Khamis, November 19, 2009

AIR MATA RASULULLAH


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.


Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'

Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

AKTA SEWA BELI AKAN DIPINDA


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meminda Akta Sewa Beli kerana berlakunya banyak tindakan keterlaluan terhadap pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran kenderaan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pindaan akta itu perlu dilaksanakan kerana Akta Sewa Beli yang sedia ada memberi terlalu banyak kebebasan kepada bank sehingga melakukan tindakan dengan mengenakan pelbagai caj kepada pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka.

"Sebagai contoh, apabila bank bertindak menarik kereta pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka seperti yang ditetapkan dalam perjanjian sewa beli, pengguna akan menghadapi pelbagai bayaran untuk menuntut semula kereta mereka.

"Antaranya ialah bayaran upah tarik kereta, bayaran tuntutan semula dan bayaran untuk menyimpan kereta pengguna," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat antara KPDNKK dan 40 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) persatuan pengguna di sini Rabu.

Pindaan Akta Sewa Beli itu akan memberi hak yang lebih adil kepada pengguna yang menghadapi masalah pembayaran hutang ansuran kereta mereka dan menghalang bank daripada melakukan pelbagai tindakan keterlaluan dan mengenakan pelbagai caj perkhidmatan kerana kegagalan pengguna melunaskan hutang ansuran, katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kementerian akan turut meminda akta tribunal pengguna untuk menyenaraihitam peniaga yang ingkar membayar pampasan sewajarnya kepada pengguna.

Walaupun wujudnya tribunal pengguna, KPDNKK mendapati masih ramai pengguna tidak mendapat pampasan pada waktu yang ditetapkan dan menerima jumlah pampasan yang sewajarnya.

Bagaimanapun KPDNKK akan meminta pandangan daripada kementerian lain sebelum menyerahkan cadangan pindaan akta tribunal itu kepada Peguam Negara, katanya.

Sementara itu, KPDNKK bercadang untuk mewujudkan jawatankuasa bersama dengan kementerian lain bagi menyelesaikan masalah pengguna dengan cepat.

Jawatankuasa itu perlu diwujudkan kerana kebanyakan aduan yang diterima KPDNKK adalah di luar bidang kuasa mereka seperti kes rumah tidak siap atau terbengkalai yang terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Katanya jawatankuasa bersama itu akan dapat menyelesaikan masalah pengguna dengan lebih berkesan tanpa pengguna menunggu terlalu lama untuk mendapat tindakan susulan daripada kementerian yang terbabit.

Selain itu, Ismail Sabri berkata KPDNKK bercadang untuk mewujudkan akta baru, Akta Kredit Pengguna, sebagai akta alternatif kepada Akta Pajak Gadai dan Akta Peminjam Wang Berlesen.

KPDNKK tidak boleh meminda Akta Pajak Gadai dan Akta Peminjam Wang Berlesen kerana ia terletak di bawah kementerian lain, akta baru itu dapat lebih perlindungan kepada pengguna berbanding dua akta tersebut, kata beliau.

Rabu, November 18, 2009

MACC DETAINED 605 PEOPLE LAST YEAR


The Malaysian Anti- Corruption Commission (MACC) detained 605 people last year on suspicion of being involved in various forms of corruption.

MACC chief commissioner Datuk Seri Ahmad Said Hamdan said of that total 323 people or 54 per cent were civilians and privately-employed persons while 282 or 46 per cent were civil servants.

"This clearly shows that there has been a very big change in the awareness of civil servants towards corruption," he said at an anti-corruption and civil service integrity seminar organised jointly by the MACC and the Negri Sembilan branch of Cuepacs that was officiated by Negri Sembilan state secretary Datuk Mat Ali Hassan who represented Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan here Tuesday.

Also present were Cuepacs president Omar Osman, Negri Sembilan police chief Datuk Osman Salleh, state education director Datuk Abdullah Muhammad and state MACC director Zainul Darus.

Ahmad Said's speech was read out by MACC director (Security Division) Datuk Ahmad Khusairi Yahaya.

He said the MACC had received various complaints and done investigation on civilians and private bodies in connection with graft especially in bids to bribe civil servants.

Ahmad Said said following the government's and MACC's efforts to have programmes to educate about corruption and intergrity there has been much positive effect whereby many civil servants had come forward to report about attempts to bribe them.

"The efforts to fight corruption needs planning and implementation of various policies and programmes systematically and continously. The level of awareness regarding the dangers of corruption has to be enhanced from time to time.

"We need to handle the question of integrity comprehensively by instilling noble values in all our actions," he said.

The seminar is also to provide exposure to Negri Sembilan civil service personnel on the aspects of law and procedure related to corruption offences.

Selasa, November 17, 2009

PELIK YB TIDAK HADIRI PAMERAN DEWAN UNDANGAN NEGERI


Semalam saya berada di Kuala Terengganu kerana ada urusan. Selesai urusan saya bergegas ke Seri Iman mengikuti majlis Menteri Besar, Datuk Ahmad Said memberi e book kepada para pelajar sekolah rendah di dalam DUN Ladang dan DUN Batu Buruk. Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid Wan Salleh dan abangnya, Datuk wan Hisham yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian.


Wan Farid yang sudah lama tidak ditemui sempat menegur saya. Saya turut bertemu dengan kawan lama yang bekerja dengan seorang YB. Sekarang bukan main sombong dia. Padahal saya sudah kenalinya sejak saya bekerja di Sabah pada tahun 1989 lagi. Maknanya sudah 20 tahun saya mengenalinya. Tapi pangkat boleh melupakan seseorang.


Itu baru bekerja dengan YB. Belum jadi YB lagi. Kalau jadi YB entah mungkin besar lagi kesombongannya. Ingatlah pangkat dan kuasa tidak kekal. Hari ini orang hormati awak kerana awak ada pangkat. Bila tak ada pangkat nanti, siapa mahu tegur awak lagi jika awak sombong. Ingatlah pangkat adalah dipinjamkan Allah kepada kita buat sementara saja. Dia berhak menarik pangkat bila-bila masa jika kita tidak bersyukur kepadaNya.


