KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata beliau bersedia bertanding semula di kerusi Parlimen Wangsa Maju pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata walaupun tewas pada PRU13 namun beliau tidak pernah berhenti berkhidmat dengan rakyat di kawasan itu.
"Jadi, saya sudah cukup sedia untuk itu. Dari segi gerak kerja pula, kita sudah lama mulakan...dan respons rakyat sekarang kepada Barisan Nasional berbanding lima tahun dulu adalah lebih baik," katanya kepada pemberita pada program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 di Taman Flat Sri Kedah, Wangsa Maju, di sini hari ini.
Pada PRU13, Mohd Shafei kecundang kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang memperoleh majoriti 5,511 undi.
Jualan Sentuhan Rakyat menyaksikan barang makanan dan keperluan asas lain dijual pada harga lebih rendah berbanding biasa sekali gus membolehkan orang ramai melakukan penjimatan.
Ia digerakkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan penglibatan beberapa agensi kerajaan.
Ulasan saya, cukuplah Shafie bertanding kerana beliau sudah kalah pada PRU13. Kerusi itu adalah kuota MCA yang bertanding pada PRU 2008. Pada PRU 2013 Umno rampas kuota MCA kerusi Wangsa Maju tetapi MCA tak beri kerjasama kepada Shafie maka kecundanglah Shafie.
Kalau MCA masih boikot Shafie macam mana beliau mahu menang. Maka cukuplah beliau bertanding dan beri peluang kepada MCA untuk menawan semula kerusi Wangsa Maju daripada tangan PKR.
Memaparkan catatan dengan label cukuplah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cukuplah. Papar semua catatan
Isnin, Februari 12, 2018
Rabu, Julai 26, 2017
CUKUPLAH MAHATHIR
KUALA LUMPUR: Apa akan jadi jika Datuk Mukhriz menang bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 2013? Adakah Tun Dr Mahathir akan mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak? Tanya seorang veteran ketika minum di Restoran Nagas dekat PWTC petang semalam. Walaupun Nagas sudah bertukar nama Restoran Al Raziq tetapi ia tetap popular dengan nama Restoran Nagas,
Veteran itu bukannya ada jawatan dalam Umno tetapi sebagai bekas pegawai kerajaan beliau memantau apa yang bekas Perdana Menteri 22 tahun itu buat untuk orang Melayu. Katanya, jika Mukhriz menang hari itu Dr Mahathir tidak akan mengkritik PM sekarang sebaliknya akan mendesak Najib melantik Mukhriz sebagai TPM selepas perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Dr Mahathir ingatkan selepas bersara pada tahun 2003 beliau akan mati setahun kemudiannya. Tetapi Allah lanjutkan usianya. Dah 14 tahun bersara tetapi tak mati mati. Beliau pun tak sangka Najib yang dididiknya tidak mengikut arahannya supaya duitnya dari luar negara dapat masuk. Najib sebagai Menteri Kewangan dikatakan tidak meluluskan permohonan Dr Mahathir punca kemarahan Dr Mahathir kepada Najib memuncak.
Tetapi Najib lebih kebal dari Pak Lah, Dr Mahathir tekan Pak Lah sehingga keluar dari Umno, Dr Mahathir balun Pak Lah akhirnya BN tak dapat dua pertiga dan Pak Lah beri laluan kepada Najib jadi PM. Dr Mahathir ingatkan Najib akan menjadi mangsa seterusnya sebaliknya Najib steady dan Dr Mahathir terpaksa mengasaskan parti baru Bersatu untuk tentang PM.
Veteran itu berhujah dari satu segi Dr Mahathir untung berada di sebelah pembangkang kerana pembangkang tidak akan korek kesalahannya lagi. Zaman Mahathir, Lim Kit Siang suruh tubuh Suruhanjaya Diraja mengenai Forex, Mahathir arah Menteri Kewangan kata tak perlu. Tetapi bila Dr Mahathir terlalu lantang mengkritik kerajaan maka kerajaan terpaksa menubuhkan Suruhanjaya Diraja tersebut yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang dahulu. Lim senyap tak dapat kata apa.
Agaknya betullah seperti kata bekas Presiden PAS, arwah Ustaz Fadhil Nur bahawa beliau minta Allah panjangkan usia Dr Mahathir supaya beliau dapat melihat kesilapan yang dilakukannya selama ini. Sudah ramai yang jadi mangsa politik Dr Mahathir seperti Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pak Lah.
