Memaparkan catatan dengan label pangkah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pangkah. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 31, 2018

JANGAN TERSALAH PANGKAH

SEMPORNA, 31 Mac (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengingatkan penduduk di daerah ini agar tidak tersalah undi parti pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanya kerana sayang pada seseorang individu.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata yang kuat itu bukan individu tetapi kerajaan di belakang wakil rakyat tersebut yang sebenarnya membantu rakyat.

"Sebab itu PRU kali ini jangan salah pangkah macam Filem P Ramlee iaitu Ali Baba dan 40 Penyamun, yang pangkah-pangkah tetapi terpangkah tandas dan hasilnya pun dapat isi dalam tandas," katanya ketika berucap merasmikan Gelombang Nelayan Nasional 2018: Seaweed Splash di Tapak Regatta di sini, hari ini.

Hadir sama pada program itu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang Datuk Seri Nasir Sakaran dan Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN Bugaya Datuk Ramlee Marahaban.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan kuat yang tidak meminggirkan warga bandar dan luar bandar yang terdiri daripada petani, pesawah dan nelayan.

Jumaat, Julai 26, 2013

AHLI PAS PANGKAH BN DI KUALA BESUT

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memuji pengundi Kuala Besut yang membuat pilihan bijak dan tepat dengan memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut kelmarin. Katanya beliau amat berbangga dengan kebijaksanaan yang ditunjukkan penduduk kawasan Kuala Besut termasuk sebahagian ahli-ahli PAS yang telah mengiktiraf segala jasa dan khidmat yang telah diberikan setiap pemimpin BN dengan memilih Tengku Zaihan. "Di situ jelas telah berlaku perubahan angin dalam PRK itu di mana ada antara ahli-ahli PAS yang telah memberikan undi kepada calon BN," katanya selepas majlis penyampaian zakat dan Netbook kepada pelajar Institut Pengajian Islam (INSPI) Kampung Binjai, di Kemaman semalam. Katanya rakyat dan pengundi Kuala Besut dapat menilai khidmat terbaik yang diberikan kerajaan BN selama ini khususnya dalam menentukan kemajuan rakyat. Pada PRK DUN Kuala Besut semalam Tengku Zaihan menang dengan majoriti 2,592 undi mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof. Ahmad Shabery berkata keputusan tersebut sekali gus memberikan keyakinan rakyat seluruh negara bahawa Umno dan BN adalah pilihan terbaik untuk mereka manakala segala usaha pembangkang untuk mencemuh pilihanraya di negara ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditolak rakyat. Beliau berharap semua pihak mengerti yang sekarang adalah masa untuk kerajaan yang dipilih untuk meneruskan pembangunan negara dan bukan mencari alasan untuk mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Ahmad Shabery, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, juga menyifatkan kemenangan di Kuala Besut itu sebagai bukti orang Melayu masih sayangkan parti itu.

Khamis, Oktober 20, 2011

ORANG UMNO PANGKAH PAS


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Yahya Khatib berkata rakyat negeri tidak akan lupa bagaimana pentadbiran Pas di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ketika itu hanya bercakap dan berceramah sepanjang masa dan bukannya melaksanakan apa yang termaktub di dalam manifesto yang dijanjikan.

Justeru katanya manifesto yang dikeluarkan itu tidak lebih hanya sekadar untuk mengulangi skrip lama dan mereka perlu ingat rakyat Terengganu sudah matang dan tidak akan terpengaruh dengan segala janji yang hanya manis di bibir sahaja.

“Penghapusan cukai kediaman dan sebagainya adalah gula-gula untuk memastikan pengaruh mereka terus berkembang namun pada masa yang sama mereka tidak sedar tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan pada satu ketika dahulu disia-siakan.

“Jika mereka melaksanakan amanah dan melunaskan segala janji, takkankan rakyat khususnya pengundi menukar kerajaan negeri dalam sekelip mata sahaja dan mereka hanya memerintah sepenggal sahaja,” katanya.

Pas Terengganu Sabtu lalu melancarkan manifesto Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tema ‘Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan’.

Lima perkara dari kandungan manifesto yang dilancarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu ialah melaksanakan pengecualian cukai kediaman, Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN, Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami, Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miski.

Yahya yang juga Adun Pengkalan Berangan seterusnya menegaskan Pas perlu mencermin diri terlebih dahulu dan bukannya secara semberono mengumumkan manifesto berkenaan.
“Manifesto mereka seolah-olah kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) hari ini tidak peka dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat sedangkan kita telah melaksanakan apa yang terbaik untuk rakyat Terengganu.