Langkah kerajaan Terengganu memberi e book kepada setiap pelajar sekolah merupakan langkah yang baik kerana mereka tidak perlu lagi membawa buku-buku yang tebal ke sekolah.


Sebelah petang pula saya turut mengikuti program MB di Muzium Negeri merasmikan pameran 50 Tahun Dewan Undangan Negeri Terengganu. Turut hadir ialah Speaker DUN, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.


Pelik juga majlis melibatkan DUN ramai YB tidak hadir. Yang kelihatan ADUN Tepoh, Ramli Noh; ADUN Rantau Abang, Zaabar Datuk Adib; ADUN Kg. Raja, Pehimi;ADUN Manir, Datuk Haji Harun Taib dan ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.


Tak tahu ke mana YB Lain pergi. Ramai juga bekas YB yang hadir seperti ADUN Langkap, Pak Su Leh dan ADUN Batu Rakit, Datuk Mansor Mohamad; ADUN Tanggol, Mustafa Muda dan lain-lain.


Dalam ucapannya Tengku Putera berkata dia menjemput semua ADUN tetapi yang hadir bekas ADUN dan bakal ADUN sahaja. Nampaknya ADUN yang ada tidak berminat menghadiri majlis yang melibatkan mereka sendiri. Pelik bin ajaib.


Ahmad Said dalam ucapannya sempat menceritakan semua orang takut nombor 13. Katanya, beliau jadi Menteri Besar Terengganu yang ke 13, sebab itu perlantikannya penuh kontroversi.


Sewaktu melihat pameran gambar semua Speaker DUN, Ahmad Said sempat berkata, "Tengku Putera pun Speaker yang ke 13".


Dalam ucapannya Ahmad menjelaskan bahawa dalam Islam tidak ada sial majal dalam mana-mana nombor. Tahniah kepada Tengku Putera yang berjaya mengadakan pameran ini walaupun banyak yang tidak lengkap. Sepatutnya sepanjang 50 tahun boleh dicatat siapa ADUN paling lama berbahas dalam Dewan dan ADUN mana yang paling banyak mengemukakan soalan sepanjang 50 tahun DUN bersidang.

MUSA LAUNCHED SALLEH'S BOOK


Former Sabah chief minister Datuk Seri Salleh Said Keruak has produced a book entitled "Meneraju Perubahan" (Leading Change) which is a compilation of his writings over the last two years.


A symbolic launch of the book was performed by Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, when Salleh, who is also Sabah Umno deputy chief, made a courtesy call on Musa to hand him a copy of the book at the latter's office at the State Assembly building here Monday.


Salleh said the book contained 101 selected writings that were posted on his website and blog, namely www.keruak.com and http://www.sskeruak.blogspot.com/.


It is being sold at RM70 a copy and orders can be made through e-mail to at yasal87@yahoo.com or through telefpone at 088-423954 and fax 088-426420.

Sabtu, November 14, 2009

SISTEM URUS SUBSIDI BERMULA MEI


Mekanisme baru sistem pengurusan subsidi minyak untuk rakyat akan dimulakan Mei tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung.

Beliau berkata pengumuman mengenai mekanisme itu akan dibuat selepas kajian terperinci mengenai cara pemberian subsidi dan golongan sasar dikenal pasti.

"Buat masa ini, saya tak dapat beritahu mekanisme pada keseluruhannya dengan terperinci sebab kerajaan masih dalam proses mengadakan rangkanya. Hanya pada Mei tahun depan kita akan mula mekanisme baru subsidi yang mana kumpulan sasar rakyat akan terima manfaatnya," katanya menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan mengenai sistem pengurusan subsidi minyak yang akan dilaksana tahun depan bagi memastikan hanya golongan sasar mendapat manfaatnya.

Mengenai jumlah subsidi petrol dan diesel yang ditanggung kerajaan sehingga September lepas, Chor berkata jumlahnya ialah RM3.54 bilion.

"Selain itu dianggarkan jumlah tanggungan subsidi bagi tahun 2010 ialah RM10 bilion sekiranya mekanisme sedia ada dikekalkan," katanya.

Jumaat, November 13, 2009

BRIDGE PROJECT ACROSS THE STRAITS OF MELAKA WILL CONTINUE


The bridge project spanning 35km across the Straits of Melaka between Melaka and Dumai, Sumatra will continue despite objections from detractors, the state assembly was told Thursday.


Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said Exim Bank of China had reportedly agreed to finance 85 per cent of the RM44 billion project while the remaining 15 per cent would be raised by private companies involved.


He was replying to a motion to shelve the project tabled by Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh).


Khoo said the project was not practical and it would be better for the state government to find ways to improve the ferry and air services between Melaka and Sumatra.


"Definitely the bank from China wants a government guarantee before proceeding with the funding and if the project failed, the government will also be at risk," he added.


Mohd Ali said the project had received a greenlight from the Sumatran authority and it had been deliberated at the Malay World Islamic World and the Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle (IMTGT) conferences.


A proposal on the bridge project had been submitted to the Economic Planning Unit, he said, adding that the bridge would stimulate economic activities between the peninsular and Sumatra.The motion was rejected by the house.The sitting was adjourned until a date to be fixed later.

Khamis, November 12, 2009

BERHATI-BERHATI DENGAN PENIPU INI



Saya tidak berniat untuk menulis rencana ini tetapi oleh kerana saya telah memberi amaran kepadanya melalui sms pada 10 November 2009 pada jam 10.30 malam tetapi dia tidak mengendahkan sms saya, maka saya terpaksa mendedahkan hal ini dalam blog saya.






Semalam saya suruh bekas boss saya, Azizah Mat Hassan, tuan punya majalah Business Kini membayar gaji saya (Oktober 2009). Jika tidak bayar, saya akan dedahkan dia seorang penipu dalam blog saya. Dia jawab sms saya pada jam 8.21 pagi supaya buktikan dia penipu. Oleh kerana dia suruh saya buktikan, maka saya buktikan dalam tulisan ini.






