PORT DICKSON, 12 Mac (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran hari ini sekali lagi meminta Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara meneliti cadangan supaya tempoh keanggotaan senator dipanjangkan kepada sekurang-kurangnya lima tahun.
Beliau berkata ini memandangkan tempoh tiga tahun bagi satu penggal yang diberikan kepada senator tidak mencukupi malah tempoh berkenaan juga dianggap sebagai tempoh pembelajaran untuk seseorang senator belajar mengenai pelbagai perkara termasuk dasar dan sistem kerajaan.
“Tempoh lebih tiga tahun itu bukan untuk kita meraih lebih pendapatan dan membazir duit rakyat. Seseorang yang menjadi ahli Yang Berhormat daripada peringkat negeri atau persekutuan, tempoh hingga tiga tahun ini dia tengah belajar.