Bulan lepas PM, Najib Razak dimalukan apabila berucap merasmikan persidangan Umno Bahagian Pasir Gudang beliau tidak diberi tepukan oleh para perwakilan. Sebaliknya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan ketua bahagiannya, Khaled Norden diberi tepukan gemuruh.
Semalam Pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubungan dengan Pengerusi BN itu susulan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu.
Ketua Pemuda MCA bahagian itu Chia Chow Hui berkata himpunan 'Baju Merah' pada tarikh tersebut menghancurkan keharmonian kaum.
"Kami tidak bersetuju dengan himpunan 16 September yang merosakkan hubungan kaum. Tapi Najib memujinya sebagai perhimpunan aman. Jadi kami buat keputusan (untuk memutuskan hubungan)," kata Chia.
Hal ini bermaksud semua anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokong beliau dalam apa cara sekalipun.
Bahagian itu adalah yang pertama berbuat demikian dalam BN. Ketika ditanya, Chia berkata beliau tidak bimbang jika dikenakan tindakan displin daripada kepimpinan pusat berhubung keputusan itu.
"Tidak. Setiap orang meraikan kebebasan bersuara.".
Jumaat lalu, Najib mengucapkan penghargaan terhadap peserta Himpunan Rakyat Bersatu dengan menyatakan himpunan Baju Merah berhimun secara aman tanpa sebarang provokasi.
Himpunan itu turut dikenali "mempertahankan maruah Melayu" dan dicemari dengan penghinaan kaum dilemparkan terhadap masyarakat Cina.
Ia sebagai balasan terhadap peserta BERSIH 4 yang kebanyakannya kaum Cina, yang mendesak Najib meletakkan jawatan.
Mengulas isu ini, sudah sampai masanya bagi MCA keluar dari BN kerana MCA memang tidak menyokong perhimpunan Baju Merah. Sebaliknya MCA tidak kesah ahlinya menyertai Bersih 4.
Tsunami Cina yang berlaku pada PRU 2013 menyebabkan MCA tidak mahu menyertai kabinet Najib. Dua tahun kemudian MCA mengubah pendirian dengan menerima perlantikan dalam kabinet Najib.
Sebenarnya MCA sudah ditolak sepenuhnya oleh para pengundi Cina maka tidak ada makna mereka menyertai kabinet. Dengan tindakan MCA Pasir Gudang semalam, maka
sudah sampai masanya BN menendang MCA keluar atau MCA secara sukarela keluar dari BN.
Beranikah anda Liow Tiong Lai?