Saya kata dia penipu kerana dia tidak bayar gaji saya bulan Oktober. Sedangkan dia sepatutnya bayar. Kedua dia tipu tentang jumlah edaran majalah Business Kini kepada orang ramai terutama kepada usahawan yang mahu diwawancaranya. Dia kata 15,000 naskah berada di pasaran padahal dia cetak 5,000 naskah saja. Saya dapat tahu hal ini bila printer datang ke pejabat ambil artwork bulan lepas. Saya tanya dia berapa banyak Azizah cetak, maka anak printer cerita hal angka sebenar.






Saya sempat bekerja dengan Business Kini selama empat bulan mulai 8 Julai 2009. Pada hujung Julai gaji bayar ok. Begitu juga bulan Ogos. Gaji September lambat dibayar pada 15 Oktober. Gaji Oktober sudah dibayar pada 9 November tetapi dia enggan bayar gaji saya kerana dia kata dlam smsnya kepada saya pada 10 November pada jam 4.52 petang, "cara u bekerja dan keluar dengan tak bersopan u rasa layak terima gaji ke?".






Saya hairan dituduh keluar tidak bersopan. Sedangkan saya hantar surat letak jawatan pada pagi Rabu, 4 November. Saya sampai di ofis tak ada orang. Jadi saya tinggalkan surat di depan pintu bersama kunci ofis yang ada pada saya. Seorang lagi staf, Azam tidak datang. Kalau tidak saya serah kepadanya surat itu. Saya kena pergi ke Putrajaya untuk lapor diri di ofis baru.




Nabi Muhammad pernah bersabda, "bayarlah upah kepada pekerja kamu selagi peluhnya belum kering". Saya tuntut hak saya saja. Kalau Azizah tak nak ikut cakap Nabi, dia nak ikut cakap siapa? Takkan nak ikut cakap babi pula.



Apa yang saya tuntut adalah gaji Oktober dan saya hantar surat letak jawatan bertarikh Sabtu, 31 Oktober. Itu yang peliknya kerajaan sudah buat peraturan bekerja lima hari seminggu tapi Azizah yang ketinggalan zaman ini masih buat hari Sabtu hari bekerja.





Ikhtibar dari pendedahan ini, kalau tak ada duit, tak payah berniaga majalahlah. Sekurang-kurangnya ada modal RM200,000 baru sedap untuk berniaga majalah. Semua kena bayar cash. Printing kena bayar cash. Nasib baik staf dua orang aja. Bukannya mahal sangat gaji kami berdua. Tetapi itu pun dia tak boleh cari untuk bayar gaji kami awal sedangkan dia kata dia rapat dengan semua menteri. Takkan dia nak cari duit bayar gaji kami berdua tak boleh pinjam duit menteri yang kononnya baik dengannya.








Sekurang-kurangnya empat bulan saya di situ, majalah makin baik. Bahasa sudah tidak berterabur lagi. Apatalah lagi versi English. Nasib baik saya dapat menulis dalam dua versi. Mujur saya bekas editor akhybar politik, maka saya kenal orang politik. Suatu hari dia suruh saya interbiu Datuk Norhayati Onn melalui phone. Saya pun tulis nama Datuk Norhayati Onn tetapi gambar yang keluar Datuk Norhayati Omar. Saya pun beritahu Azizah bahawa itu bukan Norhayati Onn. Kalau tidak malunya saya sebagai editor. Macam mana taukeh sendiri tak kenal yang mana Norhayati Onn, yang mana Norhayati Omar.






Dia kata saya lambat siapkan majalah. Bukan salah saya. Komputer saya rosak. Bila komputer Azam rosak dituduhnya saya guna internet di komputer grafik itu padahal orang lain yang tengok website red-tube sehingga habis kena virus komputer itu.






Susah bekerja dengan boss perempuan. Ada kawan saya berkata dia ada 32 orang majikan. Dan dia pernah bekerja dengan majikan perempuan tetapi semua majikan perempuan disetubuhinya. Saya jawab kalau boss ini telanjang pun, saya tidak bernafsulah.






Dia kuat membebel. Hari pertama saya lapor diri dia burukkkan editor lama, Zaki Awang. Saya hairan orang pakai tudung suka mengumpat hal orang. Rupa-rupanya dia tikam belakang saya. Dia beritahu bekas kakak iparnya, Anita bahawa saya tak boleh buat kerja. Dia suruh Anita cari orang lain untuk gantikan saya. Anita beritahu saya pada 28 Oktober. Dia tak tahu saya kenali Anita sudah lama ketika saya menjadi editor majalah Pesta dahulu. Maka Anita cerita semula kepada saya apa yang dia kata.






Macam mana saya nak bekerja bila boss sendiri burukkan saya di belakang saya. Sebab itu saya beritahunya tak payah dia suruh Anita cari orang lain untuk gantikan saya, saya boleh letak jawatan sendiri. Saya ingat dia burukkan saya depan Anita sahaja. Rupa-rupanya dia burukkan juga saya depan pegawai media Datuk Lajim Okin, Abdullah Karim. Dolah pun cerita Azizah burukkan saya.




Dia tak tahu saya yang cadang nama Dollah kepada Lajim sebagai pegawai media. Lajim saya kenali sudah 20 tahun ketika saya bekerja di Sabah lagi. Selepas Lajim dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pada 14 April Lajim panggil saya ke pejabatnya. Dia suruh saya cari seorang pegawai media untuknya. Maka saya cadangkan Dollah bekas editor Warta Parlimen Kepala Batas kepada Lajim.

Hari ini dia jumpa Pro KEKWA burukkkan saya kata saya yang suruh letak RM6,000 untuk iklan 1Malaysia untuk Business Kini. Gila juga Azizah padahal dia yang sign surat itu. Saya sudah hubungi Pro itu supaya batalkan beli iklan Business Kini. Biar padan dengan mukanya.

Saya bosan hari ini sudah 12 November ramai orang cari saya untuk bayar duit Aeon Credit dan sebagainya. Maka saya suruh Aeon call Azizah 0136790657 untuk ambil duitnya kerana dia tak percaya pada 12 November masih belum dapat gaji. Bila Aeon kata Azizah tutup handphonenya, saya suruh dia call ofis 61898579.






