Rabu, Oktober 07, 2020

JANGAN YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN


 

oleh SHAHBUDIN HAJI EMBUN



_Sekiranya Anda Ingin Bergerak Pantas, Bergeraklah Seorang. Sekiranya Anda Ingin Bergerak Lebih Jauh, Bergeraklah Berkumpulan_





1. Saya menyokong sepenuhya kenyataan SUA UMNO Tan Sri Annuar Musa, bahawa Ahli Ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan memperkukuh Muafakat Nasional.


2. Perkara ini telah diputuskan sebelum ini bahawa UMNO BN akan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sehingga PRU 15.


3. Sokongan ini adalah bersandarkan faktor faktor seperti berikut:


a. UMNO sebagai parti orang melayu tidak boleh bekerjasama dengan DAP yang mempunyai dasar 'Malaysian Malaysia' iaitu hak sama rata seterusnya menafikan hak istimewa orang melayu dan bumiputera. Selama ini,  UMNO adalah parti yang diharapkan dapat mempertahankan hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera sebagaimana termaktub didalam Perlembagaan Malaysia. 


b. Andainya UMNO bekerjasama dengan Amanah, ini akan secara tidak langsung  memutuskan hubungan dengan PAS seterusnya melanggar piagam Muafakat Nasional yang telah dimeterai pada 14 Sep 2019.


c. Memilih Dato' Sri Anwar Ibrahim yang telah sah didapati oleh mahkamah terhadap salah laku moral akan menjejaskan kredibiliti UMNO.


4. Seandainya kerajaan Perikatan Nasional hilang majoriti, kemungkinan besar Parlimen dibubarkan. Dimasa peningkatan kes pandemik Covid 19 adalah tidak sesuai diadakan pilihanraya umum. UMNO akan dicemuh oleh rakyat sekiranya penularan  pandemik  ini diluar kawalan.


5. Janganlah marahkan nyamuk sehingga kelambu dibakar. Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.


NUKILAN:

Shahbudin Embun
Penganalisis Politik