang mengalami tragedi itu sudah uzur dan ada yang sudah meninggal dunia, yang tinggal hanya generasi muda yang kini memasuki usia pertengahan atau meningkat remaja, untuk mewariskan kisah bencana itu kepada generasi seterusnya.
Bersempena memperingati ulang tahun ke-11 peristiwa malang itu, wartawan BERNAMA berkesempatan menemu bual beberapa remaja di beberapa buah kampung berhampiran, yang masih di sekolah rendah ketika kejadian itu berlaku, untuk berkongsi kisah yang masih dapat mereka ingati.
Noorsabrina Mohd Saleh, 20, dari Kampung Hujung Matang, berada di Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Seri Kuala ketika tsunami berlaku dan menurutnya ketika ombak besar itu melanda, dia sedang menonton televisyen di rumah neneknya yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
"Seingat saya, pada masa itu, tok (nenek), mak dan adik-adik juga ada di dalam rumah, lebih kurang lapan orang dalam rumah, dan kami dikejutkan dengan jeritan jiran yang memberitahu ada ombak besar datang.
"Saya bersyukur kami semua selamat kerana hanya sedikit sahaja air yang sampai ke rumah, namun hanyut semua kasut, kami lari 'berkaki ayam' dan emak mendukung adik saya yang berusia satu tahun ketika itu," katanya.
Noorsabrina berkata, tidak banyak yang dia dapat ingat mengenai kejadian itu, cuma pantai yang sebelum ini dapat dilihat terus dari rumahnya, kini sudah terselindung di sebalik pokok-pokok yang tumbuh selepas tsunami.
Berbeza pula kisah yang dialami Nabila Amni Hamid, 22, dari Kampung Masjid yang berumur 11 tahun dan berada dalam Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Seri Kuala, sewaktu peristiwa malang itu berlaku.
"Kalau tidak silap, ketika itu ada tiga buah rumah yang mengadakan majlis perkahwinan termasuklah dari kampung berdekatan, dan saya bersama keluarga baru sahaja pulang dari rumah kenduri yang dekat dengan rumah saya.
"Sekitar pukul 12.30 tengah hari, saya keluar bermain dengan rakan-rakan sebaya tidak jauh dari rumah, sebelum dikejutkan dengan jeritan memberitahu ada air banjir. Kami semua terus berlari pulang ke rumah," katanya.
Tambahnya, ombak tsunami yang menghempas turut menyebabkan bumbung hadapan rumahnya roboh, namun dia bersyukur kerana tiada anggota keluarganya yang terkorban.
"Rumah jiran di hadapan, memang teruk. Lumpur yang dibawa air ada di merata-rata tempat. Dalam keadaan kelam-kabut, kami terus berada di dalam rumah, memerhatikan orang yang lari menyelamatkan diri termasuk pasangan pengantin dan keluarga mereka".
Bagi Farah Farhana Abdul Mutalib, 20, apa yang masih diingati dengan jelas adalah ombak besar datang dan ramai orang berlari menyelamatkan diri termasuklah dia dan rakannya yang ketika itu sedang bermain 'masak-masak' di luar rumahnya di Kampung Masjid.
"Ketika itu saya berusia sembilan tahun, berada dalam darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Seri Kuala. Sedang asyik bermain, ada orang kampung menjerit-jerit, kami berlari ke tepi rumah dan lihat air sudah naik, kami terus berlari ke rumah datuk untuk menyelamatkan diri.
"Usia yang masih kecil, tidak banyak yang saya dapat ingat, namun selepas tragedi ini, sekurang-kurangnya ia memberi pengajaran kepada saya bahawa 'malang tidak berbau' dan tragedi sama tidak mustahil boleh berulang, cuma kita berdoa agar tidak diduga dengan dugaan sedemikian lagi," katanya.

Langgan:
Catatan (Atom)