Saya sebenarnya tak kenal Azizah kerana sepanjang 22 tahun sebagai wartawan, saya tak pernah kenali nama ini. Bukannya hebat sangat dia. Menulis pun tak betul. Saya tanya kawan-kawan lamanya di majalah Perempuan, dia kata Azizah kuat bohong. Dia kata dia pergi assigment, tetapi dia tak pergi. Semua wartawan di majalah Perempuan tahuhal ini. Seorang kawan saya di Mall beritahu saya aku ingatkan Azizah janda. Katanya, aku letak tangan aku di atas pahanya, dias tak marah pula.






Saya terkejut kerana takkan orang bertudung begitu tak boleh tepis tangan kawan saya. Susah betul bini orang zaman sekarang tak tahu hormati suami.






Saya sedih bila bekas isteri dan anak-anak saya nak duit kerana belum bayar sewa rumah, belum beli barang dapur, duit belanja sekolah, saya suruh bekas isteri saya hantar sms kepada Azizah suruh bayar gaji saya. Dia dengan angkuh menjawab sms bekas isteri saya pada 10 November pada 9.43 malam bahawa dia tidak akan bayar gaji saya.






Tak apalah Azizah hari ini hari engkau. Doa orang teranaiya bekas isteri dan anak-anak saya mudah dimakbul Allah. Kamu tunggulah suatu hari nanti BusinessKini akan tutup juga suatu masa nanti.






Saya tak halal gaji saya yang tak dibayar Oktober. Jawablah di akhirat nanti. Biar Allah membalasnya. Dia marah saya tidur di ofis kerana katanya bil api, bil air, bil telefon melambung. Sedangkan setiap malam saya balik tidur pada jam 4 pagi. Saya menumpang tidur di situ kerana malas berulang dari bilik lama saya di Damansara Damai yang memerlukan dua bas dan ambil masa dua jam naik bas. Maka saya tidur di ofis. Bukannya saya tidur buka air cond yang mana dia tuduh saya buka air cond sepanjang malam. Saya balik karaoke setiap malam pada jam 4 pagi dengan Yazid, Nazrin dan Azmi maka di mana logiknya saya guna api letrik sepanjang malam.






Saya suruh ambil bil terperinci bil telefon dengan Telekom dia tak ambil. Semaklah mana personal call, saya bayar. Kalau official call, ofis bayarlah. Dia marah saya tidur di ofis. Macam mana saya nak sewa bilik kalau gaji lambat bayar sentiasa. Silap-silap tuan bilik halau saya.






Sebagai pekerja, saya patuh arahan dia. Apa yang dia suruh buat, saya buat. Cuma saya bosan dengan sikapnya suka membebel. Kawan saya Hafiz tak suka setiap kali datang mendengar bebelannya.






Sayang betul majalah Business Kini ini boleh buat duit dengan cari iklan. Saya ada team cari iklan. Tapi nak bayar komisen 10 peratus, siapa nak cari iklan. Pak Lah bukan main serius memperkenalkan Azizah kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Rauf. Tetapi dia marah kepada Pak Lah pula. Sedangkan Pak Lah sudah buktikan mencari iklan yang bayak untuk Warta Parlimen Kepala Batas dan WATAN.






Saya menyeru kepada semua menteri, ahli parlimen, usahawan jangan tertipu dengan Azizah ini. Dia kata circulation Business Kini 15,000 naskah padahal 5,000 naskhah sahaja. Saya terkejut. Gambar pun tidak bermutu. Kalau Hafiz ambil gambar okaylah. Dia tak bayar gaji saya, maknanya dia tipu sayalah. Maka kita jumpa di Mahkamah Buruh nanti.




NO SUBMARINE RIDE FOR MP


The country's first submarine, KD Tunku Abdul Rahman, is attracting curiosity in the Dewan Rakyat, with a backbencher suggesting that members of parliament be allowed to take a ride inside the underwater craft.


The suggestion came from Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu), saying it would give them a clearer picture on the purchase of two Scorpene-class submarines at the price of RM3.4 billion.


Addressing the issue today Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi said only those with high resilience, like the KD Tunku Abdul Rahman crewmen, were able to endure a ride inside a moving submarine.


"Not everyone can handle the ride," he said when winding up the debate on the Supplementary Supply Bill 2010 for his ministry.


Ahmad Zahid, however, invited them to the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (Lima '09) on Dec 1-5 to see for themselves the KD Tunku Abdul Rahman.


"I can try to arrange for MPs to be allowed to enter the submarine but I cannot promise that they will be taken for an underwater sight-seeing because it's going to be quite a tough ride," he said.


The Scorpene, a conventional combat submarine that can operate in depths of 100 to 200 metres, is equipped with six torpedo tubes where guided missiles can be launched simultaneously.


The submarine, with a 20 nautical knot speed, also has anti-aircraft missiles and anti-submarine torpedoes.On the issue of armed forces' vehicles being used for activities such as sports, Ahmad Zahid said sports were part of activities of the armed forces.He said that the armed forces had declared either Wednesday or Friday afternoons as a sports day.

Rabu, November 11, 2009

TAPAK MASJID DIBINA KOMPLEKS BELI-BELAH


Persidangan Dewan Rakyat Rabu kecoh seketika apabila seorang Anggota Parlimen pembangkang mempertikaikan bagaimana tanah yang didakwa diwartakan untuk pembinaan masjid boleh dibangunkan dengan bangunan komersial.


Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), yang membangkitkan perkara itu, mendesak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan mengenai sebidang tanah di Sri Hartamas di sini yang dikhaskan untuk pembinaan masjid telah dibangunkan dengan projek pangsapuri dan kompleks beli-belah.


"Saya difahamkan di dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 ada sebidang tanah di Sri Hartamas yang telah digazetkan untuk masjid Desa Sri Hartamas. Kami sokong (pembinaan masjid) tetapi yang kami tidak boleh terima ialah bagaimana tanah yang khas untuk masjid boleh tukar untuk dibangunkan pangsapuri dan kompleks beli-belah.


"Saya difahamkan tanah ini telah dijual kepada syarikat swasta dengan harga RM30 juta. Sila buat siasatan perkara ini," desaknya.


Ketika menjelaskan perkara itu, Raja Nong Chik berkata tanah berkenaan adalah milik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), yang juga telah membuat keputusan untuk membina masjid berkenaan di tempat lain.


