Sabtu, Mac 16, 2019

IBRAHIM ALI TUNTUT ROS LULUS PENDAFTARAN PUTRA

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Presiden Perkasa, Datuk Dr Ibrahim Ali hari ini memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) yang tidak menjawab permohonan pendaftaran Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Ibrahim, yang merupakan Presiden Penaja Putra selaku pemohon, memfailkan permohonan itu melalui sistem e-filing di Mahkamah Tinggi di sini menerusi peguamnya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dengan menamakan Ketua Pengarah RoS dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.

Ibrahim, bekas Anggota Parlimen Pasir Mas, mengemukakan permohonan kebenaran itu menurut Aturan 53 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012