Selasa, Disember 05, 2017

PERKASA CADANG PERTEMUAN TERTUTUP MENGENAI MA63

KUALA LUMPUR, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata perang mulut dan perbalahan antara Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Abang Openg dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia mengenai Isu MA63 tidak menyelesaikan perkara berbangkit.


Sebaliknya perbalahan secara meluas di media massa akan menghakis semangat Kesatuan Nasionalisma dan Patriotisma Negara selain bolih membawa pelbagai kekeliruan minda rakyat dan melebarkan lagi perpaduan rakyat antara Timur dan Semenanjung.

Sehubungan dengan itu, Perkasa mencadangkan atas nama sifat kesederhanaan yang
dilaungkan oleh semua pemimpin, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kedua-dua pemimpin itu seharusnya mengadakan pertemuan secara tertutup bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

"Pada pertemuan itu nanti sebaik baiknya dijemput sama pakar-pakar perundangan dan tokoh- tokoh sejarah yang berautoriti.

"Bincanglah secara telus dan ikhlas. Apa juga kesimpulan secara unanimous atau majoriti hendaklah dihormati oleh semua pihak. Wakil Kerajaan pusat saperti peguam negara dan Penasihat Undang undang Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah wajar dijemput untuk memerhati dan mencelah kalau perlu," katanya.

Diperingkat antarabangsa, Malaysia sering membuat saranan dan cadangan agar setiap masalah yang dihadapi hendaklah diselesaikan di meja rundingan.

Malaysia juga selalu nelaung-laungkan slogan bertukar pendapat melalui meja bulat secara tertutup yang lebih berintegriti dan menjamin semangat setiakawan berkekalan.

Kata Ibrahim dalam pertemuan meja bulat itu nanti setiap pihak boleh melontarkan apa saja pandangan tapi dengan syarat mesti ada fakta da pihak yang menerima kritikan mesti berlapang dada dan menerima teguran atau pandangan dengan hati terbuka.

"Inilah nasihat dan saranan Perkasa yang sentiasa meletakkan keselamaran Negara sebagai tunjung perjuangan dan berpaksi kepada perlembagaan dan Undang undang Negara," kata Ibrahim.

Beliau menambah sebaik baiknya kedua dua pihak atau sesiapa sahaja yang cintakan negara tercinta ini jangan sesekali mencipta sebarang masalah yang secara sedar atau tidak boleh memusnahkan kedaulatam negara yang sudah 55 tahun berdaulat.