Khamis, November 05, 2009

BERHIJRAH ITU MEMBAWA KEBAIKAN


Seperti kata Nabi Muhammad s.a.w berhijrahlah jika ia boleh membawa kebaikan. Pada usia yang semakin lanjut ini, saya sudah malas tukar kerja tetapi bila boss di ofis lama menghubungi bekas adik iparnya suruh cari orang untuk gantikan saya, maka saya tidak ada pilihan lain untuk meletakkan jawatan.


Kebetulan bekas adik iparnya kenali saya. Dia tanya saya kenapa boss nak gantikan saya. Saya jawab manalah saya tahu. Oleh itu biarlah dia cari orang lain. Saya boleh pergi sendiri tanpa menunggu dia bawa orang baru untuk gantikan saya.


Allah itu maha kaya. Saya diberitahu oleh Anita pada petang Khamis. Pada petang Jumaat rakan lama hubungi saya untuk menawarkan kerja di ofisnya di Putrajaya. Saya tidak dapat menolak tawaran itu kerana dia berikan saya kereta dan rumah. Maka semalam secara rasmi saya meninggalkan ofis lama.


Pada jam 9 pagi semalam saya masuk ofis lama dan tunggu boss. Tapi dia tak masuk ofis. Oleh kerana staf lain tak datang, maka saya terpaksa pergi dan meninggalkan surat letak jawatan di pintu ofis dan kunci ofis. Maka saya bergegas ke Putrajaya untuk melaporkan diri. Saya masih menunggu gaji Oktober yang belum dibayar lagi. Entahlah bila saya akan dapat gaji itu.


Saya sempat empat bulan bekerja di ofis lama. Saya seronok bekerja di situ tetapi oleh kerana boss tak suka saya, maka saya terpaksa tinggalkan ofis lama. Sedangkan saya banyak perancangan untuk tarik iklan ke majalah tersebut. Tak sempat saya laksanakan semuanya itu.


Saya bahagia di ofis baru. Biarlah saya berjuang di tempat baru pula. Tak tahu pula berapa lama saya di sini. Semakin hari kita semakin tua. Paling lama pun saya akan kerja selama lima tahun lagi. Lepas itu genap 55 tahun berehatlah saya sehinggalah kita dijemput Allah.