Isnin, Ogos 01, 2011

KELUARLAH DARI BN, MIC


Kuat sangatkah MIC sehingga tergamak mengugut BN bahawa parti itu akan tarik dari dari BN jika BN terima parti india lain menyertai BN? Tindakan MIC mengugut BN adalah satu tindakan kurang ajar, biadab.

Tak payah ugutlah MIC! Keluarlah dari BN dan bertanding atas tiket MIC jika rasa dah kuat sangat. Selama ini MIC menang kerana ehsan UMNO beri enam kerusi parlimen. Itu pun sudah naik toncang. Dalam suasana MIC kalah, masih dapat dua menteri penuh. Nampak sangat MIC tidak bersyukur dan wajar Najib amabil tindakan tegas kepada MIC.

Kerana MIClah, masyarakat India berpecah. Ada IPF, ada PPP. ada KIMMA. Apa salahnya semua parti ini bergabung dalam BN supaya masyarakat India bersatu sebaliknya MIC anti perpaduan dan anti 1Malaysia.

Oleh itu Najib selaku Pengerusi BN jangan tunduk kepada MIC. Terimalah KIMMA, IPF dalam BN supaya masayarkat India bersatu dalam BN. Tindak-tanduk Palanivel amat mengecewakan kita semua. Keluarlah dari BN sekarang dan tanding atas tiket MIC sendiri lawan BN, kalau awak anak jantan Palanivel.

Parti politik berasaskan kaum India di negara ini boleh menyertai BN sebagai ahli gabungan atau bersekutu sahaja dan tidak sebagai parti komponen, kata Presiden MIC Datuk G Palanivel.

Katanya parti serpihan kaum India yang mesra BN boleh menjadi ahli gabungan atau bersekutu dan MIC tidak akan membantah.

"Tetapi sebagai parti utama mewakili masyarakat India, kami tidak benarkan keahlian penuh dalam BN dan sekiranya berlaku, kami akan keluar," katanya pada sidang media selepas menutup perhimpunan agung MIC ke-65 di Putraja hari ini.

Katanya MIC selama ini menjadi parti politik terbesar mewakili masyarakat India dalam BN dan ia tidak akan membenarkan sebarang parti serpihan kaum India diberikan peranan atau hak yang sama.

Bagaimanapun, katanya partinya menjemput parti serpihan tersebut menyertai MIC dan menjelaskan ada sebilangan daripada mereka memberi reaksi positif.

Beliau enggan mendedahkan parti-parti yang telah memberi respons positif terhadap pendekatan parti itu mempelawa parti berkenaan menyertai MIC.

Antara parti politik berasaskan kaum India ialah Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF), Malaysia Makkal Sakti (MMS) dan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP).

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menjadi ahli bersekutu Umno sejak 27 Ogos 2010.

Terdahulu itu, dalam ucapannya, Palanivel berkata adalah penting bagi ahli parti itu berdaftar sebagai pemilih dan telah menyasarkan kesemua 600,000 ahli parti itu menjadi ppengundi berdaftar.

"Ketika ini, hanya 390,000 ahli mendaftar sebagai pemilih dan saya yakin menjelang Disember ini, kami mampu mendapatkan mereka yang belum berdaftar supaya mendaftar sebagai pemilih," katanya.

Katanya beliau mahu menjadikan MIC sebagai blok undi yang mantap.