Rabu, Jun 26, 2013
TERLALU AWAL MUKHRIZ TANDING NAIB PRESIDEN
Dr Mahathir Mohamad didakwa mengetengahkan anaknya Datuk Mukhriz sebagai naib presiden baru Umno dalam pemilihan parti tetapi beliau mungkin akan menghadapi tentangan daripada penyandangnya Datuk Seri Zahid Hamidi.
Anggota Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong (kanan) berpandangan demikian ekoran Zahid menurutnya tidak pernah digemari bekas perdana menteri itu.
"Agak jelas bahawa Mahathir mahu Mukhriz untuk bertanding sebagai naib presiden, yang bermaksud seorang naib presiden sekarang akan tewas," katanya, merujuk Zahid sebagai mangsa berpotensi.
Zahid pada 1998 pernah menghentam Mahathir dan menuntut budaya kronisme dan nepotisme ditamatkan. Beliau selepas itu ditahan bawah Akta Kesematan Dalam Negeri.
Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal daripada Sabah dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein - sepupu Najib dan anak perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn - dilihat bakal selamat.
Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk melihat bagaimana hasil pemilihan akan terhasil kecuali Umno memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan itu.
Ulasan saya,masih terlalu awal bagi Mukhriz untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno kerana beliau bukan ahli Majlis tertinggi.Oleh itu lebih baik beliau bertanding jawatan ahlimajlis tertinggi UMNo sahaja dan mungkin dapat nombor satu kerana beliau berjaya merampas kedah kembali dari tangan PAS.
Tiga tahun lagi, 2016, bolehlah beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Kecalulah beliau kini adalah Ketua Pemuda maka beliau boleh mencuba merebut kerusi Naib Presiden Umnopada hujung tahun ini.Oleh itupada hematsaya lebih baik beliau bertanding ahli majlis tertinggi Umno sahaja.