"Berikutan tanah berkenaan kosong, mungkin ada pihak-pihak tertentu telah memberikan cadangan kepada pihak Jawi untuk dibangunkan," katanya.


Tidak puas hati dengan jawapan itu, Wee bangkit meminta Raja Nong Chik menyatakan lokasi baru masjid yang dimaksudkan itu, :"Yang Berhormat Menteri, sekarang ini masjid dibina di mana. Saya tak nampak pun ada masjid di Sri Hartamas?"


Kepada soalan itu Raja Nong Chik hanya menjawab ringkas dan mengatakan bahawa perkara yang membabitkan agama lebih tepat jika dijawab olah Menteri agama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang lebih arif berhubung isu itu.


Menyifatkan menteri itu mengelak daripada memberi jawapan, Wee terus menerus 'menyerang' Raja Nong Chik hingga akhirnya menyebabkan beliau menjelaskan masjid tidak dibina di situ kerana terdapat Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta yang terletak berdekatan kawasan yang dimaksudkan.


Bagaimanapun, jawapan itu juga tidak memuaskan hati Wee kerana mendakwa ia masih tidak tepat sehingga memaksa campur tangan daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meminta wakil rakyat pembangkang itu duduk kerana beliau sendiri tidak dapat menentukan sama ada jawapan yang diberikan itu tepat atau sebaliknya.


Pertikaman lidah antara Wee dan Raja Nong Chik yang terhenti kerana waktu rehat tengah hari bersambung selepas dewan kembali bersidang sehinggalah Raja Nong Chik memberi jaminan beliau akan menyiasat perkara itu kerana tidak mempunyai butiran mengenainya pada ketika ini.

Isnin, November 09, 2009

E-BOOK TO BE MARKETED OVERSEAS


The e-book reader introduced by the Terengganu government is to be marketed overseas, with 200 sample units already sent to the United Arab Emirates (UAE) and Indonesia, Menteri Besar Datuk Ahmad Said said on Monday.

"The e-book reader we sent to the UAE uses Arabic while Indonesia will order 50,000 units for a start if they regard it as practical," he said when presenting the readers to 1,088 standard five pupils of 12 schools in the Tepoh state constituency at the Gong Badak indoor stadium complex, here.

Ahmad said 50,000 e-book readers would be distributed to pupils in standards three and four in Terengganu with an allocation to be approved by the state assembly next month.

Ahad, November 08, 2009

54 ORANG WARTAWAN TERBUNUH

Seramai 54 wartawan dilaporkan terbunuh ketika menjalankan tugas sepanjang tahun ini dengan bilangan besar daripada mereka di kawasan pergolakan konflik di Pakistan dan Filipina.

Menurut data Persatuan Surat Khabar Dunia (WAN), kebanyakan wartawan menjadi mangsa di negara-negara membangun dan dilanda perang.

"Adalah malang bahawa wartawan yang sanggup bekerja dalam keadaan sukar dibunuh. Tidak ada keselamatan untuk mereka di negara-negara yang tidak mengamalkan demokrasi dan suara mereka sering ditutup.

"Akhirnya pihak berkuasa terpaksa menyerah diri kepada media. Mereka harus memahami bahawa berita tidak boleh disekat lagi. Terdapat banyak perantaraan untuk menyebarkan berita dari telefon bimbit, internet sehinggan radio," kata naib presiden WAN Pratap Pawar kepada Bernama di sini pada Ahad.

Pakistan, yang dibelenggu keganasan, mendahului senarai dengan lapan wartawan terbunuh semasa menjalankan tugas diikuti tujuh di Filipina dan enam di Mexico, menurut WAN yang berpangkalan di Paris.

WAN, sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan, ditubuhkan pada 1948 dengan 18,000 penerbit akhbar menjadi ahli persatuan itu.

Jawatankuasa Bagi Melindungi Wartawan (CPJ) dalam kajiannya berkata 760 wartawan terbunuh sejak 1992 dan 30 lagi masih dilaporkan hilang tahun lepas.

Menurut laman web CPJ, yang berpangkalan di New York, wartawan hilang semasa menjalankan tugas dan beberapa daripada mereka dikhuatiri terbunuh tetapi mayat mereka belum ditemui.

CPJ menyenaraikan Somalia, Iraq, Pakistan, Sri Lanka, Filipina dan Russia sebagai enam negara paling bahaya bagi anggota media pada tahun ini.

Sabtu, November 07, 2009

PRECIOUS BOX BRINGS GOOD FORTUNE


The discovery of a precious box belonging to Saudi Prince Saud Al-Saud in a cruise boat carrying the Malaysian prime minister and his family while on holiday in the south of France in August has brought good fortune to those in need in Malaysia.


The prime minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor said feeling grateful with the find and the box safely returned to him, the prince wanted to reward her but she instead asked that the "reward" be given to Malaysians for their well-being.


"We had holidayed in the south of France on the invitation of a Kuwait prince who is a good friend of my son Riza Shahriz. While packing at the end of our cruise, I noticed the box and gave it to the boat manager."I asked him to return the box safely to its owner (Prince Saud)," she told reporters after handing over contributions amounting to US$2 million (RM7 million)to 13 organisations, here, on Friday.


Rosmah said two weeks after that, the prince thanked her for returning the box which was accidently left behind while cruising on the same boat earlier.


"The prince wanted to reward me but I told him that the best reward would be for the well-being of Malaysians in need."


He agreed to give US$1 million and I told him about the Pertama Smart School programme which needed a lot of funds for equipment and other needs. I later received news that he had agreed to give another RM1 million," she recalled.


Rosmah said she discussed the matter with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak after receiving the cheque from Prince Saud and he (Najib) asked her to immediately make arrangements for the money to be distributed to those in need.


"I also asked an officer from the Prime Minister's Department to go the Malaysian Anti-Corruption Commission to ascertain that the contribution was "clean" so that it would not become an issue or misconstrued.


Asked about her feelings on being able to contribute to the people through an act of honesty, she said she was simply delighted to be able to respond to Najib's call of "people first".


