Isnin, Januari 26, 2015
KENAPA DENGKI DENGAN ZAHID?
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan seorang pemimpin Umno yang mempunyai masa depan yang cerah. Bermula dari bawah sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh, beliau kemudian dilantik Naib Ketua Pemuda Umno Perak dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia oleh ketua pemudanya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selepas Ketua Pemuda, Tan Sri Rahim Thamby Chik meletakkan jawatan pada tahun 1995, jawatan itu dipangku oleh Datuk Seri Nazry Tan Sri Aziz. Dalam pemilihan 1996, Nazri tak berminat merebut jawatan itu maka Zahid menawarkan diri bertanding jawatan tersebut selain dari Tan Sri Anuar Musa. Zahid menang dan dinobatkan sebagai Ketua Pemuda yang baru.
Oleh kerana Zahid dikaitkan dalam kem Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka Tun Dr Mahathir tidak melantik Zahid sebagai timbalan menteri atau menteri walaupun jawatan Ketua Pemuda setaraf dengan naib Presiden Umno. Apabila Anwar dipecat dari Umno, Zahid ditahan di bawah ISA dan beliau melepaskan jawatan itu yang dipangku oleh Datuk seri Hishamudin Hussein. Zahid kekal dalam Umno dan tidak mengikut jejak Anwar menyertai PKR.
Di zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri, bintang Zahid mula bersinar. Beliau dilantik timbalan menteri pelancongan. Selepas itu timbalan menteri penerangan. Selepas pilihanraya umum 2004, Zahid dilantik oleh Pak Lah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal agama Islam. Apabila Najib menjadi Perdana Menteri pada April 2009, najib melanytik Zahid sebagai menteri pertahanan.
Pada tahun yang sama beliau bertanding jawatan naib presiden Umno. Zahid menang di tempat pertama di samping Hishamuddin dan Datuk Seri Shafie Afdal. Di kementerian pertahanan tidak timbul isu yang kontroversi. Zahid mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno buat penggal kedua pada tahun 2013 bersama Shafie dan Hishamuddin. Kali ini beliau menang sebagai Menteri Dalam Negeri.
Di sini pelbagai isu yang timbul. Paling terbaru surat kepada FBI yang melibatkan seorang taukeh judi, Phua. Saya rasa tidak salah beliau memberi penjelasan kepada FBI bahawa Phua bukan penjenayah yang dikatakan oleh FBI. Oleh itu kenapa bising dengan surat ini.
Nama Zahid mula tercemar dengan isu ini. Orang yang mengharapkan beliau akan jadi timbalan presiden Umno selepas ini mula sangsi dengan Zahid. Kalau Najib yang sedang tidak popular sekarang berundur, Muhyiddin yang bakal menjadi PM. Muhyididn lebih senang melantik Zahid sebagai TPM daripada Hishamuddin yang terbukti sebagai menteri amaran.
dengan isu yang melanda Zahid, nama Hishamuddin lebih ke depan. Kalau Najib berundur, mungkin Najib beri arahan kepada Muhyididn bahawa beliau sedia berundur dengan syarata lantik sepupunya, hishamuddin sebagai TPM yang baharu.
Jika perwakilan diberi pilihan sama ada timbalan presiden Umno yang baharu Zahid atau hishamuddin, sudah tentu perwakilan pilih Zahid kerana Zahid mudah didekati. tidak banyak protokol. Malah perjumpaan orang ramai di KDN menyebabkan beliau begitu popular di kalangan ahli umno. Sesiapa sahaja boleh berjumpa Zahid. Masa Hishamuddin di KDN, tak ada pun dia buat perjumpaan dengan orang ramai.