Dengan tokoh tokoh tersebut Dr Mahathir berjaya cantas mereka tetapi dengan Najib beliau gagal kerana rakyat sudah sedar bahawa perjuangan Dr Mahathir bukan kerana bangsa tetapi kerana dendam di atas kekalahan anaknya Mukhriz. Kalau Ku Li boleh bubarkan Parti Semangat 46 selepas dua kali kalah dalam pilihanraya umum, Dr Mahathir perlu kembali ke pangkal jalan selepas Bersatu gagal menumbangkan BN pada PRU akan datang.

Khamis, April 04, 2013
CUKUPLAH EMPAT TAHUN NAJIB
Bakal calon PKR bagi kerusi parlimen Sipitang, Maarop Mohd Noor berkata sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia menukar Perdana Menteri yang baru.
Katanya, cukuplah Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi PM Malaysia selama empat tahun kerana perubahan yang dilakukannya hanya menguntungkan kroni beliau sahaja.
"Rakyat kena pilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia yang baru dengan memberi kemenangan yang cemerlang kepada Pakatan Rakyat," katanya.
Katanya, rakyat sudah bosan dengan penipuan kerajaan BN selama 56 tahun dan inilah peluang terbaik bagi rakyat untuk menukar kerajaan pusat.
"Kenapa kita takut tukar kerajaan pusat? Sedangkan jika Pakatan Rakyat tidak bagus, lima tahun lagi rakyat boleh pilih BN semula," tegasnya.
Beliau mengajak semua rakyat Sabah memilih Pakatan Rakyat kerana Anwar sudah berjanji akan memberi kuasa penuh kepada Ketua Menteri Sabah yang baru seperti mana termaktub dalam Suruhanjaya Cobbold.
Beliau yang juga bekas pegawai Sime Darby pada mulanya tidak berminat untuk emnyertai politik tetapi oleh kerana Anwar dihina sebegitu rupa oleh kerajaan BN, yangf menyebabkan beliau terpanggil untuk sama-sama berjuang dalam PKR.
Sehingga ini beliau belum disahkan bertanding di parlimen Sipitang atau di DUN sindumin tetapi beliau telah dijanjikan sama ada beretanding di salah satu kerusi tersebut.
"Saya tidak berminat menjadi calon tetapi jika pucuk pimpinan PKR memilih saya bertanding, saya tidak menolaknya," katanya lagi.
Beliau yakin bila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia,Ketua Menteri Sabah yang baru tidak akan diremote control oleh Kuala Lumpur lagi seperti mana di zaman Haris Salleh dan Datuk Seri Musa Aman sekarang.
"Sabah membentuk Malaysia dan Sabah bukannya setaraf negeri lain di Semenanjung. Oleh itu Anwar yang akan mengembalikan semula hak takyat Sabah kepada kita semua<" katanya lagi.
Ahad, Februari 10, 2013
CUKUPLAH RADZI
Anggota parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad bersedia menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini jika dikehendaki pucuk pimpinan parti.
Katanya, beliau menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan sama ada untuk memberi mandat sebagai calon atau sebaliknya kerana apa yang lebih penting BN perlu menang pada pilihan raya umum.
"Jika diberi kepercayaan untuk bertanding sama ada kerusi parlimen atau dewan undangan negeri, saya bersedia... dan jika tidak dicalonkan, saya tetap melaksanakan amanah sebagai pengarah pilihan raya BN parlimen Kangar," katanya.
Bercakap kepada Bernama hari ini, Mohd Radzi berkata, tanggungjawabnya adalah memastikan setiap calon BN terutama di kawasan parlimen Kangar akan menang pada pilihan raya umum.
Mohd Radzi, 71, anak kepada menteri besar Perlis yang pertama selepas merdeka, allahyarham Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim, berkata faktor umur bukan penghalang untuk seseorang itu menjadi calon kerana yang penting ialah sihat tubuh badan dan mampu berkhidmat kepada rakyat.
Ulasan saya, cukuplah Radzi jadi calon. Berilah peluang kepada orang muda untuk jadi calon BN di kawasan parlimen Kangar. radzi pernah jadi setiausaha parimen, timbalan menteri di zaman Dr Mahathir sehingga dipecat bila menyokong team B pada tahun 1987. Selepas Pak Lah jadi PM pada tahun 2003, baru beliau menyertai semula kabinet sebagai menteri penuh.
Langgan:
Catatan (Atom)