Doktor saya suruh saya berehat selama sebulan. Kini saya muncul kembali mengulas isu isu semasa. Oleh kerana hari ini adalah 7hb Syawal maka saya ceritakan sedikit pengalaman saya beraya di kampung saya di Pasir Gajah, Kemaman.
Walaupun orang tua saya (Haji Abdullah dan Hajah Zaharah) sudah lama meninggal dunia di Pasir Gajah tetapi saya tetap beraya di sini kerana bapa mertua dan emak mertua (Othman Embong dan Selema Abdullah) pun orang Pasir Gajah. Bapa mertua meninggal dunia pada tahun 2001 dan emak mertua meninggal dunia pada bulan Januari lalu.
Sepatutnya kami beraya di Semenyih kerana sudah tiada orang tua di kampung tetapi isteri mahu beraya dengan adik beradiknya di kampung manakala semua adik saya duduk di Kuala Lumpur. Tahun ini dua orang anak saya, along dan abang zuwairi yang beraya di kampung. Manakala angah beraya di rumah mertuanya di Kedah dan acik beraya di Jenderam, Selangor.
Pada hari raya pertama seperti biasa selepas menziarahi kubur orang tua, saya beraya di Chukai di rumah kawan kawan Dato Rahim Husin, Haji Mustafa Abdul Rahman dan Yusof Jaafar. Saya cadang nak ziarahi kawan lama Naim Ton Mohamad di Air Putih tapi masa tidak mengizinkan.
Pada hari raya kedua. saya dengan kawan saya Mazlan Pasir Nering mengunjungi rumah terbuka bekas ADUN Ajil, Dato Rosol Wahid. Kebetulan ketika saya tiba di rumah Dato Rosol, ADUN Kuala Brang, Dato Tengku Putera Tengku Awang pun tiba juga. Dah lama saya tidak temui bekas Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu itu. Pada tahun 1996, saya menulis buku HULU TERENGGANU MENUJU KEEMASAN untuk beliau.
Kemudian saya memenuhi undangan rumah terbuka kawan lama saya, Bendahari Perhubungan Umno Terengganu, Anuwar Mohamad di rumahnya di Bukit Petiti. Ketika saya duduk di Banggol Peradong pada tahun 1968-1971, saya pernah berbasikal dari Banggol Peradong sampai ke Bukit Petiti.
Tidak lupa saya singgah di rumah terbuka Pegawai Pembangunan DUN Teluk Pasu, Cikgu Mansor. di Kampung Banggol Tok Esah. Kebetulan Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Razif turut hadiri rumah terbuka tersebut.
Selepas lepak di Hotel Primula dengan Bendahari Umno Bahagian Marang, Nasir Mamat, Pok Yas dan Rizal, saya singgah di rumah Penghulu Bukit Payong, Adnan Mat Amin. Kebetulan abangnya Cikgu Kamarudin nikah dengan tiga pupu saya orang Kampung Paloh.
Terserempak dengan Menteri Besar di hari raya kedua di rumah terbuka PPD Teluk Pasu
Bersama bekas ADUN Ajil, Dato Rosol Wahid dan mazlan pasir nering (kiri)
ADUN kuala brang, dato tengku putera tengku awang turut hadiri rumah terbuka dato rosol
di rumah terbuka anuwar mohamad, bendahari perhubungan umno terengganu
bersama cikgu mansor pegawai pembangunan dun teluk pasu
Pada hari raya ketiga saya pergi ke Machang rumah abang ipar. Isterinya baru keluar dari hospital. Sambil menziarahi biras sambil beraya dengan abang ipar. Turut singgah di rumah mak saudara di Kg Tok Khamis simpang jalan Pasir Putih-Jeli. Janji nak jumpa dengan pemilik MH Online, Hidayat Fansuri yang balik ke Padang Pak Amat tapi tak sempat temuinya kerana saya tidak dapat drive malam.
Pada hari raya keempat saya singgah di rumah mak saudara di Padang Pak Amat tetapi tiada orang. Saya terus pergi ke rumah mak saudara di Selingsing. Anaknya Juraij seorang pegawai kanan di Perbadanan Putrajaya turut balik kampung. Selepas itu saya singgah di rumah abang Juraij, jazlan guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Mahligai, Dabong.
Dari situ ke Kampung Danan rumah tok saudara tapi beliau tiada. Terus ke Jelawat temui pak dua pupu saya, Aziz. Tak lama di situ saya ke Ton Bali temui pemilik Agro Malaysia, Shamsul Hazli Mamat. Balik ke terengganu ikut jalan pantai. Cadang nak makan ikan celup tepung di kedai pok nong di mengabang telipot tapi kedainya tutup. Singgah di rumah dua pupu Kamal Shah di Gong Pak Jin. Akhir sekali sebelum balik ke Kemaman saya singgah di rumah bekas anak tiri saya, DJ Farah Fauzi, DJ Radio terengganu menemui adiknya Zahir iaitu anak saya dengan arwah Noriah.
Pada hari raya kelima saya temui kawan kawan di kedai haji mat stopa di stesen teksi Chukai iaitu Mat Dalam Awang, Jantan Mohamad, Haji Yusof Mohamad, Haji Mydin Mak Chili dan Mat Nor Dusun Nyior.
Pada hari raya keenam saya balik ke Kuala Lumpur dan singgah di Bukit Goh menemui mak sepupu, Hajah hasanah dan Haji Abdullah yang duduk di Batu Pahat, Johor. Saya turut mengunjungi rumah pak sepupu Ahmad yang duduk serumah dengan Dato Seri Ahmad Said sewaktu kecil di Teluk Kalong. Bapa saudara Ahmad, ustaz husin nikah dengan kakak Ahmad said, Che da.
Saya sampai di Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang setelah mengalami jem dari tol Bentong ke Bukit Tinggi. Saya singgah di rumah adik saya nombor tiga, Hajah Noridah di Gombak Ria.
Pada hari raya ketujuh saya beraya di rumah adik nombor lima, Nor Hafilah di tasik puteri. Saya turut beraya di rumah bakal besan di situ, Ali yang berasal dari Sungai Besar, Selangor yang bekerja dengan Muhibbah Engineering di kota kinabalu.
Selepas itu kami konvoi lima kereta dengan dua anak saya, angah dan acik serta adik Nor Hafilah dan adik nombor enam, Dr Nor Laily Shakimah ke rumah adik nombor empat, Saifudin di Taman Melawati. Sebelum itu kami singgah di rumah sepupu kami, Nor Akmal Zuraimie Yati yang duduk di kepong baru.
Hanya seorang lagi adik, haji mahir belum sempat ditemui di musim raya kerana dia masih puasa enam. esok umat islam yang berpuasa enam akan berhari raya termasuk adik saya Haji mahir yang juga bekas setiausaha akhbar Sheikhul Arqam, ustaz ashaari mohamad.
beraya di rumah bekas naib ketua umno bahagian kemaman, dato rahim husin
beraya di rumah pegawai khas timbalan perdana menteri, haji mustafa abdul rahman
bersama yusof jaafar panglima perang haji pa
bersama abang ipar, zakaria othman di machang
bersama emak sepupu, hajah hasanah dan haji abdullah batu pahat
di rumah dj radio terengganu, farah fauzi dengan zahir
beraya di rumah pemilik agro malaysia, shamsul hazli mamat di tok bali