Selasa, Mac 12, 2019

KERETA ASHRAF MUSLIM EKSIDEN?

Selepas menonton 28 episod drama tv3 DIA MENANTU RAHSIA yang berakhir minggu lepas,  saya terdetik mahu menemui pelakon utamanya Ashraf Muslim kerana tertarik dengan perjalanan ceritanya itu. Entah mengapa semalam tanpa dirancang saya menemui Ashraf di kantin bangunan TV Hijrah di Bangunan Jawi sebelah Masjid Negara.

Saya pergi menemui bekas jurugambar Kumpulan Karangkraf, Badrul Muhafiz Abu Bakar yang berniaga di kantin JAWI. Tiba tiba sebuah kereta berundur untuk masuk parking dan terlanggar kereta saya. Anak saudara saya yang ada di dalam kereta tersebut keluar untuk menemui pemandu kereta Honda Civic tersebut.

Kemudian datang seorang jejaka tampan dari bangunan TV Hijrah memakai kot menuju ke kereta tersebut.  Anak saudara saya tak perasan bahawa jejaka itu yang merupakan pemilik kereta tersebut adalah pelakon drama tv terkenal, Ashraf Muslim.

Eksiden itu tidak jejaskan kereta saya. Ashraf kemudiannya datang ke kantin itu untuk minum dan anak saudara saya bawa Ashraf menemui saya yang sudah lama berada di kantin. Tak sangka pula eksiden itu dapat menemukan saya dengan pelakon yang saya minati Ashraf Muslim.

Saya tak miss menonton DIA MENANTU RAHSIA setiap petang. Tak sangka pula saya dapat menemui Ashraf Muslim melalui eksiden ini. Oleh kerana eksiden ini di atas kecuaian pemandunya yang tak perasan kereta saya ada di belakang maka saya maafkan pemandu keretanya.

Sebaliknya eksiden kecil ini dapat peluang saya menemui dan bersalam dengan pelakon idola saya Ashraf Muslim.