KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menghadapi laluan sukar di parlimen Gombak. Beliau ditentang oleh calon BN, Datuk Abdul Rahim Kamaruddin dan calon PAS, Ir Khairil Nizam esok.
Pada PRU13 beliau menang dengan majoriti 4,734 undi mengalahkan calon BN, Dr Rahman Ismail. Azmin mendapat 54,287 undi manakala Dr Rahman mendapat 50,093 undi dan calon Bebas, Datuk Paduka Said Nazar mendapat 474 undi.
Beliau dikatakan sukar untuk menang semula kerana dahulu dia menang kerana jentera PAS Gombak. Kini beliau berhadapan dengan calon PAS sendiri maka undi pembangkang bila berpecah akan menguntungkan calon BN.
Namun demikian calon PAS mampu buat kejutan jika perpecahan yang ketara di kalangan pengundi Melayu. Tambahan pula pengundi Cina dan India tetap bersama PKR.
Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dikatakan mahu berpindah ke parlimen lain tetapi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mencantas usaha Azmin itu maka beliau terpaksa mempertahankan kerusi Gombak.
Difahamkan rekod Azmin tidak bersih apabila beliau banyak terlibat dengan skandalrasuah setelah mengambilalih negeri Selangor daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Menurut sumber, semua projek yang berkaitan dengan GLC Selangor beliau tanya bahagian dia banyak mana sehingga seorang CEO GLC Selangor meletakkan jawatan kerana tak tahan dengan sikap tamak Azmin.
Malah difahamkan Azmin tidak percaya kepada proksi sebaliknya komisen tunai dituntut sendiri oleh beliau dengan kontraktor tanpa orang tengah. Malah dikatakan juga Azmin ada sebuah rumah khas di Kuala Lumpur yang dikhususkan untuk simpan komisennya.
Sikap rasuah Azmin yang menyebabkan pengundi Gombak akan memilih sama ada calon BN atau calon PAS esok. Dapatkah Azmin mempertahankan kerusinya esok? Sama samalah kita tunggu malam esok.