Tun Musa Hitam jatuh ketika berada di KDN. Isu Memali menghantuinya. Genap 100 hari orang PAS buat solat hajat, Musa melatkkan jawatan sebagai TPM pada tahun 1986. Adakah Zahid akan jatuh di KDN juga? Bagi saya, jika Zahid tidak melenting dengan provokasi pihak media, dia akan selamat di KDN. Bersabarlah Datuk Seri. Percayalah Allah akan mengangkat darjat orang yang bersabar. Peduli apa orang kata terhadap Datuk Seri asalkan Datuk Seri ikhlas menghapuskan jenayah. Mana ada menteri yang berani senaraikan nama kongsi gelap di seluruh negara kecuali Datuk Seri seorang/
Biar Datuk Seri tak popular di KDN, asalkan nawaitu Datuk Seri berjuang untuk bangsa, agama dan negara tidak menyimpang. Selamat meneruskan perjuangan Datuk Seri.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Zahid, bacalah biodata beliau dalam wikipedia seperti berikut:-
Zahid merupakan Menteri Pertahanan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009. Beliau merupakan salah seorang daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Zahid Hamidi dilahirkan pada 4 Januari 1953 di Kampung Sungai Nipah Darat,Rungkup, Bagan Datoh, Perak.
Bapanya Raden Hamidi Abdul Fatah (90) dan ibunya Tuminah Abdul Jalil (81 tahun). Ahmad Zahid anak sulung dari sembilan adik-beradik.Pada 1 Oktober 2011, ibunya meninggal dunia pada 1.40 pagi kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung di Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka .Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh. Isterinya bernama Datin Seri Hamidah Khamis. Ibu mertuanya Salmah Yahya meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka pada 14 Februari 2011.
Ahli parlimen PAS Hassan Adli Mohd Arshad merupakan bapa saudaranya.
Anaknya Nurul Hidayah 34, adalah pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM dan menyertai Rejimen Askar Wataniah
Pada 8 Ogos 2014, bapanya Hamidi Raden Abdul Fateh, 90, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 petang akibat jangkitan paru-paru di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Solat jenazah di Wangsa Maju diimamkan oleh Sheikh Muhammad Idress Al-Mashrafe.
Perkahwinan anak lelakinya Ahmad Khairul Hafiz, 32, dan pasangan Marina Zainal, 29, berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 8 Ogos 2014 dijadikan majlis tahlil arwah bapanya.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975-1976.Selanjutnya mengambil kursus Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication .Seterusnya M.Sc jurusan Komunikasi Koprporat dari UPM.Seterusnya mendapat PhD dari Universiti Putra Malaysia (UPM) semasa 'cuti rehat' selepas tahanan ISA 1998.
Semasa di universiti , beliau menjadi editor tabloid 'Mahasiswa Negara' yang diterbitkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.
Beliau seorang pegawai bank dan pernah berkhidmat di beberapa bank seperti OCBC,Pengerusi Bank Simpanan Nasional (1995-1998) dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB).Pengurus Pemasaran di Amanah Saham Nasional Berhad, Pengarah Eksekutif di Scandinavian Motors Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di Kretam Holding Berhad , Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad dan Pengerusi Ramatex Berhad. Pada 1999 menjadi Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Pada 2007, Ahmad Zahid bersama pasukan motosikal besar berkonvoi ke seluruh Malaysia termasuk Indonesia untuk mempromosikan pelancongan Malaysia. Konvoi ini menjelajah Sumatera,Jawa dan Bali di Indonesia.
Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok, Naib Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha politik Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan. Seterusnya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kemudian beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Negara Malaysia.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-53 (1997), beliau menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berhubung isu KKN (Kroni,Korupsi dan Nepotisme) dalam kerajaan.Berikutan itu, Dr Mahathir telah mendedahkan nama-nama Melayu/Bumiputera yang mendapat saham dan jawatan dalam syarikat tertentu.
Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang pada masa itu merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sejak 1996 dan empat pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 21 September 1998 kerana menyokong kegiatan Reformasi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jawatan beliau selaku Ketua Pemuda UMNO pada masa itu dipangku oleh Datuk Hishamudin Tun Hussien.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 beliau mengalahkan Asha'ri Marsom dari Semangat 46 di parlimen Bagan Datok atas tiket Barisan Nasional / UMNO. Beliau dilihat pemimpin muda yang berpotensi dari negeri Perak.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 beliau menewaskan Mohamad Dahalan Arhsad (PKR)
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Zahid menang dengan mendapat undi sebanyak 13115. Calon lawan ialah Madzi Bin Hasan dari PKR mendapat 10,423 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 70% . Undi rosak sebanyak 814.
Selepas itu Perdana Menteri, Datok Seri Abdullah bin Ahmad Badawi melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.