Rabu, Oktober 07, 2020
JANGAN YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN
Isnin, September 21, 2020
WAN MOKHTAR DALAM KENANGAN
Pagi ini saya terkejut mendengar berita kematian bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad MB Terengganu yang paling lama berkhidmat (1974-1999). Beliau meninggal kerana komplikasi jantung setelah dua hari dimasukkan ke wad di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Beliau ,meninggalkan seorang balu, Toh Puan Aishahtun Suhaimi dan lima orang anak termasuk bekas ADUN Air Putih, Wan Hakim. Selepas BN kalah di Terengganupada tahun 1999, Wan Mokhtar jarang muncul di khalayak ramai. Namun apabila Datuk Seri Idris Jusoh merampas kembali Terengganu dari tangan PAS pada PRU 2004, Idris banyak menonjolkan semula Wan Mokhtar. Arwah muncul semula dalam majlis UMNO Terengganu.
Pada PRU 2008, anaknya Wan Hakim terpilih sebagai calon BN di Dun Air Putih menggantikan Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid. Arwah turut berkempen umtuk anaknya pada PRU 2008. Itulah kali terakhir saya menemui arwah ketika berkempen di Mak Chili.
Saya mengenali arwah pada tahun 1995 selepas menang ahli jawatankuasa pemuda Umno Bahagian Kemaman. SelepasPRU 1995 saya bekerja dengan ahli parlimen Kemaman, Dr Ramli Taib. Pada tahun 1996, saya letak jawatan apabila menerima tawaran Exco Kerajaan Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang untuk menulis buku HULU TERANGGANU MENUJU KEEMASAN.
Habis projek buku tersebut, saya kembali menganggur. Masa ini saya temui Wan Mokhtar untuk memohon sebarang pekerjaan di negeri Terengganu. Arwah suruh saya temui Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK), Datuk Haji Azman Muda. Saya bawa surat yang diminit oleh arwah dengan pen merah. Orang kata kalau Wan Mokhtar minit dengan pen merah maka ada can dapat kerja.
Mulai 1 Januari 1997 saya mula bekerja dengan YPK sebagai Penolong Pengarah Penerangan YPK. Apabila PAS menangi PRU 1999, saya letak jawatan pada tahun 2000 kerana bekerja sebagai pegawai media dengan Setiausaha Parlimen Kemneterian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman Abdullah.
Saya masih ingat pesanan arwah ketika saya menemuinya selepas dapat kerja dengan YPK. Dia pesan jangan terlibat dengan rasuah. Dia kata tengok ramai anak bekas Exco jadi penagih dadah kerana ayah mereka terlibat dengan rasuah.
Pada tahun 1994 saya dipanggil setiausaha peribadi ADUN Chukai, arwah Cikgu Mohamad Mahmud untuk menulis buku WAN MOKHTAR: PEMIMPIN EMPAT ZAMAN. Selepas siap tulis buku itu, buku itu senyap. Maka saya terbit sendiri buku itu dengan meminjam wang kawan saya untuk bayar kos cetak buku tersebut. Saya hadiahkan buku tersebut kepada Wan Mokhtar yang kebetulan kenali arwah datuk saya, Haji Abdullah Omar bekas penghulu Mukim Gelugor.
Saya silap pada tahun 1985 datuk saya ajak pergi jumpa Wan Mokhtar untuk mohon pegawai TCS tapi saya kata tak payah. Masa itu batch saya yang minta TCS ialah Azmi Razik, Othman Awang,Wan Harujan dan Kamarul Amin. Saya tak dapat TCS kerana saya tak guna cable Wan Mokhtar. Tak ada rezekisaya jadi TCS.
Susah dah rakyat Terengganu mahu cari MB macam Wan Mokhtar. Selepas solat subuh, pagar rumahnya sudah dibuka untuk rakyat menemuinya. Beliau bebas ditemui di mana mana tanpa protokol. Pernah orang tanya dia kenapa Datuk tak bawa bodyguard, beliau jawab Allah jaganya. Air solat tak pernah putus di tubuhnya. Yang lucu ada kawan yang marah kepada Wan Mokhtar bila temuinya tak jadi marah.Bila ditanya kenapa tak marah MB tadi, dia kata kelu lidahnya.
