Jumaat, September 30, 2011

BLOG CATATANZABIDI TIDAK BANTU UMNO TERENGGANU?


Ada seorang pemimpin UMNO Terengganu mendakwa blog saya, catatanzabidi.blogspot.com tidak membantu UMNO Terengganu. Saya kira pemimpin itu tidak pernah membaca blog saya kerana blog saya banyak mengutuk pemimpin PAS. Bila mengkritik PAS, maknanya bolehlah membantu UMNO.

Kadangkala saya bersikap adil. Sekali sekala kena tegur juga pemimpin UMNO supaya mereka tidak menyalahgunakan kuasa yang ada. Bila tegur bukannya bermakna saya membenci mereka. Saya sayangi UMNO maka saya tegur sesetengah pemimpin yang tidak sedar diri mengamalkan rasuah, pilih kasih dan kronisme.

UMNO Terengganu tidak ambil peluang mendampingi blogger anak Terengganu. Sepatutnya mereka panggil semua blogger berasal dari Terengganu membantu UMNO. Saya kalau dipanggil sedia membantu UMNO kerana kalau mereka baca blog saya, saya banyak membelasah para pemimpin PAS.

Baru-baru ini saya ada menerima tawaran menulis untuk sebuah website parti pembangkang dengan menulis satu article bernilai RM100. Setiap hari saya kena siapkan dua article bernilai RM200. Ini bermakna saya boleh dapat RM6000 sebulan.

Ini tawaran yang lumayan.Isteri saya kata saya gila kerana saya tidak menerima tawaran itu sedangkan saya tiada pekerjaan dan tiada pendapatan bulanan. Saya cuma full time blogger yang tiada gaji. Tetapi saya tak sanggup mengkhianati UMNO kerana saya masih percaya UMNO adalah parti yang paling sesuai untuk membela nasib orang Melayu. Bukan PAS, bukan PKR yang membela nasib orang Melayu.

Kalau Pakatan Rakyat (PR) menang nanti, baru padan semua muka orang Melayu yang menyokong PKR dan PAS bila DAP tunjuk kuasa dalam PR nanti.Oleh itu kita semua kena selamatkanlah UMNO demi nasib anak cucu kita. Saya tak kesah UMNO tak bayar saya walaupun blog ini lebih pro kepada UMNO. Rezeki dari Allah.Walaupun saya tiada pendapatan tetap bulanan, beberapa orang menteri yang mengenali saya tetap membantu saya atas dasar persahabatan.

Sekali lagi saya menjelaskan bahawa saya sedia membantu UMNO Terengganu jika dipanggil. Musim pilihanraya pun saya berceramah untuk UMNO pada pilihanraya umum 2004 dan 2008. Saya tak kesah walaupun tak dapat apa-apa habuan seperti orang lain yang dapat balak, projek kerana membantu UMNO.Yang penting saya puas membantu UMNO.