Rabu, Februari 03, 2016

TUKAR MUKHRIZ TAK ADA KEPERLUAN, TUKAR KHALID ADA KEPERLUAN PULAK

Lucu juga baca kenyataan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengatakan PKR menyokong Mukhriz Mahathir dikekalkan sebagai MB Kedah kerana tiada keperluan menukarnya.

Jangan jadi double standard Azizah. Takkan rakyat Malaysia dah lupa yang PKR tukar Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Ada keperluan pulak tukar Khalid sedangkan Khalid yang mengumpul rezab RM2 billion bagi Selangor selepas sepenggal menjadi MB (2008-2013).


PKR sanggup adakan pilihanraya kecil di Kajang untuk membolehkan suaminya Anwar Ibrahim jadi MB Selangor gantikan Khalid Ibrahim. Kalau Anwar tiada kes mahkamah, hari ini Anwar yang jadi MB Selangor dan bukannya Azmin Ali. Takkan Azizah sudah lupa?

Buat apa Azizah sokong Mukhriz? Takkan Azizah dah lupa ayah Mukhriz yang pecat suaminya dari jawatan TPM. Jika Anwar tidak dipecat dari Umno, Anwar yang jadi PM Malaysia pada tahun 2003 dan bukannya Pak Lah.

Oleh itu tak payahlah PKR campur urusan Umno Kedah. Masa PKR nak tukar Khalid Ibrahim, Umno pun tak campur urusan PKR. Kesian kepada Khalid sehingga keluar dari PKR dan kekal sebagai ADUN Bebas kerana PKR tidak menghargai jasanya membangunkan Selangor.