Setelah dikecam kerana tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat minggu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tampil Isnin untuk menjawab soalan tentang Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Dalam sesi soal jawab hari ini, Dr Koh mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk membentangkan jawapannya kepada soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam).
Liang meminta penjelasan mengenai enam bidang yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai teras utama NKRA sedangkan isu perpaduan turut dihadapi oleh rakyat di negara ini.
Tian Chua (PKR-Batu) kemudiannya mencelah dan dalam nada sinis bertanya sama ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) boleh digunakan untuk menjawab setiap soalan dalam tempoh tiga minit.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee meminta supaya Tian Chua duduk dan menjelaskan bahawa terdapat sembilan orang bertanyakan soalan yang berkaitan Dr Koh.
Ketika menjawab soalan Liang, Koh berkata enam NKRA dikenalpasti dengan mengambil kira beberapa laporan seperti Kajian Persepsi Awam (Sept 2008), analisis laporan-laporan media pada Mei 2008, kajian soal selidik oleh Pusat Merdeka pada Jun 2009, kajian daya saing global bagi dua-tiga tahun, kajian antarabangsa kedudukan prestasi Matematik dan Sains (TIMSS-2007) berbanding tahun-tahun sebelumnya, dan laporan Transparency International (2004-2008) mengenai prestasi rasuah.
Beliau berkata hanya KPI yang mempunyai impak khusus kepada rakyat akan dilaporkan dan dinilai oleh rakyat manakala KPI yang mempunyai aspek teknikal atau melibatkan prosedur dalaman, tidak akan diumumkan sebaliknya dipantau secara dalaman.
Katanya, sekiranya ada KPI yang tidak menepati sasaran, menteri dan pegawai yang berkenaan hendaklah mengenal pasti punca-punca masalah dan menerokai jalan penyelesaian yang kreatif.
Dr Koh berkata Perdana Menteri yang akan dipandu oleh analisis dari Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), akan menilai prestasi dan pencapaian setiap NKRA dan setiap kementerian bermula pada Jun dan Julai 2010.
"Sekiranya terdapat Menteri atau pegawai yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan dan bersikap negatif selepas beberapa kali diberi teguran, terserahlah kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan sewajarnya.
"Akhirnya, hukuman muktamad akan dibuat oleh rakyat melalui persepsi dan pilihan raya, berdasarkan kepada hasil atau impak yang akan dinikmati dan dirasai," katanya.