Sebaliknya mengadaikan lima tahun itu seolah-olah 100 tahun lamanya beliau ingin mencurahkan khidmat baktinya kepada pengundi di Muadzam Shah.
"Kenapa saya kata begitu sebab bagi saya soal berkhidmat kepada masyarakat ini memang tidak pernah habis
.
"Kalau saya meletakkan target jawatan saya hanya lima tahun sahaja nanti saya akan jadi malas sebab tempuh jawatan pendek. Saya akan lebih malas bila tempuh lima tahun dah nak habis.
"Kalau saya meletakkan target jawatan saya hanya lima tahun sahaja nanti saya akan jadi malas sebab tempuh jawatan pendek. Saya akan lebih malas bila tempuh lima tahun dah nak habis.
"Jadi untuk jadikan semangat bekerja saya terus membara dan bersemangat, saya cakap pada diri saya sendiri seolah-olah tugas saya sebagai wakil rakyat ini macam 100 tahun," katanya ketika di temui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena Perhimpunan Agung Umno kali ini.
Maznah antara wakil rakyat paling lama di Pahang dan di negara ini. Kepercayaan pucuk pimpinan terhadap beliau dengan menjalankan tugas dan amanah dengan begitu berkesan antara sebab Maznah sudah lima penggal menerajui Muadzam Shah.
Untuk pilihan raya yang bakal di adakan pada tahun hadapan, beliau tidak berani meramalkan nasib dirinya sama ada tercalon ataupun tidak untuk mempertahankan Muadzam Shah.
Sebaliknya beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan negeri dan negara untuk menentukan nasib masa depannya dalam persada politik negara.
Kata beliau sebagai seorang ahli Umno yang banyak terhutang budi kepada parti keramat itu beliau masih belum selesai membalas budi parti dan kerajaan, walaupun lima penggal sudah berkhidmat.
"Kalau ikutkan hati, memang tak setimpal balasan yang saya berikan kepada parti dan kerajaan. Terlalu banyak kerajaan memberi bantuan kepada penduduk dikawasan saya sehinggakan Muadzam kin sudah berubah wajah menjadi bandar moden dan pembangunan bagai cendawan dibasahi hujan," katanya.