Among the 13 organisations which received a contribution of RM20,000 each today, courtesy of Prince Saud, were the Ex-Servicemen's Association, Girl Guides Association of Malaysia, Malaysian AIDS Council, Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia, Disabled Association of Malaysia, and the Association of Wives of Barisan Nasional Elected Representatives in each state.


Rosmah said US$1 million (RM3.5 juta) would be handed over to Universiti Kebangsaan Malaysia to carry out the Permata Smart School programme, while RM2.98 million would be kept in a Bakti special fund to help finance medical treatment for needy women and children with chronic diseases.

Jumaat, November 06, 2009

SEMINAR PAS TIDAK SELESAIKAN MASALAH


Perbualan dengan beberapa pemimpin Pas mengenai kemelut kepimpinan dalam parti membayangkan isu itu jauh daripada penyelesaian.

Ada yang berpendapat masalah itu tidak berbangkit lagi kerana ia telah diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti, namun bagi pihak lain, seminar politik yang dijadual Sabtu ini adalah platform terbaik untuk membincangkannya.

Ada juga yang berpendapat muktamar khas adalah jalan penyelesaian jika kemelut itu tidak dapat ditangani menerusi jawatankuasa disiplin dan seminar sehari itu.

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang juga anggota biro politik parti itu, berkata opsyen mengadakan muktamar khas terbuka kepada anggota parti untuk dipertimbang kerana perkara itu dibenarkan perlembagaan parti.

"Memang ia (muktamar khas) satu perkara luar biasa tapi sekiranya itulah cara penyelesaian, atau penyelesaian tak tercapai menerusi seminar dan jawatankuasa disiplin, saya rasa opsyen EGM akan sentiasa terbuka untuk ahli-ahli parti," katanya kepada Bernama di sini.

Ironinya naib presiden parti Salahuddin Ayub pula menjelaskan seminar pada Sabtu ini diadakan sebagai ganti muktamar khas dan bukanlah untuk membincangkan kemelut kepimpinan tetapi bertujuan mendapatkan pandangan anggota dan juga dua pemerhati politik yang diundang khas, tentang langkah-langkah yang harus diambil bagi mengukuhkan peranan Pas dalam pakatan pembangkang.

"Ini (isu kemelut kepimpinan) tak berbangkit, kira dah selesai. Soal (Pesuruhjaya Pas Selangor) (Datuk) Dr Hassan Ali kita dah serah kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk disiasat," katanya.

Dua pemerhati politik yang diundang memberi pandangan pada seminar politik itu ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya.

Perkara itu turut dipersetujui seorang lagi naib presiden parti Datuk Mahfuz Omar yang berkata isu kepimpinan telah diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti.

Namun Mahfuz cuba mengelak apabila ditanya mengenai beberapa pemimpin lain yang juga disifatkan "bermasalah" oleh seorang pemerhati politik tetapi tidak dirujuk kepada jawatankuasa disiplin.

"You mana tahu? You jawatankuasa disiplin?" kata Mahfuz.

Berasaskan keputusan mesyuarat khas jawatankuasa pusat parti yang turut dihadiri Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Okt lepas, jawatankuasa disiplin diarah menyiasat kepimpinan Pas Selangor berhubung dakwaan membuat keputusan bertentangan dengan prinsip kerjasama pakatan pembangkang.

Bagaimanapun beberapa nama lain seperti Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali yang turut disebut oleh Abdul Aziz Bari sebagai "bermasalah" sehingga mendorong Nik Abdul Aziz menyarankan diadakan muktamar khas, tidak terlibat dalam siasatan itu.

Tumpuan sebaliknya diberi kepada Pesuruhjaya Pas Selangor dan beberapa pemimpin lain di negeri itu yang dikatakan menimbulkan masalah kepada pakatan pembangkang.

"Menurut Prof Abdul Aziz dalam analisisnya itu Selangor adalah bermasalah. Beliau kata orang ini (Nasharudin, Mustafa dan Abdul Hadi) lindungi Hassan kerana bersetuju (dengan pandangan Hassan tentang beberapa isu termasuk larangan menjual alkohol).

"Sekiranya tindakan diambil (oleh jawatankuasa disiplin) maka terbukti tidak ada perlindungan, maka tidak ada sebab untuk mana-mana pihak menuduh (demikian)," kata Khalid pula.

Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang terhasil daripada kerjasama Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat dilihat seringkali bergoncang berikutan tindakan Hassan yang membuat keputusan bertentangan dengan prinsip kerjasama mereka.

Antara keputusan yang diambil oleh Hassan dan dianggap oleh pemerhati politik telah mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap parti itu ialah saranan pengharaman penjualan alkohol di kawasan majoriti Melayu di Selangor.

Hassan juga dikecam kerana mengkritik secara terbuka kaedah penyiasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang diwujudkan pakatan pembangkang di Selangor.

Hassan dan beberapa pemimpin Pas lain di Selangor mungkin berdepan dengan tindakan disiplin namun bagaimana pula dengan nasib segelintir lagi yang sedari awal telah kurang disenangi oleh Nik Abdul Aziz?

Rata-rata pemerhati politik bersetuju Pas tidak akan berpecah sekalipun bergolak hebat dan masing-masing juga melihat kemelut sekarang sebagai "cubaan menunjuk taring" antara Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.

Namun pemerhatian mereka adalah berasaskan sejarah dan berasaskan generasi pemimpin berbeza, sedang parti itu kini jelas terbahagi kepada dua iaitu kelompok ulama konservatif dan golongan ulama profesional yang lebih liberal.

Justeru, mampukah kekuatan Pas bertahan sehingga pemilihan parti akan datang atau akan tercipta sejarah baru yang memaksa parti mengadakan muktamar khas.

Khamis, November 05, 2009

UP TO THE GOVERNMENT TO TAKE ACTION


The Public Accounts Committee (PAC) has left it to the government to decide on the action to be taken against all those involved, including the big names, in the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal.


Its chairman Datuk Seri Azmi Khalid said this included action to be taken against former transport minister Tan Sri Chan Kong Choy and former general manager of the Port Klang Authority (PKA) Datin Paduka O.C.Phang who both could be liable for criminal breach of trust.


