Rabu, Mac 18, 2020

DAH MASUK POLITIK TENGKU ZAFRUL KENA MESRA RAKYAT

Menteri Kewangan yang baru, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz dituduh oleh Pengerusi Establishment Timbangtara Malaysia( MATE), Datuk Munshi Muslim bin Yaacob tidak menolong orang Melayu ketika beliau menjadi Pengerusi CIMB.

Banyak kes yang melibatkan orang Melayu beliau tulis surat kepada Tengku Zafrul tidak dijawab oleh beliau. Sebaliknya apabila beliau menulis surat kepada mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng beliau cuba selesaikan masalah orang Melayu.

Oleh itu sudah masuk politik Tengku Zafrul kena mesra rakyat dan jawab surat rakyat seperti yang dilakukan Lim Guan Eng. Tujuan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin melantik orang luar sebagai Menteri Kewangan supaya jawatan itu tidak dipolitikkan tetapi seperti kata ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Tengku Zafrul kena layan orang politik apabila sudah jadi Menteri Kewangan.