Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, berkata perbincangan mengenai perkara itu akan dibuat dan diteliti sepenuhnya pada Muktamar PAS, sebelum dimuktamadkan.
Katanya, perbincangan berhubung memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR dijangka tidak dibawa ke peringkat Majlis Syura.
"Setakat ini tiada perkembangan terbaru mengenainya dan saya dimaklumkan ia akan dibincangkan pada Muktamar kali ini.
"Saya yakin perkara ini dapat dimuktamadkan sepenuhnya di Muktamar dan tidak dipanjangkan ke Majlis Syura seperti sebelum ini.
"Apa yang saya boleh kata, Muktamar kali ini berlainan dengan sebelumnya dan banyak perkara serta isu hangat akan dibangkitkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang di sini, semalam.
Ulasan saya, jika muktamar meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR maka PRN Selangor tidak dapat dielakkan.