He said the government had on June 27, 2007 decided that all the officials involved in going against the stipulated procedures, causing the government to be dragged into a scandal, would be severely dealt with.


"The decision had been made by the government and what the PAC wants now is for the authorities to act," he told reporters at the parliament lobby Wednesday.


This morning, the PAC handed out its report on the PKFZ scandal following the cost of the mega project escalating to RM4.947 billion so far from RM1.957 previously.


In its report, the PAC recommended, among other things, that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and police investigate Chan and Phang's involvement in criminal breach of trust with regard to the issuance of letters of support and letters of undertaking over the project.


Azmi said the PAC did not have the executive power to determine the kind of action to be taken against those guilty of wrongdoings, but only to study and make suggestions over irregularities involving public funds.


"But based on the report, the PAC wants immediate action be taken against the personalities involved in the PKFZ scandal."


He said the PAC was confident Malaysia had enough laws to determine the kind of action to be taken against the guilty parties after thorough investigation by the relevant authorities.


"We don't know whether it's corruption because it needs to be proven. But there is a lot of wrongdoings here, so which category of crime they fall into, we don't know...it is up to the authorities concerned to determine," he added.

BERHIJRAH ITU MEMBAWA KEBAIKAN


Seperti kata Nabi Muhammad s.a.w berhijrahlah jika ia boleh membawa kebaikan. Pada usia yang semakin lanjut ini, saya sudah malas tukar kerja tetapi bila boss di ofis lama menghubungi bekas adik iparnya suruh cari orang untuk gantikan saya, maka saya tidak ada pilihan lain untuk meletakkan jawatan.


Kebetulan bekas adik iparnya kenali saya. Dia tanya saya kenapa boss nak gantikan saya. Saya jawab manalah saya tahu. Oleh itu biarlah dia cari orang lain. Saya boleh pergi sendiri tanpa menunggu dia bawa orang baru untuk gantikan saya.


Allah itu maha kaya. Saya diberitahu oleh Anita pada petang Khamis. Pada petang Jumaat rakan lama hubungi saya untuk menawarkan kerja di ofisnya di Putrajaya. Saya tidak dapat menolak tawaran itu kerana dia berikan saya kereta dan rumah. Maka semalam secara rasmi saya meninggalkan ofis lama.


Pada jam 9 pagi semalam saya masuk ofis lama dan tunggu boss. Tapi dia tak masuk ofis. Oleh kerana staf lain tak datang, maka saya terpaksa pergi dan meninggalkan surat letak jawatan di pintu ofis dan kunci ofis. Maka saya bergegas ke Putrajaya untuk melaporkan diri. Saya masih menunggu gaji Oktober yang belum dibayar lagi. Entahlah bila saya akan dapat gaji itu.


Saya sempat empat bulan bekerja di ofis lama. Saya seronok bekerja di situ tetapi oleh kerana boss tak suka saya, maka saya terpaksa tinggalkan ofis lama. Sedangkan saya banyak perancangan untuk tarik iklan ke majalah tersebut. Tak sempat saya laksanakan semuanya itu.


Saya bahagia di ofis baru. Biarlah saya berjuang di tempat baru pula. Tak tahu pula berapa lama saya di sini. Semakin hari kita semakin tua. Paling lama pun saya akan kerja selama lima tahun lagi. Lepas itu genap 55 tahun berehatlah saya sehinggalah kita dijemput Allah.

Selasa, November 03, 2009

DR CHUA REMAINS AS MCA DEPUTY PRESIDENT


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek remains as the MCA deputy president, according to the Registrar of Societies.

Registrar Datuk Md Alias Kalil said the ROS felt that there was no vacancy for the post as the decision on the resolution of the MCA Extraordinary General Meeting (EGM) on Oct 10 did not fulfill the requirement for a two-thirds majority as provided for under Article 35 of the MCA Constitution.

He said the ROS had sent a letter to the MCA, dated today, on the matter. Article 35 of the MCA Constitution states that only a two-thirds majority of the EGM votes can unseat a party official.

"The letter confirmed that there had been no vacancy for the post of MCA deputy president following the EGM on Oct 10 based on the Party Constitution.

"The post will only be vacant if the delegates give a two-thirds majority for the expulsion," he told Bernama when contacted, here Tuesday.

He said this when asked to comment on the claim by a member of the MCA Central Committee (CC) today that Dr Chua had been reinstated as MCA deputy president through a letter sent by the ROS.

Dr Chua also confirmed later that he had received the letter from the ROS notifying that he was still the MCA deputy president.

In August, Dr Chua was expelled from the MCA with immediate effect following the sex scandal involving him which was recorded in a DVD two years ago.

Party president Datuk Ong Tee Keat had said the MCA Presidential Council had accepted unanimously the proposal by the party's Disciplinary Committee to expel the former Health Minister as a result of the scandal.

Meanwhile, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the Barisan Nasional (BN) accepted Dr Chua's position as the MCA deputy president when the ROS was said to have confirmed that Dr Chua remained as the MCA deputy president.

"We follow the law and Constitution. If that is the position confirmed by the ROS, then we must accept (Chua's position)," the Deputy Prime Minister told reporters after opening the Seminar on Educational Development Under the 10th Malaysia Plan (10MP), here.

Muhyiddin, who is also BN deputy chairman, said he felt that the ROS decision was based on the technical and legal aspects as well as the MCA Constitution.

Isnin, November 02, 2009

TEGURAN MOHAMAD AZIZ ADA MANAFAATNYA


Setelah dikecam kerana tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat minggu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tampil Isnin untuk menjawab soalan tentang Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Dalam sesi soal jawab hari ini, Dr Koh mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk membentangkan jawapannya kepada soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam).

Liang meminta penjelasan mengenai enam bidang yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai teras utama NKRA sedangkan isu perpaduan turut dihadapi oleh rakyat di negara ini.

Tian Chua (PKR-Batu) kemudiannya mencelah dan dalam nada sinis bertanya sama ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) boleh digunakan untuk menjawab setiap soalan dalam tempoh tiga minit.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee meminta supaya Tian Chua duduk dan menjelaskan bahawa terdapat sembilan orang bertanyakan soalan yang berkaitan Dr Koh.