Selama 25 tahun memerintah Terengganu, banyak pembangunan yang dibawa beliau. Jika orang kata Terengganu masih mundur, maknanya orang itu tak nampak apa yang Wan Mokhtar buat sehingga di Pasir Raja tempat yang paling hulu pun jalan kampung berminyak tar.
Di fasa pertama pemerintahannya, Wan Mokhtar menumpukan pembangunan pendidikan dengan menubuhkan Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Terengganu, Yayasan Pembanguna Keluarga Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dengan wawasan SIHAT. Sesungguhnya jasa Wan Mokhtar membangunkan Terengganus selama 25 tahun amat besar. Semoga ada sekolah yang diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Wan Mokhtar. sebagai mengenang jasa beliau. Malah patut ada jalan diberinama jalan Wan Mokhtar di Chukai. Al Fatihah buat Tan Sri.
Khamis, Julai 16, 2020
KHUSAIRI TALIB DALAM KENANGAN
Pada akhir tahun 1989 saya ditukarkan ke Sabah sebagai wakil akhbar Watan di Sabah. Maka bertambah rapatlah saya dgna arwah setelah dua tahun berpisah. Sebagai akhbar bebas yang tidak berpihak kepada mana mana parti politik saya selalu bertelagah dengan boss arwah Datuk Zaki, tapi kami tetap berkawan. Arwah yang jadi ahli parti PBS seumur hidup menulis buku PBS KELUAR BN MEMBELA MARUAH.
Dalam sidang akhbar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad saya tanya pendapat Tun tentang buku tersebut yang baru diterbitkan. Tun kata itu biasalah propaganda PBS. Malam itu arwah datang ke rumah saya beri rm200 kerana komen Tun itu menyebabkan orang Sabah tercari cari buku itu.
"Terimaksih Zabidi kerana promosi buku aku," kata arwah.
Saya balik ke Kuala Lumpur pada Mei 1991 selepas PRK Usukan tetapi arwah masih di Sabah dengan Datuk Zaki. Apabila BN menjadi kerajaan di Sabah pada tahun 1994 beliau balik ke Tanjung Malim bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian.
Jurugambar Karangkraf, arwah Man Toba orang Tanjung Malim bantu Kushairi maka menang beliau mengalahkan seorang doktor. Rezeki arwah jadi YB kerana dia balik kampung sewaktu arwah Datuk Yunus Wahid dah hilang pengaruh setelah jadi YB Slim selama empat penggal.
Kushairi jadi YB sudah tiga penggal dan pernah jadi Setiausaha Perhubungan Umno Perak walaupun tak dapat jadi Exco di zaman BN. Tetapi kawan lamanya Datuk Salleh Said Keruak yang jadi Menteri Komunikasi pada tahun 2016 melantik beliau sebagai Pengerusi FINAS.
Saya pernah berurusan dengan arwah ketika beliau jadi Pengerusi FINAS tetapi tak sempat kami dapat projek FINAS BN kalah pada PRU 2018. Al fatihah buat arwah.
Rabu, Mac 18, 2020
DAH MASUK POLITIK TENGKU ZAFRUL KENA MESRA RAKYAT
Banyak kes yang melibatkan orang Melayu beliau tulis surat kepada Tengku Zafrul tidak dijawab oleh beliau. Sebaliknya apabila beliau menulis surat kepada mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng beliau cuba selesaikan masalah orang Melayu.
Oleh itu sudah masuk politik Tengku Zafrul kena mesra rakyat dan jawab surat rakyat seperti yang dilakukan Lim Guan Eng. Tujuan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin melantik orang luar sebagai Menteri Kewangan supaya jawatan itu tidak dipolitikkan tetapi seperti kata ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Tengku Zafrul kena layan orang politik apabila sudah jadi Menteri Kewangan.