Sabtu, Januari 24, 2015
SEMOGA IA TAK BERULANG DI ZAMAN RAZIF
Bertemu dengan seorang bekas Exco Kerajaan Terengganu baru baru ini, macam macam cerita saya dengar dari mulutnya. Katanya, bekas MB Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad buat jalan empat lorong dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang supaya orang Kuala Berang lebih cepat sampai di bandaraya Kuala Terengganu. Katanya, bila jalanraya ini siap perjalanan dari Kuala Berang sampai ke bandaraya sekitar 30 minit sahaja. Sebaliknya bila siap jalan itu, perjalanan ambil masa 1 jam lebih kerana ada 25 buah lampu isyarat sepanjang jalan tersebut. Bekas Exco itu bising bila bertemu dengan orang besar kerana banyak sangat lampu isyarat. Rupa-rupanya konsultant yang untung bila banyak lampu isyarat yang berharga RM500,000 sebatang. Bayangkan satu simpang ada empat lampu isyarat ini bermakna konsultant untung RM200,000 iaitu untung 10 peratus dari setiap batang lampu isyarat. Cuba bayangkan ada 25 lampu isyarat maknanya konsultant dapat RM5 juta.Bekas Exco itu bercerita juga betapa kayanya seorang bekas Exco yang sezaman dengannya. Bekas Exco itu pernah beritahu kepada seorang bekas timbalan menteri bahaewa duitnya yang ada dalam bank bernilai RM32 juta. Dahulu sebelum masuk politik, bekas Exco itu pakai kereta buruk sahaja. Kini beliau kaya raya dan beliau nak jual rumah di Kuala Lumpur bernilai RM4 juta. Nampaknya kedudukannya sebagai bekas Exco digunakan untuk menyamun projek projek yang ada di Terengganu.Kalau bekas Exco ada RM32 juta dalam bank apatah lagi bekas MB mesti lebih dari itu. Dianggarkan seorang bekas MB ada duit ratusan juta. Wallahuaklam.Sebab itu semua orang berebut nak jadi MB. Seorang proxy kepada bekas MB telah isytihar bahawa hartanya tidak kena mengena dengan bekas MB itu lagi. Nasib yang sama berulang apabila bekas MB itu kalah pada pilihanraya umum 1999. Keretanya kena tarik dan apabila dia temui proksi itu, proksi itu kata mana ada duit lagi. Nampaknya pisang berbuah dua kali. Rasuah berleluasa di negeri Darul Iman malah sebatang jalan raya yang panjang satu kilometer berharga RM40 juta. SPRM tak tahan pula orang politik yang terlibat kerana adakah logik satu kilometer jalan raya berharga RM40 juta.Cerita ini berlaku di zaman bekas MB yang terdahulu. Semoga ia tidak berlaku di zaman Datuk Razif Abdul Rahman menjadi MB.