Ketika menjawab soalan Liang, Koh berkata enam NKRA dikenalpasti dengan mengambil kira beberapa laporan seperti Kajian Persepsi Awam (Sept 2008), analisis laporan-laporan media pada Mei 2008, kajian soal selidik oleh Pusat Merdeka pada Jun 2009, kajian daya saing global bagi dua-tiga tahun, kajian antarabangsa kedudukan prestasi Matematik dan Sains (TIMSS-2007) berbanding tahun-tahun sebelumnya, dan laporan Transparency International (2004-2008) mengenai prestasi rasuah.

Beliau berkata hanya KPI yang mempunyai impak khusus kepada rakyat akan dilaporkan dan dinilai oleh rakyat manakala KPI yang mempunyai aspek teknikal atau melibatkan prosedur dalaman, tidak akan diumumkan sebaliknya dipantau secara dalaman.

Katanya, sekiranya ada KPI yang tidak menepati sasaran, menteri dan pegawai yang berkenaan hendaklah mengenal pasti punca-punca masalah dan menerokai jalan penyelesaian yang kreatif.

Dr Koh berkata Perdana Menteri yang akan dipandu oleh analisis dari Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), akan menilai prestasi dan pencapaian setiap NKRA dan setiap kementerian bermula pada Jun dan Julai 2010.

"Sekiranya terdapat Menteri atau pegawai yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan dan bersikap negatif selepas beberapa kali diberi teguran, terserahlah kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Akhirnya, hukuman muktamad akan dibuat oleh rakyat melalui persepsi dan pilihan raya, berdasarkan kepada hasil atau impak yang akan dinikmati dan dirasai," katanya.

Ahad, November 01, 2009

LIOW SUPPORTED ANOTHER EGM


Newly-elected MCA deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai said Saturday that he supported a call by 16 central committee (CC) members of the party for MCA to hold another Extraordinary General Meeting (EGM) to facilitate fresh party polls.

Liow said he hoped party president Datuk Seri Ong Tee Keat would heed the call.

"Since 16 CC members have requisitioned for another EGM, and this has also been supported by CC members who had backed former deputy president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, now it depends on Ong to solve the problem," he told reporters after opening the 9th Asean Congress of Traditional Chinese Medicine 2009, here.

Liow, who is also Health Minister, said this when asked to comment this latest development in the beleagured party.

On suggestions by the same CC members for the entire CC to resign en masse, Liow said :"If all the CC members agree, they can stage a mass resignation and accelerate a fresh election."

On Thursday, the group of 16 CC members, including party vice-president Tan Kok Hon, Youth chief Datuk Wee Ka Siong and Wanita chief Datin Paduka Chew Mei Fun submitted a requisition for MCA to hold an EGM to call for fresh party polls.

Under the party's constitution, an EGM can be called three ways -- directed by the party president, requisitioned by one-third of the CC members or requistioned by one-third of the central delegates.

Liow said he believed holding fresh polls was one of the solutions to build up the party's integrity.

He also admitted that after the CC meeting on Oct 15, he felt that a fresh poll was not needed because he believed Ong and the CC were able to straighten out the party's problems.

However, the party crisis developed beyond his expectations, and thus a fresh election was the best way to settle the problems besetting MCA, he said.



MCA held an EGM on Oct 10 to resolve the problems in the party but despite a unity plan announced by the principal players, Ong and Dr Chua, who had been at loggerheads prior to it (EGM), leadership problems in the party continued unabated.

On other matters, Liow said the Traditional and Complementary Medicine Bill being drafted by the Health Ministry would be tabled in Parliament in March.

Once approved, he said, the ministry would get more funding to help develop the industry.

He said since the national policy on TCM was launched in 2001, it was already being taught in certain institutions of higher learning and practised at some government hospitals.

Its scope could be expanded further and safety aspects assured through proper legislation, he added.

TCM covers areas like homeopathy, chiropractics, accupuncture, traditional massage and others.

Sabtu, Oktober 31, 2009

PARTI TUNGGAL DICADANG GANTI BN


Pemuda Gerakan mencadangkan ditubuhkan parti tunggal yang mewakili semua kaum bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) yang kini dianggotai parti-parti komponen yang mewakili kaum tertentu.

Ketuanya Lim Si Pin berkata penubuhan parti tunggal itu diyakini akan dapat menarik minat semua kaum untuk menyertainya dan dapat mengelakkan timbulnya sebarang masalah perkauman.

"Kalau kita (parti-parti komponen) masih menggunakan cara perkauman untuk mengatasi masalah, kita hanya akan menjadi semakin mundur dan tidak dapat menuju ke hadapan," katanya dalam ucapan dasar pada persidangan Pemuda Gerakan di Menara PGRM di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Lim mencadangkan satu jawatankuasa Pemuda Barisan Nasional (BN) ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana struktur parti tunggal sedemikian dapat direalisasikan.

"Saya berharap, Pemuda BN yang kini di bawah pucuk pimpinan saudara Khairy Jamaluddin tidak mengambil ringan cadangan ini tetapi sebaliknya mengambil cadangan untuk menerokai kemungkinan diwujudkan satu parti sedemikian," katanya.

Sementara itu, Lim berkata kesepakatan dan kerjasama perlu dicapai antara semua parti komponen BN dengan menjadikan kekalahan pada pilihan raya umum ke-12 tahun lepas sebagai iktibar dan mendapatkan semula sokongan pengundi pada pilihan raya umum dan kecil yang akan datang.

Katanya keputusan pilihan raya umum ke-12 jelas menunjukkan bahawa aspirasi dan hasrat pengundi dan rakyat jelata telah menjangkaui batasan kaum.

"Banyak kerja pemulihan perlu dilaksanakan, misalnya semua rancangan sedia ada harus dikemaskinikan dan dikaji semula untuk meningkatkan semula imej parti Barisan Nasional," katanya.

Mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Lim berharap kerajaan dapat membuat pindaan yang menyeluruh ke atas akta itu dan bila tiba masa yang sesuai dimansuhkan dan digantikan dengan satu akta yang lebih berperikemanusiaan.