Selasa, Ogos 09, 2016

RASUAH SEMAKIN TERUK DI KALANGAN POLIS?

ALOR SETAR, 8 Ogos (Bernama) -- Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM1,300 hampir dua tahun lepas.

Koperal Mohamad Sukeri Othman, 35, yang bertugas di Pejabat Peronda Lebuhraya Zon Utara (Bandar Baharu-Changkat Jering) didakwa menerima suapan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap V. Tamil Vanan kerana disyaki membawa arak tanpa cukai berbayar di dalam kereta jenis Toyota Avanza.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kedai Veerasamy Mini Market, F79 Pekan Lama, Lubok Buntar, Serdang, Bandar Baharu pada 10.09 pagi, 9 Nov 2014.

Ulasan saya, dakwaan terhadap koperal polis itu membuktikan bahwa rasuah semakin teruk di kalangan polis. Sudah sampai masanya bagi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendidik anak anak buahnya supaya membenci rasuah kerana ia adalah duit haram.

Kenapa ramai anak polis jadi penagih dadah? Ia adalah kerana ayahnya makan duit haram yang sudah menjadi darah daging dan duit itu pula digunakan untuk besarkan anak anak mereka. Semalam di Semenyih ada road block berhampiran Sekolah Kebangsaan Tamil Semenyih, polis trafik tahan banyak kenderaan selepas jam 5 petang hala ke Semneyih.

Tanpa segan silu polis yang memeriksa sebuah teksi yang membawa dua orang Bangladesh minta RM200 walaupun Bangla itu ada pasport dan permit kerja. Bangla itu terpaksa mengeluarkan duitnya RM200 dan bayar kepada polis berkenaan.

Ia amat memalukan kita semua rakyat Malaysia. Seekor kerbau bawa lumpur, habis semua kerbau terpalit. Partner saya yang pergi ke Nepal baru baru ini untuk ambil pengawal keselamatan bila mahu rekrut pekerja baru ajak orang Nepal datang ke Malaysia, mereka enggan kerana diberitahu rakan rakan Nepal yang sudah habis kontrak bahawa polis Malaysia selalu rampas duit mereka dalam wallet dan ambil handphone yang baru dibeli.

Oleh itu KPN perlu mendisplinkan anggotanya supaya mereka benci rasuah. Sudah sampai masanya SPRM membuat pemeriksaaan mengejut bila polis adakan road block kerana mereka tanpa malu minta duit dengan orang ramai seolah olah rasuah sudah menjadi satu budaya di kalangan polis.

Yang peliknya polis traffik yang buat road block sepatutnya periksa kenderaan yang tak ada cukai jalan, baru tahan pemandu sebaliknya polis traffik naik ke atas bas memeriksa orang ada pasport atau kad pengenalan seolah olah mereka pegawai imigeresen pula. Bila mereka tak ada pasport itulah peluang mereka minta duit. Sepatutnya kalau mereka tiada pasport dan permit kerja tahanlah mereka dan bawa ke balai. Macam macam cara nak minta duit dengan pendatang tanpa izin.