“Usah cakap banyaklah….Tengok dan selidik dulu apa jasa dan “track record” ketika rakyat memberi amanah sebelum ini. Seperti yang saya katakan di atas, jika mereka benar-benar bertanggungjawab, takkanlah rakyat berpaling tadah dengan memberikan madnat kembali kepada BN.

“Kita bukannya nak bercakap sombong atau bongkak sebaliknya bercakap atas dasar hakikat yang sebenarnya. Kita percaya rakyat negeri ini lebih selesa dengan apa yang kita telah laksanakan dan segala perancangan yang telah diatur dan sama sekali tidak akan mengulangi kesilapan sebelum ini,” katanya.

Teganukita pula melaporkan, rakyat Terengganu bakal 'menderita' sekali lagi jika mereka memilih PAS sebagai parti pemerintah negeri tersebut.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, ini kerana manifesto yang dilancarkan parti itu baru-baru ini hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya.

"Terbukti apa yang dijanjikan parti itu tidak dapat dilaksanakan seperti janji kerajaan PAS di Kedah menurunkan cukai tanah, tetapi sekarang mereka sebenarnya merana akibat tindakan itu kerana cukai merupakan pendapatan kepada kerajaan negeri.

"Bagi menutup kepincangan itu, mereka mengenakan cukai yang tinggi pula kepada UUM.

"Maka, sebab itu kita menjangkakan mereka tidak melakukan kajian secara terperinci ketika menyenaraikan janji-janji tersebut kerana ia sekadar memancing undi," katanya.

PAS Terengganu baru-baru ini mengumumkan sebahagian manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 yang antara lain menjanjikan kakitangan awam wanita kematian suami bakal diberi cuti bergaji selama 30 hari sebagai tempoh berkabung.

Langkah pengumuman secara berperingkat itu kononnya bagi memastikan manifesto yang dibuat tidak ditiru oleh Barisan Nasional (BN).

Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan pula berkata, penghapusan cukai pintu dan penyelesaian isu tanah merupakan pengulangan janji oleh PAS selepas mereka diberi mandat memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 1999.

Katanya, PAS bagaimanapun menghadapi masalah kewangan kerana mereka hanya mengharapkan wang royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan.

"Sekiranya janji yang sama dibuat oleh PAS, saya mengandaikan mereka akan menghadapi masalah kewangan yang sama.

"Penghapusan cukai bukan tindakan bijak kerana ia merupakan sumber utama kerajaan negeri. Banyak lagi cara lain yang boleh meringankan beban rakyat," katanya

Ulasan saya, PAS menang di Terengganu bukan kerana PAS kuat tetapi kerana orang UMNO pangkah PAS. Orang UMNO marah kepada JKKK, dia pangkah PAS. Orang UMNO marah kepada YB, dia pangkah PAS. Maka PAS menang di atas kemarahan orang UMNO yang tidak waras sanggup menggadai perjuangan.

Bila PAS menang pada tahun 1999 di Terengganu baru orang UMNO menyesal. Maka orang UMNO kembali memangkah BN maka PAS tumbang pada tahun 2004. Sekarang sudah dua penggal BN memerintah Terengganu.

Sekarang ini orang UMNO marah kepada UMNO semula. Tak dapat projek, tak dapat tender, tak dapat sebutharga marah kepada MB, marah kepada MP, marah kepada ADUN. Yang peliknya projek diberi kepada orang yang sama. Itu yang pemimpin UMNO tak sedar diri beri projek kepada orang yang sama sehingga menimbulkan kemarahan kepada kontraktor lain.

Sepatutnya pembahagian projek kena adil baru orang UMNO tak marah kepada pemimpin. Sekarang ini orang Besut marah kepada UMNO. Kalau BN menang lagi, orang Kemaman kekal MB. MB dah lama 25 tahun di Kemaman, orang Besut baru 4 tahun dah kena rampas jawatan itu ke tangan orang Kemaman pula.Jadi orang UMNO yang menyebabkan BN kalah dan bukan kerana PAS itu kuat.

Sampai bila orang UMNO mahu berfikir begini? Orang UMNO kena ubah mentaliti. Walau tak dapat projek, tender, sebutharga, kawasan balak, kawasan bijih besi, tetap pangkah BN. Baru BN boleh menang. Adakah orang UMNO mahu PAS memerintah Terengganu sekali lagi? Alamatnya meranalah rakyat Terengganu sekali lagi.